Monday 29 July 2013

GEMBIRA DAPAT BALIK RUMAH..T.INTAN TETAP DI HATI KU

Alhamdulillah hari ni aku dapat balik rumah,,kelas petang ni di batalkan,,kebetulan cuti 3 hari..apalagi balik T.Intan,,tak sanggup aku duduk kat S.Iskandar macam minggu lepas..bosan,,boring..Ramai yang tak balik minggu ni nak tunggu minggu depan baru balik kononnya nak rasa suasana balik kampung menjelang raya..haha,,aku tak sanggup duduk kat kolej tanpa buat apa-apa..tidur,,online kemudian tidur balik..bangun,,solat,,sambung tidur balik..macam tu lebih baik balik rumah..

Balik naik bas,,punya lah ramai orang dah tu pergi ambil budak-budak MRSM Pasir Salak pulak..penuh dah macam sardin..Abah ambil aku hari ni cos mama sibuk,,Hadi dan Damia tidur..keletihan berpuasa,,Alhamdulillah adik-adik aku berpuasa penuh..belum tinggal puasa walau sehari..

Abah drive kereta slow je petang ni..sambil bersembang dengan Abah..tetiba ternampak seseorang,,eh! eh! macam kenal je..Aku perhati dia betul-betul..yeah,,memang dia tak salah lagi..spontan aku terjerit Piaaann..Abah tanya siapa tu,,Pian la abah.."patut la macam kenal je".. abah aku kata..Rajin En. Sofian Shaimi ni,,memang boleh jadi pekerja contoh..Hmm jangan lupa belanja aku nanti tau..Oh yea!! kalau tak tau nak buat apa time lunch hour tu datang la lepak kat B'Tajara kat depan tu ye. tak jauh mana pun..Aku cuti start hari Jumaat ni 2.8 sampai 11.8,,so aku ada menyemak kat situ..Datang la...
boleh gak gaduh dengan kau..nanti aku belanja kau kat Krishnan kay..Haha..Jom..jom..aku offer ni set time..Untung le orang tu cuti sem lama..tapi tak payah nak beriyea sangat la kan..tak jealous pun..Tapi yang pasti duit raya untuk aku mesti ada.hihi..

Sampai rumah,,mama sibuk di dapur,,menu berbuka hari ni nasi tomato,,ayam sweet and sour,,ayam bakar madu,,acar,,sup,,karipap dan kuih muih,,agar-agar,,buah-buahan dan air sarsi serta oren jus..Alhamdulillah,,syukur..memang sedap dan menyelerakan..sementelah aku memang rindu masakan mama..

Teringin pulak nak pasang pelita..tentu meriah,,.nanti  cuti aku nak pasang pelita..#mohonjealousEnSofianShaimi,,kau ada??Takkan...Tetiba fon berbunyi Mak Bella call aku beritau Bella balik esok,,dah agak dah sebab tu aku balik naik bas.Sebenarnya aku janji dengan Bella nak balik dengan dia..Tapi Bella sibuk..lagipun buah hatinya Iwan satu kampus so takkan nak tinggalkan lama-lama,,lain la macam aku ni T.INTAN SENTIASA DI HATI..Sweetnya Bella dan Iwan..sejujurnya aku tumpang gembira,,apa yang aku perhatikan Iwan betul-betul jaga Bella,,untung la kau Bella..sebagai kawan aku doakan Bella dan Iwan bahagia..

Hmm lupa nak cerita,,beberapa hari lepas aku teman Bella gi photoshoot,,kami pergi berlima..Bella,,Iwan,,Ariff,,Aleya dan aku..Iwan drive,,bukan main laju lagi..drift la konon,,best tapi dia tak tengok aku punya skill lagi..Berbuka dengan dia orang memang seronok tapi aku tak banyak cakap cos segan kat Ariff..Biasalah itu memang sikap aku,,tak banyak cakap dan jadi pendiam dengan orang yang aku tak kenal..terimakasih Bella cos belanja kita orang hari ni..

Tengah makan Bella dan Iwan cakap kat aku yang dia orang nak carikan aku bf..Wo wo wo..jangan buat pasallah..aku tak mau..Terima kasih sebab bersusah payah nak carikan aku bf,,tak payah la kut..

Bella..Bella,, macam tak tau aku ni macamana..Rasanya member-member baik aku,,Bella,,ana dan Uda tau kan KENAPA dan MENGAPA..kat hati aku ni hanya ada DIA..Tak de orang lain kecuali DIA..Doakan yang terbaik untuk aku..Aku percaya ada seseorang yang Allah simpan untuk aku..Kalau Dia jodoh aku,,aku terima dengan hati terbuka..Tapi yang pasti "DIA" tu bukan ex aku atau bukan budak satu kelas dengan aku ataupun bukan jugak satu kampus dengan aku..Nanti ada yang PERASAN pulak..Susah ..


Untuk renungan bersama..
Kalau kita suka seseorang tu kita jangan beritau kat orang tu tapi beritau kat Allah dengan berdoa kepada-Nya..Insha Allah jika dia yang terbaik untuk kita dan dia jodoh kita Allah akan gerakkan hatinya untuk suka dan sayang kat kita..Tak perlu kita terhegeh-hegeh dan menggoda untuk menarik perhatian dia..Cukup hanya dengan berdoa dan berserah kepada Allah..itu semua urusan Allah dan aturan Allah SWT merupakan yang terbaik..Bak kata orang kita hanya mampu merancang dan hanya Allah yang akan menentukan segalanya dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Dan jika dia tidak menjadi milik kita..jangan bersedih sebab boleh jadi dia bukan di TAKDIRkan untuk kita..Ada SESEORANG yang TERBAIK yang Allah telah simpan untuk kita cuma kita tak tau siapa dia..Aku akan sentiasa berdoa agar "Dia" jodoh terbaik aku dan lelaki terakhir dalam hidup aku dan boleh membimbing aku ke jalan yang di redhai Allah..

Lepas ni ada yang akan datang dan MENYERENDEH kat aku macam kucing dan buat muka tak tau malu nak tau siapa "Dia" tu kan,,tak pun hantar orang suruhan tanya kat aku..Jangan KACAU HIDUP AKU okey,,jangan nak ambil tau sangat hal aku..Aku dah BOSAN dengan orang yang buat-buat tak FAHAM apa yang aku perkatakan..Ni nak ulang sekali lagi..KAU LANGSUNG TAK ADA KAT HATI AKU,,JANGAN GANGGU HIDUP AKU..Cari perempuan lain bukan aku..FAHAM TAK!!! DAN TOLONG JANGAN MEMALUKAN AKU DI DEPAN MEMBER-MEMBER KELAS DAN JUGA LEC..malu tau tak ..SABAR AKU ADA HAD DAN TAKATNYA..JANGAN NAK PERASAN..dan buat benda BODOH yang MEMALUKAN aku..STOP..

Aku nak cakap sikit kat hang ni..dengan siapa pun aku berkawan,,dengan siapa pun aku berchatting,,wechat,,whatsapp,,line atau tweet..itu aku punya hal so hang JANGAN SIBUK..Parents aku pun tak marah..kau siapa nak ambil tahu semua hal aku..Lagi satu tentang orang yang kau tanya dekat aku hari tu..kau dengar sini baik-baik..aku dah kenal dan rapat dengan dia dah lama,,dah bertahun-tahun..Parents aku jugak kenal dia..Dia tu baik,,kau jangan kacau dia..Kau kata apa..aku sayang dia lebih..Haishh dah tentu lah..jangan pertikaikan apa-apa dan jangan nampak kau tu terhegeh-hegeh sangat buat malu je..Jaga lah maruah dan harga diri sikit..Perangai kau ni memang sungguh memalukan..

Untuk member-member yang inbox aku tapi aku terlewat balas atau tak balas langsung,,maafkan aku cos aku tak perasan ada mesej,,aku online pakai fon je..sampai ada yang kata aku sombong dan ada yang remove aku,,terima kasih lah..aku tak kisah..aman sikit tanpa gangguan anda..hopefully anda dah berjumpa sidia yang dicari tapi bukan saya yea..(untuk sorang brother kat USM tu,,tqsm sebab kotakan apa yang anda perkatakan nak REMOVE saya cos tak layan awak..yeayyy aman hidup saya)Hey..manusia yang satu kelas dengan aku ni tak tau nak fedup ke??Dah 2 orang dah fedup dengan aku dan remove aku cos aku tak layan dia orang..Perangai kebudak-budakkan..Aku tak suka langsung..









No comments:

Post a Comment