Monday 31 December 2012

CORETAN TERAKHIR UTK TAHUN 2012

Hari ni 31.12.2012..Hari terakhir untuk tahun 2012..Dan coretan ni merupakan coretan terakhir aku untuk tahun ni..Banyak kenangan pahit manis yang aku alami pada tahun ni,,ada juga pengalaman yang ingin aku lupakan terus dari ingatan.Pengalaman yang berpunca dari kesilapan aku sendiri,,dari kedegilan aku..Apapun aku akan jadikan ianya sebagai pengajaran,, moga ianya akan mematangkan aku serta menjadi pengalaman berharga buat aku agar lebih berhati2 di kemudian hari..
Harapan aku..pada tahun 2013..Nak berjaya dalam pelajaran,,mudah2an apa yang aku impikan akan tercapai..Aku bersyukur punya Abah dan Mama serta adik2 yg menyayangi aku,,punya kawan2 yang selalu ada semasa susah dan senang,,punya kawan baik yang memahami,,boleh berkongsi masalah dan sering memberikan pandangan serta nasihat tatkala aku punya masalah.Terimakasih tak terhingga aku titipkan untuk semua..
Sebelum balik ke Seri Iskandar,,sempat juga aku keluar dengan kawan2 ..Kita orang lepak kat KFC,,walaupun tak semua,,sekurang2nya hilang jugak rindu kat dia orang..Teringat zaman sekolah,,bersama kawan2 kelas,,kawan2 kat PS..Of course mamat poyo PS..Selalu cari pasal dengan aku..Kalau bab mengusik dan menyakat bagi lah kat dia..Sampai sekarang..perangainya tetap sama macam dulu.Rindu dengan kenangan di zaman persekolahan dulu..
Kat UiTM ni..aku ada ramai jugak kawan baik yang selalu berkongsi masalah,,berkongsi cerita,,seringkali melepak di DM sambil buat assinggnment..Mungkin satu hari nanti aku akan merindui kalian terutama selepas 6 bulan dan masing2 akan melanjutkan pelajaran di kampus yg lain..Abah dan Mama selalu berpesan dengan aku hati2 memilih kawan..Alhamdulillah setakat hari ni,,aku dapat kawan2 yang baik,memahami,,paling penting susah senang,,kami hadapi bersama.Begitu jugak roomate aku,,semua baik2.

Beberapa hari lepas Abah ada tanya aku..Suka jam tangan yang macamana..Aku cakap kat abah "Abah repair je tali jam tangan Along tu".Kebetulan tali jam tangan aku putus,,sebenarnya aku sayangkan jam tangan tu..Hadiah hari lahir aku yang ke 14 tahun.Abah diam je..Dah 2 minggu aku pakai jam tangan abah..Abah aku ada banyak koleksi jam tangan..Jealous tengok,,cantik2 pulak tu..Apalagi aku main pakai je lah..
Malam Ahad,, abah bagi aku duit,,byk jugaklah..Duit poket dan duit utk beli baju.Aku nk keluar,,tapi mama tak nak temankn,,mama ckp keluar pagi esok..Dah lama tak beli baju ni..mama bising dgn aku,,baju yg aku beli minggu lepas pun tak pakai lagi dh nk beli yg baru..Tapi aku tau esok,, mama mesti mengalah dengan aku..
Pagi Ahad 30 Dis,,aku berjaya pujuk mama hari ni..SHOPPING!!! aku beli sehelai baju dan sehelai tudung,,ada byk lagi baki duit,,aku cdg nk beli lagi..Rambang mata aku tengok baju,,rasa mcm nk beli semua..Akhirnya aku dapat lagi dua helai blouse nak beli dress tapi tak de yang menarik..Yang untungnya mama yg belikn..Selamat duit aku..Kawan2 aku kata aku ni beruntung dan bertuah..Anak manja dan selalu dapat apa yang aku inginkan.Anak sulung tapi lebih manja dari anak bongsu..Korang tau..aku bersyukur sangat dapat parents mcm abah dn mama aku.Untung jadi anak abah dan mama.Aku sememangnya rapat dan manja dengan parents aku..
Aku bodek mama nak pergi The Store,,beli barang keperluan,,malas nk beli kt Seri Iskandar..Mama setuju dengan cadangan aku..Sampai rumah hampir pukul 1 tgahari,, adik aku text suruh ambil dia kt My Eg..Aku keluar naik motor je..terus pergi The Store,,beli barang lagi..Abah call suruh balik cepat hujan nk turun.
Sempat jugak sampai rumah,,walaupun basah sikit,,kena hujan.Adik aku tunjuk satu kotak kat aku,,pada mulanya aku buat tak tau je..Akhirnya dia bawa kotak tu dekat aku.Masya Allah..jam tangan yang aku nak sangat..TERIMA KASIH ABAH..SAYANG ABAH..Ini mesti mama punya idea dan mama yang beritau abah yang aku suka jam tangan ni.Aku baru bercadang nak beli dengan duit sendiri..Aku ajak mama teman pegi bank nak keluarkn duit mama tak nak..marah lagi kat aku,,suruh simpan duit tu.Alasan mama jam tangan yang aku nak tu..jam tangan lelaki,,bising kat aku suruh beli jam tangan perempuan,,cantik2 katanya..Kenapa lah kamu nak jam tangan lelaki..Akhirnya aku dapat jugak apa yang aku inginkan.



SEUTAS JAM TANGAN ORIENT,HADIAH DARI ABAH..thank you abah,,sayang abah sangat2.Aku dah janji dengan diri aku,,aku akan belajar bersungguh2..Nak lupakan segala peristiwa yang telah menguris hati parents aku..Dan aku tak kan biarkan perkara yang sama berulang kembali..Abah suruh aku tukar no telefon..Perkara ni memang susah untuk aku buat.Abah..Along minta maaf tak tunaikan permintaan abah sebab no fon tu special sikit..Along tau abah yang beli nombor tu,,tapi nombor tu ada sentimental value le abah..Nombor tu abah beli pada harijadi seseorang dan tarikh lahir dia ada pada nombor fon tu.Nombor tu mengingatkan aku pada dia..Along janji along akan dengar cakap abah tapi jangan suruh along tukar nombor fon PLEASE..abah tolong lah..Harap2 aku berjaya pujuk abah..
Kini telah berakhir tahun 2012,,tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis..Apapun keputusan dan pilihan yang aku dah buat,,aku bertangungjawab sepenuhnya..walau perit aku akan hadapi dengan tabah .Moga segalanya tidak berulang lagi..Apa yang aku harapkan aku akan jadi lebih matang seiring dengan peningkatan usia serta berjaya mencapai apa yang aku cita2kan.Yang paling penting nak fokus pada pelajaran..

No comments:

Post a Comment