Sunday 2 June 2013

HARI YANG SERBA TAK KENA..

Hari ni Ahad 2 Jun 2013..seharian mengadap lappy,,di sebabkan plan nak keluar dengan member2 tak menjadi coz Syairah kena balik K.Kangsar..Kononnya nak edit blog,,tapi tak tau apa yang jadi dengan blog aku..Hari ni serba tak kena..tab dan fon buat hal,,lappy pun dah hampir2 nazak..Please,,jangan buat hal dah lah lagi 6 hari nak balik kolej dan aku sangat-sangat memerlukan semua tu,,dah lah kat kolej tu line maxis lembab,,internet lagi la,,lebih slow dari siput..Member2 yang whatsapp,,wechat aku nanti..kalau aku tak balas..sorry ye..pada yang ada no fon aku just text aku la kalau aku tak on wechat,,whatsapp dan line..Untuk yang tak de no fon aku,,tak dapat la aku nak menolong..bukan apa no fon aku ni,,mahal sikit bukan semua orang boleh dapat..


Letih mengadap lappy..edit blog tapi hasilnya mengecewakan,,nasib baik ada adik yang sama2 menolong..TQ Illa..kena bodek sikit adik aku ni..Orang ajak keluar tak nak..Padan muka kena tolong edit blog aku..Bitah whatsapp aku,,aku tengah pening makanya jenuh la Bita menunggu balasan dari aku..Kononnya nak tukar blog skin tapi banyak warna PINK,,alamak warna yang paling aku ellergic..Aku tak suka warna pink..Jenuh mencari merata,,ada yang cantik tapi entri yang telah di post tak boleh masuk..Bab mengedit ni memang boleh buat aku TENSION,,serabut betul..Kalau rajin esok aku sambung,,kalau tak tunggu cuti sem depan lah..Korang jangan gelak tengok blog aku yang berserabut ni..


Sampai azan Maghrib berkumandang baru offline,,kalau tak alamatnya kena marah dengan parents aku la..Lepas solat abah ajak gi makan kat luar,,abah tanya nak makan ABC tak??..Alhamdulillah,,baru petang tadi je aku ajak Illa pergi makan ABC tapi dia tak nak..Malam ni aku dapat makan tapi kat T.Intan ni susah nak cari yang betul2 sedap..Walau apapun aku bersyukur,,kalau di fikirkan balik apa yang aku nak mesti aku dapat dari kecil sampai sekarang betapa bertuahnya aku..Tapi tak semualah,,ada yang aku inginkan tak dapat..Huhuhu sedih,,kenapa ye??kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..Sebagai hambaNya aku pasrah dan akan terus berdoa agar impian menjadi kenyataan,,mudah-mudahan Allah memakbulkan segalanya..


Time makan ada mention pasal nak bawak kereta ke Seri Iskandar,,abah kejap boleh..kejap lagi tak..Boleh lah abah,,kereta hitam tu..Ada ke abah suruh aku bawa kereta kuning yang dah bertahun tak bergerak..emmm tak naklah..Along nak kereta hitam tu..Aku tau kalau aku bodek mesti dapat punya..cuma nak parking tu masalah sikit cos tempat parking terhad..abah suruh aku bawa skuter,,ni yang malas ni mini skuter Yasmin yang abah aku suruh bawak..Tak nak aku,,bakal jadi perhatianlah  aku nanti cos skuter tu unik lain dari yang lain..Member-member sekolah aku kalau datang rumah mesti teruja tengok mini skuter tu terutama Fareed..Abah,,kalau skuter merah tu ok jugak..boleh tak??..


Balik rumah sambung whatsapp dengan Bitah,,excited sungguh Bitah,,dah packing barang..aku pulak,,apapun aku tak buat lagi..Rileks la akak banyak hari lagi..Tak sabar kau nak duduk kat Sg Petani..Aku dulu masa sekolah kat sana rasa janggal sangat cos hari Ahad kena sekolah,,langsung tak seronok..Masa tu aku selalu fikir kenapalah aku tak sekolah di Perak je..Kau tau Bitah,,Sg Petani tu tempat kelahiran aku dan adik aku Nabila..Masa tu parents aku duduk kat Taman Ria dan office abah aku kat depan Parkson S.P..


Dah lama tak balik sana,,Abah kata nak balik cuti ni,,nak kemas rumah..tapi abah banyak kerja..Nampak gayanya tahun ni kena kemas rumah dalam bulan puasa jugaklah (lagi 1 hari nak raya)..Huhuhu,,letihlah abah dahlah rumah tu besar,,kat atas,,bawah,,luar dan dalam..Alamatnya orang sambut raya kami keletihan kerana mencuci dan mengemas rumah..Kebetulan balik sana raya Aidilfitri dulu je dan dah hampir setahun tak balik..Boleh di bayangkan macamana berhabuknya..Aaahh tidak,,tak sanggup aku..Opss,,hehe Bitah dan Nazim kan ada..boleh la minta dia orang tolong,,bolehkan??..Nazim,,belanja aku dan Bita pergi The Carnival,,tak pun gi Penang makan kat Padang Kota,,ajak Abdillah dan Fazreen sekali..Oh yea,,Fazreen dapat Rm 1500 tu belanja2 le aku sama..kau kan rindu aku..Ijat jugakkan whatsapp cakap rindu aku..nanti kita lepak down town yea,,ajak awek kau sekali..


Tengah whatsapp dengan Bitah,,Fazreen wechat,,tengah2 malam buta kenakan aku mamat ni..Eh eh ada orang rindu nak dengar suara kita lah dia marah aku typing,,dia nak dengar suara aku..Turun Teluk Intan lah bro..baru boleh BORAK PANJANG-PANJANG kat wechat tak clearlah,,seriously suara kau lain sangat..duit PT kan dah dapat,,aku ni lain lah harapkan parents je..Apapun thanks Fazreen cos rajin bertanya khabar..Fazreen ni jenis tak lupa dan ambil berat tentang member-member walaupun ada awek..Fazreen bising dengan aku tak on wechat,,bukan tak naklah tapi fon jugak tab aku buat hal..Dan buat member-member yang bising dengan aku sebab aku tak contact dia orang..Bukan aku tak nak contact tapi aku takut ganggu korang mana tau time tu korang busy,,sebab tu aku tunggu korang yang contact aku dulu..In Shaa Allah aku akan balas punya..





No comments:

Post a Comment