Thursday 15 August 2013

SILA LAWATI BLOG TERBARU: mizzperdana94.blogspot.com..

Assalammualaikum,,buat semua pengikut blog ini,,untuk membaca entry yang terbaru sila lawati:                        
                                             mizzperdana94.blogspot.com

Monday 29 July 2013

GEMBIRA DAPAT BALIK RUMAH..T.INTAN TETAP DI HATI KU

Alhamdulillah hari ni aku dapat balik rumah,,kelas petang ni di batalkan,,kebetulan cuti 3 hari..apalagi balik T.Intan,,tak sanggup aku duduk kat S.Iskandar macam minggu lepas..bosan,,boring..Ramai yang tak balik minggu ni nak tunggu minggu depan baru balik kononnya nak rasa suasana balik kampung menjelang raya..haha,,aku tak sanggup duduk kat kolej tanpa buat apa-apa..tidur,,online kemudian tidur balik..bangun,,solat,,sambung tidur balik..macam tu lebih baik balik rumah..

Balik naik bas,,punya lah ramai orang dah tu pergi ambil budak-budak MRSM Pasir Salak pulak..penuh dah macam sardin..Abah ambil aku hari ni cos mama sibuk,,Hadi dan Damia tidur..keletihan berpuasa,,Alhamdulillah adik-adik aku berpuasa penuh..belum tinggal puasa walau sehari..

Abah drive kereta slow je petang ni..sambil bersembang dengan Abah..tetiba ternampak seseorang,,eh! eh! macam kenal je..Aku perhati dia betul-betul..yeah,,memang dia tak salah lagi..spontan aku terjerit Piaaann..Abah tanya siapa tu,,Pian la abah.."patut la macam kenal je".. abah aku kata..Rajin En. Sofian Shaimi ni,,memang boleh jadi pekerja contoh..Hmm jangan lupa belanja aku nanti tau..Oh yea!! kalau tak tau nak buat apa time lunch hour tu datang la lepak kat B'Tajara kat depan tu ye. tak jauh mana pun..Aku cuti start hari Jumaat ni 2.8 sampai 11.8,,so aku ada menyemak kat situ..Datang la...
boleh gak gaduh dengan kau..nanti aku belanja kau kat Krishnan kay..Haha..Jom..jom..aku offer ni set time..Untung le orang tu cuti sem lama..tapi tak payah nak beriyea sangat la kan..tak jealous pun..Tapi yang pasti duit raya untuk aku mesti ada.hihi..

Sampai rumah,,mama sibuk di dapur,,menu berbuka hari ni nasi tomato,,ayam sweet and sour,,ayam bakar madu,,acar,,sup,,karipap dan kuih muih,,agar-agar,,buah-buahan dan air sarsi serta oren jus..Alhamdulillah,,syukur..memang sedap dan menyelerakan..sementelah aku memang rindu masakan mama..

Teringin pulak nak pasang pelita..tentu meriah,,.nanti  cuti aku nak pasang pelita..#mohonjealousEnSofianShaimi,,kau ada??Takkan...Tetiba fon berbunyi Mak Bella call aku beritau Bella balik esok,,dah agak dah sebab tu aku balik naik bas.Sebenarnya aku janji dengan Bella nak balik dengan dia..Tapi Bella sibuk..lagipun buah hatinya Iwan satu kampus so takkan nak tinggalkan lama-lama,,lain la macam aku ni T.INTAN SENTIASA DI HATI..Sweetnya Bella dan Iwan..sejujurnya aku tumpang gembira,,apa yang aku perhatikan Iwan betul-betul jaga Bella,,untung la kau Bella..sebagai kawan aku doakan Bella dan Iwan bahagia..

Hmm lupa nak cerita,,beberapa hari lepas aku teman Bella gi photoshoot,,kami pergi berlima..Bella,,Iwan,,Ariff,,Aleya dan aku..Iwan drive,,bukan main laju lagi..drift la konon,,best tapi dia tak tengok aku punya skill lagi..Berbuka dengan dia orang memang seronok tapi aku tak banyak cakap cos segan kat Ariff..Biasalah itu memang sikap aku,,tak banyak cakap dan jadi pendiam dengan orang yang aku tak kenal..terimakasih Bella cos belanja kita orang hari ni..

Tengah makan Bella dan Iwan cakap kat aku yang dia orang nak carikan aku bf..Wo wo wo..jangan buat pasallah..aku tak mau..Terima kasih sebab bersusah payah nak carikan aku bf,,tak payah la kut..

Bella..Bella,, macam tak tau aku ni macamana..Rasanya member-member baik aku,,Bella,,ana dan Uda tau kan KENAPA dan MENGAPA..kat hati aku ni hanya ada DIA..Tak de orang lain kecuali DIA..Doakan yang terbaik untuk aku..Aku percaya ada seseorang yang Allah simpan untuk aku..Kalau Dia jodoh aku,,aku terima dengan hati terbuka..Tapi yang pasti "DIA" tu bukan ex aku atau bukan budak satu kelas dengan aku ataupun bukan jugak satu kampus dengan aku..Nanti ada yang PERASAN pulak..Susah ..


Untuk renungan bersama..
Kalau kita suka seseorang tu kita jangan beritau kat orang tu tapi beritau kat Allah dengan berdoa kepada-Nya..Insha Allah jika dia yang terbaik untuk kita dan dia jodoh kita Allah akan gerakkan hatinya untuk suka dan sayang kat kita..Tak perlu kita terhegeh-hegeh dan menggoda untuk menarik perhatian dia..Cukup hanya dengan berdoa dan berserah kepada Allah..itu semua urusan Allah dan aturan Allah SWT merupakan yang terbaik..Bak kata orang kita hanya mampu merancang dan hanya Allah yang akan menentukan segalanya dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Dan jika dia tidak menjadi milik kita..jangan bersedih sebab boleh jadi dia bukan di TAKDIRkan untuk kita..Ada SESEORANG yang TERBAIK yang Allah telah simpan untuk kita cuma kita tak tau siapa dia..Aku akan sentiasa berdoa agar "Dia" jodoh terbaik aku dan lelaki terakhir dalam hidup aku dan boleh membimbing aku ke jalan yang di redhai Allah..

Lepas ni ada yang akan datang dan MENYERENDEH kat aku macam kucing dan buat muka tak tau malu nak tau siapa "Dia" tu kan,,tak pun hantar orang suruhan tanya kat aku..Jangan KACAU HIDUP AKU okey,,jangan nak ambil tau sangat hal aku..Aku dah BOSAN dengan orang yang buat-buat tak FAHAM apa yang aku perkatakan..Ni nak ulang sekali lagi..KAU LANGSUNG TAK ADA KAT HATI AKU,,JANGAN GANGGU HIDUP AKU..Cari perempuan lain bukan aku..FAHAM TAK!!! DAN TOLONG JANGAN MEMALUKAN AKU DI DEPAN MEMBER-MEMBER KELAS DAN JUGA LEC..malu tau tak ..SABAR AKU ADA HAD DAN TAKATNYA..JANGAN NAK PERASAN..dan buat benda BODOH yang MEMALUKAN aku..STOP..

Aku nak cakap sikit kat hang ni..dengan siapa pun aku berkawan,,dengan siapa pun aku berchatting,,wechat,,whatsapp,,line atau tweet..itu aku punya hal so hang JANGAN SIBUK..Parents aku pun tak marah..kau siapa nak ambil tahu semua hal aku..Lagi satu tentang orang yang kau tanya dekat aku hari tu..kau dengar sini baik-baik..aku dah kenal dan rapat dengan dia dah lama,,dah bertahun-tahun..Parents aku jugak kenal dia..Dia tu baik,,kau jangan kacau dia..Kau kata apa..aku sayang dia lebih..Haishh dah tentu lah..jangan pertikaikan apa-apa dan jangan nampak kau tu terhegeh-hegeh sangat buat malu je..Jaga lah maruah dan harga diri sikit..Perangai kau ni memang sungguh memalukan..

Untuk member-member yang inbox aku tapi aku terlewat balas atau tak balas langsung,,maafkan aku cos aku tak perasan ada mesej,,aku online pakai fon je..sampai ada yang kata aku sombong dan ada yang remove aku,,terima kasih lah..aku tak kisah..aman sikit tanpa gangguan anda..hopefully anda dah berjumpa sidia yang dicari tapi bukan saya yea..(untuk sorang brother kat USM tu,,tqsm sebab kotakan apa yang anda perkatakan nak REMOVE saya cos tak layan awak..yeayyy aman hidup saya)Hey..manusia yang satu kelas dengan aku ni tak tau nak fedup ke??Dah 2 orang dah fedup dengan aku dan remove aku cos aku tak layan dia orang..Perangai kebudak-budakkan..Aku tak suka langsung..









Tuesday 16 July 2013

KISAH DAN RAGAM KEHIDUPAN..

Mama ajak teman dia pergi pasar..mama tanya aku nak makan apa berbuka hari ni..menunya mesti bukan berasaskan ayam,,katanya dah jemu..Adik-adik aku memang fanatik giler dengan ayam..Aku cakap dengan mama aku ikut je so mama beli ikan siakap,,ikan bawal dan ikan keli jugak ikan cencaru untuk bakar..beli sayur dan lain-lain keperluan..

Menu hari ni..ikan siakap stim,,kari bawal,,ikan cencaru sumbat bakar,,ikan keli sweet and sour dan air asam tomato jugak sayur campur..agar-agar kemenyan dan buah- buahan jugak ais lemon tea dan air tebu..Alhamdulillah dapat berbuka kat rumah memang seronok..

Sambil menunggu waktu berbuka sempat online,,saja menyemak kat status Bomm,,takut aweknya marah cepat-cepat Bomm cover terus mention nama member dia Ziq..Ahh tak pasal-pasal aku di kaitkan dengan mamat tu huh SENGAL punya Bomm nak kena sepak dengan aku si Bomm ni..Hey!! dah lama hidup ke kau..Taman Seri Setia dengan rumah aku dekat je tau,,kang aku pergi cari kau..aku bom rumah kau baru tau..Weyh sudah-sudah le tu jangan kaitkan aku dengan mamat tu..Aku tak tau apa yang dia cerita dengan kau..Tapi yang pasti dia tu memang tak betul..wayar dia ada putus sikit..Kau tau Bomm dia minta gambar terbaru aku..huh jangan harap aku nak bagi boleh jalanlah..

Hari ni Ahad 14 Julai..Aku ajak mama temankan aku pergi Giant nak beli barang-barang keperluan kebetulan pulak mama memang nak keluar pergi market cos hari ni abah nak makan nasi daging so kena pergi beli ingredientsnya..Mama cakap dengan aku dia malas nak pergi Giant..sedangkan ada barang yang aku nak beli kat situ..Puas memujuk akhirnya mama mengalah..Alamak parking penuh so kena park kereta kat luar..

Masuk Giant dengan selamba aku paut tangan mama sambil menyembang tetiba oppss.."hey kau..dah kenapa pandang aku tak berkelip dah macam nak makan orang je..kau ingat aku takut ke hah??..Aku tau le aku  ni cute dan comelkan tapi tak payah lah sampai pandang aku macam tu..Alaa budget handsome le pulak mamat ni..aku tak heran pun..kau ingat kau tu mamat hot Rapid Mall aku takut??phuihh boleh jalan la,,kan dah tak pasal-pasal kena jelir dengan aku..Apasal kau tengok aku macam tu hah?? kau jealous tengok aku manja dengan mama dan siap paut tangan lagi..
Siapa lagi ,,member Bomm..mamat yang dia mention semalam..Sengal,,rasa nak sekeh kepala jer..pandang orang macam tak pernah jumpa pompuan..Heyy..nanti awek kau marah aku dan serang aku pulak..Jangan macam-macam ehh..

Banyak jugak barang yang aku beli dan sempat ambil Cadbury..aku beli bubur nasi dan bihun segera dah tak larat bersahur dengan nestum sampai dapat gelaran Budak Nestum..Sedap pe nestum..member-member aku tak suka nestum,,so dia orang makan roti..begini lah kehidupan kami di kolej,,DM buka setakat pukul 2 pagi je..so terpaksa cari alternative lain untuk makan time sahur..Kali ni aku cuba bubur nasi dan bihun segera,,aku dah berazam sem ni tak nak makan maggi macam sem lepas..tak tau la setakat mana azam aku ni mampu bertahan..Time berbuka okey je cos ada bazar ramadhan senang nak membeli juadah berbuka tapi time sahur memang susah..

Selasai menghabiskan duit mama kat Giant terus ke market beli daging,,sampai rumah azan Zohor berkumandang,,lepas solat mama terus masuk dapur rebus daging dan rendam beras basmathi..aku membantu mana yang patut,,menu hari ni nasi daging,,air asam,,sup,,acar,,kailan ikan masin,,ikan keli 3 rasa,,ikan bakar,,puding serta jus apple dan milo ais..di sediakan oleh aku dan mama jugak adik aku Nabila..Alhamdulillah rezeki untuk hari ni..semuanya sedap dan menyelerakan..

Sambil membantu mama di dapur..aku beritau mama tapak kasut aku dah rosak,,boleh agak dah apa yang bakal mama cakap..baru sebulan lebih je..Alaa maa hari-hari jalan jauh mana nak tahannya..Mama cakap nanti beli yang ada tumit..ok maa,,memang bercadang nak beli yang ada tumit pun.. nanti Madam nak buat penilaian kena pakai kasut bertumit..Hmm berbicara tentang study,,aku betul-betul pening dengan Business Mathematics..fuhhh cara lec tu mengajar buat aku kurang faham..Aku ingat aku sorang je yang macam tu..member-member yang lain jugak bersunggut.. lagi satu kelas Madam Rohana..2 kelas ni memang memeningkan kepala,,buat aku takut..Aliya pernah tanya aku dan member-member yang lain tentang kelas Madam Rohana,,rupa-rupanya dia orang pun tak faham..Kalau begitu bukan aku sorang je yang tak memahami apa yang di ajar..Macamana nak capai target kalau cenggini..

Ada orang tanya tentang tweet aku..Aduh!aku jatuh cinta lagi..ada yang salah sangka rupanya,,itu cuma tajuk ceramahlah..bukan aku yang jatuh cinta..Lagi satu tentang gambar kat twitter tu yang ada lelaki kat sebelah aku..dia tu member kelas aku..Wan merangkap pemilik fon yang kami guna untuk posing..tqsm Wan nanti boleh pinjam lagi yea..

Tweet aku tentang CRUSH pulak..heee nyebok betoi nak tau pasai pa ha??aku punya pasai la,,awatnya yang hang dok sibuk nak tau..herhh tak faham aku..awat tak tanya aku sendiri,,awat suruh orang lain tanya??..Ni aku nak habaq kat hang parents aku tau pasai crush aku tu termasuk member-member baik aku..Salah sorang member baik aku kata "Fara,,kau jangan tunggu ex kau tu..kalau aku tau kena kau tapi kalau kau tunggu.....tu tak pe"..hang tengok tu..member-member aku pun sokong aku..yeaahh..

Siapa dia??ni nak habaq mai kat hang ni..yang pasti DIA tu bukan hang tau..kalau macam hang ni dah sah-sah kena reject dengan parents jugak member-member baik aku sebab hang tu LEBIH TERUK dari ex aku..Dia tu tua beberapa tahun dari aku..actually aku tak suka orang yang sebaya aku sebab tak matang dan suka terhegeh-hegeh macam hang dan tak tahu malu macam hang..euww mengelikan..

Yang pasti crush aku tu seorang yang taat pada perintah Allah dan matang..baik hati dan hormat orang tua..dia dengan hang memang jauh berbeza macam langit dengan bumi..Tok sah dok berangan nak jadi bakal suami aku yea sebab hang tak daq dalam senarai..Aku tak suka orang yang suka memalukan aku dengan benda-benda bodoh depan member-member kelas jugak lecturer,,termasuk suka memalukan diri sendiri nampak langsung tidak ada kematangannya di situ..Childish..

Adik adik aku,,Hadi dan Damia ralit dengan tab dari pagi dah tu berebut charger nak cas tab masing-masing,,Yasmin dan Nabila dengan lappy..aku pulak fon jer malas nak mengadap tab atau lappy..Aktiviti anak-anak zaman sekarang menanti waktu berbuka puasa..Internet bukan main slow petang ni buat sakit hati je..Damia dengan Hadi dari pagi main gamenya..apa pun dia orang tak tinggal puasa dah 5 hari berpuasa penuh..Alhamdulillah..

Selepas solat Maghrib aku bersiap nak balik,,abah cakap balik esok je la..Aku tak nak sebab esok kelas aku start pukul 8 pagi..takut terlewat..Lepas tu aku cakap kat abah ada sesuatu aku nak cakap..abah kata tak boleh,,abah dah tau dah apa dia,,ni tentu mama yang bagi tau..Sebenarnya hari Sabtu depan aku ada test tapi hari Jumaat aku nak balik rumah so hari Sabtu tu aku bercadang nak bawa kereta ke S.Iskandar,,lepas habis test aku balik T.Intan tapi abah tak bagi suruh aku balik[naik bas lepas habis test hari Sabtu,,bahaya kalau aku drive sorang-sorang katanya..Sampai kolej pukul 10.30 malam..Abah bagi duit poket,,alhamdulillah tqsm abah..













Sunday 14 July 2013

LETIH MENGEJAR BAS..

Usai kelas aku balik dorm,,mama call tanya balik pukul berapa..tengah dok relaks,,Anis text Kilah beritau bas dah lalu..alamak macamana ni..dah lah kolej aku ni di penghujung dan ambil masa nak keluar..apalagi capai tudung terus pakai tanpa memperdulikan elok atau tidak yang pasti aku tak boleh terlepas bas..kalau tak kena tunggu pukul 6 petang pulak..Aku,,Kak Mira dan Kilah berjalan laju menuju ke pintu masuk..Macam nak pengsan rasanya..gara-gara mengejar bas,,Kilah dah macam nak menanggis..mana taknya ditengahari buta dahlah puasa dah tu duduk pulak di penghujung nak sampai kat bus stop depan ni memang makan masa lah..sampai kat depan pintu masuk UiTM.. tengok ada orang tunggu bas kat situ so kita orang join sekali...

Bas sampai..mak aik penuhnya macam nak balik raya,,nasib baik ada tempat duduk lagi kalau tak memang naya lah kena berdiri..dah lah penat kejar bas tak hilang lagi..Kemudian bas berhenti kat bus stop depan U,,tempat selalu aku tunggu bas..ramai lagi rupanya student yang menunggu kat situ dan ramai yang kena berdiri..nasib baik kita orang tunggu kat depan pintu masuk je tadi kalau tak dengan kita orang sekali kena berdiri..

Time sekolah dulu teringin nak pergi sekolah naik bas,,tapi sekolah dekat je..sekarang ni baru rasa macamana susahnya nak mengejar bas..Rasa simpati terbit di hati tatkala melihat ramai yang berdiri dari bus stop depan UiTM sampai ke T.Intan..kesian dia orang tentu lenguh kaki..Salah sorangnya junior aku masa kat sekolah dulu..Terlintas di fikiran,,kalau macam nilah balik raya nanti tak nak aku naik bas..lagi padat dan penuh dengan orang..Aku rela tunggu abah ambil walaupun lambat..Junior aku kata sumpah dia takkan balik naik bas raya nanti..aku senyum mendengar apa yang di perkatakannya..sebab aku dah fikir dulu semua tu..

Laju bukan main driver bas ni bawa bas,,sampai senget bas,,cuak betul aku tapi nak balik punya pasal terpaksalah harungi semua ni..sampai Kolej Komuniti T.Intan call mama..alamak kenapa fon mama off..call fon rumah..Damia angkat dok main-main pulak tak nak cakap betul-betul,,hangin betul aku dengan adik aku yang sorang ni..sampai bus station B.Baru..turun bas nampak mama..Alhamdulillah tak perlu nak tunggu lama..terus hilang rasa penat..Dah sampai rumah baru abah call tanya aku nak balik pukul berapa..Abah ni along dah sampai baru nak bertanya..

Mama cerita,,tadi terserempak dengan Abang Man..Alaa dah lama tak jumpa dia,,korang.nak tau tak dia tu handsome,,bergaya..naik 125 biru hitam..Fuhh gaya dia memang smart,,kalau jumpa aku mesti senyum dan kenyit mata serta buat mimik muka..Alamak..handsome sangat..Sebenarnya Abang Man ni salah seorang staff abah aku..dia manja dan rapat dengan abah dan mama aku,,banyak share problem dia dengan mama..tapi sayang dia panas baran..Kalau gaduh dengan awek dia..fulamak..takut aku,,mengalahkan angin puting beliung melanda..

Abah ajak Hadi dan Damia pergi Bazaar Ramadhan,,ahh tak boleh jadi ni aku nak ikut jugak..Petang ni berbuka dengan macam-macam juadah..Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku berbuka puasa dengan family dan seronok tengok Hadi yang berpuasa penuh walaupun baru 3 tahun 10 bulan..Damia pulak gembira dapat menjalani ibadah puasa..Moga adik-adik aku berjaya di dunia dan jugak akhirat..











Thursday 11 July 2013

RAMADHAN PERTAMA DI UiTM PERAK

Sedih coz tak dapat balik minggu ni jugak minggu depan..sibuk dengan macam-macam aktiviti..UiTM Seri Iskandar berjerebu..dah macam kat Fraser's Hill,,pedih mata dan hidung aku,,agak kurang selesa dengan situasi begini terutama setiap kali berjalan ke kelas..Hati aku jugak berjerebu..ada sesuatu tetiba mengusik hati ini..tak tau nak gambarkan macamana,,sedih,,geram,,sakit hati,,benci,,menyampah dan macam-macam perasaan negatif ada kat fikiran..tapi aku sedar aku perlu kuat demi menempuhi segala cabaran dan ujian yang mendatang..

Bukan semua yang kita inginkan akan tercapai dan akan kita perolehi dengan mudah berbagai-bagai cabaran dan rintangan bakal di tempuhi adakalanya membuat aku jadi hampir-hampir kalah dan mengalah..aku betul-betul perlukan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa di saat dan tika ini..Aku perlukan mama,,tetiba fon berbunyi..mama,,berbicara dengan mama buat aku tenang..Alhamdulillah mama faham apa yang aku alami..walaupun mama agak terkejut dengan apa yang aku perkatakan sebab mama kenal aku,,sikap jugak perangai aku yang jarang menyerah kalah..Sejujurnya aku dah tak mampu untuk bertahan dengan semua ni..

Tapi setiap kali aku punya perasaan begitu..dan tika aku cuba menghindarinya,,pasti ianya akan muncul..buat aku keliru..bersabarlah wahai hati..mama kata cuba hindari dari semua tu dan think positive..aku cakap dengan mama aku okey je tapi HATI aku ni..aku sendiri tak faham seakan ada sesuatu yang mengikat dan merantai aku untuk terus berfikir dan mengingatinya..(apa yang aku alami ni tak de kaitan dengan kesibukan tapi ada perkara lain yang buat aku buntu dan tak tau macamana nak selesaikan)

Ya Allah tolong lah hamba mu ini seandainya ia adalah yang terbaik buat aku,,maka permudahkan segalanya,,jika sebaliknya hindarilah ia dari fikiran jugak ingatan aku..sesungguhnya aku dah tak mampu untuk terus bertahan dan terus mengadapinya..Terima kasih buat mama dan abah yang amat memahami aku..

Member-member bercerita masalah dia orang dengan aku..hmm aku just dengar je lah..kekadang beri pendapat..setiap orang ada masalahnya sendiri..termasuk aku..dengan macam-macam hal..buat aku betul-betul tertekan..Aku minta tolong sangat dengan member-member kelas aku di Fakulti Pengurusan Perniagaan..agar tidak mengaitkan aku dengan sesiapapun..aku tak nak..aku betul-betul minta tolong kat korang ni..dan untuk orang yang mengaku dia bakal suami aku,,TOLONG HENTIKAN SEMUA NI..

Abah call aku beritau dia dah bank in duit dan dah topup kan aku..terimakasih abah..Sejak aku tak balik rumah ni..abah rajin call,,wechat jugak line..yeahh abah rindu aku le tu..Rindu nak dengar celoteh anak sulungnya ni,,terubat jugak rindu aku kat abah..bosannya aku duduk kat sini tak tau nak di gambarkan dengan aktiviti yang padat,,Nak balikkk..

Puas aku pujuk abah,,aku nak duduk kat rumah opah,,tolong la abah,,boleh lah along duduk dengan opah lagi pun opah duduk sorang je..dah tak larat nak duduk kat sini,,rumah opah bukan jauh manapun dengan Seri Iskandar..tapi abah tetap tak bagi katanya jalan Ipoh-Lumut tu sibuk dan aku pulak kalau dah bawak kereta tak ingat dunia..Tak berjaya lagi aku memujuk abah ni..nampaknya aku akan tetap di kolej..

Ramadhan menjelang tanpa mama jugak abah dan adik-adik..rindu suasana berbuka dan bersahur di rumah dengan keletah adik-adik terutama adik bongsu aku Hadi mula belajar berpuasa tahun ni..Alhamdulillah dia berjaya berpuasa penuh pada hari pertama walaupun baru berusia 3tahun 10bulan..Tak sabar nak balik rumah,,dah 2hari aku bersahur dengan nestum je..kalau kat rumah dah tentu terhidang dengan macam-macam juadah..Apa pun aku bersyukur di pertemukan dengan ramadan sekali lagi..berpuasa bersama kawan-kawan jugak berterawih bersama..

Satu pengalaman baru,,bersahur hanya dengan nestum akan menjadi kenangan ketika menuntut di UiTM Seri Iskandar..Berbanding ketika tinggal di asrama sekolah dulu semua tersedia nak bangun sahur pun ada warden yang gerak,,tapi kini semuanya kena buat sendiri dan mama akan call aku untuk gerak bangun sahur..Terfikir jugak kalaulah boleh bawa dapur kan senang nak masak..Mama kata bawa la microwave oven..tak nak lah..

Esok Jumaat 11 Julai 2013,,tak sabar nak balik..rindu parents dan adik-adik,,nak pergi Bazaar Ramadan jugak nak gi terawih dengan family..Buat semua yang membaca entri ni aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa..Rebutlah peluang dengan mengerjakan amal ibadah yang ganjarannya berlipat ganda di bulan mulia ini..Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas serta di jauhi dari sifat riak,,ujub dan dari segala macam penyakit hati yang boleh menghilangkan pahala puasa..


Friday 5 July 2013

RINDU MEMBER-MEMBER BAIK

Entah kenapa sejak beberapa hari ni aku runsing,,macam-macam benda berlaku..apa yang terlintas di fikiran aku..nak balik..Dengan keadaan bilik,,keadaan kelas..dengan gangguan yang tak berkesudahan dari orang yang tak faham bahasa..buat aku bertambah tertekan..Ya Allah beri aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..

Duduk termenung sambil online kat luar..Saat ini aku teringat member-member baik di zaman sekolah dulu..Rindunya aku..kalau boleh nak kembali ke tahun 2011..bersama-sama Syairah,,Bella,,Ana,,Syaza dan Eira..time tu kalau aku ada masalah terutama gangguan dari orang yang tak faham bahasa seperti yang aku alami sekarang ni pasti dia orang akan backup aku..huhuhu..aku rindu saat bersama korang..rindu sangat-sangat..

Syairah tag aku kat fb..gambar masa sekolah..Masya Allah..buat aku makin teringat kat dia orang..kenangan bersama dia orang bermain di fikiran..kenangan di SMK Sultan Abdul Aziz jugak kenangan di PS..gaduh dan bertekak dengan Abang Long PS,,cik abe ni ingat lagi rupanya dengan kisah-kisah kat ps dulu siap mention kat fb,,mengutuk aku je kerjanya..dia yang jadi punca gaduh..tak sedar ke cik abang oyt,,dia mana boleh lupa kat aku yang cute dan comel ni walaupun gangster,,brutal,,kerempeng,,skeleton dan bermacam-macam gelaran yang di baginya kat aku,,lagi satu suka cari pasal dengan aku..kikiki..haa rindunya saat tu..Aku berharap sangat dapat jumpa Syairah,,Ana,,Bella,,Syaza jugak Eira sebelum aku balik Kedah nanti..Dan dapat berkumpul ramai-ramai di majlis pertunangan Ana..

 Tak sabar nak balik..menyesal aku tak balik dengan Kak Mira semalam..hari ni tak de kelas..so aku dok mengemas dan basuh baju..petang ni nak balik..naik bas dan duduk seat paling belakang..hmm hari ni bas hampir penuh,,aku sakit kepala sebab panas sangat..tengah leka melayan wechat dan whatsapp tetiba terdengar bunyi letupan yang kuat,,masa tu baru sampai kat simpang Sg Manik..tayar bas meletup,,pakcik driver tu buat tak tau je terus drive..agak laju jugak la..Nasib baik dah tak jauh dari T.Intan..Terus hilang sakit kepala aku..

Call mama suruh mama ambil aku..tak nak peristiwa minggu lepas berulang..turun bas,,mama dah siap tunggu..Kalau dengan abah memang aku yang kena tunggu dia berjam-jam..Sampai rumah,,dok menyembang dengan mama sambil minum petang..

Lepas minum petang keluar pergi SAR An Naim..ambil Damia,,malas nak pusing jauh-jauh dan satu lagi sebab malas nak jumpa Eyfa (dia mesej aku katanyanya aku sombong la bagai..) kalau dia nampak aku kang dikatanya aku sombong lagi..Asyik aku je yang kena pergi cari dia..dia tu tak nak datang rumah aku..dah tu aku redah je depan Petronas,,naik motor boleh la..tapi aku pernah buat meredah kat situ dengan kereta..nasib baik lepas,,kalau tak memang sakit la,,tiang letrik dan longkang menunggu. tambahan pulak jalan ni sibuk dan sempit..sekali tu je la aku buat coz kat sini banyak telefon karat,,jap lagi sampai le ke pengetahuan abah aku..

Alamak banyaknya kereta petang ni..ternampak akak sorang ni,,macam kenal je.oppss dalam dok tak nak jumpa dia terjumpa jugak..apa lagi riuh le mulutnya marah kat aku..Sampai kat traffic light,,dia dok bertanya kat aku dengan nada kuat.."kau dengan siapa sekarang Farah??,,kau dengan Pian lagi ke??"..Mak aik agak-agak la akak ooii..malu le..ramai orang kut,,dah la ramai brader-brader nak gi main futsal kat depan rumah aku tu..hmm jatuh saham aku..brader tu semua berpaling ke arah aku..malunya mana nak letak muka..Aku cuma tersenyum..hihihi..

Aku ingat dah habis pertanyaan dia,,rupanya aku silap dia gi tambah lagi.."Untung le kau dengan Pian,,couple senyap- senyap dan sembunyi- sembunyi tak cerita pun dengan aku kan"..brader kat sebelah pasang telinga dan tersengih-sengih..lambatnya lampu ni nak hijau,,kang banyak lagi soalan yang di soalnya..Sembunyi apanya..aku pun tak faham..hari tu bukan ke aku dan Pian bawak dia sekali keluar..nampaknya Eyfa masih tak berpuashati dengan aku..apa yang pasti setiap kali jumpa aku dia pasti akan bertanya soalan yang sama berulang kali..kekadang aku teringin nak buat apa yang Pian suruh hari tu cuma aku tak sampai hati pulak..Apa -apa je lah kau pergi tanya Pian dia ada jawapannya..Tak puas hati dengan aku menonong je Eyfa balik..

Abah ajak gi sarapan kat kedai gadut..awal-awal lagi aku tolak,,"Abah,,cari tempat lain please"..abah tanya aku kenapa..malas nak cerita dengan abah..Kemudian Abah bagi adik-adik aku peruntukan untuk beli baju,,"Abah,,Along tak de ke abah??"..abah hulur RM 10.00 kat aku..abah ni buat lawak..mana ada baju harga tu..Tak puas hati punya pasal aku guna duit aku beli baju,,sampai 3 helai aku beli..Aku tunjuk kat abah.."10 ringgit boleh dapat 3 helai baju ke??"Abah tanya aku.."Magic"jawab aku..Damia dengan baju merah,,kasut merah,,hand bag pun merah..amboi lawan tokeh nampak..Hadi pun tak nak kalah baju merah jugak..Yasmin pun merah..Menyebok betul beli la warna lain..Nabila je beli peplum biru..

Lepas Maghrib,,balik Seri Iskandar..Makan malam kat sebuah restoran yang lambat dan masakannya tak sedap..tetapi mahal,,tak berbaloi sungguh patut la tak ramai pelanggan..Sampai kolej hampir pukul 10 mlm..Adik-adik aku sempat ambil seekor anak kucing untuk bawa balik..Ini yang paling aku tak suka..Aku tak suka kucing..Abah bagi duit poket..Alhamdulillah..terima kasih abah..




Tuesday 2 July 2013

SELAMAT HARI BAPA

Sabtu 15 Jun.. hari ni teman mama pergi market..esok hari bapa dan disebabkan esok aku pula nak balik ke Seri Iskandar makanya mama buat keputusan nak celebrate hari ni..Malam..kita orang buat barbecue seronok dan riuh rendah,,banyaknya juadah..Selamat hari bapa buat abah,,sayang abah dan terima kasih di atas segalanya..ucapan yang aku ucapkan pada abah sambil cium pipi dia..Hmm sayang abah sangat-sangat..

Abah seorang bapa yang terbaik,,dia akan pastikan anak-anak dapat apa yang di hajati,,jarang marah tapi kalau dah marah memang teruk lah ceritanya..Suka tolong orang kekadang orang suka ambil kesempatan diatas sikap abah aku ni..Seorang yang rajin bekerja tapi tak boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa dia jadi tension..apalagi mama akulah yang jadi mangsanya..kena buat kerja terutama urusan office..termasuk akaun..huhu pening buat akaun ni,,rumit..tu yang buat abah tension..

Abah aku seorang penyayang,jugak kaki shopping..Kalau korang nak tau koleksi baju,,seluar,,kasut memang banyak..mama aku memang kalah bab shopping ni..Haa jangan ingat orang perempuan je yang kaki shopping,,tapi lelaki pun ada kaki shopping..Abah aku peminat jam tangan,,ada bermacam-macam jenama dalam koleksi dia..kaki bergaya nombor satu,,itulah abah aku..jarang sekali keluar dengan berselipar..Member-member aku yang kenal abah aku selalu cakap abah dia orang simple je tapi abah aku...haha..itulah En.Bazli..

Ahad 16 Jun..SELAMAT HARI BAPA ABAH..hari ni abah ajak sarapan kat luar,,rutin hampir setiap Ahad..masa bersantai dengan anak-anak..Dah lama tak berjalan kemana-mana..kesibukan membataskan segalanya..Harap-harap cuti sem nanti ada perancangan yea abah..

Lepas sarapan gi shopping..tak ramai orang bershopping maybe sebab tengah bulan..so tak payah nak beratur panjang..Adik-adik aku shopping sakan..Damia,,Hadi,,Yasmin dan Nabila sibuk memilih baju,,kasut,,seluar dan skirt..jelous aku tengok,,abah dengan mama cakap aku tak boleh shopping cos dah shopping hari tu dah banyak duit habis untuk aku..Sem baru semua baju pun nak baru..Mana aci macam ni..tak kira along nak jugak..aku sempat ambil sehelai skirt hitam dengan selamba bagi kat mama.."Kamu ni along..sempat jugak,,melampau betul asyik nak lebih je..dah banyak baju kamu tu..setiap minggu shoppingnya.."kata mama sambil menghulur duit..Alhamdulillah,,aku tau aku akan dapat jugak..Dengan selamba aku ambil duit dari mama dan bagi kat Illa yang tengah beratur untuk membayar..adik aku ni tak boleh nak cakap apalah kan,,dia dah dapat peplum dan mama dah belikan blouse yang agak mahal harganya..Illa pandang aku dengan muka tak de perasaan..Ingat comel ke buat muka macam tu..

Sambil tunggu Illa beratur untuk bayar skirt dia dan skirt aku..aku pergi dekat mama..apalagi membodek le..Hahaha..Mama cakap dengan aku jangan melampau asyik nak lebih dari adik-adik..Aku cakap dengan mama aku ni anak sulung so kena lebih le..Mama kata.." tak baik macam tu.."

Yasmin dapat peruntukan untuk beli jam..amboi bukan main..sempat jugak aku mempertikaikan..cepat-cepat abah memotong cakap aku.."Hai,,jam kat tangan kamu tu bukan baru beli ke along??jauh lebih mahal dari jam Yasmin tu.."aku tersengih je sambil menayang kat Yasmin..Yasmin tak puashati sebab aku dengan Nabila dapat jam yang lebih mahal dari jam dia..Mama kata kalau nak jam mahal kena dapat best result la mana boleh result cukup-cukup makan tapi nak jam yang mahal..Haah..itu la abah dan mama bagi target tak nak capai..padan muka pakai le jam yang baru kamu beli tu..Jam ular ketam tebu abah kata..hihi..pilih le yang cantik sikit ni tak macam ular je..mesti tak pakai nanti..

Baru pukul 3ptg abah dan adik-adik dah nak hantar aku balik..biar betul awal lagi kut..tak nak aku balik awal-awal..Lepas Maghrib la baru balik..Abah belanja makan malam kat Seri Iskandar..Sedap..sampai kolej hampir 10 malam..kena perli dengan member-member..Biasa la tu..itu pun awal,,kalau tak subuh esok la jawabnya baru aku balik..Salam dan cium abah serta mama jugak adik-adik..Abah bagi duit poket,,duit untuk photostate dan duit buku..Alhamdulillah agak banyak jugak..Abah tanya cukup ke?? aku jawab "cukup Abah dah terlebih cukup"..Perut dah kenyang,,lepas ni solat Isyak kemudian tidur..Hmm cadangnya nak letak gambar kat sini tapi blog aku dah kenapa hah tak boleh nak letak gambar..gara-gara edit hari tu la ni..Sedihhh..