Monday 25 February 2013

TUDUHAN YANG AGAK KETERLALUAN

Petang Ahad 24 Febuari 2013..Akhirnya..airmata aku mengalir jugak..Semua gara2 aku di gandingkan dengan seorg budak lelaki classmate aku untuk talentime nnti tanpa berbincang dengan aku..Alasan yang di beri,,dia orang nak aku berbaik dengan mamat ni..Semua yang rapat dengan aku tahu,,aku dan dia ni memang tak pernah sebulu..Aku tak suka sikap dia,,gatal lebih2.Geli aku..


Bila aku di beritau akan berpasangan dengan mamat tu,,aku menjerit..Pada mulanya ramai yang bahan 
aku,,sampai airmata aku mengalir..Aliya,,Kilah dan Yani perasan,,datang pujuk aku..Dia orang tahu kenapa aku MEMBANTAH keputusan yang di buat..Akhirnya Ijat dan Fazreen mengalah,,manakala Nazim offer untuk jadi pasangan aku..Terimakasih pada semua yang memahami aku..Tiba-tiba seorang member kelas marah aku,, katanya dia
tak suka aku,, sebab dia kata aku ni  punya daya penarik untuk tarik perhatian semua lelaki..Semua lelaki suka dekat aku,,semua lelaki suka mendampingi aku..Aku perasan sikap dia ni,, Dari dulu lagi kalau aku senyum dengan dia,,dia macam terpaksa je membalas senyuman aku..


Okey lah kat sini aku nak beritau kau..aku tak kejar mana2 lelaki pun..Samada budak2 Fac ni,Fac lain atau budak2 kelas ni atau kelas lain..Kalau dia orang suka kat aku..Aku nak buat macamana..Takkan aku nak marah dia orang..Dia orang yang nak rapat dengan aku,,bukan aku yang pergi kejar dia orang tu dan juga bukan aku yang terhegeh2 kat dia orang..Cuba kau buka mata kau dan perhatikan betul2..Ada ke aku layan dia orang tu??..Tak,, kan..Habis tu,,kenapa aku di tuduh begitu??..


Kalau aku ada buat salah kat kau..Aku minta maaf banyak2..Kot lah kalau ada lelaki yang kau suka,,And then lelaki tu rapat dengan aku,, manalah tahu kan,,aku ni rapat dengan semua orang.. Tapi nothing special antara aku dan dia orang..Cuma kawan,,hanya kawan..Tak lebih dari seorang kawan..Kalau kau tak suka aku,,aku terima..Sebab aku tau ,,aku tak boleh buat semua orang suka aku..Apa yang pasti kat kampus ni ramai lagi orang lain yang suka aku..Termasuk senior..Tapi pernah ke kau tengok aku ni melayan dia orang tu??Ini yang buat aku tak puas hati..Aku dah cukup berhati2 dalam memilih kawan tapi aku tetap kena tuduh..Aku tak faham..


Memang tak di nafikan aku rapat dengan ramai classmate lelaki,,tapi hanya kawan je..So jangan fikir yang bukan2..Aku kat sini nak belajar nak cari ilmu pengetahuan,,bukan nak cari boyfriend..Semalam ada yang puji aku comel dan cute..Aku tergelak walaupun tengah menangis..Aku dah lali dengan semua tu..Tak pernah pulak aku bangga dengan pujiaan..Lelaki,, biasalah tu..Jangan terpedaya dengan pujian dia orang..Itu pegangan aku..


Istimewa buat Izzat Ilham,,Fazreen,,Faiz,,Nazim (abang aku ),,Abdillah dan yg lain,,aku suka sangat berkawan dengan korang,,selalu ada dan sedia membantu aku,,selalu menasihati aku,,memahami aku dan selalu ambil berat tentang aku..Juga buat Yani,,Kilah,,Alia,,Bita dan yang lain2..Terimakasih kerana sudi menjadi kawan aku,,sejak hari pertama aku di sini..Semoga persahabatan kita kekal selamanya..Dan buat yang terbaik utk final exam..Sayang korang semua...



Wednesday 20 February 2013

SIBUK..

Cuti yang panjang membuat aku jadi malas..Bukan aku je,,tapi kawan2 yang lain..Jadual kelas yang padat sepanjang minggu..Pagi hingga ke tengahari,,break..dari 4ptg,,sambung pula hingga 7.30 ptg,,break sekejap..Kemudian start kelas dari 8.30 malam sampai pukul 10.30 malam..Letih..Kena berjalan jauh,,ulang alik dari dorm ke kelas..Sibuk dengan kelas,,bengkel,,kuiz,,test..Tak lama lagi final.. I have to work double extra hard.Which is not the thing that i like to do but,,what can i say..Bertambah tension,, dengan student portal aku masih tak boleh buka..Sampai aku tak boleh beri tumpuan pada kelas Maths malam tadi,,aku hampir2 menangis..Nasib baik aku boleh kawal air mata..Kalau tak,, alamat kena bahan dengan Faiz,,Nazim,,Ijat,,Fazreen,,Abdillah dan yang lain2..Dia orang ni memang selalu mengusik dan membahan aku..
Walau apa pun..dia orang jugak selalu mengambil berat,,sering menasihati aku dan aku jugak boleh  berkongsi masalah dengan dia orang.. Seronok berkawan dengan dia orang..Satu hari nanti aku pasti akan merindui kalian.Walaupun suasana di kelas dah tak seperti mula2 dulu,,dengan macam2 masalah dan macam2 hal..Apa yang aku harap,,dapat tumpukan sepenuh perhatian pada kelas..Dan aku hanya memerhati gelagat mereka,,banyak yang berubah kerana CINTA..Walau pun ada yang menafikan..
Bagi aku..Hindari dari semua tu..tumpukan pada study,,semua tu akan menambahkan masalah..Setiap orang ada masalah tersendiri,,bergantung pada cara seseorang menyelasaikannya..Jangan terlalu ikutkan hati,,hadapi segalanya dengan tenang dan tabah..Peringatan untuk diri aku juga  buat kawan2..Hanya tinggal beberapa minggu je kat sini..Lepas ni..tak tau dapat kampus mana..Parents aku suruh ambil Estate Management atau Accountancy,,sebab course tu ada kat sini..Tak nak lah..Semua course yang aku pilih kat UiTM Lendu..Fuhhh jauh tu..Kadang kala takut jugak,,dengar cerita masalah histeria kat sana lebih serius dari UiTM Seri Iskandar..Aku dah tengok kejadian tu bulan lepas masa budak block aku kena histeria,, ianya berlaku depan mata aku..SERAMM
Member2 dorm dan jugak member2 kelas ajak gi lepak Pangkor..Dah lama aku tak kesana..Seronok jugak kalau boleh pergi dengan kawan2..Selalu pergi dengan parents je..Lecturer MGT jugak ajak lepak Lumut,, Hmm..best dapat lecturer muda lagi sporting..Hari tu lepas kelas malam,,dia ajak temankan dia makan,,kami dinner kat McD..Dia  jugak suka dengar Fazreen menyanyi..Klon Anuar Zain..Huh,,kalau Fazreen baca ni,,terangkat kau,, OVERRR..Hahaha..Walau apapun aktiviti yang di rancang,,biar ianya di lakukan selepas habis final exam..Jumaat ni kena pergi Putra Jaya,,tidur di UiTM Shah Alam dan hari Sabtu ada aktiviti di Pusat Sains Negara..                            
 Aku gaduh dengan SAKAI HUTAN lagi hari ni..Bosan betul aku dengan perangai mamat ni..Nasib baik Fazreen backup aku..Heee seronoknya aku..Si sakai ni bengang gila,,bila ada orang sokong aku..Sebelum tu aku kena tekan dengan Nazim..tapi nasib baik dia tak cakap lebih2..Selamat aku..kalau tak.....
Harapan aku agar aku dapat pointer yang baik dan dapat course yang aku minat dan mudah2an aku dapat kampus seperti yang aku inginkan..Abah aku suruh ambil kat utara  sebab senang nak melawat aku cos ada rumah kat sana..tapi aku pilih selatan..Boring lah duduk kat utara tu..BUAT PUAKERS GANG..GOOD LUCK DAN BUAT YANG TERBAIK..Mudah2an Allah permudahkan segalanya dan semoga tercapai segala cita2 dan impian..






Monday 18 February 2013

KELUAR DENGAN MR S SEBELUM BALIK SERI ISKANDAR

Assignment,,dah hampir siap,,buat sampai pukul 2.45 pagi Ahad 17 Febuari 2013..Letih dan mengantuk..Selepas solat subuh,,sambung buat assignment..Hari ni nak balik Seri Iskandar..Hmmm..Abah,,Mama tak nak balik boleh..Dah cuti banyak hari..rasa malas nak balik..
Sarapan,,kemas rumah,,jemur kain..Apalagi,,mengadap lappy..online,,buka FB dan Twitter..Chatting..Tetiba teringat pulak kat sorang PAKCIK ni..Malam tadi aku tweet dengan dia..Aku janji nak belanja dia..Susah betul  dengan dia ni ,,dia tak pernah bagi peluang aku belanja dia..Kalau keluar asyik dia je yang nak belanja..Aku text dia,,katanya dia kat kampung,,tengah bercucuk tanam..Rajinnya PAKCIK..Susah nak cari orang macam ni..Ini bukan ayat BODEK tau,, tapi PERLI..Hahaha..Dia kata aku tak mandi lagi,,aku ni jenis bangun tidur je,,terus mandi..Siap kata aku kambing lagi..Dapat gelaran baru hari ni..Sesedap mulut anda berkata-kata dan sesuka hati je bagi gelaran kat orang..
Aku tanya dia nak keluar tak hari ni..Kebetulan aku nak keluar,,nak beli barang..Dia ajak aku keluar pukul 2 lebih,,sedangkan dah pukul 2.45 ptg dan dia OTW balik dari kampung..Aku ajak dia keluar pukul 4.30ptg,,dia tak nak..Nak keluar awal...Suruh aku bawak helmet,,macam le aku ni tak kenal kau..Kau nak bawa anak dara orang dengan motor..Tak mungkin..
Mandi,,solat kemudian aku bersiap,,tengah pakai tudung dia text beritau dah sampai..Alamak,,aku tak siap lagi,,dah lah tudung ni buat hal susah nak pakai..Nak pakai tudung lain,,dah packing dalam beg..Yang lagi satu ni ada kuntuman bunga kat kepala..Sahih aku kena tekan dan kena perli..So terpaksa jugak pakai tudung tu,, S pulak dah sampai dan tunggu kat luar pagar..Duduk dalam kereta....
kena tunggu aku siap,,biasa le tu rutin setiap kali nak keluar,,tapi alamatnya,,membebel lagi le PAKCIK ni..Nak buat macamana.. Dengar jelah..Aku masuk kereta,,dia tegur aku pakai sabun apa,,shampoo apa..WANGI..Haishh,,tadi kata aku busuk,,tak mandi,, beri gelaran kambing lagi..Aku pakai perfume lah..Aku baru tukar perfume,,dah boring dengan yang lama so,,beli yang baru..Mama dan adik2 aku kata tak wangi,,yang selalu aku pakai tu lagi wangi coz baunya lembut yang ni bau agak kuat..Thanks sebab puji aku,,bukan senang nak dapat pujian dari anda..
Dia tanya aku nak makan kat mana,,aku ikut je..Kebetulan tengah lapar,,tak sempat nak makan.Dari dalam kereta dia kenakan aku,,bahan aku,,usik aku sampai time order makanan aku kena bahan..Alamak malunya aku dengan kakak tu..Tapi yang bestnya kakak tu sokong aku..Hahaha padan muka kau..Ada juga orang simpati dengan aku..Lepas tu dia kenakan kakak tu balik..Entah apa2.Perangai dia lain macam hari ni..Terlebih happy tapi mengantuk..Sampai mata kuyu..Aku perhati muka dia,,sambil berfikir "kenapalah mamat ni jadi macam ni,,perangai pelik dah tu mengantuk..ketara sangat"Dia boleh bising dengan aku dah tu mula le perasan..Huuhh, ini memang perangai yang tak pernah berubah dari zaman sekolah..SUKA PERASAN.Boleh dia kata.."Aku tau le aku handsome hari ni,,pakai baju oren yang kau asyik pandang aku kenapa?"Huh malas aku nak layan..Kalau aku layan lagi menjadi PERASANnya tu..
Lepas tu bising cari telefon ,,muda2 dah nyanyuk..Pada hal dia tak bawak turun pun dari kereta..Dia gi ambil telefon kat dalam kereta..Boleh dia call aku,,dan kenakan aku lagi,,padahal aku duduk kat depan dia..Haishh sabar je lah,,and then masuk dengan muka selamba,,muka tak de perasaan dan muka tak bersalah..Bengang gila aku dengan dia hari ni..Rasa macam nak tumbuk je..
Dia tanya aku lepas ni nak gi mana..Aku ajak dia temankan aku beli barang,,jalan dengan dia  memang seronok..Siapa lagi yang boleh ganti tempat dia jadi,,Mak Jemah yang selalu pot pet2 kat aku,,sikap dia tu yang selalu buat aku teringat kat dia.Kadang2 lucu..Dia selalu buat aku tersenyum dan tergelak dengan gelagat dia..Siap kira lagi berapa lama aku gelak..Sengal betul..Kadang2 buat aku geram,,rasa macam nak tumbuk2 dan cubit2 je..Memang wajib kena lah pun..Dia jugak suka tumbuk dan cubit aku..Lepas tu kata aku buli dia,,banyak cantik..
Tetiba,,dia mengimbau kenangan di sekolah dulu..Banyak kenangan yang sukar di lupakan terutama kenangan di PS..Kenangan bersama KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER YANG POYO LAGI KUAT PERASAN..Sampai sekarang perangai dia tetap sama..Entah bila nak berubah aku pun tak tahu,,tahun ni dah 21tahun..Hopefully ada perubahan..Tapi dia sedar perubahan pada diri aku..Haha,,aku boleh berubah?..kadang2 aku sendiri tak percaya..Tapi berubah kearah yang lebih baik dan positifkan bagus..
Dia  jugak bising pasal aku suka makan ais,,hahaha..benda tu aku tak boleh nak tinggalkan..Bila tengok ais je mesti nak makan..Nak buat macamana..Ada je yang nak di bahannya..Sabar jelah..
On The Way,,balik hujan turun,,lebat sampai tak nampak jalan..Dah lah S bawak kereta menyelap,,macam tak ingat dunia dah tu tak reti nak sabar pulak..Ada jalan dekat nak memusing ikut jauh..Sampai rumah aku,,dia turun buka pintu pagar,,tapi berkunci..Hmmm kena tekan lagi le aku..Katanya aku tak bagitau abah,,aku keluar dengan dia sebab tu abah kunci pagar..Padahalnya tarik je..bukan kunci pun..Dia payungkan aku..walaupun berpayung tetap basah..Thanks..sebab payungkan aku,,temankan aku,,bahan aku dan tekan aku..Tumbuk jugak cubit aku..Thanks jugak sebab belanja aku..Nampaknya kali ni dia jugak belanja aku..Bila aku boleh belanja dia,, aku pun tak tahu..Abah berdiri kat pintu,,tengok S payungkan aku..Pelawa S masuk,,S bagi alasan hujan..Lepas S balik abah cakap dengan aku"amboi bukan main lagi korang ye"..berpayung2 bagai..Dah hujan lebat,,dah tu kereta S letak kat luar pagar makanya dia kena payungkan aku sampai ke pintu lah..
Masuk dalam..aku buka Twitter..Tengah tweet dengan dia,,Nazim classmate aku mencelah,,alamak bakal kena bahan lah aku kat kelas..Confirm nama S akan popular kat kelas aku..Dia orang punya perangai aku cukup masak dah..Mesti ada yang akan jadi STALKER.Apa2 jelah seperti biasa pekakkan telinga je..
Buat S terimkasih banyak2,,belanja aku jugak sepanjang cuti ni selalu temankan aku keluar,,aku happy sangat..terutama Muhammad Sofian Shaimi yang tadi..sweet dan overrr..Thank you so much..Sorry kalau terasa dengan aku tadi..Tapi seronok sangat tengok gelagat anda hari ni..



Saturday 16 February 2013

PENING DENGAN ASSIGNMENT,STUDENT PORTAL

Selasa 12 Febuari 2013..Tension dengan assigment,,MGT,,BEL,,MATHS..Fuhhh..Dah berapa hari mengadap lappy,,gara2 nak siapkn MGT..tapi  hasilnya..Menyedihkan.. Aku ingat dah habis zaman sekolah ni tak payah nak belajar ADD MATHS dah..Rupa2nya aku kena jugak belajar mata pelajaran yang paling aku tak suka masa sekolah dulu,,malah lebih susah dari zaman sekolah..Padan muka aku..Dulu masa sekolah main2,,sekarang kena belajar bersungguh2..wajib lulus dengan pointer yg baik..Akhirnya aku buka twitter dan fb..itulah kesudahannya..Kawan2 5PA ,,plan nk buat reunion hari ni tapi senyap je..Sejak habis sekolah,,susah sangat nak jumpa dia orang..Acu ajak gi rumah dia hari ni,,Aku gayat nak drive gi Manjung ni,,lori banyak..Dah lama tak lepak kat Teluk Batik..Ajak PAKCIK yang sorang tu,,tak nak pulak,,tak makan rasuah lah bagainya..NGADE BETUL..Nak sentap pulak dengan aku..So memandangkan  banyak kerja dan aku target nak siapkan assignment hari ni..Makanya duduk kat rumah jelah..Tapi kepala aku dah pening,,akhirnya chatting dengan member.Entah apa mimpi muncul dan IM aku dah lama tak tegur aku kat kampus pun berlagak dengan aku..Bila aku kata dia sombong bagi alasan macam2,tak faham aku..Kononnya sebab aku rapat dengan orang lain..Entah apa2.Semalam ajak aku gi picnic dengan parents dia..Suruh ajak parents aku sekali nak kenalkan dengan parents dia..Malas le aku nak join..
Rabu..13 Febuari 2013..Pagi tolong mama buat kerja rumah..Lepas tu mengadap lappy,,sambung buat assignment sambil online..Haha faham2 je le kalau keadaan macam tu..Alamat mengadap Twitter dan FB lebih banyak dari buat kerjanya..Chatting dengan member2..Ana text ajak keluar,,kereta aku,,abah hantar bengkel..Jenuh tunggu,,janji nak keluar dengan member2 pukul 12tghari..Akhirnya lepas Zuhur baru Ana datang.Cadang nak lepak McD,,tapi ramai orang so tukar plan lepak KFC..Plan punya plan,,cuma 6 orang je yang datang,,tu pun semua pompuan je..yang lelaki,,langsung tak nampak muka..Tengah sedap menyembang,,best friend aku..Bella,, tanya tentang S.."Amboi korang bukan main lagi ye"..
Aku buat tak dengar je..Bella buat muka dengan aku..Tak puas hati..Beberapa hari lepas aku keluar dengan S,,terserempak dengan dia..
Hari Khamis 14 Febuari,,pagi ..Macam biasa tolong mama buat kerja rumah..hari ni aku nak pegi BSN beli nombor pin penerapan..Mama pulak sibuk sikit hari ni..Petang baru free,,aku nak mama temankan..Adik aku Hadi dan Damia nak ikut..mama nak bawak dia orang tapi aku tak bagi..Aku cakap dengan mama,,dia orang tu hari2 ada dengan mama tapi aku sehari dua ni je ada dengan mama..Akhirnya mama mengalah dengan aku..Di sebabkan dah lewat dan orang kat bank ni ramai..aku buat keputusan utk datang esok..Mama cakap esok dia ada kerja so keluar dengan adik aku Nabila..Aku mula le buat ekspresi muka,,bodek mama..Harap2 esok mama tukar fikiran .Aku ajak mama gi shopping,,beli beg..Nak beli dress..tapi ada saiz besar je..alamak ruginya,,dress tu cantik..Baru bercadang nak melaram kat kelas..Hahaha..Kasi kecoh kelas sikit..setelah lama tak jumpa member2.
Pagi Jumaat 15 Febuari,,berjaya bodek mama temankan aku gi BSN..orang tak ramai sangat ..Tiba giliran aku..kena kaunter 2,,brader tu macam aku pernah tengok je,,duduk depan rumah aku..aku selalu tengok dia pegi kerja tiap2 pagi ,,kalau aku cuti le..Tak sangka pulak aku dia kerja kat sini..Dia bagi salam..Alahai lembutnya suara..Lepas selesai urusan,,dia boleh ucap terimakasih..Sepatutnya aku yang ucap terimakasih kat dia.Dah terbalik pulak..Aku ajak mama gi shopping..Hahaha,,shopping lagi..Banyak jugak barang yang di beli..Balik terus gi SKSAA ambil Damia,,kemudian gi CM beli makanan..Letih,,balik rumah online nak isi borang penerapan..tapi tak boleh,,gara2 student portal..Dah le tinggal beberapa hari je lagi..sengal betul le..Dah berapa kali aku gi mengadap muka staf kat office tu..Harap muka je handsome..tapi hampeh..mulut macam hape je..makan gaji buta..Hari Isnin ni kena mengadap muka dia le pulak..TERPAKSA..Kalau tak jangan harap le aku nak jumpa dia..Member yang lain ramai yang dah settle.Suruh aku buat emel baru,,aku dah buat tapi tak settle gak lagi.Hisshh menyusahkan betul..
Sabtu 16 Febuari 2013,,pagi ni aku buat assignment MGT..pening kepala ..tak siap2 lagi.Mama ajak temankan dia pergi market..pergi berdua je dengan mama..Ni yang seronok ni..Mama aku juga merupakan best friend aku..Orang selalu ingat kami adik beradik..dari dulu sampai sekarang..Aku pun tak tau kenapa..OTW balik singgah kedai member aku beli roti canai,,kecoh cerita semalam S datang makan kat kedai dia..dan mula tekan aku..lepas tu tunjuk gambar bf baru dia..Aku doakan kau bahagia,,dan aku harap kau jujur dan setia kali ni.Aku dah puas nasihatkan kau..Sebagai kawan aku doakan yang terbaik utk kau..Balik rumah..Tolong mama kat dapur..Menu hari ni,,rendang ayam,,tempe masak sweet n sour,,kangkung belacan,,pajeri,,ikan goreng,,sambal dan timun serta bubur kacang ..yummy lapar perut aku tak sabar nak makan..Assignment belum siap lagi..Esok nak balik,,alamak ni yang malas ni..Final exam dah dekat,,takut..Lepas ni nampaknya kena duduk jauh dari Perak..Course yang aku pilih semua di UiTM Lendu..Fuhh jauh tu,,tapi better than pantai timur..Untuk S yang hari tu bising dengan aku..Suruh aku duduk jauh dan berdikari..See,,Lendu lebih jauh dari Shah Alam tau tak..So lepas ni tak payah nak bising.SEDIH tau,,Tak boleh nak balik setiap minggu..Tapi nak buat macamana..Aku kena capai cita2 dan impian aku,,itu syarat abah untuk aku capai apa yang aku hajati..Aku kena belajar setinggi yang boleh..Mudah2an Allah permudahkan segalanya...



Tuesday 12 February 2013

HANG OUT..

JUMAAT 8 FEBRUARI 2013..Hari ni kelas aku habis pukul 10.00 pagi..Yeayyy..Hari ni boleh balik..Cuti 9 hari ..Tak sabar,,nak tunggu Abah datang ambil..Abah dan Mama suruh aku balik naik bas..Memandangkan Abah ada banyak kerja..Dah parents aku cakap macam tu..aku pun macam nak tak je naik bas..Mule2 excited gak nak naik bas..Tiba2 dah maleh pulak..Sampai sanggup tunggu abah amik kol 6 petang..Tapi time tuh aku tinggal sorang je la dalam bilik sebab roomate aku plan nak naik bas kol 2 petang..Sambil menunggu kol 6 petang..Aku hanya memerhati penghuni2 KOLEJ INDERA MULIA balik..Ada yang parents ambik,,ada yang maybe balik naik bas dan ada juga pakwe diorang ambik..Beg bukan main besar,,macam nak dok rumah terus..Tak nak balik KOLEJ dah..HAHAHA..Disebabkan itu juga membuatkan aku tak sabar2 nak balik rumah..Sampaikan sayu je hati..Cewahhh...Tapi tak pe.. sabar menanti..Yang pasti budak2 depan bilik aku semua dah balik..Tinggal kiteorang 3 orang je..patutnye 4 orang tapi sorang dah balik dulu..SEMANGAT!!!Lepas makan tengahari,,tiba2 abah call..wohoooo..rase macam nak melompat je..Abah cakap nak ambik aku awal..hahaha..excited tak terkira..Tapi lepas sembahyang Jumaat la..Lebih kurang 2.30 ptg..Abah call..Katanya lagi 5 minit abah sampai..Seronoknya..boleh balik..
Kebetulan member2 dorm aku duduk kat Bagan Datoh,,Abah suruh ajak Kak Mira dan Kilah tumpang sekali..Mule2 diorang tak nak..Penat aku pujuk dan akhirnyaaa..Diorang ikut juga..Hahaha..Maybe kalau naik bas,,akan bersesak2..sebabkan ramai yang nak balik..And then sampai dekat Sungai Manik..Ada pulak bas dari Seri Iskandar ke Teluk Intan..Time ni la pulak nak muncul depan aku..Apa lagi,,abah pun tanye Kak Mira dan Kilah.."Kalau dari Seri Iskandar tuh naik bas apa.?"..Lepas tu,,diorang cakap tuh bas kat depan tuh..Bas Mara Liner"..Ohmennn..Apa lagi aku kena la tekan dengan abah..HAHAHA..Ada ke patut,,pasal dah tau ada bas dari Seri Iskandar ke Teluk Intan..Abah suruh aku balik naik bas lepas ni..Hancus hati aku..Ni yang aku tak nak ni.."Abah,,duduk dekat ni boleh le abah ambik dan manja2 dgn abah..Nanti duduk jauh,,kena balik sendiri"alasan yang aku berikan pada Abah..Abah kata aku ngada2..Balik le sendiri..Aku ni memang banyak akal sikit,,bak kata Pian "ko tu banyak akal"..Majoriti yang aku kenal kata aku begitu,,dan kebanyakannye kata aku ni suke buat mimik muke,,pelik dan macam2 lagi..Betul ke.??Aku pun tak tau..Sampai rumah..Terus mengadap lappy..Rutin aku setiap kali balik rumah..Online..Chatting dengan S..Lepas tu plan nak keluar,,kebetulan kawan aku E,,ajak aku keluar jugak..Serba salah aku dibuatnya..
SABTU 9 FEBRUARI 2013..Pagi,,keluar dengan Mama beli barang ..balik,,kemas rumah dan menolong kat dapur..S bising suruh aku belajar masak dengan Mama,,aku tau masaklah..Yang simple2 je le..Setakat goreng ikan masin kegemaran kau tu..pejam mata je aku boleh buat..Hahaha..Menu hari ni,,gulai tempoyak,ikan masin goreng,kerabu,ayam goreng rempah dan sambal tempoyak,ulam-ulaman..Fuhhh..Berselera betul aku makan..Kat DM Kolej Indera Mulia,,menu yang sama je hari2..Boring betul..Tak berselera nak makan...
Tengah sedap menyembang dengan Mama..fon berbunyi..Ada text masuk..E.. Kawan aku le tu..Masa tu aku nak mandi dan solat..Bila tengok fon tertera nama S..Dia tanya nak pergi mana petang ni..Dia ajak aku keluar naik motor..Katanya kat pekan jam..Aku malas betul nak naik motor,,Kalau keluar petang2 gini mesti balik malam..Aku tak pernah naik motor malam2..kebetulan roadtax motor dah mati..Polis banyak pulak tu..Puas aku pujuk dia..Naik kereta..dia tak nak..Akhirnya dia mengalah dengan aku..YESSS..untuk kesekian kalinya dia mengalah dengan pujukan aku..Kat dalam kereta dia kata aku DEMAND dan BANYAK AKAL..Ada pulak kata aku ni "DEMAND"..Suke2 dia je..Bukan nye "DEMAND",,tapi takut le..
Kiteorang pegi makan..Dah kenyang,,kami pun jalan2 exercise la sikit bagi tak gemuk..Macam le gemuk sangat kan..Padahal kerempeng2 je pun..HEE..Kiteorang pegi tawaf G.M..Bile dapat tawaf tuh...Haa..Mule la aku rambang mata..Aku rase macam nak angkut je barang2 yang aku berkenan..Tapi apa kan daya..Kalau aku angkut sume,,memang kopak la cita dia..Kesian abah..Tibe2 tengah mencuci mata tuh ternampak abah..Apa lagi kenalkan abah la kt S..Huhuhu..Nasib baik dia okay je..After that,,we continue our journey..Back to home..Ewahhh..speaking pulak dah..Sebelum tu singgah masjid..solat maghrib..
AHAD 10 FEBRUARI 2013..yeayyy..Balik kampung ooo balik kampung..Hati girang..HAHAHA..Dah lama aku tak jumpe opah,,pak dan mak menakan ni..Rindu yang teramat sangat ni..Hmm..Kami bertolak dalam pukul 10.45 pagi..Bajet dalam 1 jam smpai la..Tu kalau abah yang drive,,kalau aku sejam lebih sikit je la..Sampai2..opah sorang je yang ada kat rumah..yang lain sume pegi ipoh..Prepare barang2 nak sambut baby..yeaahhh..Aku dapat sepupu lagi la nampak gaye nye..Huhuhu..Disebabkan aku tak breakfast pagi tuh,,dengan lajunye aku angkat tudung saji,,terus makan..Laparnye..Pehh..dah lame betul aku tak makan masakan opah..Sedapnye..yummyyyy..Tengah makan tuh opah cite yang pokok tumbang then hempap atap rumah..Aku terkejut dengarnye..Tapi nak buat macam mana benda dah jadi..Huihhh...petang tuh best..before aku bertolak nak balik  Teluk Intan kite orang pegi makan..Menu yang aku order harus la makanan dan minuman favourite aku CHAR KUEW TIAW DAN A.B.C..Slurrrppp..Sedap baq hang..Berselera aku makan tanpa mengendahkan orang keliling..Lepas tu,,start la perjalanan aku balik ke RUMAHKU SYURGAKU..hahahaha..overrr...
ISNIN 11 FEBRUARI 2013..Hari ini aku duduk rumah je..Disebabkan semalam dah berjalan..Aku menjalankan rutin aku macam biasa..Tolong my mum je..Tapi ary ni aku ambil tugas sapu kat luar rumah laa..Senang sikit walaupun panas terik..Habis hitam muka aku..Huhh..Sangat la hitamnye..Hitam tuh tak,,berbelak je..Dah siap job aku..Aku dah macam orang mati akal..Tak tahu nak buat apa..Nak keluar tak ade member..So kena layan je la bosan tuh..Tiba2..aku dapat text,,S ajak teman pegi makan sebabkan family dia pegi IPOH..Aku no hal je..Dah dapat green light gitu..Kelam kabut aku siap..Yang dia tak sabar maybe dah lapar tahap gaban dah kot..HAHAHAHA..Aku bagitau dia aku dah siap..Then dia suruh aku tunggu tepi jalan standby helmet..Okay.,,aku pun tertanya..??Haishh..Pakcik ni boleh pulak main2nye..Dalam kol 2.45 petang macam tu dia datang..Abah bagitau dia dah sampai..Tup2..time tuh pulak abah nak keluar ada hal..Jumpe lagi la cita dia..Hehehe..Memandangkan dia dah sampai..So,,boleh la kite gerak ke tempat yang dituju..Masa dalam kereta tuh..Haaa..Start la syarahan dia..Punye la panjang lebooo..Huihhh..Tak payah berskrip..Ada je idea2 dia ni..Apa2 pun aku memang suke dengar dia ni potpet2..Bukan senang nak dengar orang potpet2 kat kita..ye tak.??So dengar je la..Lagipun free kot..tak kena bayaran..Disebabkan aku lambat,,parking pulak tak ade..Haissshhh..Macam saje je kan..Aku kena lagi..Cari punye cari,,akhirnye ada jugak..nampak..selamat aku..By the way,,sejak batuk aku tak hilang lagi,,aku kurang bercakap..Dah seminggu lebih..Sebabnye payah kot..Nak tarik nafas pun rase susah je..Dan ni juga membuatkan aku payah nak bising dan banyak mulut..So,,si S ni perasan..Aku tak banyak cakap..Setiap saat,,setiap detik la tanya aku..Okay ke tak..Aku okay je la..Tak ade pape pun..Tapi kan..Aku perasan gak,,yang S ni pun kureng gak potpet2 nye..Aku tak tahu pasal apa..Banyaknye dia termenung,,macam tengah memikirkan sesuatu,,aku malas nak tanya.. apa masalah dia,,biarkan je lah dia..Haaa..Waktu makan tuh,,terkantoi la pulak aku ni kuat makan..huh..Malu saya..Kesah apa kan..??Dia tegur aku,,sebabnye aku tak makan kulit ayam ..Then dia cakap kat aku macam mana nak gemuknye..HAHAHA..Aku tak boleh makan kulit ayam sebab,,bile tengok je kulit ayam tuh mesti terbayang bulu2 ayam melekat,,eee geli..Aku ni pulak suke makan ais batu..dengan selamba je aku menguyah ais..Tibe2 kena tegur la pulak.."Batuk2 makan ais"..Haaa..itu la ubat saya..disebabkan itulah sampai sekarang batuk aku tak hilang..Ada lagi,,dia usik aku.."Drakula memang makan ais eh.???Tak tahu pulak drakula makan ais"..Huhh..Tak pasal2 kena..Drakula tuh gelaran aku dari sekolah,,hingga ke kem PLKN berlanjutan ke U..Gelaran tuh kekal sampai ke harini..So aku dikira bertuah la mempunyai (GIGI TARING)..Dekat Jepun sekarang ni tengah hot,,dengan fashion gigi taring sampai sanggup berhabis duit untuk buat gigi taring..Benda yang sama juga dia cakap dekat aku..Dia bawak aku pegi sekolah rendah yang pernah dia ngajar dulu..huhuhu..Dan cerita juga pengalaman dia ngajar kat situ..
Malam tadi aku ada terbace tweet dia pasal "COUNTING,40 DAYS MORE..SEMOGA BERJAYA DAN BEROLEH REJEKI KESANA"..Aku tanya dia apa yang dimaksudkan.??Ingatkan dia nak bagitau..Penat menunggu dia cakap..Aleh2,,bunyi cengkerik kedengaran..KRIK,,KRIK,,KRIK,,KRIK..Huhhh..
Dia boleh cakap,,aku tak tanye dia..punye la dari semalam kawe tanye dop bagitau..Tapi tak pe..Last2,,dia bagitau gak..Dalam keadaan main2..Haishh..tak pernah yang seriousnye..Akhirnya aku merajuk..terus jalan masuk rumah..Dia pulak terus drive balik..Akhirnya aku tau jugak..Walau apapun aku tetap sokong kau..In Shaa Allah berjaya dengan syarat ko berusaha sungguh2..Tapi ko kena kotakan apa yang ko kata..jangan buat separuh jalan..okay..By The Way,,terima kasih kerana share dengan aku..aku sentiasa akan menyokong kau,,terima kasih sebab belanja aku..Sebenarnya aku happy sangat keluar dengan ko..cuma aku kurang selesa sebab batuk dan suara tak boleh keluar..
Malam..Aku online..buka twitter,,S tengah tweet dengan sepupunya..Tetiba dia tweet pasal aku..bila aku tanya..Tak nak jawab,,dia tweet"siapa makan kuaci,,dia terasa letihnya"huh peribahasa baru yang di cipta oleh Muhammad Sofian Shaimi and then mula le keluar ayat2 tacink menjiwangnya tu..Sekarang ni dah pandai tacink dan menyentapkan diri..Masa sekolah dulu tak reti nak buat semua ni..Sekarang ni bukan main lagi..Pening kepala aku malam ni..Dari mengantuk,,terus hilang rasa mengantuk..text dia..nak pujuk dia ni,,punya le susah..Dia suruh aku tidur..katanya dia dah mengantuk..Akhirnya aku berjaya jugak pujuk dia..Hopefully,,esok mood dia okay..Lagu penutup cerita(LAGU YG DIA TEXT KAT AKU SEBELUM DIA TIDUR)..Anak itik tok wi..mandi dalam kolam..Hahaha..



















Sunday 3 February 2013

LEPAK DENGAN SENIOR

Hari ni Sabtu..2 Febuari 2013..Dari pagi aku mengadap lappy,, untuk siapkan assignment..Kat Seri Iskandar internet slow..Itupun ada kat bawah je,, kena duduk bersila atas lantai sambil meriba lappy,,macam pengemis..Huhu sedih..Kat dorm langsung tak dapat..So bila balik rumah,,apalagi online jelah..Minggu lepas,,S bising kat aku asyik online je kalau aku ada kat T.Intan..Dia tak tau kt sana seksanya aku nak online..Broadband aku tak boleh di gunakan langsung..Entah apa2..
Lepas solat Zuhur,,aku sambung buat assignment..Kebetulan hari ni member aku ajak aku keluar..Malas betul aku nak keluar dgn dia ni..Aku text dia,,bagitau aku tak jadi keluar dengan alasan nak siapkan assignment..Mata aku pulak,,dah mengantuk..Tetiba telefon berbunyi..Dengan malasnya aku capai telefon,,tengok nombor tu,,macam kenal..Confirm member aku tu telefon nak pujuk aku ajak keluar.Sebab nombor fon yang ni,,hanya beberapa orang member yang rapat dengan aku je tau..Kebetulan pulak baru tukar fon,,so belum sempat set nombor fon member2 ..
Bila aku jawab panggilan tu..Huhu terkejut aku..suara lelaki..Aku kenal suara ni,,tapi untuk lebih pasti aku tanya '' siapa ni??".."Aku lah ..sampai hati kau tak kenal aku''Aku cakap dengan dia,,baru tukar fon dan belum sempat set nombor..Jawapan darinya,,"Siapalah akukan".Haha tacing pulak mamat ni..Dia ajak aku keluar..Dia tanya aku nak makan kat mana?Kat mana2 je..Aku ikut,,dah orang nak belanja..
Mandi,solat Asar..kemudian tunggu dia datang..Lambat betul le..Dia suruh aku bawa motor,,kat pekan sibuk..Motor aku ada problem le..Tak boleh nak start..Akhirnya dia mengalah dengan aku..Naik kereta,,dalam kereta dok membebel tak habis2..Biasalah..memang dia macam tu..kekadang aku rindu dengan bebelan dia dan rindu nak buli dia dan gaduh dengan dia..Masa sekolah hampir setiap hari..dia kena dengan aku..Apa yang pasti aku akan menang..Tapi walau apapun aku memang hormat kat dia sebab..Apa saja yang aku buat kat dia,,dia tak pernah marah,,sentiasa cool dan tersenyum.
Dia datang pukul 6 ptg,,riuh suasana start dari masuk kereta sampai kat McD..Masa kat kaunter,,sambil tunggu giliran nak order,,di buatnya selamba badak je,, riuh  macam takde orang kat situ,,siap tumbuk dan cubit aku dahlah masa tu orang ramai.Kalau ikutkan hati aku,,nak je balas balik tapi fikir orang ramai kat situ,,maka mendiamkan diri lebih baik..Lepas bayar,,dia bagi aku duit..Suruh aku simpan duit tu,,katanya kalau rindu kat dia tengok duit tu..
Masa tengah makan dia tegur jam tangan aku,,dan ajak aku tukar jam untuk seminggu..Di sebabkan tengah makan,,aku cakap dengan dia lepas makan..Kemudian terus terlupa..Bila dia dah balik baru aku teringat..Time makan,,dia suruh aku call mama,,beritau balik lambat sikit..Bukan main gabra lagi dia,,takut parents aku marah..Abah dan Mama aku tak marahlah jangan risau..Aku lupa nak topup,,kredit dah habis..Dia suruh guna fon dia..Lepas makan,,cadangnya nak gi gerbang malam,,tapi tak ada parking,,terus gi masjid..Selepas solat maghrib,,terus balik..
Adik2 aku bising ajak keluar..Malam ni pekan T.Intan sesak..langsung tak ada parking..Jenuh aku tawaf    pusing pekan cari parking..Dia text aku tanya aku kat mana..aku beritau dia aku kat pekan..tengah cari parking..Dia cakap sebab tu,,dia suka naik motor keluar ke pekan..Boleh berlagak sikit dengan orang2 naik kereta..Dah adik2 nak ikut kena naik kereta le..Actually aku nak beli baju,,dah 2 minggu tak beli baju..Malangnya takde yang berkenan di hati..Aku beli 2 helai tudung..Harap2 Mama nak keluar esok..Nak beli baju gak.Dia text aku sampai pukul 1 lebih.
Ahad..Yeayy,,aku berjaya pujuk Mama keluar hari ni..Tapi tak ada parking,,kena parking jauh.Hari ni aku beli sehelai baju dan sehelai tudung,,warna senada.Puas hati sangat..Baju tu cantik..Balik rumah sambung buat assignment..Petang ni nak balik,,malasnya..Esok kena hantar Jurnal..Tak sabar nak tunggu cuti Tahun Baru Cina..Boleh duduk kat rumah lama sikit..Kawan2 sekolah nak buat reunion..Seronok jugak dapat jumpa,,dah lama tak jumpa dia orang..Rindunya..Kawan masa aku sekolah rendah dulu,,ajak keluar jugak..Hmm,,tak sabar nak jumpa dia org.
Hari ni S,,balik kampung,,pukul 6 baru free,,cadangnya nak tukar jam petang ni..Itu pun kalau sempat..Kalau tak minggu depan lah..Malasnya nak packing ni..Kena balik jugak..Aduyai..malas..Tak nak balik..Final exam dah dekat..Takutnya..Aku kena tumpukan sepenuh perhatian pada study..Mudah2 Allah permudahkan segalanya..