Monday 31 December 2012

CORETAN TERAKHIR UTK TAHUN 2012

Hari ni 31.12.2012..Hari terakhir untuk tahun 2012..Dan coretan ni merupakan coretan terakhir aku untuk tahun ni..Banyak kenangan pahit manis yang aku alami pada tahun ni,,ada juga pengalaman yang ingin aku lupakan terus dari ingatan.Pengalaman yang berpunca dari kesilapan aku sendiri,,dari kedegilan aku..Apapun aku akan jadikan ianya sebagai pengajaran,, moga ianya akan mematangkan aku serta menjadi pengalaman berharga buat aku agar lebih berhati2 di kemudian hari..
Harapan aku..pada tahun 2013..Nak berjaya dalam pelajaran,,mudah2an apa yang aku impikan akan tercapai..Aku bersyukur punya Abah dan Mama serta adik2 yg menyayangi aku,,punya kawan2 yang selalu ada semasa susah dan senang,,punya kawan baik yang memahami,,boleh berkongsi masalah dan sering memberikan pandangan serta nasihat tatkala aku punya masalah.Terimakasih tak terhingga aku titipkan untuk semua..
Sebelum balik ke Seri Iskandar,,sempat juga aku keluar dengan kawan2 ..Kita orang lepak kat KFC,,walaupun tak semua,,sekurang2nya hilang jugak rindu kat dia orang..Teringat zaman sekolah,,bersama kawan2 kelas,,kawan2 kat PS..Of course mamat poyo PS..Selalu cari pasal dengan aku..Kalau bab mengusik dan menyakat bagi lah kat dia..Sampai sekarang..perangainya tetap sama macam dulu.Rindu dengan kenangan di zaman persekolahan dulu..
Kat UiTM ni..aku ada ramai jugak kawan baik yang selalu berkongsi masalah,,berkongsi cerita,,seringkali melepak di DM sambil buat assinggnment..Mungkin satu hari nanti aku akan merindui kalian terutama selepas 6 bulan dan masing2 akan melanjutkan pelajaran di kampus yg lain..Abah dan Mama selalu berpesan dengan aku hati2 memilih kawan..Alhamdulillah setakat hari ni,,aku dapat kawan2 yang baik,memahami,,paling penting susah senang,,kami hadapi bersama.Begitu jugak roomate aku,,semua baik2.

Beberapa hari lepas Abah ada tanya aku..Suka jam tangan yang macamana..Aku cakap kat abah "Abah repair je tali jam tangan Along tu".Kebetulan tali jam tangan aku putus,,sebenarnya aku sayangkan jam tangan tu..Hadiah hari lahir aku yang ke 14 tahun.Abah diam je..Dah 2 minggu aku pakai jam tangan abah..Abah aku ada banyak koleksi jam tangan..Jealous tengok,,cantik2 pulak tu..Apalagi aku main pakai je lah..
Malam Ahad,, abah bagi aku duit,,byk jugaklah..Duit poket dan duit utk beli baju.Aku nk keluar,,tapi mama tak nak temankn,,mama ckp keluar pagi esok..Dah lama tak beli baju ni..mama bising dgn aku,,baju yg aku beli minggu lepas pun tak pakai lagi dh nk beli yg baru..Tapi aku tau esok,, mama mesti mengalah dengan aku..
Pagi Ahad 30 Dis,,aku berjaya pujuk mama hari ni..SHOPPING!!! aku beli sehelai baju dan sehelai tudung,,ada byk lagi baki duit,,aku cdg nk beli lagi..Rambang mata aku tengok baju,,rasa mcm nk beli semua..Akhirnya aku dapat lagi dua helai blouse nak beli dress tapi tak de yang menarik..Yang untungnya mama yg belikn..Selamat duit aku..Kawan2 aku kata aku ni beruntung dan bertuah..Anak manja dan selalu dapat apa yang aku inginkan.Anak sulung tapi lebih manja dari anak bongsu..Korang tau..aku bersyukur sangat dapat parents mcm abah dn mama aku.Untung jadi anak abah dan mama.Aku sememangnya rapat dan manja dengan parents aku..
Aku bodek mama nak pergi The Store,,beli barang keperluan,,malas nk beli kt Seri Iskandar..Mama setuju dengan cadangan aku..Sampai rumah hampir pukul 1 tgahari,, adik aku text suruh ambil dia kt My Eg..Aku keluar naik motor je..terus pergi The Store,,beli barang lagi..Abah call suruh balik cepat hujan nk turun.
Sempat jugak sampai rumah,,walaupun basah sikit,,kena hujan.Adik aku tunjuk satu kotak kat aku,,pada mulanya aku buat tak tau je..Akhirnya dia bawa kotak tu dekat aku.Masya Allah..jam tangan yang aku nak sangat..TERIMA KASIH ABAH..SAYANG ABAH..Ini mesti mama punya idea dan mama yang beritau abah yang aku suka jam tangan ni.Aku baru bercadang nak beli dengan duit sendiri..Aku ajak mama teman pegi bank nak keluarkn duit mama tak nak..marah lagi kat aku,,suruh simpan duit tu.Alasan mama jam tangan yang aku nak tu..jam tangan lelaki,,bising kat aku suruh beli jam tangan perempuan,,cantik2 katanya..Kenapa lah kamu nak jam tangan lelaki..Akhirnya aku dapat jugak apa yang aku inginkan.



SEUTAS JAM TANGAN ORIENT,HADIAH DARI ABAH..thank you abah,,sayang abah sangat2.Aku dah janji dengan diri aku,,aku akan belajar bersungguh2..Nak lupakan segala peristiwa yang telah menguris hati parents aku..Dan aku tak kan biarkan perkara yang sama berulang kembali..Abah suruh aku tukar no telefon..Perkara ni memang susah untuk aku buat.Abah..Along minta maaf tak tunaikan permintaan abah sebab no fon tu special sikit..Along tau abah yang beli nombor tu,,tapi nombor tu ada sentimental value le abah..Nombor tu abah beli pada harijadi seseorang dan tarikh lahir dia ada pada nombor fon tu.Nombor tu mengingatkan aku pada dia..Along janji along akan dengar cakap abah tapi jangan suruh along tukar nombor fon PLEASE..abah tolong lah..Harap2 aku berjaya pujuk abah..
Kini telah berakhir tahun 2012,,tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis..Apapun keputusan dan pilihan yang aku dah buat,,aku bertangungjawab sepenuhnya..walau perit aku akan hadapi dengan tabah .Moga segalanya tidak berulang lagi..Apa yang aku harapkan aku akan jadi lebih matang seiring dengan peningkatan usia serta berjaya mencapai apa yang aku cita2kan.Yang paling penting nak fokus pada pelajaran..

Monday 24 December 2012

BERDIKARI BERSAMA ROOMATE

Alhamdulillah,,sejak aku tinggal di Kolej Indera Mulia UiTM Perak..Aku dapat roomate yang baik dan lemah lembut,,juga dapat seorang kakak yang menurut kawan2..Muka aku dan muka kakak tu seiras..Roomate aku,,Kak Mira,,Fiza dan Kila..Kesemuanya berasal dari T.Intan..Seronok dapat berkawan dengan dia orang dan seronak dapat kenal dia orang..Macam2 gelagat,,ragam dan kerenah..Dia orang caring,,ceria dan akan pastikan bilik kami selalu riuh..Segala masalah akan di kongsi bersama..Tak kira apa pun masalahnya..  Tinggal di sini berbeza dari asrama semasa di sekolah dulu,,memang terlalu banyak perbezaannya..Banyak cabaran yang perlu di hadapi..Kelas jauh,,nak makan pun kena berjalan ke DM,,dari segi pergaulan jugak berbeza..Tapi semua tu perlu di hadapi demi untuk menimba ilmu pengetahuan..Pokok pangkalnya hati..Dan aku ingat nasihat dari SESEORANG tentang semua tu..
Hari2 mengadap angka dan nombor..Kekadang boleh tension di buatnya..Mujur lah ada kawan2 kelas yang memahami...Ada kalanya duduk di sini..Boring,,terutama sekali kalau kelas di batal kan..Tak tau nak buat apa...Apalagi,,tidur lah...Makan dan tidur,,tapi badan tak naik mungkin di sebabkan hari2 kena berjalan jauh untuk ke kelas..
Sabtu lepas S cakap dengan aku..Apalah yang akan tinggal kalau hari2 kena berjalan jauh,,katanya tinggal tulang je..Dia tanya aku tak boleh bawa transport ke??Cik abang ooi,,di sebabkan tak boleh bawa lah yang kena berjalan kaki tu..Lainlah macam awak..Untung boleh bawa transport..Sedih saya tau..
Selepas habis cuti ni..Aktiviti cukup padat,,malam pun ada aktiviti,,tak tau lah hujung minggu boleh balik rumah ke tak..Alamatnya hari2 akan boringlah,,nak keluar kena naik bas...Kalau kat rumah,,nak pegi mana pun senang,,tinggal bodek abah dan mama je..Mesti dapat punya siap dengan duit minyak sekali...
Lepas 6 bulan ni aku tak tau akan sambung belajar kat mana..Harap2 aku tak dapat kampus yang jauh..Kalau tak,,menanggis le aku..Tak boleh balik kerap..Hari tu S membebel dengan aku,,pasal aku tak nak masuk form six..Katanya dia boleh,,kenapa aku tak boleh..Hahaha..Cik abang,,saya ni berbeza dengan awak..Awak pandai,,saya tak pandai..Katanya semua tu..Pokok pangkalnya dari hati..Betullah tu,,tapi saya tak yakin lah saya boleh skor..Lain lah awak..Hahaha macam2lah mamat ni,,selalu je jadi Mak Jemah...Pot pet,,pot pet...tapi penuh dengan kata2 nasihat..Itu yang kekadang buat aku sering teringat kat dia..
Semalam dia balik Shah Alam,,janjinya kalau dia sampai,,dia akan text aku..Tapi tak de text masuk..Sepanjang pagi fon aku tak berbunyi..Pelik jugak..Aku online,,dia ada komen dan like post yang aku hantar kat sepupu dia,,dan like serta komen post aku wish b`day sepupunya yang lagi sorang..Hairan jugak,,kenapa tak text aku..Akhirnya aku check fon,,rupa2nya fon aku HANG...Ada banyak text masuk termasuk text dia,,beritau aku dia dah sampai,,tengah malam tadi..Saya minta maaf tak reply text awak...
Apa pun..Untuk awak..study hard..exam tak berapa hari lagi..manfaatkaa study week ni sebaik mungkin,,Good Luck..



Sunday 23 December 2012

22.12.12

Aku start cuti,,hari Jumaat 21.12.12 sampai 30.12.12..Abah agak sibuk hari ni,,pukul 5.30 petang baru datang ambil aku..Sampai rumah lebih kurang pukul 6.45 ptg..Tengah seronok menyembang dengn mama,,fon berbunyi..Orang depan rumah aku call aku,,semata2 nk cerita awek dia beli mcm2 sempena b`day dia..Suka2 je nk menyakitkn hati aku..Mama duduk kt sebelah aku bengang,,rampas fon terus marah..Mama aku marah sgt malam tu..Mama kata nk mengatal dn nk keluar dgn sape pun tak perlu call atau text aku utk beritau..Dah lah mama terbaca text merapu yg dia text kat aku..Aku pun dah tak larat nk hadapi semua ni..Aku tak mahu terus di sakiti dan di kecewakan..Dah puas aku fikir,,dah berkali2 dia lepaskn aku sejak 12.12.12..Aku redha dan pasrah..Aku terima segala ketentuan Illahi.Aku nak mula kan hidup baru..
Apa yang ada di dalam fikiran aku,,aku nak tumpukan perhatiaan pada pelajaran..Aku nak berjaya dalam 
pelajaran..Aku nak lupakan segala kisah pahit dan aku tak nak ingat kisah tu..Aku tension sangat malam ni,,ingat balik rumah nak tenangkan fikiran,,tapi sebaliknya yang terjadi..Aku tak tahu nak buat apa..Untuk release tension,,apa lagi mengadap lappy..Buka FB dan Twitter..Tetiba terpandang satu tweet yang mention nama aku yang di retweet oleh S..Terkejut aku..Dah lama aku tak jumpa dia,,tiba2 teringat kat dia,,minggu lepas ada text,,katanya dia sibuk banyak assingment..
Aku tweet dgn dia,,lepas tu dia text aku..Dah lama sangat aku tak jumpa dia,,RINDU sangat nak gaduh dengan dia,,seronok gaduh dengan dia ni sebab kalau gaduh aku pasti akan menang..Dia seringkali mengalah..Sepanjang aku kenal dia,,dia tak pernah marah kat aku,,walaupun apa yang aku buat tu MENYAKITKAN hati dia,,dia tetap COOL..Seronok dapat kenal dia..Susah nak cari orang macam dia..Memahami,,caring,,selalu mengalah..Huhuhu..Teringat KENANGAN dengan dia..Entah kenapa sejak akhir2 ni aku selalu teringatkan dia..Agaknya dia pun ingat kat aku..
22.12.12..cantik tarikh ni..hari ni aku ada janji dengan S..Excited sangat..Tak sabar nak jumpa dia..Dia call aku pukul 3.47 ptg,,aku tengah makan..Dia bising dengan aku tweet aku cintan cintun bagai...Dia tanya aku nak keluar ke tak??..Aku ok je..Tambahan tengah boring tak tau nak buat apa ptg2 begini..
Kalau tak salah aku hampir 9 bulan aku tak jumpa dia..Dia terkejut tengok aku..katanya aku banyak berubah,,berbeza dari dulu..Mestilah kena berubah seiring dgn peningkatan usia..Berubah ke arah lebih positif..Itukan bagus,,Awak tau..Awak pun dah banyak berubah..Terkejut saya..Apa yang paling terserlah sifat CARING awak..Banyak sangat cerita yang di kongsi,,riuhnya sampai orang keliling asyik memandang kami..Bercerita,,mengusik,,gelak dan ketawa..Hahaha..aku siap kena cubit dengan dia lagi..Apapun itu kenangan..Dah lama tak kena cubit dengan dia..Dia pun merasa gak kena cubit dengan aku..
Seronok sangat..dia seorang yang memahami aku,,asyik potpet-potpet bercerita,,dia tak bagi aku jalan di belakang dia..Mesti berjalan di sebelah dia..Macam2lah mamat ni.
Kebetulan hari ni aku pakai baju warna merah,,dia pun pakai baju warna yang sama..Ya Allah..tak sangka,,terkejut aku..Hahaha ada CHEMISTRY yang kuat lah tu..Itu jawapan yang aku bagi kat dia,,masa dia cakap tentang warna baju yang sama..Aku perasan hari ni dia berbeza sangat..Happy,,asyik tersenyum dan tak berhenti bercakap,,ada je point yang nak di bualkan..Happy sangat keluar dengan dia jika di bandingkan keluar dengan orang depan rumah aku ni..Dia sentiasa pastikan aku berjalan di sebelah dia dan tak biarkan aku jalan berseorangan..Katanya takut aku kena culik..Kalau dengan "TUT" alamatnya aku kena tinggal di belakang..Dia juga banyak point utk bercerita,dia akan pastikan suasana jadi ceria..Aku perasan dia asyik memandang aku..RINDU KAT AKU LE TU..Tapi yang pasti dia gembira dan terpancar kegembiraan di wajahnya,,dia marah aku,,time dia cakap dengan aku..Aku tengok tempat lain..Dia nak aku pandang muka dan mata dia..Hahaha..So sweet..
Dia belanja aku hari ni,,kat twitter bukan main gempak lagi nak aku belanja dia..Tengah sedap menyembang,,dia ambil air aku dan tolong kacau,,reaksi spontan dia tu buat aku terkejut..Sebelum ni tak pernah pun orang "TUT" buat kat aku..Anyway thanks a lot..saya suka keluar dengan awak,,enjoy dan happy sangat..
Masa tengah makan,,dia bagi aku ole2 yang di belinya di Sabah..Terima kasih..Saya amat menghargainya..Tetiba dia mengenang kembali kisah2 lama..Sebenarnya aku pun tak boleh lupakan kisah2 tu,,terutama kenangan dengan dia..OTW nak pergi ke kereta,,dia kata aku pendek,,siap ukur tinggi lagi,,mamat ni perasan dia tinggi padahal dia tu cuma tinggi sikit je dari aku..Lepas tu cakap dengan aku tak payah pakai HEEL bagai..Ikut suka aku lah nak pakai apa pun..Sampai kat kereta dia tolong tutup pintu kereta kat aku..
Lebih kurang pukul 6.18 ptg dia text aku suruh kirim salam kat mama aku sebab terlupa nak beritau tadi dan dia tanya aku SERONOK tak keluar dengan dia..Dah tentu lah SERONOK..Berkali2 dia beritau aku yang dia SERONOK sangat keluar dengan aku..Huhu terlebih seronok,,riuh sangat sampai jadi perhatian orang,,ada yang tanya kami COUPLE ke,,bila aku cakap kawan..dia orang tak percaya..Tanya balik,,iye ke kawan??..
Walau apa pun,,terima kasih banyak2 kat awak..Segala masalah saya hilang..Bila saya jumpa dengan awak,,berbual dengan awak..






Sunday 16 December 2012

FIRST TIME SPEED SAMPAI 120KM/J

Aku bangun awal hari ni lebih kurang pukul 5 pagi..semangat nk balik kolej..Walaupun hari ni hari Ahad..Aku kena balik jugak..Ada aktiviti,,semua student wajib hadir..Hopefully aku tak lambat mcm minggu lepas..Minggu lepas aku orang terakhir masuk kelas..Semua mata memandang aku..Malunya aku hanya tuhan yang tahu.Bebudak lelaki yang suka kacau aku kat klas tu apalagi...Tersengih macam kerang BUSUK lah..Bakal jadi bahan lah aku untuk entah keberapa kalinya..Ikut suka korang lah..Kawan aku salah beri informasi,jenuh aku cari kelas,,kejap kat Fakulti Sains Dan Matematik,,kejap2 kt Fakulti Perakaunan..Pening deh..
Pagi tadi abah bagi aku drive..Memang seronok drive kereta pagi2..Tambahan pagi Ahad..tak sibuk langsung sampai tak sedar aku bawa melebihi 100 km/j..Catat sejarah betul..Sampai kena tegur dgn mama..Aku target nk sampai around 7.20-7.30 pagi,,menepati sasaran..Alhamdulillah,,selamat sampai.
Tapi,,cuak betul aku tadi..Kena tahan dengan polis bantuan kat pintu masuk U..Budak sem 1,,tak boleh drive kereta kat kampus ni..Aku dah siap sorok kad  matrix aku..Kena jugak tahan..Mungkin kerana hari ni Ahad dan tak banyak kereta keluar masuk jika di bandingkan dengan hari2 yang ada kelas.Walau apa pun hari ni memang catat sejarah..Aku speed sampai 120km/j..Kalau mama tak tegur tadi makin laju le aku,,memang itu first time aku speed..Kononnya nak cepat sampai..Selama ni aku drive perdana,,tak speed sangat lah setakat 100KM/j je..Sebenarnya aku gayat nak bawa kereta Abah ni,,berat dan besar serta laju tapi lebih stabil jika di bandingkan dengan perdana..Itu yang membuatkan aku tak terasa menekan pedal minyak.
Sampai kolej..member2 dorm aku sedap berdengkur lagi..Rasa macam tak berbaloi pulak aku tergesa2 balik tadi.Abah ajak sarapan aku tak nak,takut terlambat.Terpaksa menahan lapar..Dah lah buat aktiviti macam budak kecil..
Hari ni aku makan tengahari pukul 4lebih,,tak ada selera nak makan..DM dekat je..Tapi malas nk turun sorang2.Kalau gi DM tu boleh tengok macam2 gelagat student..Yg couple tu berkepit kesana kemari,, ada yang merajuk..Macam2 gelagat dan perangai .Untunglah,,aku dengan member2 kelas je,,tak pun dengan member2 dorm..Kadang2 teringat kat Si Dia,,seronok kalau boleh belajar satu kampus dengan dia..Tapi nak buat macamana tak de rezeki nak belajar bersama dia..
Tadi Abang ada txt aku beritau yang dia dah tau jalan nak ke UiTM Sri Iskandar,,dengan penuh CONFIDENT,,dia cakap nnti dia nak ambil aku,,time aku boleh balik..Haha aku nak tengok,,Sebenarnya hari Jumaat ni,,aku nak balik,Kelas aku habis pukul 6ptg..Harap2 abah ambil aku cepat.Sebab hari tu harijadi Sidia..Kebetulan pulak aku cuti byk hari..Memang tak sabar nak balik dan bercadang nak celebrate dengan dia.Harijadi aku dulu,,bukan main excited lagi dia,,tak sabar2 nak celebrate..Tapi perangai dia sekarang ni PELIK sikit.Kalau aku balik,,dia suka cari PASAL dgn aku,suka cari GADUH dengan aku..Bukan nak datang rumah jumpa aku..GERAM sangat dengan dia ni..OTP dengan dia pun asyik nak mengusik dan menyakat je..Asyik cari gaduh je konon nak hilangkan rasa RINDU dia pada aku..Tak masuk akal langsung ...Buat aku jadi GERAM dan SAKIT HATI adalah.
Aku harap aku,, aku dapat celebrate birthday dia dengan tenang dan aman tanpa gaduh2.Aku dah janji nak pakai skirt yang dia bagi..Tapi aku tak beli baju lagi,,tak de baju yang match dengan skirt tu,,aku pulak sibuk sepanjang minggu ni ,,tak de masa nak keluar gi beli baju.Harap2 ada kelas yang di batalkan,,boleh keluar..Apa pun aku harap,, aku balik kali ni,, dia tak buat hal lagi....




Friday 14 December 2012

12.12.2012

Semalam aku call dia,,bersembang dgn dia hampir 1jam..mcm biasa perangainya yg tak pernah berubah,suka mengusik,suka menyakat dan sering menyakitkn hati aku,,kadang2 memang boleh hilang SABAR dgn sikap dia ni..Dia pulak seronok gelakkan aku..GRRRR mmg geram..Entah pape..
Member aku Yani txt mlm tadi,,ajak aku dinner kat uptown..Alamak rugi rasanya aku balik minggu ni..Kalau tak mesti seronok dinner dgn diaorg,,tambah ada orang nak belanja pulakkan..Apapun..bergembiralah korang...Aku dapat bayangkan macamana riuh dan kecohnya suasana...Ini yang buat aku rasa menyesal balik rumah minggu ni..Tapi tak pe..Nnti aku balik kolej kita lepak,,mudah2an ORANG tu bermurah hati nak belanja lagi..
Dah hampir sebulan aku belajar kat sini,,seronok dapat kawan2 sekelas yang sekepala,,memahami,,mengambil berat,,begitu juga dengan member2 dorm..Alhamdulillah,,syukur aku dapat kenal korang semua,,SERIOUSLY aku seronok dapat kenal dan berkawan dengan korang..
Walaupun aku selalu jadi BAHAN usikkan,,memang sikap aku lebih banyak mendiamkan diri dan selalu tersenyum..Itu yang membuatkn aku selalu kena tekan dan di beri macam2 gelaran..Walaupun begitu aku rasa seronok sangat sebab..dapat kawan2 macam korang,,terutama sekali aku dapat kenal seorang kakak...Kebetulan aku memang tak ade kakak..
Entah kenapa,,tetiba timbul cerita..ada seseorang kata aku ni PENGUBAT HATI dia,,hahaha biar betul..Aku ada matlamat aku sendiri,,memang impian aku dari kecil aku nk belajar hingga ke menara gading..Alhamdulillah..impian aku tercapai..Aku kat sini nak belajar bukan nak cari KEKASIH..Aku tau dia dah ada kekasih,,aku tak nak,,kerana aku dia putus dengan kekasihnya dan aku akan di tuduh macam2..Aku pernah lalui semua ni..SAKIT HATI sampai ke hari ni..Kini aku lebih berhati2 aku takut nak rapat dgn lelaki..Walaupun hanya sebagai kawan..Takut nnti bermula dengan hanya kawan kemudian bertukar menjadi CINTA...
CINTA...Sebenarnya aku tak tau nak cakap macamana..kerana cinta aku sering TERLUKA..Kerana CINTA,,aku sering KECEWA.Kerana CINTA juga aku MERANA..Sehingga adakalanya aku tak mampu nak terus mempertahankan satu hubungan..Seperti apa yang berlaku pada 12.12.12..Semua tu berlaku kerana aku dah habis sabar,,dah tawar hati..Walaupun jauh di sudut hati,,aku masih SAYANG dan masih CINTA..Aku inginkan dan harapkan KEJUJURAN dan KESETIAAN..Tapi apa yang aku harapkan,,cuma tinggal harapan dan impian..Yang membuatkan aku tawar hati..Apa yang terjadi pada 12.12.12 bukan kerana hati aku dah berubah atau ada orang lain di hati aku..Itu semua berlaku kerana tiada kejujuran dan kesetiaan dan aku rasa kesetiaan dan kejujuran aku di khianati..
Teguran dari parents aku tidak di pedulikan,,tidak di hiraukan,,malah marah kat parents aku,,kononnya parents aku MENGONGKONG..Entah lah aku pun tak faham,,cuma aku pasrah sekarang ni,,setakat mana aku mampu bertahan,,aku akan bertahan..Tapi seandainya satu hari nnti aku dah tak ambil peduli dengan apa yang berlaku,,itu bermakna..KESABARAN aku dah habis..
Parents aku nak hantar aku belajar jauh dari Perak..Alamak,,jika abah dah buat keputusan begitu..Bermakna aku terpaksa akur..Aku harap abah tak teruskan hasrat dia..Aku tau abah kecewa dengan aku,,semalam,,masa ambil aku..Banyak yang abah perkatakan..Abah nak yang terbaik untuk aku..Belajar bersungguh2..In shaa Allah..Abah dan Mama jgn risau..doakan yang terbaik untuk Along..
Si Dia ada tweet ttg rindu nk tekan aku dgn apa yang aku tulis kat majalah sekolah..Sebenarnya aku tulis lain,,dan dicetak lain..Lagi pun bab nak tulis madah pujangga ni aku tak reti,,maklumlah aku ni budak akaun..banyak bermain dengan nombor..sampai kat U ni pun,,aku belajar bidang yang sama..hari2 mengadap nombor dn calculator jadi peneman setia..