Sunday 23 December 2012

22.12.12

Aku start cuti,,hari Jumaat 21.12.12 sampai 30.12.12..Abah agak sibuk hari ni,,pukul 5.30 petang baru datang ambil aku..Sampai rumah lebih kurang pukul 6.45 ptg..Tengah seronok menyembang dengn mama,,fon berbunyi..Orang depan rumah aku call aku,,semata2 nk cerita awek dia beli mcm2 sempena b`day dia..Suka2 je nk menyakitkn hati aku..Mama duduk kt sebelah aku bengang,,rampas fon terus marah..Mama aku marah sgt malam tu..Mama kata nk mengatal dn nk keluar dgn sape pun tak perlu call atau text aku utk beritau..Dah lah mama terbaca text merapu yg dia text kat aku..Aku pun dah tak larat nk hadapi semua ni..Aku tak mahu terus di sakiti dan di kecewakan..Dah puas aku fikir,,dah berkali2 dia lepaskn aku sejak 12.12.12..Aku redha dan pasrah..Aku terima segala ketentuan Illahi.Aku nak mula kan hidup baru..
Apa yang ada di dalam fikiran aku,,aku nak tumpukan perhatiaan pada pelajaran..Aku nak berjaya dalam 
pelajaran..Aku nak lupakan segala kisah pahit dan aku tak nak ingat kisah tu..Aku tension sangat malam ni,,ingat balik rumah nak tenangkan fikiran,,tapi sebaliknya yang terjadi..Aku tak tahu nak buat apa..Untuk release tension,,apa lagi mengadap lappy..Buka FB dan Twitter..Tetiba terpandang satu tweet yang mention nama aku yang di retweet oleh S..Terkejut aku..Dah lama aku tak jumpa dia,,tiba2 teringat kat dia,,minggu lepas ada text,,katanya dia sibuk banyak assingment..
Aku tweet dgn dia,,lepas tu dia text aku..Dah lama sangat aku tak jumpa dia,,RINDU sangat nak gaduh dengan dia,,seronok gaduh dengan dia ni sebab kalau gaduh aku pasti akan menang..Dia seringkali mengalah..Sepanjang aku kenal dia,,dia tak pernah marah kat aku,,walaupun apa yang aku buat tu MENYAKITKAN hati dia,,dia tetap COOL..Seronok dapat kenal dia..Susah nak cari orang macam dia..Memahami,,caring,,selalu mengalah..Huhuhu..Teringat KENANGAN dengan dia..Entah kenapa sejak akhir2 ni aku selalu teringatkan dia..Agaknya dia pun ingat kat aku..
22.12.12..cantik tarikh ni..hari ni aku ada janji dengan S..Excited sangat..Tak sabar nak jumpa dia..Dia call aku pukul 3.47 ptg,,aku tengah makan..Dia bising dengan aku tweet aku cintan cintun bagai...Dia tanya aku nak keluar ke tak??..Aku ok je..Tambahan tengah boring tak tau nak buat apa ptg2 begini..
Kalau tak salah aku hampir 9 bulan aku tak jumpa dia..Dia terkejut tengok aku..katanya aku banyak berubah,,berbeza dari dulu..Mestilah kena berubah seiring dgn peningkatan usia..Berubah ke arah lebih positif..Itukan bagus,,Awak tau..Awak pun dah banyak berubah..Terkejut saya..Apa yang paling terserlah sifat CARING awak..Banyak sangat cerita yang di kongsi,,riuhnya sampai orang keliling asyik memandang kami..Bercerita,,mengusik,,gelak dan ketawa..Hahaha..aku siap kena cubit dengan dia lagi..Apapun itu kenangan..Dah lama tak kena cubit dengan dia..Dia pun merasa gak kena cubit dengan aku..
Seronok sangat..dia seorang yang memahami aku,,asyik potpet-potpet bercerita,,dia tak bagi aku jalan di belakang dia..Mesti berjalan di sebelah dia..Macam2lah mamat ni.
Kebetulan hari ni aku pakai baju warna merah,,dia pun pakai baju warna yang sama..Ya Allah..tak sangka,,terkejut aku..Hahaha ada CHEMISTRY yang kuat lah tu..Itu jawapan yang aku bagi kat dia,,masa dia cakap tentang warna baju yang sama..Aku perasan hari ni dia berbeza sangat..Happy,,asyik tersenyum dan tak berhenti bercakap,,ada je point yang nak di bualkan..Happy sangat keluar dengan dia jika di bandingkan keluar dengan orang depan rumah aku ni..Dia sentiasa pastikan aku berjalan di sebelah dia dan tak biarkan aku jalan berseorangan..Katanya takut aku kena culik..Kalau dengan "TUT" alamatnya aku kena tinggal di belakang..Dia juga banyak point utk bercerita,dia akan pastikan suasana jadi ceria..Aku perasan dia asyik memandang aku..RINDU KAT AKU LE TU..Tapi yang pasti dia gembira dan terpancar kegembiraan di wajahnya,,dia marah aku,,time dia cakap dengan aku..Aku tengok tempat lain..Dia nak aku pandang muka dan mata dia..Hahaha..So sweet..
Dia belanja aku hari ni,,kat twitter bukan main gempak lagi nak aku belanja dia..Tengah sedap menyembang,,dia ambil air aku dan tolong kacau,,reaksi spontan dia tu buat aku terkejut..Sebelum ni tak pernah pun orang "TUT" buat kat aku..Anyway thanks a lot..saya suka keluar dengan awak,,enjoy dan happy sangat..
Masa tengah makan,,dia bagi aku ole2 yang di belinya di Sabah..Terima kasih..Saya amat menghargainya..Tetiba dia mengenang kembali kisah2 lama..Sebenarnya aku pun tak boleh lupakan kisah2 tu,,terutama kenangan dengan dia..OTW nak pergi ke kereta,,dia kata aku pendek,,siap ukur tinggi lagi,,mamat ni perasan dia tinggi padahal dia tu cuma tinggi sikit je dari aku..Lepas tu cakap dengan aku tak payah pakai HEEL bagai..Ikut suka aku lah nak pakai apa pun..Sampai kat kereta dia tolong tutup pintu kereta kat aku..
Lebih kurang pukul 6.18 ptg dia text aku suruh kirim salam kat mama aku sebab terlupa nak beritau tadi dan dia tanya aku SERONOK tak keluar dengan dia..Dah tentu lah SERONOK..Berkali2 dia beritau aku yang dia SERONOK sangat keluar dengan aku..Huhu terlebih seronok,,riuh sangat sampai jadi perhatian orang,,ada yang tanya kami COUPLE ke,,bila aku cakap kawan..dia orang tak percaya..Tanya balik,,iye ke kawan??..
Walau apa pun,,terima kasih banyak2 kat awak..Segala masalah saya hilang..Bila saya jumpa dengan awak,,berbual dengan awak..






1 comment:

  1. awwwww.. soo sweet..#jelly..:) untungle abg S sweet.. da lme x jmpe die.. dgr cite da ensem..

    ReplyDelete