Saturday 1 June 2013

TANDA TANYA DAN PERSOALAN DARI MEMBER2 BUAT AKU GARU KEPALA..

Usai solat Subuh aku sambung tidur balik,,baru beberapa minit lelap..terdengar fon berbunyi,,siapa pulaklah yang call aku pepagi buta ni??..Dengan mata yang tak berapa boleh nak buka,,aku meraba mencari fon..Bella rupanya,,mesti ada hal ni dia call aku pepagi Jumaat ni..Bella ajak aku temankan dia keluar,,nak beli barang untuk bawa balik ke Seri Iskandar..Fulamak semangatnya member aku yang sorang ni..Ada 8 hari lagi kut..Dah tak sabar nak balik ke kolej ke??..Lain macam je kawan aku ni,,ceria dan gembira je nada suaranya..Ini mesti ada apa2 ni..Kita dah lama berkawanlah sis dan aku dah masak sangat dengan perangai dan sikap kau..Kau tak boleh nak tipu aku..Sejak tadika,,kami sama belajar kat Pasti Al Hidayah sampailah ke alam persekolahan dan sampai kami menuntut di U,, kami tetap satu kampus cuma fakulti lain-lain dan kolej kami pulak berjauhan..Hanya sekali sekala berjumpa..

Sambil menunggu nak keluar dengan Bella,,aku kemas rumah,,jemur kain dan online,,selepas zohor,,makan dan sambung mengadap tab..Cousin aku Atiqah inbox cerita masalah dia..Sebagai kakak 
dan kebetulan dia jugak anak sulung..aku selalu jadi penasihat dia..dia banyak share problemnya dengan aku..Hati2 ye Tikah dan jangan layan sangat dengan orang yang kacau Tikah tu dan study hard untuk UPSR..

Bella datang rumah aku hampir pukul 4 ptg,,aku tengah gosok tudung,,so Bella kena tunggu aku..Mama  cakap dengan aku "nak keluar dengan siapa pun,,mesti orang yang kena tunggu kamu".."Alaa mama,,tadi Bella janji pukul 4ptg,,dah dia sampai awal"..Jawapan yang aku beri kat mama,,Aku tau Bella takkan membebel dengan aku..Tapi kalau dengan Pian,,hahaha..Lama dah tak dengar bebelan Mak Jemah ni...rindu pulak nak dengar leteran dan bebelan dia..Tapi kalau aku jumpa dia,,memang teruk aku kena drop punya,,tambahan dia tengah banyak point untuk membahan aku..

Time dalam kereta Bella kata ada surprise kat kampus nanti,,sebelum tu cerita pasal bf dia Iwan,,hmmm aku dah boleh agak dah apa dia..sebab tulah ceria je dan tak sabar nak balik Seri Iskandar..Tekaan aku pasti tepat..Pasal IWANkan..Sis,,kau tu tak reti nak membohong dan tak boleh nak tipu aku..Kan aku dah kata,,tekaan aku memang betul,,Iwan dapat study kat Uitm Seri Iskandar satu fakulti dengan Bella tapi course lain..Untung la,,jangan lupa kat aku sudah..nampaknya berkepit dan outing dengan Iwan la cik Bella lepas ni,,jangan2 weekend pun tak balik T.Intan..
Lepas tu Bella mula bertanya tentang aku,,Haa rupa-rupanya Syairah suruh Bella risik-risik dari aku tentang seseorang yang kononnya aku ada relay dengan DIA tu..Ini tak boleh jadi ni,,mana ada,,aku cakap jujur,,sejujur-jujurnya..Aku memang tak ada apa2 dengan Dia tu..Syairah tu memandai je,,kononnya dia suspek aku ada relay dengan mamat tu dan aku rahsiakan dari dia orang semua..Dah puas aku cerita hal yang sebenarnya..Mana ada apa-apa,,kita orang kawan je..

Teman Bella membeli barang2,,terjumpa Ira..katanya Ahad dia cuti so plan untuk berkumpul ramai2..Nampaknya impian aku untuk lepak bersama dia orang semua tercapai..Harap2 Syaza ada sama..Susah sangat sekarang ni nak jumpa dan berkumpul macam masa sekolah dulu2..RINDU sangat dengan suasana masa sekolah dulu..

Otw balik,,kita orang pergi rumah Syairah..Sembang punya sembang dengan macam2 cerita sampĂ i la cerita Bella dengan Iwan..Bahagia sungguh Bella sekarang ni..Tiba-tiba Syairah bertanya kat aku "Fara,,kau dengan dia macamana??"Blurrr sebentar aku..berkerut kening aku memandang Syairah sambil menggaru kepala walaupun kepala aku ni tak gatal..Lama aku terdiam..Sebenarnya aku tak tau dan tak faham apa yang di maksudkan Syairah..

Akhirnya aku bersuara,,"Apa maksud kau??"..Jawab Syairah"DIA tu la,,----''..Tergamam aku bila Syairah sebut nama orang yang di maksudkannya..Aku pandang tepat ke dalam mata Syairah,,aku tau dia memang benar-benar nak tau dan dia benar-benar yakin yang aku dengan orang yang dia maksudkan tu ada SESUATU..Tanpa berkata apa-apa,,aku cuma menggelengkan kepala..

Syairah tak puashati dengan jawapan dari aku,,Ya Allah..selama aku kenal korang pernah ke aku tipu korang,,segalanya aku cerita kat korangkan..Semuanya korang tau,,kan kita semua dah janji takkan ada RAHSIA antara kita..Habis tu kenapa yang korang tak percaya dengan aku kali ni..Apa yang aku dah buat sampai member2 aku tak percaya cakap aku..

"Tu yang korang berkomen-komen kat wall tu dan ayat yang DIA tu komen menggambarkan korang ada SESUATU"..akhirnya Syairah meluahkan apa yang bermain di fikirannya..Bertambah BLUR aku..Termenung aku memikirkan komen yang mana pulak..Punyalah ramai orang yang komen kat wall aku,,kenapa mamat tu pulak yang dia nampak..Aku diam je dan cuba menukar topik perbualan walaupun aku nampak riak muka Syairah yang masih tak puashati dengan aku..

Sampai rumah dah hampir Maghrib,,lepas solat,,makan kemudian online..Pertanyaan dan kesungguhan Syairah bertanya pada aku tadi masih bermain di fikiran..Kenapa dia MERAGUI aku??Aku buka FB,, cari komen yang di perkatakan Syairah..Tetiba teringat,,masa keluar pergi ambil sijil SPM dulu and then pergi lepak McD,,Ana,,Syairah,,Akim,,Ipin,,Arul dan Pejey pun ada bertanya soalan yang sama..Aku cuma senyum je tanpa memberikan sebarang jawapan..Bila dia orang nak bertanyakan soalan sama lagi,,aku tukar topik..Pelik..apa sebenarnya yang dia orang fikir..Alamak,,aku ingat anak Pak Gadut sorang je yang fikir macam tu..Rupanya korang pun sama dengan dia..

Puas mencari akhirnya aku terjumpa sesuatu..Haaa mungkin ini yang di maksudkan oleh Syairah..Memang dia ada komen,,pasal jeles kat gambar yang kau tag tu ke Syairah??Masya Allah yang kau pergi percaya dengan komen dia tu pasai apa..kau kenal dia tukan,,dia main2 je lah..Jeles dengan diri dia sendiri..Aku tak ambil kisah dan tak ambil serius langsung dengan komen dia tu..Dia yang aku kenal tak pernah nak serius dalam segala hal.Sering mengusik dan membahan aku..Dia saja mengusik je lah tak de apa2 maksud yang lain,,so jangan salah sangka..

Tolong la jangan ambil serius dengan apa yang dia komen dan cuba kau baca betul-betul komen dia tu,,kau yang mulakan..Kau yang kata dia tetap kat hati akukan sebab tulah dia komen macam tu..Kan di mention yang aku ni tak de perasaan dan brutal,,kat situ kau boleh faham apa yang dimaksudkannya..Jangan buat spekulasi,,aku berkata benar dan tak simpan apa2 rahsia dari korang..Gambar tu kau tag kat Ipin,,Akim,,Arul,,Pejey jugak Ana..Patut lah semua berfikir tentang benda yang sama..Takkan kerana komen tu kut..sampai  korang anggap aku dan dia ada relay..Menggarut..

Sis,,aku dengan dia yang kau maksudkan tu hanya kawan jelah..Aku ni pada dia gangster,,brutal dan macam2 gelaran yang di baginya..Jangan salah anggap pulak,,aku ni serba kekurangan kalau di bandingkan dengan dia,,dia pandai dan aku tak..Huhuhu,,takut aku bila memikirkan spekulasi tentang aku dengan dia tu..Kalau tak percaya cakap aku pergi la tanya kat dia..Tapi jangan sampai dia salah anggap dengan aku pulak..

Dan untuk DIA yang Syairah maksudkan tu..Aku rasa kau tau orang yang Syairah dan member2 aku yang lain maksudkan tu adalah kau..Kalau dia orang tanya pandai2 la jawab dan jangan cerita kesemua rentetan peristiwa yang berlaku antara kita,,biar ianya menjadi RAHSIA KITA BERDUA..Actually aku tak cerita apa2 pun kat dia orang..Nanti cerita ni akan jadi lebih panjang dan tak de kesudahannya..Walaupun aku tau dia orang akan terus bertanya dan terus tekan aku..Dan mungkin dia orang akan tanya kat kau pulak..Terutama Syairah..Dia memang tak puashati dengan jawapan yang aku beri..Jangan risau dia orang tu tak de link blog aku ni..So apa yang aku tulis kat blog ni dia orang tak tau..

Aku harap semua member2 yang ingat aku ada relay dengan dia tu berpuashati dengan apa yang aku dah ceritakan..Aku tak simpan apa2 rahsia,,actually aku hormat kat dia tu dan macamana aku sayangkan persahabatan aku dengan korang dengan dia jugak sama..Syairah,,seperti yang kau cakap kat aku yang kau rasa dia tu baik,,memang dia baik..baik sangat dan tak pernah marah.. Aku percayakan dia..Mungkin ada perkara yang aku tak cerita dengan korang,,aku mengaku,,tapi aku dan dia hanya kawan..Ini memang benar,,usah di ragu..

Bila aku cakap hanya kawan,,ada yang kata "why not kau couple dengan dia je,,nanti aku tolong cakap kat dia,,kawankan boleh bertukar jadi kekasih"..Dah hilang akal apa aku ni perempuan,,perigi tak mencari timba..Buat malu je,,korang jangan buat sampai dia salah anggap dengan aku..Dan tak pasal-pasal aku kena serang dengan gf dia pulak..Weyhh,,aku dah kena sekali cukuplah tak nak aku cari PENYAKIT lagi..Oh ya,,untuk pengetahuan korang aku ni belum pun 19 tahun so tak perlu la korang bimbangkan aku dan jadi MATCHMAKER pulak..Tolonglah jangan cakap tentang couple2 ni kat dia,,nanti dia anggap aku ni apa pulak..Buatnya dia kata aku perasan dan terhegeh-hegeh..Malu la aku..

Untuk anda yang berkenaan,,tolong la simpan dan rahsiakan KISAH KITA tu dari pengetahuan dia orang..Please,,bolehkan..aku tak nak jadi kecoh dan nanti kau tak selesa..Aku tak kisah dah biasa kena tekan dengan dia orang,,tapi kau lah..Sanggup ke nak mendengar usikan dia orang tu..Bukan tak tau dia orang tu macamana..Dan aku tak nak nanti gf kau tau dan salah sangka pulak..Aku tak apa tak de siapapun yang akan marah..

Actually aku suka berkawan dengan kau sebab kau matang,,cool dan jadi diri kau sendiri tanpa perlu cover-cover..Tapi tolong jangan salah anggap dengan coretan ni,,aku tulis ni cuma nak kongsi apa yang  member-member aku luahkan pada aku dan aku tak mention nama kau pun dan aku tau..kau tentu tau orang yang member-member aku maksudkan tu siapa..Aku minta maaf seandainya salah tanggapan dia orang tu buat kau tak selesa..Dan kalau selepas ni kau nak jauhkan diri dari aku..Aku terima..Aku minta maaf ye..Aku tau aku banyak buat salah dengan kau..Dengan perangai aku yang gangster ni dan selalu menyakitkan hati kau..Selalu cari pasal dengan kau..

Tak sabar nak tunggu esok,,nak jumpa korang dan lepak ramai2..Selepas ni dah tentu semua sibuk dengan assigment dan Bella dengan buah hatinya..Syairah,,ehm ehm..Hahaha.. hanya kita2 je yang taukan..Ana dengan Bakri,,Syaza dengan Mr I dan aku biarlah masa dan keadaan yang menentukan..Jodoh tukan rahsia Allah..In Shaa Allah ada nanti cuma aku minta korang doa yang terbaik untuk aku..








No comments:

Post a Comment