Thursday 11 July 2013

RAMADHAN PERTAMA DI UiTM PERAK

Sedih coz tak dapat balik minggu ni jugak minggu depan..sibuk dengan macam-macam aktiviti..UiTM Seri Iskandar berjerebu..dah macam kat Fraser's Hill,,pedih mata dan hidung aku,,agak kurang selesa dengan situasi begini terutama setiap kali berjalan ke kelas..Hati aku jugak berjerebu..ada sesuatu tetiba mengusik hati ini..tak tau nak gambarkan macamana,,sedih,,geram,,sakit hati,,benci,,menyampah dan macam-macam perasaan negatif ada kat fikiran..tapi aku sedar aku perlu kuat demi menempuhi segala cabaran dan ujian yang mendatang..

Bukan semua yang kita inginkan akan tercapai dan akan kita perolehi dengan mudah berbagai-bagai cabaran dan rintangan bakal di tempuhi adakalanya membuat aku jadi hampir-hampir kalah dan mengalah..aku betul-betul perlukan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa di saat dan tika ini..Aku perlukan mama,,tetiba fon berbunyi..mama,,berbicara dengan mama buat aku tenang..Alhamdulillah mama faham apa yang aku alami..walaupun mama agak terkejut dengan apa yang aku perkatakan sebab mama kenal aku,,sikap jugak perangai aku yang jarang menyerah kalah..Sejujurnya aku dah tak mampu untuk bertahan dengan semua ni..

Tapi setiap kali aku punya perasaan begitu..dan tika aku cuba menghindarinya,,pasti ianya akan muncul..buat aku keliru..bersabarlah wahai hati..mama kata cuba hindari dari semua tu dan think positive..aku cakap dengan mama aku okey je tapi HATI aku ni..aku sendiri tak faham seakan ada sesuatu yang mengikat dan merantai aku untuk terus berfikir dan mengingatinya..(apa yang aku alami ni tak de kaitan dengan kesibukan tapi ada perkara lain yang buat aku buntu dan tak tau macamana nak selesaikan)

Ya Allah tolong lah hamba mu ini seandainya ia adalah yang terbaik buat aku,,maka permudahkan segalanya,,jika sebaliknya hindarilah ia dari fikiran jugak ingatan aku..sesungguhnya aku dah tak mampu untuk terus bertahan dan terus mengadapinya..Terima kasih buat mama dan abah yang amat memahami aku..

Member-member bercerita masalah dia orang dengan aku..hmm aku just dengar je lah..kekadang beri pendapat..setiap orang ada masalahnya sendiri..termasuk aku..dengan macam-macam hal..buat aku betul-betul tertekan..Aku minta tolong sangat dengan member-member kelas aku di Fakulti Pengurusan Perniagaan..agar tidak mengaitkan aku dengan sesiapapun..aku tak nak..aku betul-betul minta tolong kat korang ni..dan untuk orang yang mengaku dia bakal suami aku,,TOLONG HENTIKAN SEMUA NI..

Abah call aku beritau dia dah bank in duit dan dah topup kan aku..terimakasih abah..Sejak aku tak balik rumah ni..abah rajin call,,wechat jugak line..yeahh abah rindu aku le tu..Rindu nak dengar celoteh anak sulungnya ni,,terubat jugak rindu aku kat abah..bosannya aku duduk kat sini tak tau nak di gambarkan dengan aktiviti yang padat,,Nak balikkk..

Puas aku pujuk abah,,aku nak duduk kat rumah opah,,tolong la abah,,boleh lah along duduk dengan opah lagi pun opah duduk sorang je..dah tak larat nak duduk kat sini,,rumah opah bukan jauh manapun dengan Seri Iskandar..tapi abah tetap tak bagi katanya jalan Ipoh-Lumut tu sibuk dan aku pulak kalau dah bawak kereta tak ingat dunia..Tak berjaya lagi aku memujuk abah ni..nampaknya aku akan tetap di kolej..

Ramadhan menjelang tanpa mama jugak abah dan adik-adik..rindu suasana berbuka dan bersahur di rumah dengan keletah adik-adik terutama adik bongsu aku Hadi mula belajar berpuasa tahun ni..Alhamdulillah dia berjaya berpuasa penuh pada hari pertama walaupun baru berusia 3tahun 10bulan..Tak sabar nak balik rumah,,dah 2hari aku bersahur dengan nestum je..kalau kat rumah dah tentu terhidang dengan macam-macam juadah..Apa pun aku bersyukur di pertemukan dengan ramadan sekali lagi..berpuasa bersama kawan-kawan jugak berterawih bersama..

Satu pengalaman baru,,bersahur hanya dengan nestum akan menjadi kenangan ketika menuntut di UiTM Seri Iskandar..Berbanding ketika tinggal di asrama sekolah dulu semua tersedia nak bangun sahur pun ada warden yang gerak,,tapi kini semuanya kena buat sendiri dan mama akan call aku untuk gerak bangun sahur..Terfikir jugak kalaulah boleh bawa dapur kan senang nak masak..Mama kata bawa la microwave oven..tak nak lah..

Esok Jumaat 11 Julai 2013,,tak sabar nak balik..rindu parents dan adik-adik,,nak pergi Bazaar Ramadan jugak nak gi terawih dengan family..Buat semua yang membaca entri ni aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa..Rebutlah peluang dengan mengerjakan amal ibadah yang ganjarannya berlipat ganda di bulan mulia ini..Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas serta di jauhi dari sifat riak,,ujub dan dari segala macam penyakit hati yang boleh menghilangkan pahala puasa..


No comments:

Post a Comment