Friday 14 December 2012

12.12.2012

Semalam aku call dia,,bersembang dgn dia hampir 1jam..mcm biasa perangainya yg tak pernah berubah,suka mengusik,suka menyakat dan sering menyakitkn hati aku,,kadang2 memang boleh hilang SABAR dgn sikap dia ni..Dia pulak seronok gelakkan aku..GRRRR mmg geram..Entah pape..
Member aku Yani txt mlm tadi,,ajak aku dinner kat uptown..Alamak rugi rasanya aku balik minggu ni..Kalau tak mesti seronok dinner dgn diaorg,,tambah ada orang nak belanja pulakkan..Apapun..bergembiralah korang...Aku dapat bayangkan macamana riuh dan kecohnya suasana...Ini yang buat aku rasa menyesal balik rumah minggu ni..Tapi tak pe..Nnti aku balik kolej kita lepak,,mudah2an ORANG tu bermurah hati nak belanja lagi..
Dah hampir sebulan aku belajar kat sini,,seronok dapat kawan2 sekelas yang sekepala,,memahami,,mengambil berat,,begitu juga dengan member2 dorm..Alhamdulillah,,syukur aku dapat kenal korang semua,,SERIOUSLY aku seronok dapat kenal dan berkawan dengan korang..
Walaupun aku selalu jadi BAHAN usikkan,,memang sikap aku lebih banyak mendiamkan diri dan selalu tersenyum..Itu yang membuatkn aku selalu kena tekan dan di beri macam2 gelaran..Walaupun begitu aku rasa seronok sangat sebab..dapat kawan2 macam korang,,terutama sekali aku dapat kenal seorang kakak...Kebetulan aku memang tak ade kakak..
Entah kenapa,,tetiba timbul cerita..ada seseorang kata aku ni PENGUBAT HATI dia,,hahaha biar betul..Aku ada matlamat aku sendiri,,memang impian aku dari kecil aku nk belajar hingga ke menara gading..Alhamdulillah..impian aku tercapai..Aku kat sini nak belajar bukan nak cari KEKASIH..Aku tau dia dah ada kekasih,,aku tak nak,,kerana aku dia putus dengan kekasihnya dan aku akan di tuduh macam2..Aku pernah lalui semua ni..SAKIT HATI sampai ke hari ni..Kini aku lebih berhati2 aku takut nak rapat dgn lelaki..Walaupun hanya sebagai kawan..Takut nnti bermula dengan hanya kawan kemudian bertukar menjadi CINTA...
CINTA...Sebenarnya aku tak tau nak cakap macamana..kerana cinta aku sering TERLUKA..Kerana CINTA,,aku sering KECEWA.Kerana CINTA juga aku MERANA..Sehingga adakalanya aku tak mampu nak terus mempertahankan satu hubungan..Seperti apa yang berlaku pada 12.12.12..Semua tu berlaku kerana aku dah habis sabar,,dah tawar hati..Walaupun jauh di sudut hati,,aku masih SAYANG dan masih CINTA..Aku inginkan dan harapkan KEJUJURAN dan KESETIAAN..Tapi apa yang aku harapkan,,cuma tinggal harapan dan impian..Yang membuatkan aku tawar hati..Apa yang terjadi pada 12.12.12 bukan kerana hati aku dah berubah atau ada orang lain di hati aku..Itu semua berlaku kerana tiada kejujuran dan kesetiaan dan aku rasa kesetiaan dan kejujuran aku di khianati..
Teguran dari parents aku tidak di pedulikan,,tidak di hiraukan,,malah marah kat parents aku,,kononnya parents aku MENGONGKONG..Entah lah aku pun tak faham,,cuma aku pasrah sekarang ni,,setakat mana aku mampu bertahan,,aku akan bertahan..Tapi seandainya satu hari nnti aku dah tak ambil peduli dengan apa yang berlaku,,itu bermakna..KESABARAN aku dah habis..
Parents aku nak hantar aku belajar jauh dari Perak..Alamak,,jika abah dah buat keputusan begitu..Bermakna aku terpaksa akur..Aku harap abah tak teruskan hasrat dia..Aku tau abah kecewa dengan aku,,semalam,,masa ambil aku..Banyak yang abah perkatakan..Abah nak yang terbaik untuk aku..Belajar bersungguh2..In shaa Allah..Abah dan Mama jgn risau..doakan yang terbaik untuk Along..
Si Dia ada tweet ttg rindu nk tekan aku dgn apa yang aku tulis kat majalah sekolah..Sebenarnya aku tulis lain,,dan dicetak lain..Lagi pun bab nak tulis madah pujangga ni aku tak reti,,maklumlah aku ni budak akaun..banyak bermain dengan nombor..sampai kat U ni pun,,aku belajar bidang yang sama..hari2 mengadap nombor dn calculator jadi peneman setia..









No comments:

Post a Comment