Monday 7 January 2013

SATU KENANGAN


Malam tahun baru..kebanyakan penghuni kolej tak balik,,di sebabkan hanya esok sehari saja cuti..Lagi pun baru semalam balik setelah bercuti  beberapa hari..Member2 dorm bising..BORING,,tak tau nak buat apa.Aku pulak mengantuk,,terfikir nak tidur je.Dia orang mula merancang nak pergi mana esok..Pada mulanya aku hanya mendengar,,lepas tu dia orang ajak aku joint sekali..Aku dan Kak Mira boleh drive.Cadangnya nak pegi Manjung dan Lumut.Tapi takde transport,,kena sewa kereta lah..call sana sini..nak sewa kereta  punya pasal.. Tapi kereta semua dah di booking..Frust le dia orang..
Rata2 penghuni blok KEKWA 1 dah bising..bosan dan boring..Member2 ajak gi lepak kat padang..Aku malas nak pegi,,nak tidur..Kak Mira paksa aku ikut,,dengan berat hati  aku ikut dia orang..Dah lah mengantuk,,kena berjalan jauh pulak tu..Tengah sedap menyembang dengan member2..Lima orang senior datang mengorat..Ini yang aku tak nak ni..Malas nak layan..So buat tak tau je lah...
Abang2 senior tu buat macam2 untuk tarik perhatian,,siap beritau azam dia orang tahun 2012,,untuk cari awek tak tercapai..Huh,, ingat aku percaya ke..Lelaki memang macam tu..kalau bab mengayat memang TIP TOP..Abang2 senior tu cakap,,dia orang nak carry on azam dia orang yang tak tercapai tahun lepas tu untuk tahun ni..Hmmm malas nak layan..cari lah orang lain ye..Saya dan kawan2 tidak berminat..Tengah sedap abang2 senior tu mengorat..Polis Bantuan bising,,suruh semua yang ada kat situ,,balik dorm..Hahaha selamat..Abang2 tu tersenyum..Nampaknya misi dia orang tak tercapai..Malam tu dapat jugak kami tengok bunga api
Balik dorm..member2 aku sambung plan untuk sewa kereta.Call ejen kereta sewa..tapi jawapan tetap sama,,semua kereta dah di booking..Aku tengok dia orang frust sangat..Masa ni teringat,,kalau kat rumah..tak ada masalah macam ni..Bersyukur sangat dengan segala kemudahan yang telah di sediakan oleh parents untuk aku dan adik2..Terima kasih banyak2 buat Abah dan Mama.
Keesokan harinya..1 Jan 2013,,Hari ni cuti..boring duduk kat dorm..Roomate aku ajak gi shopping.Tunggu bas tapi bas tak muncul2,,so aku,Kilah,Fiza dan Kak Mira terpaksa berjalan kaki dari kolej sampai keluar..sakit kaki aku..Punya lah jauh nya kena berjalan,,tengah panas pulak tu.Sampai kat pintu depan aku ternampak sebuah kereta,,driver kereta tu siap buat PEACE kat aku..Macam aku kenal je..Dengan selambe aku menjerit,,tak aci betul..Member baik aku(masa sekolah),,Nabila Zulkifli..Bukan main kau Bella,,kau dapat sewa kereta..Aku kena jalan kaki berbatu2 jauh nya..Sedih..Tak pe lah,,semua ni akan jadi kenangan pahit manis ketika menjadi student kat sini.Kebetulan kita orang tak sarapan lagi.Lapar dan dahaga.Singgah sarapan pagi kat Rahmath Corner,, kemudian naik bas gi Tesco..Pengalaman duduk dalam bas yang penuh dengan pendatang asing memang menakutkan..Kami shopping sakan hari tu dari pukul 10.30 pagi sampai 3.00 ptg..Balik naik teksi,,rasa macam tak berbaloi pulak dari Tesco Sri Iskandar ke UiTM tambangnya RM 12.00..Bukan jauh mana pun..Dah tu pakcik tu ikut pintu belakang pulak tu,,kalau ikut pintu depan berbaloi jugak..
Letih sangat hari ni..apapun aku happy dapat keluar dengan roomate..Tapi tak puas hati tak dapat beli baju yang boleh match dengan skirt "purple"..Sampai hari ni aku tak pakai lagi skirt tu,,susah sangat nak cari baju warna senada dgn skirt tu.
Apapun yang terjadi,,tahun 2012 banyak meninggalkan memori pahit manis..antaranya ada yang aku rasakan seolah bermimpi..Apa yang pasti..impian aku utk melanjutkan pelajaran tercapai dan aku akan tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran..Itu janji aku pada parents aku.
Moga tahun 2013 ini akan memberikan  aku kebahagiaan dan ketenangan,,moga segala cita2 dan impian aku tercapai..Apa yang aku inginkan..Lupakan segala kisah pahit,,kisah yang tidak pernah aku jangka akan berlaku..Aku akan pastikan ianya tidak akan berulang lagi..Aku tak mau di sakiti lagi..Sekarang ni aku dah boleh lupakan segalanya..Bukan kerana aku mengejar cinta orang lain..Tapi aku nak kejar ilmu pengetahuan..Kini aku rasa lebih tenang,aman,gembira dan bahagia.Aku terima segala ketentuan ILLAHI,aku redha di atas segala yang telah berlaku..Mudah2an ianya akan mematangkan aku dan menjadi pengajaran buat aku bagi menempuh liku2 hidup.