Monday 1 July 2013

TAK BOLEH PAKAI JEANS KE KELAS..

Hari pertama sem baru..bangun solat subuh kemudian berjalan ke Fakulti Pengurusan Perniagaan,,agak jauh dari Cempaka 2,,blok paling hujung di Kolej Indera Mulia..Aku duduk kat hujung dunia..Jauhnya nak berjalan ke kelas..Dah lah tak lama lagi nak puasa..Suasana di kelas okey..semua aku kenal dan untuk sem ni ada 2 kelas,,kelas A dan kelas aku (kelas B)..

Kelas Madam Rohana..fuyooo,,tak dibenarkan pakai jeans dan kena ikut etika berpakaian yang betul..Ini dah kes naya,,dah lah aku ni banyak jeans,,nasib baik mama paksa aku beli seluar "slack" hari tu..maka terselamatlah aku..Boleh la pakai time kelas Madam,,nampaknya kena bershopping lagi le..Anis,,member aku cakap dia bakal jadi ustazah..Haah kan,,time dengar apa yang diperkatakan oleh madam memang terlintas di fikiran aku bakal jadi ustazah..yang menariknya ada lecturer yang kata kami semua bakal berubah sebelum habis sem ni..aku tersenyum sendiri..terlintas di fikiran "boleh berubah ke aku ni??"Madam ni macam tau2 je apa yang aku fikirkan,,madam kata kena fikir positif..tapi aku teruja jugak nak tengok perubahan yang di katakan..so kena tunggu dan lihat..mudah2an ada perubahan yang positif..In Shaa Allah.

Madam suruh kami semua fikir nak buat survey kat jabatan kerajaan yang mana..madam beri contoh pejabat tanah..aku cuma tersenyum..terbayang di fikiran aku ada yang bakal jadi mangsa aku ni..untuk group aku jangan risau coz aku ada kenal rapat dan baik dengan sorang ketua jabatan di salah sebuah agensi kerajaan kat sini so korang tak payah susah-susah dan peningkan kepala memikirnya..aku jamin apa yang madam nak boleh dapat punya..

En.Muhammad Hazizi Putra..tolong saya boleh..hahaha,,dia la orang yang aku maksudkan..buat member2 satu group dengan aku jangan terkejut tengok aku manja dengan dia..aku jugak boleh tampar,,tumbuk dan cubit dia..best dia tu..apa aku nak mesti dapat..cakap je..dia anak manja,,tersangat manja dengan mak dia tapi aku jugak manja dengan mak dia yang kekadang buat dia jealous dan jadi punca debat..huhuhu rindu tika dan saat tu apatah lagi dah nak puasa..Teringat kenangan berbuka puasa,,bersahur,,terawih dan main bunga api serta mercun bersama dengan dia..Dia la orang yang paling sibuk cari minyak diesel untuk di bubuh ke dalam pelita tika malam tujuh likur..Hopefully tahun ni kenangan tu berulang lagi..dan duit raya jangan lupa yea..

Siapa dia??hahaha..korang nak tau ke..dia handsome,,kacak dan bergaya,,lulusan political science USM..banyak politiknya tapi tak sehebat aku punya politik yang selalu buat dia mengalah..Dia selalu bersunggut dengan aku cos susah sangat nak ajak aku gi lunch.. dah 2 sem aku kat Seri Iskandar tapi tak pernah sekali pun lunch dengan dia..Hmm dah suruh aku jalan kaki dari fakulti dan dia tunggu kat luar memang tak lah jawabnya,,suruh masuk dan ambil aku kat fakulti tak nak,,malas nak jumpa polis bantuan tulah ,,malas nak tinggalkan i.c lah macam-macam..lagipun hari Jumaat je yang aku free sikit..hari lain terkejar2 ada kelas petang..Katanya ada kedai makan kat Bota menghadap sawah,,sedap dan best suasananya berangin..Nampak macam menarik je..Tengok la macamana lepas raya nanti..kalau tak busy boleh la..

Bercerita tentang dia, aku teringat kat emak dia...hmmm rindunya,,rindu dengan masakannya rindu tentang segalanya..Sekarang ni aku sibuk sangat takde masa nak jumpa orang2 yang aku sayang..walaupun rindu kena pendam je la..harap2 puasa ni dapat berkumpul ramai-ramai dan berbuka serta bersahur bersama..jugak solat terawih..bestnya,,tentu korang hairankan siapa la dia tu..Actually dia tu..paksu aku yang aku panggil ACU..adik bongsu mama aku..anak bongsu kepada opah aku manakala aku pulak cucu sulong opah makanya aku ni terlebih manja la dengan semua orang almaklumlah anak sulung,,cucu sulung dan anak saudara sulung..So apa yang aku nak semua boleh dapat dengan mudah..Untungkan jadi Nur Farah Nadzirah ni..

Hari ni kelas aku dah makin bertambah..dah hampir 40 orang satu kelas..Masya Allah ramainya..aku pakai peplum hari ni,,aik..kenapa budak ni asyik perhatikan aku je..sampai serba salah aku..nak kata baju ni seksi,, tak.aku pakai dengan skirt labuh..tudung pulak..okey je memang ni gaya aku,,tapi apa yang tak kenanya..mentang lah dia bertudung agak labuh..ala2 muslimah sikit..lantaklah janji aku tak kacau orang..

Esok takde kelas..so aku buat keputusan nak balik rumah petang ni..hari ni aku berjubah moden ke kelas,,ramai yang memuji ada yang kata "ingat kurus tak de SHAPE rupanya ada..hahaha"..hai Aliya ni perli aku pulak..kau bukan orang pertama cakap begitu tau..entah orang yang ke berapa..Tengok orang le..kurus bukan sebarang kurus tau..Ada SHAPE punya..

Balik rumah dengan bas,,sebenarnya parents aku tak tau pun yang aku nak balik,,saja nak buat surprise..Sampai kat Kg Bahagia call abah,,suruh ambil,,tau-tau abah kata dia nak berbuka dulu..alamat berjanggut la aku menunggu..apa pun seronok cos dapat balik rumah..

Hari ni Jumaat 14 Jun,,adik-adik aku sekolah so aku kena hantar dia orang,,ok jugak dah beberapa hari tak drive ni..balik dari hantar adik-adik,,aku online..buka twitter dan fb jugk wechat..menggila wechat dengan budak- budak kampung puaka memang seronok..petang,,hantar Damia ke SAR An Naim..terjumpa Eyfa..Riuh dan bising le dia..pertanyaan yang biasa di tanyakan pada aku..hmm tak habis2 lagi ke akak ooi..kata aku sombong dan cerita tentang peminat-peminat dia..Aku tak sombong tapi aku ada banyak aktiviti yang membuatkan aku pening kepala..Akak,,peminat tak bawa kita kemana..buat pening kepala lagi ada..hati-hati bukan semua orang tu ikhlas dan jujur..

Sepanjang hari melayan wechat dengan member-member..happy sangat..Actually aku bersyukur sangat ada kawan macam korang boleh buat semua masalah aku hilang..Tqsm buat Syairah,,Nazim,,Fazreen,,Bitah,,Yanie,,Aliya,,Akak dan member-member yang lain..







No comments:

Post a Comment