Thursday 27 June 2013

CABARAN SEMESTER BARU

Aku bertolak ke Seri Iskandar pada pukul 11.00 pagi..seperti yang dijanjikan dengan Kilah..Awal lagi ni..sempat makan tengahari di Seri Iskandar..boleh tahan sedapnya nasi ayam..Alhamdulillah kenyang,,call Kilah dan Kak Mira tanya dia orang kat mana..hmm dia orang lambat lagi nak sampai so aku buat keputusan   terus masuk ke UiTM dan daftar..Mama tanya kat abang senior tu..tentang dorm..Memang mengejutkan aku bila abang2 senior tu cakap kena kongsi dengan 20 orang..Mak aik ramainya..
Abang senior beritau dorm dah penuh sebab intake kali ni dah terlebih ramai so aku dan kawan2 jadi mangsa..huhuhu sedihnya..

Berbagai macam benda terlintas di fikiran aku,,macamana nak study?,,macamana nak buat assignment,,segala pergerakan mesti terbatas,,mesti kena mengadap macam2 kerenah..Bayangkan dah 20 orang dalam satu bilik..Sampai bilik..hanya ada 3 katil je lagi yang kosong..aku ambil katil yang betul2 kat kipas..Kalau aku duduk boleh kena kepala,,almaklumlah katil aku ni tingkat atas..Tengok keadaan bilik memang menyedihkan.."Abah..along nak balik.."dengan selamba aku merengek dengan abah..Abah suruh aku bersabar..Mama pulak cakap anggap semua ni cabaran dalam menimba ilmu pengetahuan dan buktikan aku mampu mengatasinya dan berjaya mengejar cita2 dan impian..hmm satu sem kut kena duduk dalam keadaan begini..

Sedihnya aku dengan situasi begini..mujurlah aku dapat satu bilik dengan member2 yang aku kenal..Kilah,,Kak Mira jugak Aliya ada bersama dengan aku..Itu membuatkan aku sedikit gembira..Lepak kat luar sementara menunggu Kak Mira dan Kilah pergi makan..Parents dan adik2 terpaksa tunggu aku atas permintaan aku,,sambil tu aku duduk atas ribaan mama..ramai yang memerhati aku,,aku buat selamba je,,korang mesti tak pernah buatkan..Jangan jeles.."Amboi manjanya dia.." tegur sorang pakcik.. "Anak bongsu ke?.." pakcik tu tanya kat abah..Abah jawab anak sulung..Aku pun tak tau kenapa semua orang hairan bila tengok kemanjaan aku dengan parents..Anak2 dia orang tak manja ke?atau aku ni yang terlebih manja..

Abah dah tak sabar nak balik,,puas aku pujuk suruh tunggu sampai Kak Mira dan Kilah selesai makan..Puas  jugak aku pujuk abah nak ikut balik..tapi tak berjaya..Mama pulak cakap kalau balik..Esok naik bas balik ke sini..Alamak naya lah aku..And then mama suruh aku lepak dengan Yanie kat atas..ahhh malasnya aku nak memanjat tangga ke tingkat 3..Akhirnya aku mengalah,,salam dan cium tangan dan pipi abah serta mama dengan muka minta simpati..Nabila dengan selamba perli aku "hey dude..tak nangis ke kamu"..eleh banyak bunyi pulak minah ni..tak main le nanggis2..Tapi kita tunggu time kamu nanti..alaa tak lama lagi..tahun depankan..tak berapa bulan je lagi..Jaga baik2 kamu..Pasti banjir punya..Dapat tawaran sekolah kat Gerik pun tak nak pergi..rugi je..duduk asramalah best..

Tengah sedap termenung kat kerusi kat luar..fon berbunyi..hmm dari UiTM Shah Alam..aku cerita tentang apa yang aku lalui hari ni kongsi bilik dengan 20 orang..boleh dia cakap aku ni memilih and then cerita dia dapat apartment 2 bilik dan 2 bilik air..Untung lah orang kat sana..Pian ni bukan nak simpati dengan aku,, lagi seronok mengusik siap suruh aku balik duduk rumah kalau nak selesa..Cik Abang oyt..awak tu patut bersyukur yea dapat duduk dengan selesa..cuba letak diri kau di tempat aku sekarang ni..agaknya penuh TL dengan tweet tak puashati kau tu..member tumpang bilik pun bersunggut takde privacy la bagainya..kalau dah padat macam ni langsung takde privacy la cik abang ooi..kesian dan simpati la sikit kat aku ni..merajuk dan menyentap dengan kau,,Pian..

Sampai ke petang masih ada lagi yang masuk,,dah lebih dari 20 orang dah ni..betul2 dah jadi macam sardin,,padat dan penuh..Rasanya asrama kat sekolah pun lebih selesa..tak sangka kat U aku alami pengalaman sebegini..Malam lepak dengan member2 kat down town..Aku pakai t-shirt merah kesayangan aku..baju yang abah baru beli kat aku,,ramai yang puji,,alamak terperasan sebentar..bila dah berkumpul ramai2 ni mulalah mengusik..Apa yang pasti ada perubahan dengan seorang  member baik kita orang..apa sudah jadi bro?..sem lepas dengan sem ni jauh bezanya..Kita masih perlukan kawan walaupun dah punya kekasih hati..Kita semua dah lama kenal dan rapat baru kau kenal sidiakan..Yanie agak tak puashati dengan apa yang terjadi,,aku jugak begitu dan member2 yang lain jugak..cuma rileks la kan  kita kena sedar siapalah kita semua ni..Harapan aku moga kau dan sidia tu bahagia..

Malam ni tak ramai penghuni bilik cos ramai yang balik selepas mendaftar,,esokkan Ahad..time nak tidur ramai yang ingatkan aku tentang kipas kat atas kepala aku..thanks sebab ramai yang caring..

Bangun solat subuh,,kemudian sambung tidur sebab tak tau nak buat apa..hari ni Ahad so apalagi tidurlah....
Keluar dengan member2,,boringnya..Seri Iskandar takde tempat yang menarik..terjumpa member baik aku Bella dengan bf dia..dah 2 sem aku kat sini tak pernah sekali pun aku dan Bella keluar bersama asyik sibuk je..Tertouching pulak aku tetiba..terus whatsapp uda (Syairah)..Huhuhu sedih..Moga kau bahagia yea sis..dah satu kampus ni..pergerakan kau agak terbatas la kan..almaklumlah ada yang memerhati,,jangan jadi punca gaduh sudah..kena bertolak ansur ok..





Tuesday 25 June 2013

JUMPA MEMBER-MEMBER LAMA..

Abah masih tak puas hati dengan kasut yang aku beli..asyik bercakap tentang kasut tu..Akhirnya aku cakap dengan abah nanti raya aku beli kasut yang boleh puaskan hati abah..Kenapa tak beli sekarang?? Abah tanya kat aku,,aku cakap dengan abah kalau beli sekarang alamatnya raya ni aku takde kasut barulah,,"Hmm ..cerdik"..kata abah sambil berlalu..Mestilah cerdik,,abahkan banyak koleksi kasut so anak dia kena banyak jugak lah baru adil..


Lepas solat subuh..aku iron baju hari ni ada hal yang nak di uruskan,,abah teman aku hari ni,,dalam kereta abah tanya dah sarapan ke??..aku jawab "belum"..abah bawak aku pergi makan kat B.Baru..Masuk kedai je semua mata memandang aku..alamak malunya aku jadi perhatian..Kebetulan aku pakai baju kurung nampak ayu dan cute lah tu (perasan sebentar)..rupanya member-member baik abah banyak sarapan kat situ termasuk Pakcik Azhar (YB) bapa Ariff(member kelas adik aku merangkap musuh ketat adik aku Illa)..Ermm,,ramai yang bertanya kat abah "Siapa ni..puteri ke??"..Abah jawab"puteri sulung".."Oh,,yang kat UiTM Seri Iskandar tu yea" sahut makcik tuan punya restoran tu.. Aku cuma tersenyum dan terpandang kat sorang lelaki yang asyik senyum2 dan tak berkelip memandang aku sejak aku melangkah masuk restoran tu..makcik tu datang kat aku,,cakap ada orang nak kenal,,anak angkat dia..Amboi,,bukan main lagi..Tak nak aku..Abah cuma senyum je..tak boleh nak kata apa..Anak sulung abah nikan cute dan comel sebab tulah ramai peminat..Hahaha..


Selesai sarapan (actually..sedap roti canai) aku dan abah gi selesaikan urusan mana yang patut,,terserempak lagi dengan Pakcik Azhar (YB) abah menyembang dengan dia..Dia orang member baik walaupun abah tu sokong parti yang lain..Jangan kerana politik putus kawan..Hijau ke biru ke..berkawan dan baik dengan semua orang..dan jangan bermusuhan kerana berbeza idealogi politik..Itu prinsip yang parents aku pegang..


Aku duduk jauh sikit dari abah kononnya bagi peluang kat abah menyembang dengan kawan-kawan dia..Tetiba fon berbunyi..dahlah kat situ ramai orang,,lupa nak buat silent mode.."CANTIK DAN CUTE la kau.." Melilau mata aku mencari kelibat penghantar mesej tu..akhirnya nampak,,dia ada kat depan aku..Amboi kau Deban Prasad,,ingat lagi kau dekat aku..Bersungguh-sungguh Deban memuji aku..kemudian tanyakan abah aku..Actually Deban Prasad ni member yang aku kenal sejak kecil,,dia jugak kenal parents aku..aku jugak kenal dengan parents dia..Dia ni anak manja,,kena tekan dengan Syairah dan Syaza..mula mengadu dengan mak dia..Masa dulu2 lah,,dah lama tak jumpa dia sejak dia berpindah..tapi dia selalu inbox ,,poke dan chatting dengan aku..Kalau korang ingat aku pernah mention pasal Syafik sebelum ni,,Deban dan Syafik tu member..satu kelas kalau tak salah akulah..


Lepas makan tengahari dan solat aku terdengar fon berbunyi,,no 012...nombor sape pulak ni,,berkerut kening aku memikir,,ke dapur..ambil fon lagi satu dan check kutlah ada nombor ni kat dalam fon tu..tapi tak ada..Aku baca balik mesej tu,,"You ni comel,,cute dan lawa pulak tu"..Pada mulanya aku malas nak layan,,tapi aku agak mesti member-member yang kenal aku,,dah tukar nombor lain dan nak kenakan aku so aku tanya la "siapa ni"..Deban rupanya..Aikk sanggup beli nombor maxis untuk text aku..biar betul kau Deban..Sebenarnya aku selalu bising dengan dia sebab dia guna celcom dan kalau nak text aku mesti pakai nombor bapa dia cos bapa dia pakai maxis..Katanya nak belanja aku esok..


Kebetulan esok aku nak keluar dengan member-member sekolah,,so aku ajak dia join sekali..Segan le pulak kata si Deban,,macam-macam Deban ni..Aku cakap dengan dia tak payah nak poyo dan menggedik coz dia orang tu semua dia kenal..


Usai solat Asar,,keluar dengan Nabila nak beli tudung dan beberapa barang keperluan termasuk calculator.Calculator yang aku beli hari tu bukan yang biasa aku guna..so aku kena beli yang lain..Pergi kedai gambar..terserempak dengan sebuah kereta,,macam kenal je..aku perhati driver dia,,oh bukan dia,,lepas tu terpandang penumpang kat sebelah driver..aku terus senyum..bila orang tu perasan aku dia tersenyum bukan main lebar lagi bak kata orang SENYUM SAMPAI KE TELINGA..Haha Syafik dengan abang dia,,dah lama tak jumpa dia..raya dulu je dia datang rumah..


Syafik text aku ajak gi tengok wayang fast and furious 6..terimakasih jelah ye..walaupun dah lama tak tengok wayang tapi dengan Syafik memang tak naklah..Dia pun tau aku mesti tak naknya..dia ajak aku keluar esok lepas Maghrib dia datang ambil dan suruh ajak Nabila adik aku sekali,,sama macam Deban..nak tau kenapa dia orang suruh ajak Illa sekali sebabnya dia orang tau aku takkan keluar berdua dengan dia orang tu..Syafik ingat janji dia nak belanja aku secret receipe hari tu tapi aku tolak ,,sorry ye Syafik..Dah hampir tengah malam dia text katanya esok dia ada program dengan family dia..Fuhh selamat aku,,kalau tak jenuh nak memikirkan alasan untuk tolak pelawaan Syafik..


Pagi Jumaat 7/6/2013..Selepas solat subuh..sambung tidur balik,,ini rutin kat kolej kalau tak de kelas pagi..terbawa-bawa ke rumah..alaa bukan selalu..tengah ralit tetiba dengar fon bunyi jangan kata Bella lagi cos Jumaat lepas Bella yang call pepagi ni..Capai fon,,whatsapp rupanya..sambil angkat kepala sikit dengan mata tak boleh buka..kemudian aku rebahkan balik kepala..Eh eh!!..tak tengok pulak siapa pengirimnya..Alamak..Abe Pian la..sorry lambat balas..mata dok lali lagi tadi..Pian ni tidur balik pe tak sedar aku balas text dia,,jangan terlewat pergi kelas sudah..


Text Bella ajak keluar petang ni tapi sampai kesudah tak de respon..Apa dah jadi sis??aku nak gi rumah Syaera tetiba fon lagi satu berbunyi..nombor yang aku tak kenal..tapi nombor aku yang ni hanya kawan yang rapat je tau..Omar..mana dia dapat nombor aku setahu aku member2 semua text no yang lagi satu..Dia tanya aku pergi tak jumpa member2..Aku cakap la aku pergi..Sampai rumah Syaera aku kena perli dengan dia atas kelewatan aku..Masa kat rumah tadi mama dah tegur pasal aku lewat..


Sorry sis aku gosok baju nak bawa ke Seri Iskandar tadi..itupun baru sempat gosok lima pasang baju kurung dan sehelai tudung..Cadang nak sambung gosok balik kejap lagi..Keluar dengan member2 memang wajib kena tekan..Walaupun tak semua ada..Syaza dah balik Kelantan..


Balik rumah,,mama dah tolong ironkan baju dan tudung aku,,Tqsm mom..sayang mama..Abah ajak makan kat luar malam ni.."Yesss nak abc yea Abah.."Aku bersuara..Abah diam je dan tanya aku "ni dok text dengan sape pulak ni??".."Dengan Pian la Abah"jawab aku dengan selamba,,memang aku tengah whatsapp dengan Pian..Abah diam je mengadap lappy,,tengah pening dengan eFies..Pian dok suruh on whatsapp selalu..memang le selalu on kalau kat rumah..Kat luar tak lah..


Malam ni Pian typo banyak kali siap dia tweet lagi..haha..S3 pun selalu typo ke cik abang ooi..ini yang syok ni boleh membahan abang yang perasan sado ni..kikiki..Debat dengan Pian sampai dia kehabisan idea..Yeahh aku menang lagi..Ini Nur Farah Nadzirah lah banyak idea dan akan menang selalu..Wahai En.Sofian Shaimi..anda kena terima kenyataannya..


Esok nak balik Seri Iskandar..excited sangat nak mulakan sem baru,,lepas ni mesti sibuk dengan assignment yang menimbun dan kena hantar cepat..berjalan jauh ke kelas dan nak mengadap perangai orang yang tak pernah faham melayu..bab ni yang paling aku tak suka..SENGAL..Selalu merubah mood aku..


Untuk Bitah,,Nazim yang bakal ke S.Petani tu..dok sana tu elok2 naaa..Hangpa jangan dok lupa kat aku pulak..Buat Fazreen,, Zul,,Fiza dan Abdillah..Dok elok2 kat Penang naa..Hang pa belajaq elok2 naa..Kalau aku balik sana,,aku pi cari hangpa..Buat semua member2 yang kekal di Seri Iskandar..Tak sabar nak jumpa korang semua..Tadi Kilah text ajak konvoi esok..aku ok je asalkan jangan pagi..Tak nak aku balik sana pepagi buta..


Hopefully dapat satu dorm dengan Kak Mira dan Kilah..Sebenarnya ramai yang text,,nak satu dorm dengan aku..Tetiba ramai peminat,,eh eh aku ni kan,,di tuduh..punya daya penarik untuk tarik perhatian semua orang terutama lelaki..hahaha..nasib baik orang tu dah tak de kat S.Iskandar..Kalau tak berbulu je minah tu tengok aku ..


#coretan ni aku coret malam sebelum aku kembali ke UiTM Seri Iskandar tapi tak sempat nak post..


Wednesday 5 June 2013

SHOPPING..PERSIAPAN UNTUK SEM BARU..

Hari ni kesabaran aku betul-betul tercabar..fon dan tab buat hal dengan internet slow mana dengan ink printer habis..Nak print slip pembayaran sampai ke petang baru boleh..Tension betul..Tetiba Zul inbox dan beritau aku kononnya ada orang (member baik Nazim) nak tolong bayar yuran kat aku,,Eleh..ada ke duit dia tu,,tak payah nak mengada-ngada,,kalau dah banyak duit tu pergi sedekah kat anak yatim dapat pahala..Tak payah nak ambil tau dan masuk campur hal aku..FAHAM..Parents aku dah sediakan segalanya untuk aku termasuk segala kos pengajian aku di tanggung..Aku cuma perlu tumpukan perhatian pada pelajaran so tolong jangan kacau aku supaya aku boleh fokus pada study..PLEASE,,dah banyak kali aku cakap ni..Sudah-sudahlah tu..


Semalam,,member baik Nazim tu inbox aku dan tanya aku pasal PTPTN,,manalah aku tau cos aku tak buat pinjaman..Lepas tu memandai buat cerita dan buat andaian sendiri..Kalau aku kata aku tak pinjam kang mula la kata macam-macam..Susahlah dengan manusia ni..Menyampah aku dengan orang yang tak faham melayu..Nazimm,,kau kata dia takkan kacau aku..tengok apa yang dia dah buat..MENYIBUK dan MENYEMAK tak habis-habis..Stop lah jangan ganggu aku..


Lepas solat Asar keluar dengan mama pergi shopping,,habis duit aku terbang melayang..Tapi berbaloi dapat beli 3 pasang baju kurung,,2 helai seluar,,skirt dan kasut..Baju dan tudung tak beli lagi..Ajak mama pergi gerbang malam nak beli tudung tapi mama tak nak..Dah letih dan sakit kaki katanya..Puas hati dapat beli sehelai baju kurung warna hitam merah,,kuning cair dan biru,,tapi kecewa sebab tak dapat beli jubah..Semuanya besar dan labuh..Saiz yang selalu aku pakai pun labuh..Baju sem lepas banyak yang dah ketat..kalau dulu aku pakai saiz xxs sekarang ni xs atau s..Itu bermakna berat badan aku dah bertambah yea En Sofian..Abang sado ni asyik panggil aku kerempeng je..Dia tu pun sama..


Actually banyak lagi benda yang aku tak beli,,kat The Store tak de kasut yang cantik,,aku beli sepasang warna hitam.Abah kata kasut tu macam kasut "rubber tapper" dan katanya taste aku ni teruk..Mama pulak cakap dah suruh beli yang kulit tapi tak nak,,dah bukan jenama kesukaan aku dan tak menepati citarasa aku memang la aku tak nak..Abah,,kat T.Intan takde Carlo Rino lah..Nanti nak cari kat Ipoh..mesti ada yang cantik,,alaa raya dah dekatkan abah,,kat Giant..The Store dan Billion tak de jual CR2..Sebenarnya aku memang sengaja beli yang murah,,sebab aku tau raya nanti aku dapat kasut baru..Aku pergi Giant nak beli calculator kat kedai buku kat situ dan pergi butik First Lady dan Butik Peace..Tak banyak pilihan tapi nasib baik ada yang berkenan di hati..


Otw balik,,gì C.M beli nasi ayam untuk juadah makan malam..sampai rumah,,makan and then sesi memperagakan baju yang baru di beli..Cantik,,siapa lagi yang nak puji kalau tak puji diri sendiri..Lepas puas posing depan cermin,,mandi,,solat..Selesai segalanya capai fon,,on fb,,twitter dan whatsapp serta wechat..Banyak mesej masuk,,orang Shah Alam inbox aku malam ni..Hai cik abe,,rindu titew la tu kikiki..Huhuhu Abe Pian panggil aku gemuk dan gundut,,yeah bermakna dia mengaku yang berat aku dah naik dan bukan skeleton lagi..Fact and reality kay..usah di nafikan lagi..


Alhamdulillah,,yuran dah bayar dan segala persiapan dah siap cuma baju je tak iron lagi,,masa mendaftar sem lepas aku iron baju kemudian lipat,,tapi kali ni jadi otai sikit hangerkan je tak payah lipat taklah kedut sangat..Hanya tinggal 3hari untuk kembali ke Seri Iskandar..Seronok namun begitu kekadang terfikir jugak apa yang bakal berlaku nanti terutama bila berdepan dengan orang yang tak pernah nak faham apa yang kita cakap..Hishh susah kalau berdepan dengan situasi begini..








Tuesday 4 June 2013

SESUATU YANG TIDAK DI JANGKA..ALHAMDULILLAH SYUKUR..

Bangun pagi..solat Subuh,,and then sarapan..sambil menunggu washing machine berhenti,,aku online  kemudian jemur kain kemudian masak untuk makan tengahari..Rutin aku untuk hari ni..Mama puasa hari ni..Tengah masak abah ajak pergi bank..tetiba foreman datang terus hilang kisah nak gi bank..Terimakasih banyak-banyak pakcik foreman cos puji aku dengan Illa segak..Korang nak tau orang utara kalau nak puji seseorang perempuan tu mesti guna perkataan segak..Kalau kat sini segak untuk lelaki..kat sana menggambarkan kecantikan seorang perempuan..


Kereta abah buat hal hari ni,,nampaknya ada point abah nak tukar kereta baru.Tapi assistant managernya mesti tolak cadangan tu.. siapa lagi kalau bukan mama..Tengah nak pakai modal banyak untuk pasang fire alarm system dan hosereel system di beberapa buah kilang,,abah mesti dengar cakap mama punya kalau tak,,kena buat kerja-kerja kat office tanpa bantuan dari mama nayalah abah..Dah pukul 4 lebih baru abah ajak pergi bank bila tengok aku tak siap lagi terus keluar,,kemudian call suruh datang kat bank..Akhirnya tak sempat nak bayar yuran hari ni..Esok pulak.


Aku gembira sangat hari ni..sesuatu yang tak di jangka sama sekali terjadi..Seronok,,happy sangat..
Alhamdulillah syukur dengan apa yang telah di tentukan Allah..Sungguh tak di sangka dan di duga,,dalam apa jua keadaan kita kena bersabar dan jaga hubungan dengan Allah,,In Shaa Allah segalanya di permudahkan..Mudah-mudahan segala urusan untuk esok berjalan lancar..Moga sentiasa dilindungi dan di berkati Allah..


Cadangnya petang esok nak gi shopping dah bodek mama,,nak beli baju,,kasut..alamak aku kena pakai heel la pulak..Harap-harap tak dapat kolej yang jauh dari kelas..kalau tak naya la aku..Teringat pulak kat Syairah dan Bella,,seronok menekan aku hari tu..bergaya,,pakai heel,,makeup tebal bagainya dah aku  budak OM so kenalah bergaya tapi bab makeup tu,,aku sememangnya tak berapa suka yang tebal2 ni selalunya pun aku pakai lips balm,,eye liner dan maskara je,,lagi satu kena pakai heel pergi kelas ni yang buat aku kurang selesa sikit korang tau tak..And then mention nama Rayyan.."Seronok le kau kat Seri Iskandar..boleh jumpa Rayyan"..tergelak besar aku bila nama si SENGET tu di sebut..Hishh tak nak aku,,abang sado tu banyak peminat lah..Putera Ar Rayyan Haiqal sedapkan nama tu,,sehandsome pemiliknya..Werkkk..hahahaaaa..PERASAN..


Nama aku takde dalam senarai kat Kolej Indera Mulia,,kat mana pulaklah aku sem ni..malas nak mencari tunggu Sabtu nilah baru tau..Bella kawan aku mesti gi daftar awal,,almaklumlah buah hati ada kat sana..Tengah ralit dan seronok mengadap lappy,,Yasmin bagitau ada orang inbox dia dan bertanyakan aku..Huh,,apahal pulak..buat aku hilang mood tengah2 malam ni..Hey,,dengar sini..jangan gunakan Yasmin atau Damia untuk tahu tentang aku..Faham tak!!..Memang aku alu-alukan kau remove dan unfollow aku tapi jangan gunakan adik-adik aku dan tak perlu ambil tau tentang aku..Aku tau kau akan baca blog aku ni..Kau ingat ye..


Tak sabar nak kembali ke kolej,,dan jumpa member-member..mulakan sem baru dengan penuh semangat agar target tercapai,,impian dan harapan terlaksana..Doakan aku ye..Syairah dan Bella korang doakan yang terbaik untuk aku..aku doakan korang berjaya di dunia dan akhirat..Buat En.Sofian Shaimi yang tengah exam tu..Good luck,,hopefully sem ni DL..Nanti aku belanja kau (kalau DL)..Hadiah bila nak ambil??..Kesian kat hadiah tu..


Buat Cik Bitah..kau berkawan dengan Nazim elok=elok kat SP tu ye..Nazim tu baik,,sesuai di jadikan calon..Aku setuju sesangat kalau korang rapat..tak gitu Nazim..Jangan marah..Rasakan,,kau suka mengusik aku sangat..Bitah aku nak minta tolong kat kau,,tolong ingatkan Nazim agar kurangkan MEROKOK sebab dia dah janji nak BERHENTI..Kat S.Iskandar dulu,,kalau dia tengah merokok dia nampak aku pasti rokok tu hilang entah kemana di soroknya..Lepas ni seronok lah dia takde orang nak tegur..Ingat Nazim janji kau,,siap tweet sekali..Nak aku retweet ke janji kau tu??Aku tegur pun sebab kau tu kawan rapat aku..Ingat SENAMAN JANTUNG kau tu merbahaya untuk kesihatan..Tak guna jadi abang sado kalau tetap dengan SENAMAN JANTUNG tu..


Harapan aku agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya..Moga impian menjadi kenyataan dan Allah merahsiakan masa depan,,untuk menguji kita agar,,berperasangka baik,,merencana dengan baik..berusaha yang terbaik serta bersyukur dan bersabar..






Sunday 2 June 2013

HARI YANG SERBA TAK KENA..

Hari ni Ahad 2 Jun 2013..seharian mengadap lappy,,di sebabkan plan nak keluar dengan member2 tak menjadi coz Syairah kena balik K.Kangsar..Kononnya nak edit blog,,tapi tak tau apa yang jadi dengan blog aku..Hari ni serba tak kena..tab dan fon buat hal,,lappy pun dah hampir2 nazak..Please,,jangan buat hal dah lah lagi 6 hari nak balik kolej dan aku sangat-sangat memerlukan semua tu,,dah lah kat kolej tu line maxis lembab,,internet lagi la,,lebih slow dari siput..Member2 yang whatsapp,,wechat aku nanti..kalau aku tak balas..sorry ye..pada yang ada no fon aku just text aku la kalau aku tak on wechat,,whatsapp dan line..Untuk yang tak de no fon aku,,tak dapat la aku nak menolong..bukan apa no fon aku ni,,mahal sikit bukan semua orang boleh dapat..


Letih mengadap lappy..edit blog tapi hasilnya mengecewakan,,nasib baik ada adik yang sama2 menolong..TQ Illa..kena bodek sikit adik aku ni..Orang ajak keluar tak nak..Padan muka kena tolong edit blog aku..Bitah whatsapp aku,,aku tengah pening makanya jenuh la Bita menunggu balasan dari aku..Kononnya nak tukar blog skin tapi banyak warna PINK,,alamak warna yang paling aku ellergic..Aku tak suka warna pink..Jenuh mencari merata,,ada yang cantik tapi entri yang telah di post tak boleh masuk..Bab mengedit ni memang boleh buat aku TENSION,,serabut betul..Kalau rajin esok aku sambung,,kalau tak tunggu cuti sem depan lah..Korang jangan gelak tengok blog aku yang berserabut ni..


Sampai azan Maghrib berkumandang baru offline,,kalau tak alamatnya kena marah dengan parents aku la..Lepas solat abah ajak gi makan kat luar,,abah tanya nak makan ABC tak??..Alhamdulillah,,baru petang tadi je aku ajak Illa pergi makan ABC tapi dia tak nak..Malam ni aku dapat makan tapi kat T.Intan ni susah nak cari yang betul2 sedap..Walau apapun aku bersyukur,,kalau di fikirkan balik apa yang aku nak mesti aku dapat dari kecil sampai sekarang betapa bertuahnya aku..Tapi tak semualah,,ada yang aku inginkan tak dapat..Huhuhu sedih,,kenapa ye??kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..Sebagai hambaNya aku pasrah dan akan terus berdoa agar impian menjadi kenyataan,,mudah-mudahan Allah memakbulkan segalanya..


Time makan ada mention pasal nak bawak kereta ke Seri Iskandar,,abah kejap boleh..kejap lagi tak..Boleh lah abah,,kereta hitam tu..Ada ke abah suruh aku bawa kereta kuning yang dah bertahun tak bergerak..emmm tak naklah..Along nak kereta hitam tu..Aku tau kalau aku bodek mesti dapat punya..cuma nak parking tu masalah sikit cos tempat parking terhad..abah suruh aku bawa skuter,,ni yang malas ni mini skuter Yasmin yang abah aku suruh bawak..Tak nak aku,,bakal jadi perhatianlah  aku nanti cos skuter tu unik lain dari yang lain..Member-member sekolah aku kalau datang rumah mesti teruja tengok mini skuter tu terutama Fareed..Abah,,kalau skuter merah tu ok jugak..boleh tak??..


Balik rumah sambung whatsapp dengan Bitah,,excited sungguh Bitah,,dah packing barang..aku pulak,,apapun aku tak buat lagi..Rileks la akak banyak hari lagi..Tak sabar kau nak duduk kat Sg Petani..Aku dulu masa sekolah kat sana rasa janggal sangat cos hari Ahad kena sekolah,,langsung tak seronok..Masa tu aku selalu fikir kenapalah aku tak sekolah di Perak je..Kau tau Bitah,,Sg Petani tu tempat kelahiran aku dan adik aku Nabila..Masa tu parents aku duduk kat Taman Ria dan office abah aku kat depan Parkson S.P..


Dah lama tak balik sana,,Abah kata nak balik cuti ni,,nak kemas rumah..tapi abah banyak kerja..Nampak gayanya tahun ni kena kemas rumah dalam bulan puasa jugaklah (lagi 1 hari nak raya)..Huhuhu,,letihlah abah dahlah rumah tu besar,,kat atas,,bawah,,luar dan dalam..Alamatnya orang sambut raya kami keletihan kerana mencuci dan mengemas rumah..Kebetulan balik sana raya Aidilfitri dulu je dan dah hampir setahun tak balik..Boleh di bayangkan macamana berhabuknya..Aaahh tidak,,tak sanggup aku..Opss,,hehe Bitah dan Nazim kan ada..boleh la minta dia orang tolong,,bolehkan??..Nazim,,belanja aku dan Bita pergi The Carnival,,tak pun gi Penang makan kat Padang Kota,,ajak Abdillah dan Fazreen sekali..Oh yea,,Fazreen dapat Rm 1500 tu belanja2 le aku sama..kau kan rindu aku..Ijat jugakkan whatsapp cakap rindu aku..nanti kita lepak down town yea,,ajak awek kau sekali..


Tengah whatsapp dengan Bitah,,Fazreen wechat,,tengah2 malam buta kenakan aku mamat ni..Eh eh ada orang rindu nak dengar suara kita lah dia marah aku typing,,dia nak dengar suara aku..Turun Teluk Intan lah bro..baru boleh BORAK PANJANG-PANJANG kat wechat tak clearlah,,seriously suara kau lain sangat..duit PT kan dah dapat,,aku ni lain lah harapkan parents je..Apapun thanks Fazreen cos rajin bertanya khabar..Fazreen ni jenis tak lupa dan ambil berat tentang member-member walaupun ada awek..Fazreen bising dengan aku tak on wechat,,bukan tak naklah tapi fon jugak tab aku buat hal..Dan buat member-member yang bising dengan aku sebab aku tak contact dia orang..Bukan aku tak nak contact tapi aku takut ganggu korang mana tau time tu korang busy,,sebab tu aku tunggu korang yang contact aku dulu..In Shaa Allah aku akan balas punya..





Saturday 1 June 2013

TANDA TANYA DAN PERSOALAN DARI MEMBER2 BUAT AKU GARU KEPALA..

Usai solat Subuh aku sambung tidur balik,,baru beberapa minit lelap..terdengar fon berbunyi,,siapa pulaklah yang call aku pepagi buta ni??..Dengan mata yang tak berapa boleh nak buka,,aku meraba mencari fon..Bella rupanya,,mesti ada hal ni dia call aku pepagi Jumaat ni..Bella ajak aku temankan dia keluar,,nak beli barang untuk bawa balik ke Seri Iskandar..Fulamak semangatnya member aku yang sorang ni..Ada 8 hari lagi kut..Dah tak sabar nak balik ke kolej ke??..Lain macam je kawan aku ni,,ceria dan gembira je nada suaranya..Ini mesti ada apa2 ni..Kita dah lama berkawanlah sis dan aku dah masak sangat dengan perangai dan sikap kau..Kau tak boleh nak tipu aku..Sejak tadika,,kami sama belajar kat Pasti Al Hidayah sampailah ke alam persekolahan dan sampai kami menuntut di U,, kami tetap satu kampus cuma fakulti lain-lain dan kolej kami pulak berjauhan..Hanya sekali sekala berjumpa..

Sambil menunggu nak keluar dengan Bella,,aku kemas rumah,,jemur kain dan online,,selepas zohor,,makan dan sambung mengadap tab..Cousin aku Atiqah inbox cerita masalah dia..Sebagai kakak 
dan kebetulan dia jugak anak sulung..aku selalu jadi penasihat dia..dia banyak share problemnya dengan aku..Hati2 ye Tikah dan jangan layan sangat dengan orang yang kacau Tikah tu dan study hard untuk UPSR..

Bella datang rumah aku hampir pukul 4 ptg,,aku tengah gosok tudung,,so Bella kena tunggu aku..Mama  cakap dengan aku "nak keluar dengan siapa pun,,mesti orang yang kena tunggu kamu".."Alaa mama,,tadi Bella janji pukul 4ptg,,dah dia sampai awal"..Jawapan yang aku beri kat mama,,Aku tau Bella takkan membebel dengan aku..Tapi kalau dengan Pian,,hahaha..Lama dah tak dengar bebelan Mak Jemah ni...rindu pulak nak dengar leteran dan bebelan dia..Tapi kalau aku jumpa dia,,memang teruk aku kena drop punya,,tambahan dia tengah banyak point untuk membahan aku..

Time dalam kereta Bella kata ada surprise kat kampus nanti,,sebelum tu cerita pasal bf dia Iwan,,hmmm aku dah boleh agak dah apa dia..sebab tulah ceria je dan tak sabar nak balik Seri Iskandar..Tekaan aku pasti tepat..Pasal IWANkan..Sis,,kau tu tak reti nak membohong dan tak boleh nak tipu aku..Kan aku dah kata,,tekaan aku memang betul,,Iwan dapat study kat Uitm Seri Iskandar satu fakulti dengan Bella tapi course lain..Untung la,,jangan lupa kat aku sudah..nampaknya berkepit dan outing dengan Iwan la cik Bella lepas ni,,jangan2 weekend pun tak balik T.Intan..
Lepas tu Bella mula bertanya tentang aku,,Haa rupa-rupanya Syairah suruh Bella risik-risik dari aku tentang seseorang yang kononnya aku ada relay dengan DIA tu..Ini tak boleh jadi ni,,mana ada,,aku cakap jujur,,sejujur-jujurnya..Aku memang tak ada apa2 dengan Dia tu..Syairah tu memandai je,,kononnya dia suspek aku ada relay dengan mamat tu dan aku rahsiakan dari dia orang semua..Dah puas aku cerita hal yang sebenarnya..Mana ada apa-apa,,kita orang kawan je..

Teman Bella membeli barang2,,terjumpa Ira..katanya Ahad dia cuti so plan untuk berkumpul ramai2..Nampaknya impian aku untuk lepak bersama dia orang semua tercapai..Harap2 Syaza ada sama..Susah sangat sekarang ni nak jumpa dan berkumpul macam masa sekolah dulu2..RINDU sangat dengan suasana masa sekolah dulu..

Otw balik,,kita orang pergi rumah Syairah..Sembang punya sembang dengan macam2 cerita sampài la cerita Bella dengan Iwan..Bahagia sungguh Bella sekarang ni..Tiba-tiba Syairah bertanya kat aku "Fara,,kau dengan dia macamana??"Blurrr sebentar aku..berkerut kening aku memandang Syairah sambil menggaru kepala walaupun kepala aku ni tak gatal..Lama aku terdiam..Sebenarnya aku tak tau dan tak faham apa yang di maksudkan Syairah..

Akhirnya aku bersuara,,"Apa maksud kau??"..Jawab Syairah"DIA tu la,,----''..Tergamam aku bila Syairah sebut nama orang yang di maksudkannya..Aku pandang tepat ke dalam mata Syairah,,aku tau dia memang benar-benar nak tau dan dia benar-benar yakin yang aku dengan orang yang dia maksudkan tu ada SESUATU..Tanpa berkata apa-apa,,aku cuma menggelengkan kepala..

Syairah tak puashati dengan jawapan dari aku,,Ya Allah..selama aku kenal korang pernah ke aku tipu korang,,segalanya aku cerita kat korangkan..Semuanya korang tau,,kan kita semua dah janji takkan ada RAHSIA antara kita..Habis tu kenapa yang korang tak percaya dengan aku kali ni..Apa yang aku dah buat sampai member2 aku tak percaya cakap aku..

"Tu yang korang berkomen-komen kat wall tu dan ayat yang DIA tu komen menggambarkan korang ada SESUATU"..akhirnya Syairah meluahkan apa yang bermain di fikirannya..Bertambah BLUR aku..Termenung aku memikirkan komen yang mana pulak..Punyalah ramai orang yang komen kat wall aku,,kenapa mamat tu pulak yang dia nampak..Aku diam je dan cuba menukar topik perbualan walaupun aku nampak riak muka Syairah yang masih tak puashati dengan aku..

Sampai rumah dah hampir Maghrib,,lepas solat,,makan kemudian online..Pertanyaan dan kesungguhan Syairah bertanya pada aku tadi masih bermain di fikiran..Kenapa dia MERAGUI aku??Aku buka FB,, cari komen yang di perkatakan Syairah..Tetiba teringat,,masa keluar pergi ambil sijil SPM dulu and then pergi lepak McD,,Ana,,Syairah,,Akim,,Ipin,,Arul dan Pejey pun ada bertanya soalan yang sama..Aku cuma senyum je tanpa memberikan sebarang jawapan..Bila dia orang nak bertanyakan soalan sama lagi,,aku tukar topik..Pelik..apa sebenarnya yang dia orang fikir..Alamak,,aku ingat anak Pak Gadut sorang je yang fikir macam tu..Rupanya korang pun sama dengan dia..

Puas mencari akhirnya aku terjumpa sesuatu..Haaa mungkin ini yang di maksudkan oleh Syairah..Memang dia ada komen,,pasal jeles kat gambar yang kau tag tu ke Syairah??Masya Allah yang kau pergi percaya dengan komen dia tu pasai apa..kau kenal dia tukan,,dia main2 je lah..Jeles dengan diri dia sendiri..Aku tak ambil kisah dan tak ambil serius langsung dengan komen dia tu..Dia yang aku kenal tak pernah nak serius dalam segala hal.Sering mengusik dan membahan aku..Dia saja mengusik je lah tak de apa2 maksud yang lain,,so jangan salah sangka..

Tolong la jangan ambil serius dengan apa yang dia komen dan cuba kau baca betul-betul komen dia tu,,kau yang mulakan..Kau yang kata dia tetap kat hati akukan sebab tulah dia komen macam tu..Kan di mention yang aku ni tak de perasaan dan brutal,,kat situ kau boleh faham apa yang dimaksudkannya..Jangan buat spekulasi,,aku berkata benar dan tak simpan apa2 rahsia dari korang..Gambar tu kau tag kat Ipin,,Akim,,Arul,,Pejey jugak Ana..Patut lah semua berfikir tentang benda yang sama..Takkan kerana komen tu kut..sampai  korang anggap aku dan dia ada relay..Menggarut..

Sis,,aku dengan dia yang kau maksudkan tu hanya kawan jelah..Aku ni pada dia gangster,,brutal dan macam2 gelaran yang di baginya..Jangan salah anggap pulak,,aku ni serba kekurangan kalau di bandingkan dengan dia,,dia pandai dan aku tak..Huhuhu,,takut aku bila memikirkan spekulasi tentang aku dengan dia tu..Kalau tak percaya cakap aku pergi la tanya kat dia..Tapi jangan sampai dia salah anggap dengan aku pulak..

Dan untuk DIA yang Syairah maksudkan tu..Aku rasa kau tau orang yang Syairah dan member2 aku yang lain maksudkan tu adalah kau..Kalau dia orang tanya pandai2 la jawab dan jangan cerita kesemua rentetan peristiwa yang berlaku antara kita,,biar ianya menjadi RAHSIA KITA BERDUA..Actually aku tak cerita apa2 pun kat dia orang..Nanti cerita ni akan jadi lebih panjang dan tak de kesudahannya..Walaupun aku tau dia orang akan terus bertanya dan terus tekan aku..Dan mungkin dia orang akan tanya kat kau pulak..Terutama Syairah..Dia memang tak puashati dengan jawapan yang aku beri..Jangan risau dia orang tu tak de link blog aku ni..So apa yang aku tulis kat blog ni dia orang tak tau..

Aku harap semua member2 yang ingat aku ada relay dengan dia tu berpuashati dengan apa yang aku dah ceritakan..Aku tak simpan apa2 rahsia,,actually aku hormat kat dia tu dan macamana aku sayangkan persahabatan aku dengan korang dengan dia jugak sama..Syairah,,seperti yang kau cakap kat aku yang kau rasa dia tu baik,,memang dia baik..baik sangat dan tak pernah marah.. Aku percayakan dia..Mungkin ada perkara yang aku tak cerita dengan korang,,aku mengaku,,tapi aku dan dia hanya kawan..Ini memang benar,,usah di ragu..

Bila aku cakap hanya kawan,,ada yang kata "why not kau couple dengan dia je,,nanti aku tolong cakap kat dia,,kawankan boleh bertukar jadi kekasih"..Dah hilang akal apa aku ni perempuan,,perigi tak mencari timba..Buat malu je,,korang jangan buat sampai dia salah anggap dengan aku..Dan tak pasal-pasal aku kena serang dengan gf dia pulak..Weyhh,,aku dah kena sekali cukuplah tak nak aku cari PENYAKIT lagi..Oh ya,,untuk pengetahuan korang aku ni belum pun 19 tahun so tak perlu la korang bimbangkan aku dan jadi MATCHMAKER pulak..Tolonglah jangan cakap tentang couple2 ni kat dia,,nanti dia anggap aku ni apa pulak..Buatnya dia kata aku perasan dan terhegeh-hegeh..Malu la aku..

Untuk anda yang berkenaan,,tolong la simpan dan rahsiakan KISAH KITA tu dari pengetahuan dia orang..Please,,bolehkan..aku tak nak jadi kecoh dan nanti kau tak selesa..Aku tak kisah dah biasa kena tekan dengan dia orang,,tapi kau lah..Sanggup ke nak mendengar usikan dia orang tu..Bukan tak tau dia orang tu macamana..Dan aku tak nak nanti gf kau tau dan salah sangka pulak..Aku tak apa tak de siapapun yang akan marah..

Actually aku suka berkawan dengan kau sebab kau matang,,cool dan jadi diri kau sendiri tanpa perlu cover-cover..Tapi tolong jangan salah anggap dengan coretan ni,,aku tulis ni cuma nak kongsi apa yang  member-member aku luahkan pada aku dan aku tak mention nama kau pun dan aku tau..kau tentu tau orang yang member-member aku maksudkan tu siapa..Aku minta maaf seandainya salah tanggapan dia orang tu buat kau tak selesa..Dan kalau selepas ni kau nak jauhkan diri dari aku..Aku terima..Aku minta maaf ye..Aku tau aku banyak buat salah dengan kau..Dengan perangai aku yang gangster ni dan selalu menyakitkan hati kau..Selalu cari pasal dengan kau..

Tak sabar nak tunggu esok,,nak jumpa korang dan lepak ramai2..Selepas ni dah tentu semua sibuk dengan assigment dan Bella dengan buah hatinya..Syairah,,ehm ehm..Hahaha.. hanya kita2 je yang taukan..Ana dengan Bakri,,Syaza dengan Mr I dan aku biarlah masa dan keadaan yang menentukan..Jodoh tukan rahsia Allah..In Shaa Allah ada nanti cuma aku minta korang doa yang terbaik untuk aku..