Thursday 27 June 2013

CABARAN SEMESTER BARU

Aku bertolak ke Seri Iskandar pada pukul 11.00 pagi..seperti yang dijanjikan dengan Kilah..Awal lagi ni..sempat makan tengahari di Seri Iskandar..boleh tahan sedapnya nasi ayam..Alhamdulillah kenyang,,call Kilah dan Kak Mira tanya dia orang kat mana..hmm dia orang lambat lagi nak sampai so aku buat keputusan   terus masuk ke UiTM dan daftar..Mama tanya kat abang senior tu..tentang dorm..Memang mengejutkan aku bila abang2 senior tu cakap kena kongsi dengan 20 orang..Mak aik ramainya..
Abang senior beritau dorm dah penuh sebab intake kali ni dah terlebih ramai so aku dan kawan2 jadi mangsa..huhuhu sedihnya..

Berbagai macam benda terlintas di fikiran aku,,macamana nak study?,,macamana nak buat assignment,,segala pergerakan mesti terbatas,,mesti kena mengadap macam2 kerenah..Bayangkan dah 20 orang dalam satu bilik..Sampai bilik..hanya ada 3 katil je lagi yang kosong..aku ambil katil yang betul2 kat kipas..Kalau aku duduk boleh kena kepala,,almaklumlah katil aku ni tingkat atas..Tengok keadaan bilik memang menyedihkan.."Abah..along nak balik.."dengan selamba aku merengek dengan abah..Abah suruh aku bersabar..Mama pulak cakap anggap semua ni cabaran dalam menimba ilmu pengetahuan dan buktikan aku mampu mengatasinya dan berjaya mengejar cita2 dan impian..hmm satu sem kut kena duduk dalam keadaan begini..

Sedihnya aku dengan situasi begini..mujurlah aku dapat satu bilik dengan member2 yang aku kenal..Kilah,,Kak Mira jugak Aliya ada bersama dengan aku..Itu membuatkan aku sedikit gembira..Lepak kat luar sementara menunggu Kak Mira dan Kilah pergi makan..Parents dan adik2 terpaksa tunggu aku atas permintaan aku,,sambil tu aku duduk atas ribaan mama..ramai yang memerhati aku,,aku buat selamba je,,korang mesti tak pernah buatkan..Jangan jeles.."Amboi manjanya dia.." tegur sorang pakcik.. "Anak bongsu ke?.." pakcik tu tanya kat abah..Abah jawab anak sulung..Aku pun tak tau kenapa semua orang hairan bila tengok kemanjaan aku dengan parents..Anak2 dia orang tak manja ke?atau aku ni yang terlebih manja..

Abah dah tak sabar nak balik,,puas aku pujuk suruh tunggu sampai Kak Mira dan Kilah selesai makan..Puas  jugak aku pujuk abah nak ikut balik..tapi tak berjaya..Mama pulak cakap kalau balik..Esok naik bas balik ke sini..Alamak naya lah aku..And then mama suruh aku lepak dengan Yanie kat atas..ahhh malasnya aku nak memanjat tangga ke tingkat 3..Akhirnya aku mengalah,,salam dan cium tangan dan pipi abah serta mama dengan muka minta simpati..Nabila dengan selamba perli aku "hey dude..tak nangis ke kamu"..eleh banyak bunyi pulak minah ni..tak main le nanggis2..Tapi kita tunggu time kamu nanti..alaa tak lama lagi..tahun depankan..tak berapa bulan je lagi..Jaga baik2 kamu..Pasti banjir punya..Dapat tawaran sekolah kat Gerik pun tak nak pergi..rugi je..duduk asramalah best..

Tengah sedap termenung kat kerusi kat luar..fon berbunyi..hmm dari UiTM Shah Alam..aku cerita tentang apa yang aku lalui hari ni kongsi bilik dengan 20 orang..boleh dia cakap aku ni memilih and then cerita dia dapat apartment 2 bilik dan 2 bilik air..Untung lah orang kat sana..Pian ni bukan nak simpati dengan aku,, lagi seronok mengusik siap suruh aku balik duduk rumah kalau nak selesa..Cik Abang oyt..awak tu patut bersyukur yea dapat duduk dengan selesa..cuba letak diri kau di tempat aku sekarang ni..agaknya penuh TL dengan tweet tak puashati kau tu..member tumpang bilik pun bersunggut takde privacy la bagainya..kalau dah padat macam ni langsung takde privacy la cik abang ooi..kesian dan simpati la sikit kat aku ni..merajuk dan menyentap dengan kau,,Pian..

Sampai ke petang masih ada lagi yang masuk,,dah lebih dari 20 orang dah ni..betul2 dah jadi macam sardin,,padat dan penuh..Rasanya asrama kat sekolah pun lebih selesa..tak sangka kat U aku alami pengalaman sebegini..Malam lepak dengan member2 kat down town..Aku pakai t-shirt merah kesayangan aku..baju yang abah baru beli kat aku,,ramai yang puji,,alamak terperasan sebentar..bila dah berkumpul ramai2 ni mulalah mengusik..Apa yang pasti ada perubahan dengan seorang  member baik kita orang..apa sudah jadi bro?..sem lepas dengan sem ni jauh bezanya..Kita masih perlukan kawan walaupun dah punya kekasih hati..Kita semua dah lama kenal dan rapat baru kau kenal sidiakan..Yanie agak tak puashati dengan apa yang terjadi,,aku jugak begitu dan member2 yang lain jugak..cuma rileks la kan  kita kena sedar siapalah kita semua ni..Harapan aku moga kau dan sidia tu bahagia..

Malam ni tak ramai penghuni bilik cos ramai yang balik selepas mendaftar,,esokkan Ahad..time nak tidur ramai yang ingatkan aku tentang kipas kat atas kepala aku..thanks sebab ramai yang caring..

Bangun solat subuh,,kemudian sambung tidur sebab tak tau nak buat apa..hari ni Ahad so apalagi tidurlah....
Keluar dengan member2,,boringnya..Seri Iskandar takde tempat yang menarik..terjumpa member baik aku Bella dengan bf dia..dah 2 sem aku kat sini tak pernah sekali pun aku dan Bella keluar bersama asyik sibuk je..Tertouching pulak aku tetiba..terus whatsapp uda (Syairah)..Huhuhu sedih..Moga kau bahagia yea sis..dah satu kampus ni..pergerakan kau agak terbatas la kan..almaklumlah ada yang memerhati,,jangan jadi punca gaduh sudah..kena bertolak ansur ok..





No comments:

Post a Comment