Sunday 3 February 2013

LEPAK DENGAN SENIOR

Hari ni Sabtu..2 Febuari 2013..Dari pagi aku mengadap lappy,, untuk siapkan assignment..Kat Seri Iskandar internet slow..Itupun ada kat bawah je,, kena duduk bersila atas lantai sambil meriba lappy,,macam pengemis..Huhu sedih..Kat dorm langsung tak dapat..So bila balik rumah,,apalagi online jelah..Minggu lepas,,S bising kat aku asyik online je kalau aku ada kat T.Intan..Dia tak tau kt sana seksanya aku nak online..Broadband aku tak boleh di gunakan langsung..Entah apa2..
Lepas solat Zuhur,,aku sambung buat assignment..Kebetulan hari ni member aku ajak aku keluar..Malas betul aku nak keluar dgn dia ni..Aku text dia,,bagitau aku tak jadi keluar dengan alasan nak siapkan assignment..Mata aku pulak,,dah mengantuk..Tetiba telefon berbunyi..Dengan malasnya aku capai telefon,,tengok nombor tu,,macam kenal..Confirm member aku tu telefon nak pujuk aku ajak keluar.Sebab nombor fon yang ni,,hanya beberapa orang member yang rapat dengan aku je tau..Kebetulan pulak baru tukar fon,,so belum sempat set nombor fon member2 ..
Bila aku jawab panggilan tu..Huhu terkejut aku..suara lelaki..Aku kenal suara ni,,tapi untuk lebih pasti aku tanya '' siapa ni??".."Aku lah ..sampai hati kau tak kenal aku''Aku cakap dengan dia,,baru tukar fon dan belum sempat set nombor..Jawapan darinya,,"Siapalah akukan".Haha tacing pulak mamat ni..Dia ajak aku keluar..Dia tanya aku nak makan kat mana?Kat mana2 je..Aku ikut,,dah orang nak belanja..
Mandi,solat Asar..kemudian tunggu dia datang..Lambat betul le..Dia suruh aku bawa motor,,kat pekan sibuk..Motor aku ada problem le..Tak boleh nak start..Akhirnya dia mengalah dengan aku..Naik kereta,,dalam kereta dok membebel tak habis2..Biasalah..memang dia macam tu..kekadang aku rindu dengan bebelan dia dan rindu nak buli dia dan gaduh dengan dia..Masa sekolah hampir setiap hari..dia kena dengan aku..Apa yang pasti aku akan menang..Tapi walau apapun aku memang hormat kat dia sebab..Apa saja yang aku buat kat dia,,dia tak pernah marah,,sentiasa cool dan tersenyum.
Dia datang pukul 6 ptg,,riuh suasana start dari masuk kereta sampai kat McD..Masa kat kaunter,,sambil tunggu giliran nak order,,di buatnya selamba badak je,, riuh  macam takde orang kat situ,,siap tumbuk dan cubit aku dahlah masa tu orang ramai.Kalau ikutkan hati aku,,nak je balas balik tapi fikir orang ramai kat situ,,maka mendiamkan diri lebih baik..Lepas bayar,,dia bagi aku duit..Suruh aku simpan duit tu,,katanya kalau rindu kat dia tengok duit tu..
Masa tengah makan dia tegur jam tangan aku,,dan ajak aku tukar jam untuk seminggu..Di sebabkan tengah makan,,aku cakap dengan dia lepas makan..Kemudian terus terlupa..Bila dia dah balik baru aku teringat..Time makan,,dia suruh aku call mama,,beritau balik lambat sikit..Bukan main gabra lagi dia,,takut parents aku marah..Abah dan Mama aku tak marahlah jangan risau..Aku lupa nak topup,,kredit dah habis..Dia suruh guna fon dia..Lepas makan,,cadangnya nak gi gerbang malam,,tapi tak ada parking,,terus gi masjid..Selepas solat maghrib,,terus balik..
Adik2 aku bising ajak keluar..Malam ni pekan T.Intan sesak..langsung tak ada parking..Jenuh aku tawaf    pusing pekan cari parking..Dia text aku tanya aku kat mana..aku beritau dia aku kat pekan..tengah cari parking..Dia cakap sebab tu,,dia suka naik motor keluar ke pekan..Boleh berlagak sikit dengan orang2 naik kereta..Dah adik2 nak ikut kena naik kereta le..Actually aku nak beli baju,,dah 2 minggu tak beli baju..Malangnya takde yang berkenan di hati..Aku beli 2 helai tudung..Harap2 Mama nak keluar esok..Nak beli baju gak.Dia text aku sampai pukul 1 lebih.
Ahad..Yeayy,,aku berjaya pujuk Mama keluar hari ni..Tapi tak ada parking,,kena parking jauh.Hari ni aku beli sehelai baju dan sehelai tudung,,warna senada.Puas hati sangat..Baju tu cantik..Balik rumah sambung buat assignment..Petang ni nak balik,,malasnya..Esok kena hantar Jurnal..Tak sabar nak tunggu cuti Tahun Baru Cina..Boleh duduk kat rumah lama sikit..Kawan2 sekolah nak buat reunion..Seronok jugak dapat jumpa,,dah lama tak jumpa dia orang..Rindunya..Kawan masa aku sekolah rendah dulu,,ajak keluar jugak..Hmm,,tak sabar nak jumpa dia org.
Hari ni S,,balik kampung,,pukul 6 baru free,,cadangnya nak tukar jam petang ni..Itu pun kalau sempat..Kalau tak minggu depan lah..Malasnya nak packing ni..Kena balik jugak..Aduyai..malas..Tak nak balik..Final exam dah dekat..Takutnya..Aku kena tumpukan sepenuh perhatian pada study..Mudah2 Allah permudahkan segalanya..








No comments:

Post a Comment