Friday 31 May 2013

BOSAN...

Cuti sekolah dah bermula,,rumah aku jadi riuh rendah dengan pelbagai kerenah adik2..Nabila ada kelas Barakah so hari2 kena pergi sekolah.Hadi dan Damia asyik berebut lappy..Yasmin pulak asyik melayan tv dan tab,,kerja sekolah banyak tapi tak nak buat..nak tunggu last minute baru nak buat..Aku pulak..kebosanan tak tau nak buat apa..Layan Bita,,Fazreen dan member2 yang lain kat fb,twitter,,whatsapp,,line dan wechat..Fazreen dan Ijat Ilham sempat lagi perli dan kenakan aku kat wechat..huhuhu..

Lepas solat,,terdengar fon berbunyi,,puas mencari..Adusss,,kat mana pulak aku letak fon ni..Capai fon rumah call nombor aku,,alamak kat dalam bilik rupanya,,yeaaahh..orang Shah Alam rupanya whatsapp kita..Hahaha RINDU TITEW la tu,,yesss boleh debat dengan Abe Pian,,BEST..Debat dengan cik abang yang sorang ni memang seronok..Kita tengok siapa yang akan menang..Yang pasti dia tak mengalah hari ni tapi aku akan pastikan aku menang..Itu memang wajib..memang betul hari ni dia langsung tak nak mengalah,,eleh tunggu sampai dia kehabisan idea,,dia akan menghilangkan diri dan akan muncul kembali bila dia dah ada idea..Itulah perangai Abe Pian..Hahaha taktik busuk..

Hari ni nak gi kenduri rumah Kak Mira,,tapi lewat sikit cos ada banyak kenduri yang lain..Abah gi kenduri anak Pakcik Umiruddin,,haaa menyentuh tentang Pakcik Umiruddin,,pakcik..anak pakcik si Hazim mengacau saya,,dia suka kenakan saya,,huhuhu jahat dia tu..Hey Boom,,kau dah lama hidup ke??Nasib baik le aku dah kenal kau dari kecik dan bapa kau tu kawan baik dengan abah aku..Tapikan,,  kesian aku tengok awek kau,,frust dan merayu2 kat twitter tu..Semak TL aku..Kau ni Bomm,,sedap je kau wechat aku dan bahan aku rasanya lebih baik kau layan Ada kau tu..Dia sayang dan cintakan kau..Untung la ada awek macam dia tu..Wakaka..

Pukul 2 ptg baru bertolak ke rumah Kak Mira,,eh eh..ada orang wechat kita beritau nak jumpa kita kat rumah Kak Mira,,nasib baik aku sampai lewat dan orang tu dah balik..Actually aku nampak dia lepak dengan member2 kat depan rumahnya,,sorry lah yea,,aku memang tak nak jumpa dia ni (elok pun tak jumpa,,kalau tak mati aku kena marah dengan abah)..Opss lagi satu,,saya nak beritau awak kita hanya kawan dan tolong jangan berbicara pasal cinta,,jodoh dan yang sewaktu dengannya..Awak dah ada gf..Saya hormat awak kerana awak lebih tua dari saya dan awak sedara Kak Mira,,walaupun saya tak kenal awak dan awak ambil nombor fon saya dari Kak Mira..tapi saya ni masih ada rasa hormat kat orang terutama yang lebih tua..cuma jangan salah faham..hanya kawan..
Pening kepala aku,,sejak tak de relay kat fb macam2 cerita terjadi..kekadang betul2 mencabar kesabaran aku..Ada sesiapa boleh tolong aku tak,,macamana nak selesaikan masalah ni?..haha Abang Sado ada idea tak??Nak deactive fb jugak lah..TENSION..Nasihat dari Rayyan si senget tu,,better buat relay,,dengan siapa lagi kalau tak dengan senget,,tak nak aku ada relay dengan kau..senget yang perasan hot(tapi mamat ni memang hot pun,,berlambak awek ngorat dia,,takut aku)..Mengamuk Biela kau,,muncung panjang dia dengan aku..Mati aku..Hahaha

Bosannya malam ni..macam tau2 je Bita,,aku tengah kebosanan..Dia whatsapp aku,,chatting dengan Bita kat whatsapp dan line..Tetiba fon berbunyi,,takkan Bita kut,,laju betul dia balas mesej aku..Opppss bukan Bitah,, tapi Pian,,tanya aku ok ke tak,,aku jawab ok tapi sebenarnya tak ok,,boring tension dengan orang yang tak faham melayu..Sedih tau tak..Malas nak cerita panjang2..
Abang sado baca blog kita la tu..Kau tau tak aku tengah geram,,marah,,sakit hati nak BERTUKAR WARNA HIJAU dah ni (actually..ini ayat Pian yang aku copy paste)..Hmmm TQ cos bertanya dan caring malam2 ni..Happy sangat cos ada jugak yang ambil berat.
.
Ini satu hal lagi,,pepagi buta dah cari pasal,,wechat dengan aku untuk cari pasal..Bomm Shakalaka..kau memang nak kena BOM dengan aku..ada ke suruh aku gi ambil dia kat Manjung,,banyak cantik muka kau dah le kata aku gemuk,,kau tu yang BOROI..eh kau nak gaduh ke??nanti nanggis ngadu dengan Pakcik Umi pulak..lebih baik kau duduk diam2..Kau ingat abah aku bagi ke aku drive sorang2 jauh pulak tu,,kalau boleh pun aku takkan buat semua tu..Sorry la bro dah tentu parents aku tak bagi dan aku sendiri tak mau..aku ni budak baik bukan jenis merayap merata dan aku keluar dengan member2 rapat yang aku percaya je,,dengan kau dah tentu TIDAAAKK..

Tengah bengang dengan Bomm,,fon aku berbunyi,,Yeeeesss..member debat aku whatsapp..Alamak dia mention pasal hadiah la,,actually aku tak tau nak bagi dia hadiah apa,,aku tanya dia nak hadiah apa tapi tak nak beritau,,tak nak demand le bagainya..Hai cik abang,,susah sangat ke nak beritau..nanti kita bagi tapi jangan komplen tau..Berdebat dengan dia,,masih nak menang dan tak nak mengalah dengan aku..hishh tak boleh jadi apapun aku yang akan menang..Akhirnya aku menang,,dia mula tukar topik,,kenakan aku..aikkk cerita masa kat Manjung hari tu kan..dah basi la,,cari le idea lain..Dah agak2 kekeringan idea,,dia beritau nak tidur..Tengahari buta nak tidur,,opss nak jadi abang sado so kena tidur banyak untuk besar kan badan yang kurus tu..kuikuikui..Alaa itu cuma taktik busuk abang perasan sado ni je,,sebenarnya dia dah kehabisan idea..Yahuuu aku menang lagi..Ingat dah menghilangkan diri terus,,rupa2nya muncul dan sambung drop aku,,hishh tak boleh jadi ni,,akhirnya dia mengalah jugak..

Petang gi hospital,,fulamak kereknya pakcik kat kaunter 10 HTI,,nasib baik doktornya baik siap byebye kat aku lagi..Otw balik,,singgah Giant..apalagi shopping..



Tuesday 28 May 2013

SAKIT HATI DENGAN ORANG YANG TAK FAHAM APA YANG DI PERKATA

Bosan,, dah sebulan lebih cuti,,dok rumah tak tau nak buat apa,,time kat kolej asyik teringat nak balik,,bila dah lama kat rumah teringat kolej..member2 aku hilang tanpa khabar berita,,Ana dah tentu sibuk membantu mak dia menguruskan adik2,,Syairah..sibuk kut..Bella,,entah kemana menghilang,,hari tu ada text aku beritau bf dia,,Iwan datang jumpa parents dia..Akhirnya,,itulah yang kami semua mau,,kalau dia betul2 jujur dan ikhlas dia akan jumpa parents kau..Nampaknya lagi sorang member aku .. bakal ke jinjang pelamin..Makan nasi minyak nanti jangan lupa kat aku,,aku nak jadi pengapit boleh??..


Petang tadi pergi hospital,,kat HTI ramai doktor pelatih,,handsome..sempat main mata lagi..amboi bukan main lagi,,panggil nama aku siap dengan mimik muka sekali,,ingatkan aku je yang suka buat mimik muka,,rupa2nya doktorpun ada macam tu yea,,ada chemistry le tu..wakaka..Tanya aku study kat mana..UiTM le cik abang ooii..Kenapa??


Selesai urusan di HTI,,ajak mama gi shopping,,nak beli jubah..Mama dok bersunggut,,jubah yang ada pun tak pakai lagi dah nak beli yang baru..Aku cakap kat mama"Along nak jugak"..aku tak puas hati cos dapat beli sehelai je yang lain labuh dan besar,,hmm nak cari kat mana yea??Aku ajak mama balik rumah opah,,nak tau kenapa?? yang pertama dah lama tak jumpa opah..rindu dan yang kedua boleh shopping kat Ipoh..tapi mama kata dia banyak kerja,,abah jugak busy..Kalau aku sorang je yang drive dah tentu abah dan mama tak bagi..Hmmm nak buat macamana ni..dah la kat Teluk Intan ni tak banyak pilihan..


Tengah dok mengelamun ternampak orang yang tak sepatutnya aku jumpa,,huh nasib baik mama tak parking kat situ..kalau tak memang bertembung la jawabnya..Herrhhh sengal..Selepas solat Asar lepak dengan mama kat buaian..Hari ni aman sikit,,kpop kat sebelah ni tak de,,semalam dok tayang muka kat aku dengan Nabila..Huh rambutnya ada 2 tona,,kelas kau kpop rambut warna keemasan..tapikan mamat ni punya dressing memang kelas..muka pun boleh la,,sebab tu suka tayang muka kat aku dengan Ila..ingat kita orang terpikat ke??sorry la bro..Lucu tengok gelagat dia,,boleh buat aku dan Illa tergelak..


Abah ajak pergi kenduri kat rumah Auntie Ana..seronok suasana dia,,santai..buat kat padang tapi tak panas..Kalau aku dapat tempat macam ni,,aku akan penuhkan dengan bunga..fulamak cantik,,kira2nya berangan lah ni,,makanan kat rumah Auntie Ana sedap..Baru pagi tadi cakap dengan mama nak makan daging dendeng dan acar buah..Alhamdulillah aku dapat makan kat rumah kenduri..Petang ni..tak tau nak buat apa,,lepak kat buaian..mama join sekali..sebelum tu aku ajak mama keluar pergi jalan2..Abah dok komplen asyik nak keluar dengan mama je,,dah abah tak nak join..Puas pujuk mama tapi mama tak nak,,huhuhu..sedih..Keluar dengan Nabila tak seronok dengan mama best,,orang selalu kata mama tu kakak aku,,dengan Nabila pulak..orang selalu kata aku adik,,Illa kakak apalagi bengang tak terkira la adik aku si Nabila ni..Kebetulan Nabila tengah sibuk dengan folio addmaths..Tension je muka Ila..Teringat pulak masa form 5 dulu..


Malam online chatting dengan member2..Syafik rajin online sekarang ni,,sejak dah activekan balik akaun FB dia..hahaha dah tak merajuk dengan awek ke bro??Dulu bukan main,,frust sampai deactive akaun FB..Opsss ada lagi sorang yang buat kerja macam Shafik..Hahaha FRUST jugak ke??Selalu kalau aku on Fb je muka dia mesti ada,,tetiba hilang pelik aku,,rupa2nya mengikut jejak Shafik..wakaka,,pehal kau..Abang hot la kan..Itu la HOT sangat.. Rileks la buat macam aku..


Malam ni aku kena drop teruk dengan Nazim..Tolong jangan kaitkan aku dengan MEMBER BAIK kau tu boleh tak??..Stop dan sudah2 lah..Aku dah BOSAN dan dah tak tau nak cakap macamana dah..Sudah2 lah nanti makin PERASAN member kau tu susah HIDUP aku..Nazim,,aku ada target..kau tau tak,,aku nak fokus pada study untuk capai target aku tu..Aku tak nak dia KACAU HIDUP aku lagi.Cukup la Nazim,,TOLONG LAH AKU..Kesian la kat aku..dah lah dia tu buat2 tak reti dan tak pernah nak faham apa yang aku cakap..Dah berbuih mulut aku bercakap dah berkali2 aku beritau dia tapi MASIH TAK FAHAM-FAHAM..Sekarang ni penyakit tu dah berjangkit kat kau pulak..Nazim..PLEASE jangan kaitkan aku dengan DIA TU..TOLONG lah Nazim..


Terima kasih banyak2 buat Izzat Ilham kerana backup aku..See,,jangan kata tak de orang yang back up aku..Actually aku ada sorang lagi abang..Ijaaatt TQ,,Huhh selamat aku malam ni dengan backup dari Ijat..SEDIHnya,,member2 semua bertanya dengan aku.. tak habis lagi ke kisah sem lepas..Malunya aku,,tak tau nak letak muka kat mana..TERIMA KASIH Nazim cos buat aku macam ni..Aku dah kehilangan seorang member baik jugak seorang abang yang selalu backup aku dan memahami aku..Aku sedar siapa aku..Member baik lebih penting dari adikkan..Maklum la banyak simpan rahsia member baik tu..Tak pe..aku SENTAP dengan kau Nazim..Tak nak kawan,,whatsapp dan wechat dengan Fazreen lagi best..Fazreen nanti dah dapat member baru jangan lupa kat kita orang yea..


Buat MEMBER BAIK Nazim tu..STOP DREAMING,,jangan nak MELALUT..Jangan ada tweet tentang aku atau apa saja tentang aku,,termasuk di kampus nanti..Jangan nak BERCANANG kesana dan kemari,,beritau semua orang yang kau tu bf aku..Jangan nak merapu dan tulis I LOVE YOU,,Be mine ke apa kebenda merepek lagi yang kau nak tulis,,Aku tak nak tengok dan aku tak mau dengar apa2 pun..Keputusan aku MUKTAMAD..JANGAN GANGU HIDUP AKU,,JANGAN KACAU AKU..JANGAN SUSAHKAN HIDUP AKU..FAHAM TAK????Tolong hormat dengan keputusan aku ni..Cari perempuan lain ye..Ingat JANGAN KACAU AKU,,even satu kelas pun nanti,,PASTIKAN KAU TAK GANGGU AKU..FAHAM!!!Jauhkan diri kau dari aku..



Wednesday 22 May 2013

LEAVE ME ALONE..TOLONG JANGAN KACAU AKU DAN GANGGU HIDUP AKU..

Teruja dan tak sabar nak mendaftar sem baru,,walaupun ada banyak urusan yang belum settle..Tak sabar nak jumpa kawan2..Rindu sangat kat dia orang..Untuk student baru,,selamat menjalani MDS..Minggu yang paling memboringkan dengan jadual yang padat sampai tak de masa nak mandi,,hanya mandi sekali je sehari,,dengan berpeluh dan melekit2..Kenangan 24 November 2012..ketika menjalani MDS tak kan aku lupakan..

Malam ni aku bengang dengan member aku,,siapa lagi kalau bukan Shafik,,Inbox aku,,suruh aku carikan dia awek dah tu boleh order macam order makanan je..Sungguh KURANG ASAM..Ini yang buat aku hangin sesangat dengan dia..Dah berkali2 aku cakap,,member2 aku semuanya dah ada bf,,tak faham2 jugak..Nak suruh aku cakap tamil dengan kau ke??malangnya aku tak tau bahasa tu,,cakap melayu dan inggeris aku tau la..Dah cakap pun dengan kau tapi masih tak faham2 lagi yea..Susah betul..

Amboi kau Shafik..bukan main lagi kau nasihatkan Imah,,dia dah single cuba dan try lah kau AYAT dia tu..Tak payah aku pening kepala..Weerkkk.Dah lah,,malas aku nak layan kau pergi ayat Imah tu..Untung2 boleh jadi awek kau,,rumah pun dekat je kan..Makan nasi minyak nanti jangan lupa jemput aku..

Nazimmm..Weyh,,seorang big brotherkan..dia backup adik dan nasihatkan orang yang suka kacau dan sakitkan hati adik dia..Tak gitu Nazim??Cakap dengan MEMBER BAIK kau tu,,walaupun sem ni aku tak de big brother yang nak backup..aku tak takut dia tu..Amboi ada hajat nak kena kan aku yea,,KURANG AJAR betul..Nazim apa yang kau tweet dengan member kau tu masuk TL aku dan aku boleh baca..Jangan ingat aku tak tau..Haa..aku sebut pasal ni kat sini,,nanti ada le HANTU yang PERASAN dan tweet ARE YOU LOVE ME..HEY PEGI MAMPUS lah kau..Tak HINGIN aku..Aku tau kau akan baca semua ni..

Dengar sini baik2,,aku kat kampus tu nak BELAJAR,,nak cari ILMU PENGETAHUAN,,so aku nak minta tolong yea..TOLONG JANGAN KACAU AKU..Please,,aku cakap elok2 ni..Kenapalah sentiasa je ada manusia yang tak faham melayu,,dan buat2 tak faham apa yang orang cakap..Kalau nak MENGATAL,, TOLONG cari PEREMPUAN lain,,TOLONG JANGAN SUSAHKAN HIDUP AKU,,cukup-cukup lah..LEAVE ME ALONE..

Actually aku malas nak sentuh pasal perkara ni,,nanti mula lah ada orang PERASAN,,tapi SABAR aku ada had dan takatnya,,aku takut hilang sabar dan hilang pertimbangan..Sem lepas pun aku dah cukup banyak BERSABAR dengan perangai kau,,Nazim..aku minta tolong kat kau,,tolong NASIHATkan member kau tu..Aku tak takut dengan dia cuma aku takut KESABARAN aku habis..Tolong lah Nazim,,aku rayu kat kau..Aku dah tak tahan dengan perangai dan sikap dia tu..Aku tak nak dia jadi penyebab aku tak boleh fokus pada study..Nazim,,tolong suruh dia cari orang lain,,student baru ramai,,suruh dia pergi kacau dia orang tu,,JANGAN KACAU AKU..Tolong la Nazim cakap kat member kau tu dan nasihat dia sikit,,jangan layan sangat la merapu dia tu..Herrhhhhh sengal betul,,buat kepala aku serabut je..




SELAMAT HARI GURU

Sebaik sampai rumah dari SKSAA,,fon berbunyi,,Syairah call..katanya Ira Shahira ajak pergi rumah Ana..Dia tanya aku free tak??dah tentu la aku free,,boring duduk kat rumah tapi selepas 2.30 ptg..Kemudian dia beritau pukul 3 petang pergi rumah Ana..Okehh..Lepas tu Syairah text aku,,katanya Ira suruh aku bawak kereta bapa dia,,alamak..aku ni mana reti nak bawak kereta manual..Mak Ira tau tentang ni kan..

Lepak rumah Ana,,tengok adik dia,,teringin nak pegang baby,,tapi takut coz aku tak reti nak pegang baby baru lahir..Walaupun aku ada adik2 tapi dia orang tu dah besar baru aku pegang so aku agak kekok dan tak berani nak pegang baby kecil..Nama adik Ana,,Farah Farisya..Eh eh,,Farah jugak ke..

Sampai rumah pukul 6 ptg,,orang Shah Alam whatsapp kita la..haha sorry lambat reply..pukul 3 tadi dia mesej aku,,kat rumah Ana tadi tak de coverage..Seronok menyembang dengan Ana dan Syaira..macam2 cerita sampai le cerita Ipin yang asyik buat status jiwang2..Syaira mula start idea yang tak masuk akal sampai suruh aku couple dengan Ipin,,kononnya kesian kat Ipin..Weyh,,itu idea gila yang langsung tak masuk akal kau tau tak Uda,,Ipin tu dari sekolah minat kat adik aku..korang pun tau kan..Lepas solat aku balas mesej Pian..seronok kenakan aku ye,,tak habis lagi cerita kat Manjung hari tu..Kononnya nak menang hek,,sorry ye,,tak kasi chance punya..berjam2 aku dok berdebat dengan Pian,,memang betul dia tak nak mengalah malam ni..

Akhirnya aku tukar topik,,daripada asyik kena bahan dengan Pian..better aku tukar topik..Kebetulan esok hari guru,,makanya aku ucap kat dia "SELAMAT HARI GURU"Cikgu Pian..Aku jadi orang first tau wish kat kau..Dah tu dia nak hadiah pulak..Aku bagi dia dua pilihan..pilih salah satu atau dia boleh pilih kedua2nya sekali..Kau nak tak Pian??Pian membara dengan aku sampai merajuk..Hahaha...Lalala..kikiki..Ini yang seronok ni..Pian dah pandai MERAJUK,,TOUCHING DAN MENYENTAP..Entah macamana akhirnya aku tertidur..

Lepas solat subuh on FB,Twitter dan Whatsapp..Hahaha mesej Pian tak berbalas sorry,,tertidur..dah kau merajuk malam2 buta sape suruh..En.Sofian tak payah poyo sangat nak merajuk-rajuknya..Nak hadiah,,nanti aku bagi,,kau nak apa?? kau kata nak cari aku kan,,nak tuntut hadiah ..nanti kau cuti kau cari aku..Aku nak bagi kau hadiah tapi yang aku offer tu la,,kau dah pilih ke nak dua-dua sekali..Tak sabar nak bagi kat kau ni..Werkkk,,Entah apa angin yang melanda mamat ni hari ni ada sedikit tak betul..bagi aku gambar monyet le..Hohoho lupa pulak member baik kau kan..

Sempena Hari Guru..Ucapan SELAMAT HARI GURU di titipkan buat mak saudara aku,,Cikgu Rokiah yang mengajar di SMKSMDB CM Yussuf Tg Tualang,,buat Mak Su..Cikgu Rosni Zarina yang mengajar di SMK Pulau Pangkor,,Mak Jang..Ustazah Nur Arbainah di SK Bukit Selambau,,Sg Petani dan Pak Jang..Cikgu Bakri jugak kat Sg Petani..Tak lupa buat cikgu2 aku ketika belajar di PASTI Al Hidayah,,Batak Rabit terutama buat cikgu Che Embun,,Cikgu Faridah dan Cikgu Lina..2 tahun aku belajar kat PASTI,,kenangan yang paling aku ingat makan dalam talam tapi aku tak pernah makan pun yang sebenarnya..time makan je mesti ada yang menanggis berebut makanan..Itu yang membuatkan aku tak makan..Aku lebih suka bawa makanan dari rumah..

Selamat Hari Guru juga buat,,Cikgu2 di SK Guar Lobak,,Padang Serai,,Kedah..Cikgu2 di SK Sultan Abdul Aziz,,Teluk Intan..Cikgu2 di SMK Sultan Abdul Aziz,,Teluk Intan..Lecturer2 di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Perak..Jutaan terima kasih buat semua cikgu2 yang pernah mengajar aku sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..Selamat Hari Guru jugak buat Cikgu Sofian Shaimi,,untuk kali ke 3 ye..Jangan dok bising kata tak de orang wish kat kau ye Cikgu Pian..hahaha








Tuesday 21 May 2013

MASIH DI FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN UiTM PERAK

Selesai solat subuh,,aku online..tak sabar nak tunggu pukul 12 tengahari..Terasa lambat sangat hari berlalu..Mama ajak temankan dia keluar,,nak pergi market..Aku ajak mama pergi Mat Frozen je,,mama  nak masak laksa kedah hari ni..Hmm sedapnya..favourite aku,,sampai rumah..Buka lappy,,ramai member2 update status" dah tak sabar nak tunggu pukul 12"..Sabar-sabar..Sabar tu kan separuh daripada iman

Alhamdulillah akhirnya aku tetap di UiTM Seri Iskandar,,Fakulti Pengurusan Perniagaan tapi course yang dapat tak berapa aku minat..Office Management And Technology..Gara2 kesilapan aku sendiri so aku kena bertanggungjawab sepenuhnya..Sebenarnya aku nak ambil Business Management,,tapi aku takut aku tak boleh skor maths masa final exam tempohari,,so aku dah tersalah pilih course..Bita member baik aku membebel panjang dengan aku..Mama dan abah tak cakap apa,,so aku buat keputusan teruskan study,,bersyukur dengan apa yang telah ditentukan Allah..In Shaa Allah,,kalau ada rezeki Degree nanti nak buat business management..

Pada mulanya aku frust jugak coz tak dapat apa yang aku hajati,,bila fikirkan balik,,aku patut bersyukur dengan ketentuan Illahi dengan izinNya aku masih menjadi student kat UiTM Perak..Syukur Alhamdulillah..Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya..Ada di antara member2 aku dah berkali2 apply untuk study kat UiTM dan buat rayuan berkali2 tapi tetap tak dapat manakala aku berjaya menjejakkan kaki ke sini

Chatting dengan member2 membuat aku tersenyum gembira dan tak sabar menanti 8 Jun 2013,,kebanyakan member2 kelas aku dapat course yang sama dengan aku..Yeayyy..Yanie,,Kilah dan Aleya  member baik aku yang sekepala dengan aku dapat course yang sama..Hopefully dapat 1kelas,,hahaha kami ni kan HOT STUDENT FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT UiTM PERAK,,bak kata si SENGET yang suka memerhati gelagat aku dan member2 aku..

HEY PUAKA!!!aku dan member2 Kampung puaka pasti akan ingat kata2 tu..Disebabkan kata2 tu lah kelas kami di beri nama KAMPUNG PUAKA..Mulai sem ni tak akan kedengaran lagi kata2 yang keluar dari mulut Fazreen..Huhu,,apa yang pasti kami semua akan rindu kat Fazreen yang selalu meriuhkan suasana kelas..teringat,,betapa kecohnya Fazreen..Start sem ni jugak,,TUKANG CATU AIS aku..Nazim,,tak de,,yeayyy..boleh makan ais banyak2.. tapi aku pasti akan teringat kenangan dalam kelas Bel..tweet dengan Nazim walaupun duduk bersebelahan,,kau mesti rindu saat tu kan Nazim??En.Nazim jangan lupa kurangkan merokok tu..ingat kau dah janji siap tweet lagi,,tak elok untuk kesihatan..jugak Abdillah..semalam dia text aku.. nasihat aku dan ingatkan aku berkali2 supaya tak lupa segala nasihat yang dia beri..In Shaa Allah jangan risau pak ustaz,,segala nasihat anda akan sentiasa di ingati..Terima kasih tak terhingga di ucapkan..Doakan aku berjaya di dunia dan juga akhirat,,aku doakan kau jugak berjaya di dunia dan di akhirat..

Aku kehilangan kembar dan jugak seorang sahabat baik,,sampai hati kau tinggalkan aku Bita..Huhuhu sedih aku..Ais krim Magnum bila mau belanja??Dan aku harap aku dapat member dorm yang macam sem lepas,,Apa yang pasti tak sabar nak lepak kat downtown pekena nasi lemak ataupun char kuetiaw..Fazreen,, kau mesti rindukan char kuetiaw kat situkan,,sem lepas aku dan Fazreen selalu order char kuetiaw kekadang dia beritau nama aku kat brother kat situ,,bila dah siap..apa lagi menjerit lah abang down town panggil nama aku,, tapi kini tinggal kenangan..dan aku masih boleh makan jugak lepak downtown dengan member2 termasuk Ijat Ilham,,Faiz,,Kak Mira,,Kak Ika dan yang lain2..oh ya..Aneep  jugak,,awal2 dah IM aku ajak makan kat downtown..Mesti best lepak ramai2..Hahaha riuhnya suasana,,aku tak sabar nak jumpa korang semua..Tunggu sampai polis bantuan datang,,kena halau baru reti nak balik dorm..Bitah jangan JEALOUS..

Start sem ni aku kena berusaha bersungguh2 dan tumpukan sepenuh perhatian pada study sebab segala kos pengajian aku di sini di tanggung sepenuhnya oleh parents aku..Abah tak nak aku pinjam PTPTN..katanya itu tanggung jawab dia sebagai bapa bukan aku sebagai anak yang terpaksa menanggung hutang untuk membiayai pengajian aku..Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan parents yang begitu menyayangi dan mengambil berat..

Petang ni nak keluar dengan adik aku Nabila nak beli stationery,,tak sabar dah nak kembali ke Seri Iskandar..boleh jugak shopping untuk release tension cos sepanjang cuti ni..aku banyak menghabiskan masa di rumah je,,hari ni aku tension dengan mamat USM tu,,entah apa2 buat sakit kepala aku je,,cari pasal dengan aku,,pagi tadi tanya aku tentang lirik lagu yang sesuai untuk ex dia,,mana le aku nak tau,,dia tu pun aku tak kenal apatah lagi ex dia,,tengahari cari gaduh dengan aku,,dah tentu aku menang,,dia merajuk..lantak kau lah..aku tak layan,,update status nak remove orang yang tak layan dia..haaa..memang di alu2kan,,aku kisah apa..rupanya dia ada Inbox aku..aku tak sedar pun,,ada 2,,3 mesej yang di hantarnya buat semak je..tanya aku marah dia ke..kalau macam ni,,rasanya memang ada yang bakal kena remove..aku tak pernah buat lagi,,teringin nak buat kali ni..

Otw balik dari pekan terjumpa Eyfa dengan kakaknya,,amboi..free hair kau..Tengahari tadi dia call aku tanya nak keluar tak petang ni..aku cakap dengan dia malas,,tau-tau boleh jumpa dia pulak..mesti marah sakan dia dengan aku..Dia call aku ucap tahniah dan katanya"untung le ko masih kat Seri Iskandar,,tiap2 minggu boleh balik..boleh dating dengan Pian"..Mak aii,,dating dengan Pian pulak di mentionnya,,berapa kali aku dah bilang,,Pian mana ada kat sini..dia kat UiTM Shah Alam..Jealous ke.. aku dating dengan Pian..hahaha..Lepas tu dia tanya pulak"Eh Farah,,ko dah berapa taun couple dengan Pian??korang couple senyap2 tak bagitau kat aku,,sampai hati kau",, Hahaha.."RAHSIA KITA BERDUA"kan Pian,,Wakaka..malas aku nak layan..aku diam je,,Fuhh..biar betul kau Eyfa bersungguh2 nak tau nampak..Ko pergi tanya kat Pian jangan tanya aku..sebab dengan aku jawapannya hanya senyuman bak kata Ipin,,Arul,,Akim dan Pejey..soalan apa pun yang di tanya,,hanya senyuman je jawapannya..Haaa Eyfa,,aku nak tau gak kenapa kau asyik tanya soalan tu ye??Kau jelous ye..Hahaha,, Pian baca ni mesti tersengih2,,tengok permainannya di situ..kikiki..okey lah Eyfa sebelum aku balik Seri Iskandar,,kita lepak,,tentu kau nak cerita tentang Haniff kau yang romantik tu kan,,kata nak kenalkan dengan aku..Dah lama aku menanti,,nanti aku ajak Pian sekali..Kuikuikui..

Malam ni abah kecoh dengan pendaftaran e-Fies yang tak settle lagi..Adik aku Nabila yang kena..Illa ni satu hal,,lain kali ingat le password..Nabila dah muncung kena marah dengan abah..Mama pulak rileks je buat tak tahu..mama dah banyak kali suruh buat tapi abah,,biasa lah nak tunggu last minute..Semua fire fighting construction kena berdaftar dan menggunakan sistem e-Fies start 1 jun..Apalagi kalut tak terkiralah abah..Mama bersunggut tak kan nak tunggu dia jugak buatkan..

Tanpa mama urusan rumah jugak office takkan lancar,,semua orang sedar tentang hal ni,,abah pun mengaku akan kebenarannya..akhirnya dengan bantuan mama urusan tu selesai..Nabila patut berterimakasih dengan mama..Aku cakap dengan abah,,yang abah jugak patut ucapkan terimakasih dengan mama..Abah senyum je..Lepas tu..dah segala dokumen pulak hilang,,ada2 je abah ni..mama jugak yang kena uruskan..

Aku sebenarnya teringin nak cari pengalaman kerja macam member2 yang lain..tapi abah tak pernah nak beri aku peluang..macam2 alasan yang di beri..katanya sekarang time study so tak payah fikir pasal kerja,,dah habis study nanti kerjalah..Abah sokong minat aku dalam bisness,,abah kata tak perlu makan gaji..Ini yang best ni..Nampaknya impian aku bakal menjadi kenyataan..Yeayy sayang abah jugak mama..




Saturday 18 May 2013

DUKA TIDAK KEMANA

Kehidupan di dunia ni punya cabaran,,pengalaman dan laluan penuh getir yang akan menjadi asam garam kepada hampir semua manusia di atas muka bumi ni..Selagi nafas masih panjang,,selagi itu lah pelbagai masalah akan menghimpit kita..Kehidupan di dunia ni tidak akan sentiasa ceria dan gembira tanpa sebarang turun naik dan pasang surutnya..Segala keperitan itu akan membuat kita semakin matang dan bijak dalam mengharungi setiap cabaran..

Masalah yang datang sebenarnya memberi kebaikan besar dalam hidup kerana tanpa masalah mungkin kita jadi patung,,tanpa nilai atau pengalaman berguna..Jangan anggap cabaran yang menimpa sebagai musibah yang tidak tahan untuk di tanggung hingga berfikiran singkat dan mengambil jalan mudah untuk menamatkan penderitaan..

Kesabaran dalam diri menjadi benteng pertahanan yang kuat dan mampu membuat seseorang tu cekal mengharungi segala macam rintangan dan cabaran demi untuk mencapai kebahagiaan dan cabaran.. Kesabaran akan memberi hikmah yang amat besar dan kita perlu percaya setiap yang berlaku membawa kepada kebaikan bukan keburukan..Berfikir secara positif dalam setiap masalah yang menimpa bukan saja membuat kita lebih tenang malah membuatkan kita lebih hampir kepada Penciptanya..

Perasaan negatif mampu memusnahkan kehidupan,,dan akan membuat kita bertindak diluar kawalan seandainya perasaan murung  menguasai diri.."Sabar itu separuh daripada iman"ungkapan yang tepat ..Sabar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dalam diri kita..Sabar dalam merencana kehidupan memberi banyak manfaat dan kebaikan..bergaul dengan kawan2 yang  positif dan bersemangat tinggi juga membantu..

Buat pilihan,,sejauh mana kita nak bersedih kerana satu hari kita perlu keluar dari kesedihan dan berusaha mencapai kebahagiaan seandainya mahukan kehidupan lebih baik dari pelbagai aspek..Kesedihan dan kekecewaan tidak akan hilang seandainya kita sendiri tidak berusaha untuk merubahnya selain bersabar dan berdoa kepada Allah,,Ingat kita seharusnya menjalani hidup dengan gembira dan tidak terus hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan..

Coretan ni buat member2 aku yang tengah bersedih dan frust..terutama buat member baik aku yang tengah dalam dilema..banyakkan bersabar,,aku tau kau kuat dan lebih kuat dari aku..Aku dapat rasakan apa yang kau rasa sebab aku pernah laluinya,,sabarlah dan banyakkan berdoa..Setiap masalah pasti  ada jalan penyelesaiannya..Juga buat seorang siswa USM yang selalu tegur aku kat FB dan baru2 ni cerita masalah dia,,aku tak kenal dia ni..Muka dia macam si SENGET Rayyan..Bakal engineer dan berumur 22 tahun,,tapi bendul..Buat pening kepala aku je..Dah GF awak tu taknak kat awak nak merayu2 lagi buat apa..Sudah2 lah,,akhirnya aku yang jadi mangsa dengar masalah yang tak berkesudahan,,mamat ni rajin sungguh mesej aku,,pagi2 kalau buka fb je mesti ada mesej dia..Kesudahannya mesej2 dia aku tak layan..Bukan sombong tapi tak mau campur masalah orang yang saya tak kenal dan anda lebih berusia dari saya jadi selesaikan masalah anda tu dengan bijak dan banyakkan bersabar..

Sebenarnya aku pun pening dengan macam2 hal yang aku lalui setiap hari,,on line je adalah cerita..Letih nak memikirnya..Tak sabar nak tunggu esok,,coz esok aku akan tau kat kampus mana dan course apa yang di tawarkan,,hopefully bukan accountancy..Korang doakan yang terbaik untuk aku ye..






Friday 17 May 2013

MENU HARI IBU ISTIMEWA BUAT MAMA

      Sepanjang minggu ni aku asyik melayan novel,,ada beberapa buah lagi yang belum di baca,,cuti sem dah nak habis.Bitah member aku bising dengan aku sebab lambat balas whatsapp dia cos aku ralit melayan novel..Bitah tweet dan mention aku,,marah lah tu..Sorry ye Bitah..


Hujung minggu ni hari Ibu so aku plan nak masak,,aku dah cakap dengan mama siap beritau menu sekali supaya mama boleh beli barang2..Adik aku Damia,, awal2 lagi dah bagi hadiah dan kad ucapan kat mama,,excited sungguh..


Pagi Ahad 12 Mei,,selepas subuh,,wish mama,,"SELAMAT HARI IBU"..hari ni abah nak belanja sarapan pagi,,tanya mama nak makan kat mana..Mama cakap,,mana2 je dia tak kisah..Lepas sarapan pergi shopping,,beli tudung,,baju dan cardigan..Jenuh memusing merata nak bagi puaskan hati punya pasal..Akhirnya aku puas hati sesangat cos dapat baju yang memenuhi citarasa aku..Yeahh hitam merah dan tudung warna senada dengan baju..


Habis shopping pergi pasar,,dah pukul 12 lebih,, dah tak de orang kat pasar hanya tinggal sorang dua je yang masih berniaga,,ayam pun dah tinggal seekor kecil..Nak tak nak kena beli jugak,,ikan pulak tinggal ikan cencaru..beli je lah nak buat macamana..Mama cadang nak beli ikan siakap sebab abah suka tapi dah habis,,beli kailan,,ikan masin dan barli..


Dalam perjalanan balik Kak Mira call,,katanya nak datang hantar kad kahwin abang dia,,happy cos boleh jumpa kakak aku ni..Sebenarnya Kak Mira room mate aku kat U..Rindu kat dia..Sampai rumah,,cuba baju yang baru di beli,,puas posing depan cermin baru masuk dapur,,mama dah siap basuh ikan dan ayam..Time aku pulak ambil alih..


Menu hari ni sempena hari ibu..tomyam putih,,ikan cencaru sumbat,,kailan ikan masin,,ulam2 dan sambal serta air barli bandung soda..Azan zohor dah kedengaran nasi baru je mendidih dan yang lain2 belum lagi di masak,,alamatnya lambatlah makan tengahari ni..Nasib baik masih kenyang lagi..so adik2 aku tak berapa nak mengacau sangat,,tapi semua pakat duduk kat dapur..riuh rendah,,abah tumpang sekaki makin gamat jadinya..riuh rendah dengan gelak ketawa..


Tengah sedap masak,,Kak Mira sampai,,dia nak cepat tak masuk rumah pun,,lepas jugak rindu aku kat dia..Terima kasih akak..In Shaa Allah Farah akan pergi..kalau boleh nak jumpa Fiza dengan Kilah..Lepas Kak Mira balik,,sambung tugas aku kat dapur,,nasi dah masak,,sekarang ni nak masak tomyam putih,,korang nak tau,,tomyam putih kalau nak warna dia putih dan cantik guna air beras..maksud aku air basuhan beras yang ketiga,,kemudian ditapis..kalau guna air paip nanti tomyam tu jadi macam sup ayam je,,tak menarik..Bahan2 yang lain ikut suka lah yang pasti untuk menarik,, korang boleh bubuh tomato,,carrot,,capsicum yang berwarna merah,,hijau dan kuning,,jugak saleri kalau sukalah..kalau tak ikut citarasa korang..so ada macam2 warna,,menarik untuk di makan..


Sambil tunggu tomyam masak,,rebus barli dan goreng ikan masin sambil tu basuh kailan..asingkan daun dan batangnya,,panaskan air di dalam kuali,,bubuh setitik dua minyak utk mencelur kailan..Kenapa air tu  aku bubuh minyak??sebab nanti warna kailan tu akan jadi hijau dan menarik,,masukkan air paip ke dalam satu bekas untuk masuk kan kailan yang telah di celur tadi..sambil tu potong bawang dan cabai serta asingkan ikan masin dari tulangnya dan ditumbuk..yesss bahan untuk kailan ikan masin dah tersedia,,oppss lupa,,kiub pati ayam dan sos tiram..semua bahan2 dah ada jom kita masak..tak perlu bubuh garam sebab dah ada ikan masin,,sos tiram dan kiub pati ayam,,hasilnya yummy..sedap..


Sambil tu buat bahan2 untuk ikan sumbat,,di sebabkan ikan kat market dah habis dan hanya tinggal ikan cencaru maka hari ni aku buat ikan cencaru sumbat,,kisar serai,,bawang merah,,bawang putih dan halia,,masuk ke dalam bekas kemudian letakkan cili kisar,,sedikit gula,,garam dan air asam jawa,,sos cili,,sos ikan,,sos tiram dan kiub pati ikan bilis,,gaul sebati..sumbat kat dalam ikan kemudian bakar atau di goreng pun boleh..Aku guna ikan cencaru,,ikan ni kalau kita buang kulit baru di masak,,ikan akan jadi keras so aku tak buang kulit dia nanti dah masak baru di buang..Itu salah satu cara nak mengelakkan ikan cencaru jadi keras..


Buat sambal kemudian,,buat air barli,,bubuh air kat dalam jag kemudian letak pewarna merah dan susu,,campurkan ais krim soda dan barli yang dah di rebus tadi..Okey,,menu aku untuk hari ni siap dengan pemantauan dari mama..Makan time,,abah tak komen apa2 that mean..masakan hari ni sedap..kailan ikan masin aku hampir habis..nampaknya malam ni kena masak lagi..


Bab menu Hari Ibu dah selesai ,,sekarang aku nak cerita bab adik aku Farah Nabila yang buat surat cinta kat mama,,orang sibuk kat dapur dia hilang,,rupa2nya buat surat cinta kat mama..Boleh tahan kreatif jugak adik aku ni..Shhh,,jangan puji sangat nanti dia terangkat..Sebenarnya aku pun tak tahu dia buat benda tu..Mama yang cerita,,aku ingat dia menghilangkan diri,,study rupanya buat benda tu..Lepas tu dia pergi letak kat dalam sarung bantal mama..masa mama nak tidur baru sedar,,ada sesuatu kat dalam sarung bantal dia,,rupa2nya surat cinta dari Nabila..OOO..sedar rupanya banyak buat salah dengan mama,,adik aku yang sorang ni suka menggunakan BI berbanding BM so kad tu dalam BI lah..Katanya dia tak tau nak tulis dalam BM susah,,BI lebih senang..Agak kePOYOan di situ..














KAD HARI IBU DARI ADIK AKU NUR FARAH NABILA UNTUK MAMA AKU





Keesokan harinya,,dia nak pergi sekolah mama buat tak tau je,,tak cakap apa2 tentang kad tu..dia tersengih2 dan tersenyum..mama buat selamba je..mesti dia ingat mama tak jumpa lagi..Lepas dia pergi sekolah mama tunjuk kat aku kad tu..memang kreatif lah..Balik sekolah dia tanya mama tak jumpa apa2 ke??mama buat2 tak tahu je dan pura2 tanya dia..Damia pulak jealous tengok kad Angahnya
cantik,,aku bagi mama sehelai blouse dan mama dapat fon baru dari abah..


Malam,,aku online..Bitah IM.. tanya aku soalan yang sama di tanyakan pada aku di whatsapp,,aku biarkan soalan tu tanpa jawapan..Tak habis lagi ke Bita ooi..Aduyaii,,Bita oh Bita,,masih mengharap jawapan dari aku,,aku minta maaf,,buat masa ni aku tak nak cerita apa2 dan cakap apa2 tentang tu..Satu hari aku akan cerita pada kau..Tentang M,,member baik memerangkap jiran sebelah rumah kau tu..Please suruh dia cari orang lain..HAAA yang hang pi dok BOCOQ rahsia aku kelentong dia tu buat  apa..Sat ni dia ingat aku ni lagu mana,,hishh hang ni Bita..Dia call aku pukul 11 lebih dah malam tu,,boleh tanya aku tak keluar dating dengan BF ke time2 gitu.."Hangat ati aku ,,hang tau dak"..Ingat aku ni kaki merambu ke,,nak kena sembelih dengan parents aku keluar merayap malam2..Sebab tu la aku dok kelentong dia..Memang aku mengaku dengan dia aku ada BF..Yang hang pi cerita sebaliknya kat dia pasai pa,,aku ingat selesai satu hal..hang dok puji aku sangat kat dia kut,,cerita yang baik2 so mamat tu dok mengharap..Bukan salah aku tau dan aku tak demand..Sikit punya baik aku create cerita dengan dia dan dia percaya tau yang kau pergi cerita apa pulak dah kat dia tu..


Dengan member2 sekolah pun benda yang sama diperkatakan,,pening kepala aku,,macam2 hal..macam2 cerita.."FARA KAU CARI LAH PENGGANTI" kata2 yang selalu di perkatakan pada aku.. Terima kasih di atas keperihatinan anda semua,,Aku nak tenangkan fikiran tak nak serabut dan malas nak fikir..Syafik IM aku..boring katanya,,tanya khabar pada mulanya dan..Dia mula dah,,dok mengayat balik..Kan aku dah cakap dia ni memang bukan orang yang cepat putus asa dan tak pernah kenal erti putus asa cuma aku ni jenis tak makan AYAT2 tu semua..Aku malas nak layan..biarkan je dia dengan AYAT2 dia tu..


Hmm,,ni aku nak tanya sikit kat korang,,penting sesangat ke relay kat FB tu??sebab kalau ada yang IM aku tanya ada BF ke..kalau aku kata ada,,mesti dia orang akan cakap..takde RELAY pun..






Thursday 16 May 2013

ALHAMDULILLAH.. RESULT FINAL YANG TAK DI JANGKA..

Debaran menanti result final exam makin terasa,,asyik membilang hari..takut,,cuak dan macam2 perasaan bermain di fikiran..tambahan member2 aku asyik text dan whatsapp tanya bila result keluar,,degupan jantung aku makin laju..Mama kata dia doakan aku dapat best result,,mama juga risau dengan aku..Tergerak hati nak check paper maths tapi tak jadi,, TAKUTTTT...


Bita whatsapp aku,,sembang punya sembang akhirnya bertanyakan satu soalan....Persoalan yang aku biarkan tanpa jawapan,,tak habis lagi Cik Bitah kita ni..Sebaik mana pun jiran kau tu,,aku hanya boleh terima dia hanya sebagai KAWAN..MUKTAMAD dan TITIK..Maafkan aku Bita,,jiran kau tu nak cari special girlfriend bukan kawan so suruh dia cari orang lain,,takkan kat Melaka tu tak de kut??..Jangan tunggu aku..


 Pagi Khamis 9 Mei 2013,,Bangun sahur,,aku buka fon dan online,,Faiz ada beritau result dah keluar..Terus cari lappy,,buka email...debaran makin kuat,,dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim.. Spontan aku menjerit,,adik aku Farah Nabila..terpinga2.."Apa hal kamu terjerit2 pepagi ni??" soalan yang keluar dari mulutnya..Masa tu baru pukul 5 pagi,,masih awal lagi..
Alhamdulillah syukur aku lulus,,yang mengejutkan aku,,Maths aku dapat A,,maunya aku tak menjerit  pagi2 buta bukan senang nak menjawab soalan Addmaths,,jenuh berpeluh aku dalam dewan walaupun ada aircond,,memang tak sangka..Addmaths mata pelajaran yang paling aku benci masa sekolah,,kat U aku dapat skor..Alhamdulillah syukur kepada mu Ya Allah..MGT jugak dapat A cuma Bel aku tak dapat A,,frust sikit,,menghampiri Dean List,,kalau Bel dapat A pasti aku dapat DL..Apa pun syukur Alhamdulillah segala usaha keras aku selama ni berbaloi walaupun tak mencapai target (DL)..In Shaa Allah aku akan usaha lebih gigih lagi untuk sem baru nanti..
Memang aku tak sangka aku boleh skor Maths,,mungkin berkat calculator aku kena curi kut..harap2 orang yang curi calculator aku tu pun dapat result baik macam aku jugak..Tapi agak kecewa dengan Bel,,macamana entah aku tak boleh skor?? paper yang lain2 ok..Tahniah untuk member2 yang berjaya,,terutama Bita dan member baik dia Aneep cos dapat DL..jugak buat member2 kelas aku yang kebanyakkannya menghampiri DL dan ada yang DL..Usaha dengan lebih tekun dan rajin2 study untuk sem baru nanti. Walau di kampus mana pun aku study nanti,,aku akan kenang segala kenangan bersama kalian..kenangan ketika menuntut di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Perak..satu kenangan indah yang takkan aku lupakan selama-lamanya..


Terima kasih tak terhingga buat semua lecturer kelas c yang sentiasa mengajar dan membimbing kami tanpa jemu..walaupun kekadang sikap student ada yang mencabar dan menguji kesabaran..Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari semua lecturer,,kami semua berjaya..Untuk Nazim,,Fazreen,,Faiz dan Aleeya yang bakal jadi budak Masscom,,good luck..Aku tak tahu lagi,,ada yang kata dengan result aku tu boleh dapat accountancy,,mak aik..hopefully tak,,jenuh lah aku nak memerah otak nanti..bukan senang nak belajar akaun..Mama kata kat aku ''Kak Ayu boleh,,dapat Dean List dari sem satu sampai sem akhir",,aku cakap kat mama Kak Ayu sepupu aku tu pandai tak macam aku,,mama kata "nak seribu daya..tak nak seribu dalih tak de bezanya Ayu dengan Along",,Hisshhh ni yang tak nak dengar ni,, parents aku memang nak aku ambil business management,,accountancy,,tak pun estate management..Fuhhh tapi aku minta course yang lain,,hopefully abah tak cakap apalah..Actually aku minat masak,, teringin nak belajar bidang ni,,tapi awal2 abah dah tolak ..


Whatsapp dengan Bita.. tetap bertanyakan persoalan yang sama..huhuhu,,chek tak tau nak habaq lagu mana dah..hang tau Bita,,jawapannya tetap sama takkan berubah dan tak mungkin berubah..Bita,, ni ada satu cerita lagi ni aku nak habaq kat hang,,hang nak tau dak adik angkat hang tu bukan main lagi,,rajin sungguh tegoq aku,,kadang2 aku tak perasan lepaih tu dia kata aku sombong,,amboi tak padan dengan kecik naa,,boleh tahan dok mengatai..Aku ni dok pangkat kakak dia,,hang cakap kat dia study rajin2,, SPM tak lama lagi..


Buat semua member kelas A-D Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Perak..Aku doakan korang semua berjaya mencapai cita2 dan impian..




Wednesday 15 May 2013

JUMPA MEMBER-MEMBER SEKOLAH

Tengah sedap melayan novel,,member aku Eyfa call,,jemput pergi kenduri kat kedai dia esok,,lepas tu member kelas 5PA 2011 call,, ajak lepak esok..Alamak aku dah janji dengan Eyfa..Text Ana tanya dia pergi tak esok,,Ana kata tak tentu lagi,,En Bakri..tunang Ana ajak dia keluar,,Bella pulak tak dengar khabar berita langsung sejak keluar hospital,,habis tu takkan lah aku sorang je nak pergi..Keputusannya aku pergi rumah Eyfa..


Malam ni cadangnya nak keluar,,puas bodek mama..nak beli tudung dan baju..mama kata esok pagi,,malam ni dia malas nak keluar,,Esok Ahad..ada pasar pagi,,boleh beli tudung..Nak shopping untuk  sem depan.. petang  pergi kedai Eyfa,,kalau dah jumpa dia apalagi bising ajak lepak,,katanya aku sombong tak nak keluar dengan dia..Bukan macam tu,,sebenarnya aku malas nak keluar..duduk rumah tolong buat kerja rumah,,layan novel dan online..aktiviti aku sepanjang cuti sem..Eyfa ajak aku keluar esok,,oklah nanti aku fikirkan..Member2 rapat aku yang lagi empat orang tu tak berapa suka sikap dia ni,,aku pulak jenis berkawan dengan semua orang,,dia orang selalu ingatkan aku supaya tak terikut perangai dia..Jangan risau dah lama aku berkawan dengan dia sejak kecil,,Hishh korang ni..


Selepas solat subuh,,online sekejap,,lepas tu keluar sarapan kat bumbung biru,,pekena mee kicap and then ikut mama pergi pasar,,lepas tu baru pergi shopping,,aku beli baju dan tudung tapi tak berapa puas hati dengan baju tu..Puas memusing pekan Teluk Intan,,tapi tak de yang berkenan di hati..so balik masak..


Aku teman mama pergi cabut gigi Damia,,orang ramai so lambat sikit,,aku tak bawa fon,,balik rumah,, Eyfa call berkali2,,takut aku tak nak keluar dengan dia agaknya..Aku keluar naik motor je,,malas nak bawa kereta cos kat pekan penuh dengan orang India,,lemas betul aku dengqn macam2 bau yang kurang menyenangkan..Kita orang pergi KFC,,bukan main seronok Eyfa bercerita tentang bf barunya,,katanya tak main le dating kat Teluk Intan,,dating kat Lumut..Dah tu romantik orangnya..Untung lah,,aku doakan kau bahagia..Rizal macamana?? dah tua dia menunggu kau,,kesian aku tengok dia..Haaa,, lagi satu.. pasai apa dia asyik perhatikan aku semalam,,waktu kenduri kau tu..Nasib baik orang ramai je,,kalau tak dah kena pelangkong dengan aku..


Leka bersembang,,sampai tak sedar hujan turun lebat,,alamak habis basah helmet aku..kena redah hujan untuk balik rumah,,yahooo,,seronok mandi hujan,,teringat pulak peristiwa kat kem,,mandi hujan macam budak2 dengan member2..


Malam sambung layan novel,,fon berbunyi Syairah whatsapp aku ajak pergi ambil sijil SPM esok..Aku ok je,,text Ana dan Bella serta Syaza,,Ana ok je,,Bella dan Syaza tak beri apa2 respon so aku anggap dia orang tak nak pergi..may be dia orang sibuk..Boring mengadap novel,,aku online..banyak yang mesej aku..huhuhu ramai yang kata dia orang rindu aku,,TQSM..terharu aku..Dalam ramai2 ada sorang pompuan mesej aku tanya aku kenal pemilik akaun (...) aduyai kenapa la pulak??aku cakap dengan pompuan tu aku tak berapa kenal dia tapi dia selalu IM aku,,bila di tanya KENAPA tak nak pulak jawab,,macam2 orang ni..


Selepas solat subuh dan sebelum hantar Nabila dan Damia ke sekolah (satu lagi rutin aku setiap hari Isnin hingga Jumaat,,bak kata Ila aku ni supir dia ,,kueng hasem punya ila) aku buka FB,,tengok pemilik akaun tu mesej aku dan tanya tentang pompuan tu,,katanya bakal tunang dia,,aku ucap tahniah lah kat mamat tu,,fuhhh nasib baik pompuan tu tak serang aku macam aku pernah kena dulu,,kalau tak naya aku..Sejujurnya aku memang tak kenalpun mamat ni cos dia kat luar negara still study,,agak warak orangnya tapi aku jarang layan dia walaupun setiap kali aku online pasti dia akan tegur aku..Dia banyak menggunakan ayat yang tak berapa nak faham..


Aku keluar pergi rumah Syairah ambil dia dan pergi sekolah,,jumpa member2 yang lain termasuk Acad,,mak aik ko Acad,,jauh berbeza dari Acad yang dulu..Nak Acad yang dulu boleh??semua yang ada berkata begitu..Ipin,,Arul,,Akim,,Pejai,,Aku,,Ana dan Syairah,,terkejut kita orang..teruk jugak Acad kena dengan dia orang sampai ada yang tulis status kat FB lagi..


Kami lepak kat McD,,masing2 banyak cerita nak di kongsi,,maklumlah dah study jauh2..jarang jumpa,,ada yang bertanya aku dengan siapa sekarang..Hahaha soalan cepumas,,aku senyum je,,malas nak layan persoalan tu..nanti jadi panjang ceritanya..Jalan selamat senyum dan diam..Dia orang kata "tak mungkin ada jawapan dari Farah tapi hanya senyuman"..Setiap persoalan yang di tanya aku tak jawab,, hanya senyum sampai dia orang tukar topik lain..


Seronok bila dapat berkumpul dengan member2 yang dah lama tak berjumpa,,Ipin masih ingat kat adik aku Nabila sempat berkirim salam..Aku hantar Syairah balik,,duduk sekejap menyembang dengan dia..Dia tanya kat aku tentang seorang member rapat kami,,yang macam dah menjauhkan diri..Bab ni aku no komen sebab aku tak tau tapi aku boleh agak kenapa,,dia dengan aku ok je..Elok je ajak aku keluar,, kat kampus pun dia tegur aku ,,ada jugak dia call aku..Tapi aku perasan sebenarnya apa yang berlaku sekarang ni cuma aku diamkan je,,malas aku nak campur..Apa pun aku harap sebelum habis cuti sem ni kita semua boleh keluar bersama macam dulu2..start sem baru nanti mesti semua sibuk..langsung tak de masa nak keluar bersama..


Sis..kalau ada yang tak kena kat mana2 tu,,settlekan lah bincang elok2..Aku masih ingat lagi peristiwa 
9 Zulhijjah tahun lepas,,betapa risaunya kami,,masa tu aku tengah sibuk kat dapur bantu mama buat persiapan untuk sambut Raya AidilAdha,,sis tolong faham kitaorang semua sayang kat ko,,jangan kerana CINTA......ahhh susah aku nak cakap..Sis ,,kasih sayang dan cinta seorang KEKASIH hanya semasa dia masih sayang dan cintakan kita,,hati manusia boleh berubah bila2 masa,,kita masih perlukan member2 rapat yang selalu ambil berat dengan kita dan selalu ada masa kita susah dan senang..Jangan terlalu ikutkan semua arahan dan permintaan si dia sampai jauhkan diri dari member2..Kalau seseorang lelaki tu ikhlas menyayangi dan mencintai kita,,dia akan terima seadanya diri kita termasuk member2 yang rapat dengan kita,,seandainya ada teguran dari member2,,cuba renungkan kembali dimana kesilapan yang telah kita buat atau bf kita lakukan..Tolong lah sis terima teguran tu dari sudut positf,,jangan lihat dari sudut negatif..Buang yang keruh,,ambil yang jernih..Kita orang SAYANG kat kau sis..


Petang ni Damia buat perangai lagi,,tak habis2 nak pergi awal,,adik aku yang sorang ni banyak cekadaknya walaupun baru tahun 1,,maklumlah anak second last..petang dia pergi kelas fardhu ain kat SAR An Naim,,Taman Seri Setia,,kelas start pukul 3 tapi pukul 2 ptg dah nak pergi,,apa lagi bengang aku,,orang nak layan cerita Indon kat tv pun tak senang di buatnya..Asyik membising je,,


Aku keluar rumah dengan muka tocer,,tapi tak berani nak bawa motor laju hari ni sebab petang semalam ada orang mati kat depan rumah aku ni tercampak dari motor dia,,takut aku tengok..so aku taubat la sekejap,,tak nak bawa laju2 tapi tak tau le untuk berapa lama bak kata mama "hari ni je kut taubatnya"..Masuk simpang berdekatan Giat Mara ternampak motor merah,,eh eh..macam kenal je..En.Sofian,,lama dah tak tengok orang tu naik motor merah tu,,hahaha teringat pulak zaman sekolah dulu..kui kui kui..Almaklumlah orang tu dah ada motor merah yang baru..Aku hanya sedekahkan senyuman je lah,,tak sangka boleh terserempak dengan dia pulak hari ni..Kelam kabut Pian cari hon,,dia ingat aku tak nampak..Hehehe..








Monday 13 May 2013

KOTAKAN JANJINYA PUJUK AKU

Alhamdulillah,,selesai sudah final exam,,mudah2an aku berjaya..Sebagai anak sulung dalam keluarga..aku jadi contoh kepada adik2 aku..Aku dah buat yang terbaik walaupun berhempas pulas menjawab soalan..BERUSAHA,,BERDOA DAN BERTAWAKAL,,semoga aku memperolehi kejayaan..bukan saja di dunia tapi di akhirat juga..Aku dah berusaha dan kini hanya berdoa dan bertawakal..


Aku pernah menghampakan harapan parents aku yang nak aku masuk form 6,,mudah2an result final exam aku boleh membuat parents aku tersenyum gembira..Lupakan sebentar tentang result,,nikmati
 cuti sem dengan gembira sebelum start sem baru..First..nak jumpa member2 baik,,semua pakat dok cuti sem,,mana yang ambil diploma lah,,yang degree pulak cuti mid sem je..Member baik aku Syairah (Uda).. whatsapp,,rindu le tu..beritau dia balik esok,,petang tu aku whatsapp Syaza tanya dia balik bila,,Bella pulak minggu depan baru habis paper,,Ana..sibuk dengan katering,,bakal dapat adik baru member aku yang sorang ni..Tahniah Sis..Dan bakal bertunang tak lama lagi,,Tahniah dari aku tapi mungkin masa tu aku tak de kat sini..Tahun ni,,aku raya di Kedah..Semoga Bahagia dengan En Bakri sampai ke akhir hayat,,juga buat Uda dan ehm ehm,,Bella pulak dengan Iwan,,untunglah birthday,, Iwan hadiahkan fon sekali sim kad dan Syaza dengan Mr I..Aku??... single better then couple..Malangnya semua orang tak percaya,,Bella meragui aku katanya dia nampak dengan mata kepalanya sendiri apa yang berlaku kat gerbang malam hari tu,,terpulang lah apa yang pasti aku dah cerita perkara yang sebenar..Hahaha..Kenapa hek?? Korang tak percaya cakap aku??Pelik terutama sekali Eyfa,,aku asyik kena tekan walaupun depan parents dia..


Tengah sedap layan novel,,Uda call menyembang dengan dia sampai 1jam panjang ceritanya,,macam2 cerita yang di ceritakan,,dia suruh aku ambil dia,,katanya teringin nak lepak kat buaian kat depan rumah aku ni..Port lepak kegemaran aku di waktu petang..Tapi sejak cuti ni jarang aku lepak kat buaian nak tau kenapa,,ada mamat perasan gaya ala kpop,,kat sebelah ni suka perhatikan aku ,,kadang2 tengah buat kerja sanggup berhenti dan perhatikan aku..Tapi handsome dan bergaya..Kalau lalu kat depan rumah aku ni mesti senyum memanjang..Herrh boring lah bukan taste aku..So tak usah dok tayang muka kat aku ye..


Sembang dengan Uda dan mengimbau kenangan zaman sekolah,,AKU PASTI TERKENA..itu memang aku boleh agak..Syaza plan nak lepak,,aku harap semua member2 baik aku ada,,tapi malangnya Bella pergi bercuti..Syaza datang dengan bf dia,,kesian aku tengok bf dia tu terpinggir..Sis lain kali kalau nak lepak dengar member2 jangan ajak bf,,nanti tak pasai2 korang gaduh..Dah lama tak jumpa member2 dah tentu banyak cerita dan memang tak pandang orang lain termasuk bf..Seronok sangat dapat jumpa dia orang..Member2 sibuk bertanya tentang aku,,suruh aku cari penganti,,Ana.. siap warning aku,,jangan tunggu ex aku tu..Aku tau lah,,korang yang sebut tentang dia tu..aku langsung tak ingat apa2..Tolong jangan sebut tentang tu lagi,,please..






Bersama kawan baik aku yang selalu ada waktu aku susah dan senang .






Bersama Ketua PSS dan Penolong Ketua PSS .






Kenangan waktu jadi Pengawas PSS dulu ..Yang berdiri tu nak jugak gambar dia ada .Dia tu Ketua PSS kami En Sofian Shaimi .Dari Kanan Ana,,Syaza,,Acad,,Syairah,,Aku dan Nabilah..






Dari kiri Syaza, Syairah, Farhana, Me And Nabilah . My bestie  forever . In shaa Allah .



Petang Ahad 21 April,,boring tak tau nak buat apa,,asyik mengadap tv,,lappy dan novel..Minum petang sambil whatsapp dan tweet dengan Bita,,apa mimpi Bita layan twitter hari ni aku pun tak tau..selalunya dia tak layan twitter,,tak best katanya..Aku ada cerita nak cerita dengan Bita,,tentang jiran sebelah rumahnya kena kelentong dengan aku..fon pulak aku buat silent mode,,belum sempat bercerita aku pergi mandi sebab line lembab..sakit hati..


Lepas mandi tergerak hati nak buka fon,,nak tengok mesej Bita..Alamak!!ada call dan siap tinggal voice mail lagi..tapi tak dengar apa yang di perkatakan..Aku call balik,,ada orang ajak aku pergi Manjung,,nak pujuk aku..Kikiki,,sebenarnya aku merajuk dengan mamat sorang ni,,dia janji nak pujuk aku dan dia ada tweet tentang tu,,Orang tu tengah cuti mid sem..Dia ni punya perangai,,dia dah siap baru call aku..Memang aku suka sangat..kau dah siap baru nak call,,memang macam tu setiap kali keluar..so dia kena tunggu lama,,bakal kena bebel lah aku lagi..Kalau tak nak tunggu lama,,beritau aku 1jam sebelum nak keluar,,boleh tak??..


Masuk kereta,,dia bagi salam,,aku jawab tapi boleh dia kata aku tak jawab salam dia..and then kenalkan aku dengan member dia..Di sebabkan member dia ada maka aku banyak mendiamkan diri,,memang sikap aku begini jadi diam bila ada orang yang aku tak kenal..Apa lagi aku layan whatsapp Bita sambil bercerita macamana jiran merangkap kawan baik dia tu kena kelentong dengan aku..
Harap Bita tak cerita perkara sebenarnya dengan member baik dia tu..Bita ni sebok je nak jadi matchmaker..Sorry Bita,,aku tak layan orang yang aku tak kenal..


Aku mesej Bita sambil tersenyum..rupa2nya ada orang perhatikan gelagat aku..Tanya aku kenapa aku senyum..Elehh senyum pun salah ke,,ramai orang suka tengok aku senyum tau tak..Katanya aku senyum tengok rambut dia..Mana ada,,orang baru balik umrahkan biasalah rambut macam tu..Kita orang pergi Lumut,,Bila dah sampai Lumut,,dia cakap " Ni la Lumut..Aku tau ko tak pernah pegi kan?"..Bukan tak pernah pegi..Cume dah lama tak pergi sana..Hehehe..Pian ajak aku tangkap gambar,,amboi dah lah nak tangkap gambar dengan aku..dah tu panggil aku macam gangster,,sampai orang dok tengok..Malu tau tak..Herhhh,,dah tu kedekut tak bagi aku tengok gambar tu,,hmm aku tau kenapa..mesti orang pakai baju biru kat sebelah aku tu tak handsomekan,,tapi awek kat sebelah dia tu cute dan cun terutama kalau senyum dan nampak gigi taring dia tu kan..Kuang kuang kuang..


Makan malam di Lumut..Pian belanja,,tapi aku dah kenyang so aku just order milo ais,,dia bising katanya aku tiru dia,,tak usah dok perasan yea,,aku memang suka milo ais tau,,mulanya aku nak order ABC,,tapi kat situ ABCnya tak sedap..Macamana aku tau,,sebab aku selalu makan kat situ dengan family,,adik2 aku Damia dan Hadi suka main kat playground tu kekadang sampai pukul 1 pagi naknya ada sepupu aku Adam..Memang tak ingat dunialah dia orang..Ada juga beberapa perubahan dekat situ..Dulu dekat situ tak ade kapal Navy..Sekarang dah ada siap bole masuk dalam lagi tapi kena bayar..


Lepas makan pergi Aeon Manjung,,masuk je Mall tu..Masing2 dah macam orang hilang arah..Aku pun pelik..Manalah aku tau yang diorang ni dok cari surau..Hahaha..Kelakar..Disebabkan tak jumpe Pian bersungut.."Mana surau ni tak kan la bawah eskelator kot"..Pehh..Agak2 la En.Sofian oiii..
Lastly,,diaorng dok tengok map kat situ..Dan nasib la aku ternampak simbol surau..Selesai sudah satu masalah..Ada ke patut dia boleh cakap muke aku minta pujian sebabnye aku jumpe surau..Hahaha..Tak patut betul..Time kat surau tu aku terkantoi dengan Pian,,kureng asem betul..dalam dok cover kantoi jugak aku,,dia keluar dari surau terkejut tengok aku sambil tersenyum2,,lepas tu dia suruh membernya jalan depan..Huhuhu memang aku terkena,,teruk dia kenakan aku hari ni..amboi bukan main kau,,aku hanya mampu tersenyum..Geram punya pasal aku tampar dia,,kuat jugak..Padan muka,,siapa suruh cari pasal..Nasib baik dia tak bising depan kawannya,,kalau tak malu aku..


And then,,kite orang pegi kedai buku Popular coz dia nak beli buku..Waktu masuk je dalam kedai..Aku terpandang sebuah novel yang bertajuk " SEBENARNYA AKU ISTERI DIA "..Ahh..excited aku tengok novel tu..Sebabnya aku memang dah lama cari novel ni..Mulanya aku rasa nak beli je novel tu..Bila di fikir2 kan balik,,nanti mesti adanye jual dekat kedai buku kat Teluk Intan..So,,tak payah nak risau..Punye la lame dok dalam kedai tu..Sampai naik lenguh kaki aku dok tawaf di dalam kedai tu..Rupe2 nye buku yang dia cari tu tak de dekat kedai tu..Jadinye dia beli stationary je la..Hahaha..


After that,,jalan2 dekat dalam Mall tu..Setiap kedai fon yang ada semua dia masuk..Tak tahu la apa yang di buat,,takkan nak tukar fon lain kut,,fon yang ada kat tangan tu pun baru lagikan,,S3 gitu..Saja suka2 dok tgk fon2 yang ada kat situ..Haa..Tengok la puas2..Sementara dia dok tgk fon,,aku melencong ke tempat lain..Hahaha..Tengah dia dok ralit,,baru dia perasan yang aku takde dalam kedai..Bukan jauh pun jarak aku dengan kedai tu..Aleh2,,dia datang kat aku..Haa..apa lagi bising la..Hahaha..Boleh pulak dia dok ingat aku ni  kena culik..Adui..Kesitu pulak dia.lepas tu,,dia dok kata "Eh,,tapi kan berani ke orang nak culik ko..Ko kan gangster? "..Pehh..aku terkena lagi..Huhuhu..Lepas tu dia ajak kawan dia An tu gi shopping..Tengok2 baju kat situ..Aku hanya memerhati je ,,minggu ni aku dah beli 2 helai baju..Pusing punye pusing akhirnya dapat juga la dia orang sehelai baju yang warnanya sama..




Cadbury dari En. Sofian . Thank you .



Time keluar Mall tu,,dia bagi aku coklat cadbury..Taraaa..Ntah bila dia beli aku pun tak tau..Nak kate dia beli dekat situ..Rasanya tak de pulak dia singgah mana2 kedai..Hmm..Pelik,,pelik,,pelik..Hahaha..Tak kesah la,,yang pasti orang dah bagi kite terima..Rezeki jangan ditolak..Kiteorang balik ikut jalan Ayer Tawar sebabnye nak hantar An balik..Time pergi kami ikut jalan Lekir..Jalan tu mengingatkan aku waktu aku keluar dengan roomate dulu ,,aku drive dari Seri Iskandar ke Lumut and then terus pergi Ipoh..Rindu nye dekat diaorang..Huhuhu..Dalam perjalanan tu,,dia asyik tanye aku nak makan tak??Tak pe la kot..Dia kata kalau lapar nanti boleh la berhenti makan tak pun dia belikan roti or burger..Opss..Tak payah susah2..Lagi pun dah biasa tak makan malam.Hahaha..Dah sampai rumah An..An turun dari kereta,,sempat lagi dia perli aku..Katanya " Hai Pian ko bawak mem besar ke kat belakang tu " ..Amboi dalam diam2 sempat perli ,, aku hanya tersenyum..Hahaha..Saje je buat tak tau je waktu An turun kereta tu..Aku turun tukar duduk kat depan..


Haa..dah duduk kat depan ni memang layu je la mata aku ni haa..Kena pulak air cond..Huh..memang boleh lena..Boleh pulak dia kuatkan air cond dia ingat aku panas nampaknya Pian faham perangai aku,,naik kereta aircond mesti kuat..Punya le sejuk tambahan dah malam..Dia tanye aku pernah lalu tak jalan ni??Rasa2nye macam pernah..Waktu first2 nak daftar kat Seri Iskandar dulu..Abah lalu ikut jalan ni..Haa..Aku pun tak sure sebab gelap..Huhuhu..


Dia suruh aku pakai tali pinggang..Wow2..Memang aku tak nak pakai..Terasa rimas bila memakai nye..Walaupun di suruh beberapa kali,,aku buat tak tau je..Hahaha..Dah nak dekat sampai kat jambatan batu lima..Dia boleh speed..Nak test pick up lagi ke?? Aku tau lah kau bawa Hilux,, sampai terjun lubang dan tak break dah.. Nasib la malam tu aku tak berapa nak cuak sangat sebab dah tau cara dia drive..Kalau tak mau melekat aku dekat seat tu..Hahaha..


Sampai rumah agak lewat,,rasa cuak jugak coz..first time aku buat kerja begini..Sampai rumah,,dia nak jumpe abah tapi abah tak de..abah tak marah pun,,bonus untuk En Sofian Shaimi lah tu..Fuhh..Lega..Aku saje je cakap dengan Pian yang abah marah..Saje nak tengok reaksi dia..Huhuhu..Tak senang duduk dia..Gelabah semacam..Tu yang nak jumpe abah tuh..Abah cume cakap kalau nak jalan jauh,,bertolak la awai sikit..Papepun terima kasih kerana menunaikan janji anda..Dan terima kasih tuk hari ni..




Sunday 12 May 2013

HARI TERAKHIR DI UiTM SERI ISKANDAR

Hari ni last paper,,Math..Subjek yang aku kurang yakin untuk skor but i'll try my best..Perasaan waktu tu cuak giler dah rasa nak pitam je..Kena pulak aku duduk kat depan sekali bertentang mata dengan lecturer..dalam dewan yang besar jika di bandingkan dari dewan kat sekolah dulu..Dapat je kertas buka perlahan2 sambil baca bismillah..Huih..soalan dia,,peh champion la..Telan air liur chek..Hahaha..Tengok pulak dalam paper tuh ada kena buat kotak..Aduiii..Dah la aku tak de pembaris..Memang saje la kan..Nak pinjam memang tak boleh..Ini bukan nye zaman sekolah nak pinjam2 barang,, time exam..Karang tak pasal2 aku dapat zero mark..So,,nak xnak terpaksa la aku gune kad matrik aku untuk buat kotak tuh..Hahaha..Agak kelakar la..Student U buat cerita macam tu..Tapi nak buat macam mana terpaksa,,bukan nye chek suka2 nak buat..Haih..Lagi berapa minit nak habis masa,,baru la aku habis menjawab..Huh,,nasib baik sempat jawab semua soalan..But Alhamdulillah semua nye aku boleh jawab..Habis paper keluar dewan buat muke tocer..Tak senang duduk aku di buat nye bile memikirkan soalan math tadi..Mmm..Lupekan kay..Benda dah lepas,,jangan dikenang..


And then,,ada perjumpaan kelas bawah pokok..Memang port class C dekat situ pun..Nak bincang pasal majalah kelas,,bermaaf-maafan..Ceh wah,,dah macam nak raya je mintak maaf bagai..Hehehe.. plannya malam ni ramai2 nak lepak downtown..Sebabnya malam last nak lepak sekali..Tapi tak semua yang boleh join.. Ada yang petang tu ayah diaorang datang ambik..Yang membuatkan aku sedih salah sorang member rapat aku ,,Yanie.. balik petang tu..Peh,,sayu je hati..Dia datang dekat aku nak mintak maaf before dia balik..Terkejut aku,,tengok dia nangis time tu..Tak pernah2 dia nangis..Dengan,,secara spontan air mata aku jatuh join dia nangis sekali..Hahaha..Jatuh saham aku..Yelah,,sape tak sedih kan lepas ni memang tak jumpa la..Masing2 membawa haluan masing2..Hanya fon menjadi peneman kami untuk bertanya khabar..


Selesai sesi perjumpan bawah pokok tuh,,balik dorm..Sampai kat dorm..Jiran2 pakat dok kemaih nak balik rumah..Huhh..clear..Tak dak barang langsung dalam2 loker..Dekat rak2 kasut..Yang tinggal beg2 bagasi depa la..Habis depa dok angkut..Semangat nak balik tuh..Hahaha..Yang aku boleh buat rilex lagi kan..Satu hapa pun chek tak kemaih lagi..Berat hati punye pasal..Tape malam nanti kan ada..So,,tak payah nak kelam kabut sangat..And then aku prepare nak solat maghrib and isyak..After isyak..Turun bawah pergi makan dekat downtown ramai2..Hehehe..Dengan budak2 kelas beb..Syok gila..Ada juga yang kata downtown tuh jauh..Pada aku tak jauh pun..Sebab dah tiap2 malam pergi nye..Tak rase pun jauh nye tuh..Malam ni menu aku Nasi Lemak..Malam last makan Nasi Lemak Downtown ni..Orang punya ramai la..Nak kena beratuq panjang2..Tak pa chek da lali dah pun..Yang payah nya nak cari tempat duduk..Uihh..ni yang leceh ni..Setelah lama menanti dengan sabar..Akhirnya,,dapat jugak aku dan member2 tempat duduk..Hahaha..Sampai penuh la meja tuh..Sarat..Sambil makan time tu jugak la dok menyembang..Haishh..Makan mana boleh bercakap..Huahuahua..                                      


Abdillah and Faiz tak join,,diorang nak pegi overnight dekat Lumut ..Bukan jauh pun Seri Iskandar dengan Lumut tak sampai 1 jam perjalanan..Before diaorang pegi tu,,depa mai jumpa kami..Tapi Abdillah je la..Faiz tak..Katanya tak sanggup nak jumpa kite orang..Hehehe..Tak pe kami faham..Yang tak tahan nye time Abdillah menjerit cakap "AKU SAYANG KORANG " dekat kami..Terkejut jugak la dia buat macam tu..Satu downtown tu dok pandang kami..Kesah pa??Bukan kacau ampa pun..Kiteorang dok menyembang lama,,kalau ikutkan dah kena halau dengan polis bantuan..Tapi batang hidung depa pun tak dak malam tu..Pelik sungguh..Mungkin nak bagi chance kat kami kot..Hahaha..

 
Lepas makan,,sudah semestinya ais jadi pencuci mulut aku..Hahaha..Yang mana air nya dah abeh semua aku kebaih..Nak kan ais punye pasai..Tapi aktiviti aku tu dapat di kesan oleh En.Nazim ,,my big brother a.k.a tukang catu ais aku..Cehh,,kantoi pulak..Kalau dia dah pegang ais tuh..Jangan harap la nak bagi aku..Tunggu dah sampai ais tu cair baru la dia bagi..Katanya tak elok makan ais,,nanti gigi rosak..Hahaha..Nak buat macam mana tak dapat nak di elak kan..Sembang punye sembang..Tiba2 dia dok puji aku..Ahhh..Part ni yang chek tak berkenan ni..Aduyai..Segan deyh..Aku buat tak tau ja..Dok pekak kan telinga..Hahaha..And ada juga yang cakap aku ni dah berisi..Haa..Mana tak nye dah tiap2 malam pekena Nasi Lemak je kejenye..Aku pun perasan gak..Depa kata aku okay sikit dari dulu..Dulu ni dok kurus sangat la ni berisi sikit..Err..No komen..

                                                                                                                                             Sembang punye sembang,,taw2 hujan pulak turun..Lebat pulak tu..Payung pulak tak bawak..Mana la nak tau hujan nak turun..Tak kan nak redah kot..Memang tak la cita dia..So,,kitaorang tunggu reda sikit baru balik..Hujan rahmat telah turun pada malam  akhir kami di UiTM Seri Iskandar..Selalunye kalau kitaorang keluar malam tak pernah pun hujan..Dah sampai depan KOOP..Sambung lepak balik..Hahaha..Niat nye nak tunggu polis bantuan suruh balik..Pakat dok nyembang la kan..Yang pastinya..Malam tu aku kena drop teruk..Sampai kan kelu lidah tak boleh nak kata pa..Lepaih tu,,boleh pulak tersasul yang motor boleh dok sebut kereta..Adui mak aik..Segan chek naa..Aku buat slamber badak je..Hahaha..Geram punye pasal aku p taboh sapa ntah..Sampai kan jam tangan aku jatuh..Habis pecah cermin dia..Ya Allah..Dah rasa nak nangis ja..Jam tu pulak pemberian dari abah..Sayang nye..Kalau abah tahu ni,,alamatnye bungkus la aku jawab nye..Mai aik nak jawab apa ngan abah ni..Dah la esok abah mai ambik..Haish..Payah2..

                                                                                                                                                  Disebabkan lama sangat menunggu polis mai,,kami pakat dok balik dorm laa..Tak larat nak tunggu dah,, selalunya rajin sangat meronda sambil bunyikan hon yang tak berapa nak keluar bunyi dan jadi bahan gurauan dan sendaan student je.Masing2 dok bagi kata2 terakhir sebelum berpisah..Cehwah..Tak boleh blak..Hahaha..Sayu je hati malam ni..Macam tak percaya ja yang kami dah abeh tuk sem ni..Rasanye baru je habis MDS..Amboi..Balik dorm tu,,barulah ada feel nak kemaih barang2..Sampai pukul 3 pun tak tidoq g..Banyak sangat ka barang aku??..Hahaha..



Gambar ni di ambil pada malam akhir kami berkumpul ramai2 . Yang snap nye aku . That's why la aku tak ade .



Esok nya,,Abah kata dia mai sayup sikit..Sebabkan dia ada kerja..Tak pa la tak kesah pun..Janji dapat balik sudah la..Kak mira dah balik dah..Abah dia mai awai lagi..Dia la orang pertama yang balik nya.. Time tu aku tak sedih sangat sebab dia duduk area Teluk Intan gak..Budak2 dorm aku semua nye duduk dekat Teluk Intan..Sempat jugak la lunch kat DM lagi..Lepas lunch,,pegi jumpa geng gaduh pulak..Budak tu budak Office Management..Dia ni suka sangat loya buruk dan ada je benda dia nak drop aku..Hangat hati dengan dia ni..And then mak Fiza mai..Haa..Second person yang balik lepas Kak Mira..Dalam masa yang sama,,Bita pun balik gak..Orang yang sama tarikh lahir dengan aku..Yeah,,akhirnya aku jumpa..Setelah lama aku mencari orang yang sama tarikh lahir dengan aku dan sebaya dengan aku..So,,dia bagi gelaran yang aku ni toink2 dia a.k.a twins dia..Sedih baq ang..Rasanya,,time dia balik la ramai yang teriak..Mana tak nya penyeri blok KEKWA 1..Aras 1 dengan Aras 2..Hahaha..Elok ja dia balik..Baru nak keluar pintu pagaq kot..Aku baru teringat yang dia promise nak belanja aku ais krim magnum..Haa..Tapi dia dah balik..Tak pe..Anggap saje bukan rezeki aku..Apapun aku seronok dapat mengenali korang..Tambah2 penduduk kampung puaka,,roomate yang memahami dan jiran2 dekat sini dan tak lupe jugak dekat my toink2..Huhuhu..Harapan aku..Moga korang berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat..


Saturday 11 May 2013

MASA MENCEMBURUI KITA..UNTUK WARGA KAMPUNG PUAKA (GROUP C)


Tengah sedap makan dengan member2,,kucing datang dok menyerendeh kat kaki aku..Ni yang aku tak berkenan ni..Heee mengelikan,,aku allergic dengan binatang yang berbulu..Member2 yang tau aku takut kucing,,mula mengusik,,herhh,,GERAMnya aku tak sedar aku menjerit..Apalagi suasana jadi riuh rendah dengan gelak tawa member2..Malunya aku hanya tuhan yang tahu..Sampai hati korang dok gelak kat aku..Dah la malu tak tau nak sorok muka kat mana,,hang pa ni tak kesian kat aku sungguh..Rasa lagu nak teriak,,hangpa tau dak..Huhuhu..

Minggu ni aku tak balik,,kononnya nak study,,almaklumlah study week..Kalau balik rumah dah tentu tak
study tapi mengadap tv dan lappy..Member2 pergi bengkel maths,,aku nak join tapi nama aku tak tersenarai,,hanya untuk yang kurang cekap Maths..Boringnya aku duduk sorang2 kat dorm,,Kak Mira dan Fiza balik,,Kilah pulak pergi bengkel..Call Mama,,cakap dengan Mama rasa macam menyesal tak balik..Mama suruh balik naik bas,,malas lah..Kalau balik memang takkan study punya..Ada je aktiviti yang bakal di rancang,,antaranya shopping..Dah 2 minggu tak beli baju ni..

                                                       

                                 
         JAMUAN GROUP C ( FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN UiTM PERAK )
                                               


Beberapa hari lepas sempat jugak buat jamuan..Seronok dan meriah berkumpul ramai2 walaupun ada beberapa orang yang tak join dengan alasan tak suka bersosial..Hmm..keluar dating dengan pakwe tu,,kira apa pulak hek??Macam2 orang ni..Bagi la alasan yang logik sikit dan jangan buat orang lain tertunggu2..Kalau orang lain buat mesti dia bengang giler..Tanpa korang pun segalanya berjalan lancar..
                                                                       




Kenangan Bersama Lecture Bell, Sir Nor Bin Mohamed Alwi .




Promosi wafer coklat




Baju Hitam ni memang suke menghalang orang nak tangkap gambar . Memang dia je nak bolot kamera . Hahaha . 



         
  Bergaya di depan kamera with warga kampung puaka yang masuk air dan happening .

                                       
                                  BERJALAN KAKI KE MCD


Berjalan kaki ramai2 dari kolej ke McD Bandar U,,ikut pintu belakang..Member aku Bella nampak aku dan member2 berjalan kaki,,terus call tanya kenapa jalan kaki dan kenapa tak naik bas,,saja nak jalan kaki dan tak nak naik bas..Bella pelik,,seronok tau tak dengan macam2 ragam dan kerenah sepanjang perjalanan..Kaki aku melecet coz berjalan jauh..Huhuhu sakit..

Polis bantuan buat kami geram dan bengang..Sebabkan tak bawak kad matriks,, kite orang kena balik dorm dan  ambil..Lepas tu sampai kat pondok guard,,bayang dia pun takde..Sakit pulak hati kita ni..Macam saja je nak dera kite orang kan dok ulang alik balik bilik then pegi pondok tu pulak kan..Lagi satu yang buat aku bengang,,si sakai hutan tuh..Orang lain bersusah payah jalan kaki,,dia sedap2 naik kereta..Takde semangat SETIA KAWAN langsung..Ohh lupa,,SAKAI HUTAN kan,,memang begitu..Kalau nak naik kereta kitaorang pun boleh,,orang plan jalan kaki,,Sesuka dia je naik kereta..Sampai kan En.Nazim nak pancit kan tayar kereta dia la kan..Hahaha..Geram punye pasal..


 
                                                 



                             Bersama Fazreen Dan Kilah




         Macam2 Ragam Dan Perangai,,Nazim Kelaparan Dan Kebuluran..




        Sedap Air Yang Aku Minum Tu,,Air Free,,Sapu Ijat Ilham punya..



 Menghitung hari,,dah dekat nak final exam..Debaran semakin terasa..Aku join bengkel Maths,,boring dok  terperap kat dorm,,habis bengkel aku perasan calculator aku takde kat atas meja..Aku buat tak tau je kot la member2 aku yang pinjam,,then aku try tanya member2 aku..dia orang pun tak tau..HUHUHU..nak nangis aku,,calculator aku HILANG..Kurang asam betul,,fon mahal2 boleh beli,,calculator yang beberapa puluh ringgit tu tak boleh beli ke??Voucher buku ada beli le..Kalau kau nak guna,,aku pun nak guna jugak..Dah lah esok paper Maths,,macamana la aku nak kira tak kan nak kira dengan jari kot..Addmaths bukannya senang..Herrhh sengal betul,,pentingkan diri..Kenapa le kau curi hak aku,,beli la supaya lebih berkat..Hopefully kau lulus paper maths nanti berkat menggunakan calculator aku tu,,kesian kat kau sanggup mencuri..


Satu sem aku kat sini,,tak pernah2 aku hilang barang,,tetiba last paper dan di saat aku perlukan sangat2 calculator tu,,tapi malangnya calculator aku hilang kena curi..Ada yang panjang tangan rupanya..Nak buat macam mana bukan rezeki aku..Tapi yang pasti bukan member2 kelas aku..Terimakasih untuk semua yang prihatin dan membantu aku..TERIMA KASIH tak terhingga aku ucapkan pada anda yang sudi meminjamkan calculator untuk saya..Alhamdulillah aku masih punya ramai kawan2 yang sudi membantu..Mudah2 aku dapat la jawab paper MATHS esok dengan tenang..Dalam paper tuh ada jugak subjek Addmaths..Dan addmaths adalah  mata pelajaran yang paling aku tak suka masa sekolah tapi kena belajar dan perlu lulus cemerlang kat sini..Mudah2an ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..


Baru nak menyarungkan telekung di kepala untuk menunaikan solat subuh,,fon pulak berbunyi..Mama call,,ADUSSS..Nabila adik aku ni nak kena rimbuk dengan aku ni,,jaga hang Ila..yang hang pi bocoq rahsia kat mama tu pasai pa hah..Loghat sungguh la hang ni..Budak ni nak kena seligi dengan aku..Sebenarnya aku tak cerita pun kat parents aku tentang aku hilang calculator tapi aku cerita dengan adik aku..Sebabnya aku takut kena marah..Tau2 dia dok pi ceghita kat mama,,aku ingat balik nanti baru nak cerita..Mama kata "Along,,kamu tu kalau jari boleh di tanggalkan pun jari kamu tu boleh hilang,,tak reti nak jaga barang2,,''..Mama memang selalu tegur sikap sambil lewa aku dan suruh aku pergi beli kat coop..Kebetulan abah ada bank in duit semalam..Aku punya stail,,kalau duit di bank in kan kat akaun aku memang tak kan aku korek..Biar duit tu beranak dan bercucu kecuali untuk shopping..Mama dan abah tau sikap aku yang satu ni..


Aku beritau mama,,aku dah pinjam calculator orang,..Mama masih tak puas hati,,masih suruh aku beli jugak,,kut2 orang tu nak guna..Kebetulan paper maths pukul 2 petang ni,,aku cakap dengan mama aku nak solat dulu,,selesai solat..Abah pulak call,,mati aku dengan mama ok lagi kalau dengan abah ni,,alamatnye memang non stop la ceramahnya..Abah aku jarang marah tapi kalau dah start ceramah dia tu..tahan telinga je lah..Benda penting buat acuh tak acuh je..Nasb baik mood abah ok..And terselamat la aku dari kena marah dengan abah..Hehehe..Pengajarannya di sini,,hati2 dengan orang yang tak berapa kita kenal dan simpan barang2 kita elok2..
Untuk semua member2,,good luck..mudah2an berjaya..Sedih,,bila fikirkan kita semua akan berpisah dan akan menyambung study kat kampus yang berlainan..Walau apa pun korang tetap kat hati aku..



Thursday 9 May 2013

TALENTIME

Akhirnya hari yang di tunggu telah tiba..Fuhh,,berdebar2..Aku jadi orang terakhir masuk kelas hari ni,,di sebabkan aku lambat bersiap..Biasalah memang perangai aku macam ni,,mandi 20 minit,,gosok baju dan bersiap 30 minit,,pakai tudung lagi,,so masa yang di ambil lebih kurang 1jam..
Melangkah masuk kelas,,semua mata memandang,,Abdillah tegur aku katanya aku cute dan comel hari ni,,yang lain2 pun puji aku dan cakap benda yang sama..Sakai hutan pulak sampai tak boleh nak cakap apa,,terlopong mulutnya tengok aku..Bak kata Sir,,SWEETIE (bukan aku yang cakap yea,, tapi Sir) itulah Nur Farah Nadzirah ..Hahaha perasan sebentar..Jangan jealous yea Nazim..Mesti Nazim tersenyum,,membaca ni..Teringat kenangan dalam kelas Bel..Tweet jom Nazim..
Salah sorang member aku cakap,, dia orang memang tunggu aku masuk cos nak tengok dressing aku..Katanya dah boleh agak aku bakal jadi perhatian hari ni..Weyh aku tak pernah pakai kebaya dengan pareo tau tak,,first time aku pakai,,kalau kebaya dan kain tu biasa la..Tak sangka pulak aku dapat banyak pujian termasuk dari member2 kelas lain,,Ada yang kata " ingat kurus takde shape,,rupanya ada"..Kureng asem betui..Hey,,ingat aku ni kurus sangat ke??..Berat badan aku dah naik,,sampai ramai yang tegur,,dah banyak baju yang aku tak boleh pakai..
Selain kebaya biru,,aku kena pakai baju merah,,jadi puteri siam..Ramai yang komen,,dia orang tak suka tengok aku pakai baju tu,,nak buat macamana aku terpaksa pakai baju tu..Ramai pulak yang minta nak bergambar dengan aku hari ni termasuk member baik Bita tu,,bukan main seronok boleh bergambar dengan aku..Kelas aku dapat tempat kedua,,Alhamdulillah berbaloi usaha kami selama ni..

                                         
                                       Puteri dari Siam



                    Bersama kawan yang sekepala dengan aku..



Kampung Puaka (Group C)








                           


Wednesday 8 May 2013

I'M SORRY...

Usai solat bergegas pergi latihan,,berdebar2.. dan macam2 persoalan timbul..Fikiran aku tak tenteram sejak beberapa hari ni,,bengang dengan orang yang suka stalk aku,,bukan setakat FB,,Twitter(DM aku pun di bukanya,,nasib baik aku sedar),, sungguh kurang ajar,,fon aku pulak jadi sasaran..Baca segala mesej yang ada.."Kau siapa hah !! sibuk nak baca mesej aku"..Tak suka betul aku dengan orang yang berperangai begini,,SAKAI HUTAN BETUL..aku tak suka perangai kau tau tak..Apa hak kau buka fon aku dan perli2 aku..Aku punya hal,,kau jangan campur,,kau tu SIAPA??Abah aku tak pernah buat macam tu..Huh hangin betul aku dengan SAKAI ni..


Sebenarnya ada satu perkara lain yang buat aku tak senang duduk,,aku text mama and then mama call aku..Panjang jugak sembang dengan mama,,Alhamdulillah mama dah sihat..Lega dengar berita tu,,tapi ada yang masih buat aku tak tenteram..Sebenarnya aku ada banyak buat salah dengan SESEORANG yang aku kenal sejak sekolah dan orang tu nak gi umrah..Aku sedar dosa aku dengan dia memang banyak dan bertimbun2,,macam2 benda yang aku dah buat dengan dia..Kekadang benda tu teruk dan tak masuk akal,,tapi dia tetap SABAR dan HANYA TERSENYUM,,dia memang seorang yang COOL,,kalau orang lain mungkin aku dah kena marah,,maki hamun entah2 penumbuk dah melayang,,sebenarnya aku sedar tentang sikap cool dia ni,, cuma perangai mengusik dan suka tekan aku,,suka buli aku tu yang aku tak tahan..Baru2 ni dia ada cakap dengan aku tentang apa yang aku buat kat dia,,Aku cakap dengan dia "Raya lambat lagi nanti raya baru aku minta maaf kat kau"..Dia cakap dengan aku yang dia dah maafkan aku,,tapi sekarang ni aku rasa bersalah sangat kat dia..Actually,, dia pun banyak jugak buat salah kat aku,,aku tak faham kenapa dia selalu mengusik aku,,bahan aku,,kekadang sengaja mengusik depan kawan2 dan memalukan aku.. Kalau nampak muka aku je memang tak sah kalau tak mengusik dan membahan aku,,siap ada panggilan manja lagi,,Aku masih ingat panggilan tu,,huh memang sengal..Member2 aku bukan main seronok lah tumpang sekaki kenakan aku,,dan dia pulak tersenyum gembira sebab dapat sokongan..Betul2 mencabar kesabaran aku,,itu yang terjadi kes PENYAPU dan GUNTING MELAYANG,,Ya Allah apa yang aku dah buat ni,,Aku betul2 menyesal dengan apa yang aku dah buat,,aku minta ampun dan minta maaf dari kau..Tapi kenapa dalam ramai2 pengawas pusat sumber dari form1 sampai form 6,,kenapa aku yang selalu kena dan kenapa aku yang selalu jadi sasaran,,tak adil betul??.Sampai sekarang aku masih mencari jawapan..Boleh anda beritau dengan saya kenapa??


Persoalan yang tidak mungkin aku temui jawapannya sampai bila2 sebab dia takkan cakap..Kadang2 aku masuk pusat sumber,,bila nampak dia ada,, aku cuba mengelak,,tak pandang muka dia terus buat kerja,,duduk jauh2 dari dia..Tapi dengan selamba dia akan datang CARI PASAL DENGAN AKU..Fuhh,,kenapa lah mamat ni suka mencabar kesabaran aku,,tengok muka dia aku GERAM yang TERAMAT sangat..Dah dia buat aku bengang,,apalagi aku HANGIN,,boleh pulak dia senyum memandang aku,,menyirap darah aku,,dia ingat HANDSOME ke tersengih  dan tersenyum macam tu..Lepas tu dia boleh kata"aku suka tengok kau marah"..Herhh,,memang tade perasaan..Dalam ramai2 pengawas,,aku sorang je yang suka membantah dan melawan cakap dia,,orang lain tak berani..Apa yang di arahkannya,, dia orang akan buat walaupun tak puas hati dan mengata serta mengumpat kat belakang..Aku pulak tak suka nak mengumpat ni,,tak puas hati aku akan cakap..Lantaklah apa nak jadi pun..


Pernah satu hari tu dia arah aku dan member2 aku pasang curtain,,lepas tu dia pergi duduk dengan selamba membaca..Banyak cantik,,Hangin aku tengok mamat ni..Apalagi aku pergi dan bising kat dia,,katanya dia saja buat begitu sebab dia tau aku akan datang dekat dia dan marah dia.. Lepas kena marah elok je dia pergi buat kerja,,sengaja cari pasal dengan aku..Macamanalah aku tak jadi gangster dan brutal,,kalau dah berhadapan dengan situasi begini..Memang patut kena,,nasib baik tak kena "rimbuk sampai terbit pedai" bak kata orang Kedah..
Itu semua kenangan masa aku sekolah dulu,,dia mana boleh lupakan aku,,gangster cute dan comel juga vampire kerempeng yang brutal ni..Boleh ke kau lupa aku,,hahaha,,tak.. kan??Bak kata kau hari tu"kau boleh tipu aku tapi kau tak boleh tipu diri kau"kui kui kui..Mesti kau cakap "perasannya ekau ni".He he he,,bab perasan ni aku belajar dari kau..Yeahh,,aku menang dia bukan boleh cakap apapun..


Selepas solat aku duduk kat meja study,,termenung sambil membelek fon,, tengah dok fikir nak text dia tu,,tiba2 ada text masuk,,YESSS!!!..Member2 semua hairan memerhati gelagat aku,,tanya aku kenapa??Aku senyum dan jawab "takde apa2".."Fara ni macam2 mesti ada sesuatu",, "Hmm..mana ada".Akhirnya dia text aku minta maaf dan minta aku doakan dia berjaya di dunia dan akhirat..Aku dah lama maafkan kau,,aku minta dia doakan aku juga..Ada 2 doa yang aku minta tolong dia doakan kat Tanah Suci..Aku ada sebab kenapa aku minta kau doakan untuk aku doa yang kedua tu..Sebenarnya aku dah tak tahan dan tertekan sekarang ni,,dah tak tau nak buat apa sebab tu aku minta kau tolong doa untuk aku..Bukan sebab tak sabar seperti yang kau cakap kat aku..Kalau di izinkan Allah aku nak yang terbaik..Dah tak larat kena maki hamun pepagi gara2 taknak ikut rancangan gila orang PSYCHO..Parents aku tak pernah maki hamun aku macam tu..Aku di ugut dan macam2 benda yang berlaku termasuk orang tu mendoakan supaya Allah TURUNKAN BALA kat aku,,tak pernah aku lalui situasi begini..Final dah dekat,,macam sengaja beri tekanan pada aku..Please,,doakan yang terbaik untuk aku yea..Nantilah bila aku jumpa kau,, aku cerita..


Actually aku nak minta maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki,,aku tau aku banyak buat salah dan silap dengan kau..Maafkan aku ....Sebenarnya aku boleh agak tentang tweet kau,,counting 40 days tu,,lepas tu kau kata nak pergi kursus cuma aku diamkan je bila aku tanya kau dan kau bagi alasan lain..Btw thanks coz jujur dengan aku tentang alasan kau tu..Kau ingat lagi tak?..
Letih dan penat,,lapar jugak mengantuk,,dari pagi sampai malam tak rehat lagi,,kelas dan latihan..sampai tak  rest langsung hari ni..Masa latihan kat dewan tadi ada member kelas aku yang ternampak sesuatu yang....SERAM,,Untuk mengelak memandang ke belakang aku buka twitter,,tak tau nak tweet apa memandangkan situasi sekarang  yang agak kecoh,,maka aku tweet '' tomorrow,tomorrow,,tomorrow" untuk Talentime lah,,bedebar..Mudah2 esok semuanya lancar..Ya Allah permudahkan segalanya dan berikan kemenangan kepada kami..