Tuesday 25 June 2013

JUMPA MEMBER-MEMBER LAMA..

Abah masih tak puas hati dengan kasut yang aku beli..asyik bercakap tentang kasut tu..Akhirnya aku cakap dengan abah nanti raya aku beli kasut yang boleh puaskan hati abah..Kenapa tak beli sekarang?? Abah tanya kat aku,,aku cakap dengan abah kalau beli sekarang alamatnya raya ni aku takde kasut barulah,,"Hmm ..cerdik"..kata abah sambil berlalu..Mestilah cerdik,,abahkan banyak koleksi kasut so anak dia kena banyak jugak lah baru adil..


Lepas solat subuh..aku iron baju hari ni ada hal yang nak di uruskan,,abah teman aku hari ni,,dalam kereta abah tanya dah sarapan ke??..aku jawab "belum"..abah bawak aku pergi makan kat B.Baru..Masuk kedai je semua mata memandang aku..alamak malunya aku jadi perhatian..Kebetulan aku pakai baju kurung nampak ayu dan cute lah tu (perasan sebentar)..rupanya member-member baik abah banyak sarapan kat situ termasuk Pakcik Azhar (YB) bapa Ariff(member kelas adik aku merangkap musuh ketat adik aku Illa)..Ermm,,ramai yang bertanya kat abah "Siapa ni..puteri ke??"..Abah jawab"puteri sulung".."Oh,,yang kat UiTM Seri Iskandar tu yea" sahut makcik tuan punya restoran tu.. Aku cuma tersenyum dan terpandang kat sorang lelaki yang asyik senyum2 dan tak berkelip memandang aku sejak aku melangkah masuk restoran tu..makcik tu datang kat aku,,cakap ada orang nak kenal,,anak angkat dia..Amboi,,bukan main lagi..Tak nak aku..Abah cuma senyum je..tak boleh nak kata apa..Anak sulung abah nikan cute dan comel sebab tulah ramai peminat..Hahaha..


Selesai sarapan (actually..sedap roti canai) aku dan abah gi selesaikan urusan mana yang patut,,terserempak lagi dengan Pakcik Azhar (YB) abah menyembang dengan dia..Dia orang member baik walaupun abah tu sokong parti yang lain..Jangan kerana politik putus kawan..Hijau ke biru ke..berkawan dan baik dengan semua orang..dan jangan bermusuhan kerana berbeza idealogi politik..Itu prinsip yang parents aku pegang..


Aku duduk jauh sikit dari abah kononnya bagi peluang kat abah menyembang dengan kawan-kawan dia..Tetiba fon berbunyi..dahlah kat situ ramai orang,,lupa nak buat silent mode.."CANTIK DAN CUTE la kau.." Melilau mata aku mencari kelibat penghantar mesej tu..akhirnya nampak,,dia ada kat depan aku..Amboi kau Deban Prasad,,ingat lagi kau dekat aku..Bersungguh-sungguh Deban memuji aku..kemudian tanyakan abah aku..Actually Deban Prasad ni member yang aku kenal sejak kecil,,dia jugak kenal parents aku..aku jugak kenal dengan parents dia..Dia ni anak manja,,kena tekan dengan Syairah dan Syaza..mula mengadu dengan mak dia..Masa dulu2 lah,,dah lama tak jumpa dia sejak dia berpindah..tapi dia selalu inbox ,,poke dan chatting dengan aku..Kalau korang ingat aku pernah mention pasal Syafik sebelum ni,,Deban dan Syafik tu member..satu kelas kalau tak salah akulah..


Lepas makan tengahari dan solat aku terdengar fon berbunyi,,no 012...nombor sape pulak ni,,berkerut kening aku memikir,,ke dapur..ambil fon lagi satu dan check kutlah ada nombor ni kat dalam fon tu..tapi tak ada..Aku baca balik mesej tu,,"You ni comel,,cute dan lawa pulak tu"..Pada mulanya aku malas nak layan,,tapi aku agak mesti member-member yang kenal aku,,dah tukar nombor lain dan nak kenakan aku so aku tanya la "siapa ni"..Deban rupanya..Aikk sanggup beli nombor maxis untuk text aku..biar betul kau Deban..Sebenarnya aku selalu bising dengan dia sebab dia guna celcom dan kalau nak text aku mesti pakai nombor bapa dia cos bapa dia pakai maxis..Katanya nak belanja aku esok..


Kebetulan esok aku nak keluar dengan member-member sekolah,,so aku ajak dia join sekali..Segan le pulak kata si Deban,,macam-macam Deban ni..Aku cakap dengan dia tak payah nak poyo dan menggedik coz dia orang tu semua dia kenal..


Usai solat Asar,,keluar dengan Nabila nak beli tudung dan beberapa barang keperluan termasuk calculator.Calculator yang aku beli hari tu bukan yang biasa aku guna..so aku kena beli yang lain..Pergi kedai gambar..terserempak dengan sebuah kereta,,macam kenal je..aku perhati driver dia,,oh bukan dia,,lepas tu terpandang penumpang kat sebelah driver..aku terus senyum..bila orang tu perasan aku dia tersenyum bukan main lebar lagi bak kata orang SENYUM SAMPAI KE TELINGA..Haha Syafik dengan abang dia,,dah lama tak jumpa dia..raya dulu je dia datang rumah..


Syafik text aku ajak gi tengok wayang fast and furious 6..terimakasih jelah ye..walaupun dah lama tak tengok wayang tapi dengan Syafik memang tak naklah..Dia pun tau aku mesti tak naknya..dia ajak aku keluar esok lepas Maghrib dia datang ambil dan suruh ajak Nabila adik aku sekali,,sama macam Deban..nak tau kenapa dia orang suruh ajak Illa sekali sebabnya dia orang tau aku takkan keluar berdua dengan dia orang tu..Syafik ingat janji dia nak belanja aku secret receipe hari tu tapi aku tolak ,,sorry ye Syafik..Dah hampir tengah malam dia text katanya esok dia ada program dengan family dia..Fuhh selamat aku,,kalau tak jenuh nak memikirkan alasan untuk tolak pelawaan Syafik..


Pagi Jumaat 7/6/2013..Selepas solat subuh..sambung tidur balik,,ini rutin kat kolej kalau tak de kelas pagi..terbawa-bawa ke rumah..alaa bukan selalu..tengah ralit tetiba dengar fon bunyi jangan kata Bella lagi cos Jumaat lepas Bella yang call pepagi ni..Capai fon,,whatsapp rupanya..sambil angkat kepala sikit dengan mata tak boleh buka..kemudian aku rebahkan balik kepala..Eh eh!!..tak tengok pulak siapa pengirimnya..Alamak..Abe Pian la..sorry lambat balas..mata dok lali lagi tadi..Pian ni tidur balik pe tak sedar aku balas text dia,,jangan terlewat pergi kelas sudah..


Text Bella ajak keluar petang ni tapi sampai kesudah tak de respon..Apa dah jadi sis??aku nak gi rumah Syaera tetiba fon lagi satu berbunyi..nombor yang aku tak kenal..tapi nombor aku yang ni hanya kawan yang rapat je tau..Omar..mana dia dapat nombor aku setahu aku member2 semua text no yang lagi satu..Dia tanya aku pergi tak jumpa member2..Aku cakap la aku pergi..Sampai rumah Syaera aku kena perli dengan dia atas kelewatan aku..Masa kat rumah tadi mama dah tegur pasal aku lewat..


Sorry sis aku gosok baju nak bawa ke Seri Iskandar tadi..itupun baru sempat gosok lima pasang baju kurung dan sehelai tudung..Cadang nak sambung gosok balik kejap lagi..Keluar dengan member2 memang wajib kena tekan..Walaupun tak semua ada..Syaza dah balik Kelantan..


Balik rumah,,mama dah tolong ironkan baju dan tudung aku,,Tqsm mom..sayang mama..Abah ajak makan kat luar malam ni.."Yesss nak abc yea Abah.."Aku bersuara..Abah diam je dan tanya aku "ni dok text dengan sape pulak ni??".."Dengan Pian la Abah"jawab aku dengan selamba,,memang aku tengah whatsapp dengan Pian..Abah diam je mengadap lappy,,tengah pening dengan eFies..Pian dok suruh on whatsapp selalu..memang le selalu on kalau kat rumah..Kat luar tak lah..


Malam ni Pian typo banyak kali siap dia tweet lagi..haha..S3 pun selalu typo ke cik abang ooi..ini yang syok ni boleh membahan abang yang perasan sado ni..kikiki..Debat dengan Pian sampai dia kehabisan idea..Yeahh aku menang lagi..Ini Nur Farah Nadzirah lah banyak idea dan akan menang selalu..Wahai En.Sofian Shaimi..anda kena terima kenyataannya..


Esok nak balik Seri Iskandar..excited sangat nak mulakan sem baru,,lepas ni mesti sibuk dengan assignment yang menimbun dan kena hantar cepat..berjalan jauh ke kelas dan nak mengadap perangai orang yang tak pernah faham melayu..bab ni yang paling aku tak suka..SENGAL..Selalu merubah mood aku..


Untuk Bitah,,Nazim yang bakal ke S.Petani tu..dok sana tu elok2 naaa..Hangpa jangan dok lupa kat aku pulak..Buat Fazreen,, Zul,,Fiza dan Abdillah..Dok elok2 kat Penang naa..Hang pa belajaq elok2 naa..Kalau aku balik sana,,aku pi cari hangpa..Buat semua member2 yang kekal di Seri Iskandar..Tak sabar nak jumpa korang semua..Tadi Kilah text ajak konvoi esok..aku ok je asalkan jangan pagi..Tak nak aku balik sana pepagi buta..


Hopefully dapat satu dorm dengan Kak Mira dan Kilah..Sebenarnya ramai yang text,,nak satu dorm dengan aku..Tetiba ramai peminat,,eh eh aku ni kan,,di tuduh..punya daya penarik untuk tarik perhatian semua orang terutama lelaki..hahaha..nasib baik orang tu dah tak de kat S.Iskandar..Kalau tak berbulu je minah tu tengok aku ..


#coretan ni aku coret malam sebelum aku kembali ke UiTM Seri Iskandar tapi tak sempat nak post..


No comments:

Post a Comment