Monday 18 February 2013

KELUAR DENGAN MR S SEBELUM BALIK SERI ISKANDAR

Assignment,,dah hampir siap,,buat sampai pukul 2.45 pagi Ahad 17 Febuari 2013..Letih dan mengantuk..Selepas solat subuh,,sambung buat assignment..Hari ni nak balik Seri Iskandar..Hmmm..Abah,,Mama tak nak balik boleh..Dah cuti banyak hari..rasa malas nak balik..
Sarapan,,kemas rumah,,jemur kain..Apalagi,,mengadap lappy..online,,buka FB dan Twitter..Chatting..Tetiba teringat pulak kat sorang PAKCIK ni..Malam tadi aku tweet dengan dia..Aku janji nak belanja dia..Susah betul  dengan dia ni ,,dia tak pernah bagi peluang aku belanja dia..Kalau keluar asyik dia je yang nak belanja..Aku text dia,,katanya dia kat kampung,,tengah bercucuk tanam..Rajinnya PAKCIK..Susah nak cari orang macam ni..Ini bukan ayat BODEK tau,, tapi PERLI..Hahaha..Dia kata aku tak mandi lagi,,aku ni jenis bangun tidur je,,terus mandi..Siap kata aku kambing lagi..Dapat gelaran baru hari ni..Sesedap mulut anda berkata-kata dan sesuka hati je bagi gelaran kat orang..
Aku tanya dia nak keluar tak hari ni..Kebetulan aku nak keluar,,nak beli barang..Dia ajak aku keluar pukul 2 lebih,,sedangkan dah pukul 2.45 ptg dan dia OTW balik dari kampung..Aku ajak dia keluar pukul 4.30ptg,,dia tak nak..Nak keluar awal...Suruh aku bawak helmet,,macam le aku ni tak kenal kau..Kau nak bawa anak dara orang dengan motor..Tak mungkin..
Mandi,,solat kemudian aku bersiap,,tengah pakai tudung dia text beritau dah sampai..Alamak,,aku tak siap lagi,,dah lah tudung ni buat hal susah nak pakai..Nak pakai tudung lain,,dah packing dalam beg..Yang lagi satu ni ada kuntuman bunga kat kepala..Sahih aku kena tekan dan kena perli..So terpaksa jugak pakai tudung tu,, S pulak dah sampai dan tunggu kat luar pagar..Duduk dalam kereta....
kena tunggu aku siap,,biasa le tu rutin setiap kali nak keluar,,tapi alamatnya,,membebel lagi le PAKCIK ni..Nak buat macamana.. Dengar jelah..Aku masuk kereta,,dia tegur aku pakai sabun apa,,shampoo apa..WANGI..Haishh,,tadi kata aku busuk,,tak mandi,, beri gelaran kambing lagi..Aku pakai perfume lah..Aku baru tukar perfume,,dah boring dengan yang lama so,,beli yang baru..Mama dan adik2 aku kata tak wangi,,yang selalu aku pakai tu lagi wangi coz baunya lembut yang ni bau agak kuat..Thanks sebab puji aku,,bukan senang nak dapat pujian dari anda..
Dia tanya aku nak makan kat mana,,aku ikut je..Kebetulan tengah lapar,,tak sempat nak makan.Dari dalam kereta dia kenakan aku,,bahan aku,,usik aku sampai time order makanan aku kena bahan..Alamak malunya aku dengan kakak tu..Tapi yang bestnya kakak tu sokong aku..Hahaha padan muka kau..Ada juga orang simpati dengan aku..Lepas tu dia kenakan kakak tu balik..Entah apa2.Perangai dia lain macam hari ni..Terlebih happy tapi mengantuk..Sampai mata kuyu..Aku perhati muka dia,,sambil berfikir "kenapalah mamat ni jadi macam ni,,perangai pelik dah tu mengantuk..ketara sangat"Dia boleh bising dengan aku dah tu mula le perasan..Huuhh, ini memang perangai yang tak pernah berubah dari zaman sekolah..SUKA PERASAN.Boleh dia kata.."Aku tau le aku handsome hari ni,,pakai baju oren yang kau asyik pandang aku kenapa?"Huh malas aku nak layan..Kalau aku layan lagi menjadi PERASANnya tu..
Lepas tu bising cari telefon ,,muda2 dah nyanyuk..Pada hal dia tak bawak turun pun dari kereta..Dia gi ambil telefon kat dalam kereta..Boleh dia call aku,,dan kenakan aku lagi,,padahal aku duduk kat depan dia..Haishh sabar je lah,,and then masuk dengan muka selamba,,muka tak de perasaan dan muka tak bersalah..Bengang gila aku dengan dia hari ni..Rasa macam nak tumbuk je..
Dia tanya aku lepas ni nak gi mana..Aku ajak dia temankan aku beli barang,,jalan dengan dia  memang seronok..Siapa lagi yang boleh ganti tempat dia jadi,,Mak Jemah yang selalu pot pet2 kat aku,,sikap dia tu yang selalu buat aku teringat kat dia.Kadang2 lucu..Dia selalu buat aku tersenyum dan tergelak dengan gelagat dia..Siap kira lagi berapa lama aku gelak..Sengal betul..Kadang2 buat aku geram,,rasa macam nak tumbuk2 dan cubit2 je..Memang wajib kena lah pun..Dia jugak suka tumbuk dan cubit aku..Lepas tu kata aku buli dia,,banyak cantik..
Tetiba,,dia mengimbau kenangan di sekolah dulu..Banyak kenangan yang sukar di lupakan terutama kenangan di PS..Kenangan bersama KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER YANG POYO LAGI KUAT PERASAN..Sampai sekarang perangai dia tetap sama..Entah bila nak berubah aku pun tak tahu,,tahun ni dah 21tahun..Hopefully ada perubahan..Tapi dia sedar perubahan pada diri aku..Haha,,aku boleh berubah?..kadang2 aku sendiri tak percaya..Tapi berubah kearah yang lebih baik dan positifkan bagus..
Dia  jugak bising pasal aku suka makan ais,,hahaha..benda tu aku tak boleh nak tinggalkan..Bila tengok ais je mesti nak makan..Nak buat macamana..Ada je yang nak di bahannya..Sabar jelah..
On The Way,,balik hujan turun,,lebat sampai tak nampak jalan..Dah lah S bawak kereta menyelap,,macam tak ingat dunia dah tu tak reti nak sabar pulak..Ada jalan dekat nak memusing ikut jauh..Sampai rumah aku,,dia turun buka pintu pagar,,tapi berkunci..Hmmm kena tekan lagi le aku..Katanya aku tak bagitau abah,,aku keluar dengan dia sebab tu abah kunci pagar..Padahalnya tarik je..bukan kunci pun..Dia payungkan aku..walaupun berpayung tetap basah..Thanks..sebab payungkan aku,,temankan aku,,bahan aku dan tekan aku..Tumbuk jugak cubit aku..Thanks jugak sebab belanja aku..Nampaknya kali ni dia jugak belanja aku..Bila aku boleh belanja dia,, aku pun tak tahu..Abah berdiri kat pintu,,tengok S payungkan aku..Pelawa S masuk,,S bagi alasan hujan..Lepas S balik abah cakap dengan aku"amboi bukan main lagi korang ye"..berpayung2 bagai..Dah hujan lebat,,dah tu kereta S letak kat luar pagar makanya dia kena payungkan aku sampai ke pintu lah..
Masuk dalam..aku buka Twitter..Tengah tweet dengan dia,,Nazim classmate aku mencelah,,alamak bakal kena bahan lah aku kat kelas..Confirm nama S akan popular kat kelas aku..Dia orang punya perangai aku cukup masak dah..Mesti ada yang akan jadi STALKER.Apa2 jelah seperti biasa pekakkan telinga je..
Buat S terimkasih banyak2,,belanja aku jugak sepanjang cuti ni selalu temankan aku keluar,,aku happy sangat..terutama Muhammad Sofian Shaimi yang tadi..sweet dan overrr..Thank you so much..Sorry kalau terasa dengan aku tadi..Tapi seronok sangat tengok gelagat anda hari ni..



No comments:

Post a Comment