Sunday 16 December 2012

FIRST TIME SPEED SAMPAI 120KM/J

Aku bangun awal hari ni lebih kurang pukul 5 pagi..semangat nk balik kolej..Walaupun hari ni hari Ahad..Aku kena balik jugak..Ada aktiviti,,semua student wajib hadir..Hopefully aku tak lambat mcm minggu lepas..Minggu lepas aku orang terakhir masuk kelas..Semua mata memandang aku..Malunya aku hanya tuhan yang tahu.Bebudak lelaki yang suka kacau aku kat klas tu apalagi...Tersengih macam kerang BUSUK lah..Bakal jadi bahan lah aku untuk entah keberapa kalinya..Ikut suka korang lah..Kawan aku salah beri informasi,jenuh aku cari kelas,,kejap kat Fakulti Sains Dan Matematik,,kejap2 kt Fakulti Perakaunan..Pening deh..
Pagi tadi abah bagi aku drive..Memang seronok drive kereta pagi2..Tambahan pagi Ahad..tak sibuk langsung sampai tak sedar aku bawa melebihi 100 km/j..Catat sejarah betul..Sampai kena tegur dgn mama..Aku target nk sampai around 7.20-7.30 pagi,,menepati sasaran..Alhamdulillah,,selamat sampai.
Tapi,,cuak betul aku tadi..Kena tahan dengan polis bantuan kat pintu masuk U..Budak sem 1,,tak boleh drive kereta kat kampus ni..Aku dah siap sorok kad  matrix aku..Kena jugak tahan..Mungkin kerana hari ni Ahad dan tak banyak kereta keluar masuk jika di bandingkan dengan hari2 yang ada kelas.Walau apa pun hari ni memang catat sejarah..Aku speed sampai 120km/j..Kalau mama tak tegur tadi makin laju le aku,,memang itu first time aku speed..Kononnya nak cepat sampai..Selama ni aku drive perdana,,tak speed sangat lah setakat 100KM/j je..Sebenarnya aku gayat nak bawa kereta Abah ni,,berat dan besar serta laju tapi lebih stabil jika di bandingkan dengan perdana..Itu yang membuatkan aku tak terasa menekan pedal minyak.
Sampai kolej..member2 dorm aku sedap berdengkur lagi..Rasa macam tak berbaloi pulak aku tergesa2 balik tadi.Abah ajak sarapan aku tak nak,takut terlambat.Terpaksa menahan lapar..Dah lah buat aktiviti macam budak kecil..
Hari ni aku makan tengahari pukul 4lebih,,tak ada selera nak makan..DM dekat je..Tapi malas nk turun sorang2.Kalau gi DM tu boleh tengok macam2 gelagat student..Yg couple tu berkepit kesana kemari,, ada yang merajuk..Macam2 gelagat dan perangai .Untunglah,,aku dengan member2 kelas je,,tak pun dengan member2 dorm..Kadang2 teringat kat Si Dia,,seronok kalau boleh belajar satu kampus dengan dia..Tapi nak buat macamana tak de rezeki nak belajar bersama dia..
Tadi Abang ada txt aku beritau yang dia dah tau jalan nak ke UiTM Sri Iskandar,,dengan penuh CONFIDENT,,dia cakap nnti dia nak ambil aku,,time aku boleh balik..Haha aku nak tengok,,Sebenarnya hari Jumaat ni,,aku nak balik,Kelas aku habis pukul 6ptg..Harap2 abah ambil aku cepat.Sebab hari tu harijadi Sidia..Kebetulan pulak aku cuti byk hari..Memang tak sabar nak balik dan bercadang nak celebrate dengan dia.Harijadi aku dulu,,bukan main excited lagi dia,,tak sabar2 nak celebrate..Tapi perangai dia sekarang ni PELIK sikit.Kalau aku balik,,dia suka cari PASAL dgn aku,suka cari GADUH dengan aku..Bukan nak datang rumah jumpa aku..GERAM sangat dengan dia ni..OTP dengan dia pun asyik nak mengusik dan menyakat je..Asyik cari gaduh je konon nak hilangkan rasa RINDU dia pada aku..Tak masuk akal langsung ...Buat aku jadi GERAM dan SAKIT HATI adalah.
Aku harap aku,, aku dapat celebrate birthday dia dengan tenang dan aman tanpa gaduh2.Aku dah janji nak pakai skirt yang dia bagi..Tapi aku tak beli baju lagi,,tak de baju yang match dengan skirt tu,,aku pulak sibuk sepanjang minggu ni ,,tak de masa nak keluar gi beli baju.Harap2 ada kelas yang di batalkan,,boleh keluar..Apa pun aku harap,, aku balik kali ni,, dia tak buat hal lagi....




No comments:

Post a Comment