Sunday 14 July 2013

LETIH MENGEJAR BAS..

Usai kelas aku balik dorm,,mama call tanya balik pukul berapa..tengah dok relaks,,Anis text Kilah beritau bas dah lalu..alamak macamana ni..dah lah kolej aku ni di penghujung dan ambil masa nak keluar..apalagi capai tudung terus pakai tanpa memperdulikan elok atau tidak yang pasti aku tak boleh terlepas bas..kalau tak kena tunggu pukul 6 petang pulak..Aku,,Kak Mira dan Kilah berjalan laju menuju ke pintu masuk..Macam nak pengsan rasanya..gara-gara mengejar bas,,Kilah dah macam nak menanggis..mana taknya ditengahari buta dahlah puasa dah tu duduk pulak di penghujung nak sampai kat bus stop depan ni memang makan masa lah..sampai kat depan pintu masuk UiTM.. tengok ada orang tunggu bas kat situ so kita orang join sekali...

Bas sampai..mak aik penuhnya macam nak balik raya,,nasib baik ada tempat duduk lagi kalau tak memang naya lah kena berdiri..dah lah penat kejar bas tak hilang lagi..Kemudian bas berhenti kat bus stop depan U,,tempat selalu aku tunggu bas..ramai lagi rupanya student yang menunggu kat situ dan ramai yang kena berdiri..nasib baik kita orang tunggu kat depan pintu masuk je tadi kalau tak dengan kita orang sekali kena berdiri..

Time sekolah dulu teringin nak pergi sekolah naik bas,,tapi sekolah dekat je..sekarang ni baru rasa macamana susahnya nak mengejar bas..Rasa simpati terbit di hati tatkala melihat ramai yang berdiri dari bus stop depan UiTM sampai ke T.Intan..kesian dia orang tentu lenguh kaki..Salah sorangnya junior aku masa kat sekolah dulu..Terlintas di fikiran,,kalau macam nilah balik raya nanti tak nak aku naik bas..lagi padat dan penuh dengan orang..Aku rela tunggu abah ambil walaupun lambat..Junior aku kata sumpah dia takkan balik naik bas raya nanti..aku senyum mendengar apa yang di perkatakannya..sebab aku dah fikir dulu semua tu..

Laju bukan main driver bas ni bawa bas,,sampai senget bas,,cuak betul aku tapi nak balik punya pasal terpaksalah harungi semua ni..sampai Kolej Komuniti T.Intan call mama..alamak kenapa fon mama off..call fon rumah..Damia angkat dok main-main pulak tak nak cakap betul-betul,,hangin betul aku dengan adik aku yang sorang ni..sampai bus station B.Baru..turun bas nampak mama..Alhamdulillah tak perlu nak tunggu lama..terus hilang rasa penat..Dah sampai rumah baru abah call tanya aku nak balik pukul berapa..Abah ni along dah sampai baru nak bertanya..

Mama cerita,,tadi terserempak dengan Abang Man..Alaa dah lama tak jumpa dia,,korang.nak tau tak dia tu handsome,,bergaya..naik 125 biru hitam..Fuhh gaya dia memang smart,,kalau jumpa aku mesti senyum dan kenyit mata serta buat mimik muka..Alamak..handsome sangat..Sebenarnya Abang Man ni salah seorang staff abah aku..dia manja dan rapat dengan abah dan mama aku,,banyak share problem dia dengan mama..tapi sayang dia panas baran..Kalau gaduh dengan awek dia..fulamak..takut aku,,mengalahkan angin puting beliung melanda..

Abah ajak Hadi dan Damia pergi Bazaar Ramadhan,,ahh tak boleh jadi ni aku nak ikut jugak..Petang ni berbuka dengan macam-macam juadah..Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku berbuka puasa dengan family dan seronok tengok Hadi yang berpuasa penuh walaupun baru 3 tahun 10 bulan..Damia pulak gembira dapat menjalani ibadah puasa..Moga adik-adik aku berjaya di dunia dan jugak akhirat..











No comments:

Post a Comment