Tuesday 16 July 2013

KISAH DAN RAGAM KEHIDUPAN..

Mama ajak teman dia pergi pasar..mama tanya aku nak makan apa berbuka hari ni..menunya mesti bukan berasaskan ayam,,katanya dah jemu..Adik-adik aku memang fanatik giler dengan ayam..Aku cakap dengan mama aku ikut je so mama beli ikan siakap,,ikan bawal dan ikan keli jugak ikan cencaru untuk bakar..beli sayur dan lain-lain keperluan..

Menu hari ni..ikan siakap stim,,kari bawal,,ikan cencaru sumbat bakar,,ikan keli sweet and sour dan air asam tomato jugak sayur campur..agar-agar kemenyan dan buah- buahan jugak ais lemon tea dan air tebu..Alhamdulillah dapat berbuka kat rumah memang seronok..

Sambil menunggu waktu berbuka sempat online,,saja menyemak kat status Bomm,,takut aweknya marah cepat-cepat Bomm cover terus mention nama member dia Ziq..Ahh tak pasal-pasal aku di kaitkan dengan mamat tu huh SENGAL punya Bomm nak kena sepak dengan aku si Bomm ni..Hey!! dah lama hidup ke kau..Taman Seri Setia dengan rumah aku dekat je tau,,kang aku pergi cari kau..aku bom rumah kau baru tau..Weyh sudah-sudah le tu jangan kaitkan aku dengan mamat tu..Aku tak tau apa yang dia cerita dengan kau..Tapi yang pasti dia tu memang tak betul..wayar dia ada putus sikit..Kau tau Bomm dia minta gambar terbaru aku..huh jangan harap aku nak bagi boleh jalanlah..

Hari ni Ahad 14 Julai..Aku ajak mama temankan aku pergi Giant nak beli barang-barang keperluan kebetulan pulak mama memang nak keluar pergi market cos hari ni abah nak makan nasi daging so kena pergi beli ingredientsnya..Mama cakap dengan aku dia malas nak pergi Giant..sedangkan ada barang yang aku nak beli kat situ..Puas memujuk akhirnya mama mengalah..Alamak parking penuh so kena park kereta kat luar..

Masuk Giant dengan selamba aku paut tangan mama sambil menyembang tetiba oppss.."hey kau..dah kenapa pandang aku tak berkelip dah macam nak makan orang je..kau ingat aku takut ke hah??..Aku tau le aku  ni cute dan comelkan tapi tak payah lah sampai pandang aku macam tu..Alaa budget handsome le pulak mamat ni..aku tak heran pun..kau ingat kau tu mamat hot Rapid Mall aku takut??phuihh boleh jalan la,,kan dah tak pasal-pasal kena jelir dengan aku..Apasal kau tengok aku macam tu hah?? kau jealous tengok aku manja dengan mama dan siap paut tangan lagi..
Siapa lagi ,,member Bomm..mamat yang dia mention semalam..Sengal,,rasa nak sekeh kepala jer..pandang orang macam tak pernah jumpa pompuan..Heyy..nanti awek kau marah aku dan serang aku pulak..Jangan macam-macam ehh..

Banyak jugak barang yang aku beli dan sempat ambil Cadbury..aku beli bubur nasi dan bihun segera dah tak larat bersahur dengan nestum sampai dapat gelaran Budak Nestum..Sedap pe nestum..member-member aku tak suka nestum,,so dia orang makan roti..begini lah kehidupan kami di kolej,,DM buka setakat pukul 2 pagi je..so terpaksa cari alternative lain untuk makan time sahur..Kali ni aku cuba bubur nasi dan bihun segera,,aku dah berazam sem ni tak nak makan maggi macam sem lepas..tak tau la setakat mana azam aku ni mampu bertahan..Time berbuka okey je cos ada bazar ramadhan senang nak membeli juadah berbuka tapi time sahur memang susah..

Selasai menghabiskan duit mama kat Giant terus ke market beli daging,,sampai rumah azan Zohor berkumandang,,lepas solat mama terus masuk dapur rebus daging dan rendam beras basmathi..aku membantu mana yang patut,,menu hari ni nasi daging,,air asam,,sup,,acar,,kailan ikan masin,,ikan keli 3 rasa,,ikan bakar,,puding serta jus apple dan milo ais..di sediakan oleh aku dan mama jugak adik aku Nabila..Alhamdulillah rezeki untuk hari ni..semuanya sedap dan menyelerakan..

Sambil membantu mama di dapur..aku beritau mama tapak kasut aku dah rosak,,boleh agak dah apa yang bakal mama cakap..baru sebulan lebih je..Alaa maa hari-hari jalan jauh mana nak tahannya..Mama cakap nanti beli yang ada tumit..ok maa,,memang bercadang nak beli yang ada tumit pun.. nanti Madam nak buat penilaian kena pakai kasut bertumit..Hmm berbicara tentang study,,aku betul-betul pening dengan Business Mathematics..fuhhh cara lec tu mengajar buat aku kurang faham..Aku ingat aku sorang je yang macam tu..member-member yang lain jugak bersunggut.. lagi satu kelas Madam Rohana..2 kelas ni memang memeningkan kepala,,buat aku takut..Aliya pernah tanya aku dan member-member yang lain tentang kelas Madam Rohana,,rupa-rupanya dia orang pun tak faham..Kalau begitu bukan aku sorang je yang tak memahami apa yang di ajar..Macamana nak capai target kalau cenggini..

Ada orang tanya tentang tweet aku..Aduh!aku jatuh cinta lagi..ada yang salah sangka rupanya,,itu cuma tajuk ceramahlah..bukan aku yang jatuh cinta..Lagi satu tentang gambar kat twitter tu yang ada lelaki kat sebelah aku..dia tu member kelas aku..Wan merangkap pemilik fon yang kami guna untuk posing..tqsm Wan nanti boleh pinjam lagi yea..

Tweet aku tentang CRUSH pulak..heee nyebok betoi nak tau pasai pa ha??aku punya pasai la,,awatnya yang hang dok sibuk nak tau..herhh tak faham aku..awat tak tanya aku sendiri,,awat suruh orang lain tanya??..Ni aku nak habaq kat hang parents aku tau pasai crush aku tu termasuk member-member baik aku..Salah sorang member baik aku kata "Fara,,kau jangan tunggu ex kau tu..kalau aku tau kena kau tapi kalau kau tunggu.....tu tak pe"..hang tengok tu..member-member aku pun sokong aku..yeaahh..

Siapa dia??ni nak habaq mai kat hang ni..yang pasti DIA tu bukan hang tau..kalau macam hang ni dah sah-sah kena reject dengan parents jugak member-member baik aku sebab hang tu LEBIH TERUK dari ex aku..Dia tu tua beberapa tahun dari aku..actually aku tak suka orang yang sebaya aku sebab tak matang dan suka terhegeh-hegeh macam hang dan tak tahu malu macam hang..euww mengelikan..

Yang pasti crush aku tu seorang yang taat pada perintah Allah dan matang..baik hati dan hormat orang tua..dia dengan hang memang jauh berbeza macam langit dengan bumi..Tok sah dok berangan nak jadi bakal suami aku yea sebab hang tak daq dalam senarai..Aku tak suka orang yang suka memalukan aku dengan benda-benda bodoh depan member-member kelas jugak lecturer,,termasuk suka memalukan diri sendiri nampak langsung tidak ada kematangannya di situ..Childish..

Adik adik aku,,Hadi dan Damia ralit dengan tab dari pagi dah tu berebut charger nak cas tab masing-masing,,Yasmin dan Nabila dengan lappy..aku pulak fon jer malas nak mengadap tab atau lappy..Aktiviti anak-anak zaman sekarang menanti waktu berbuka puasa..Internet bukan main slow petang ni buat sakit hati je..Damia dengan Hadi dari pagi main gamenya..apa pun dia orang tak tinggal puasa dah 5 hari berpuasa penuh..Alhamdulillah..

Selepas solat Maghrib aku bersiap nak balik,,abah cakap balik esok je la..Aku tak nak sebab esok kelas aku start pukul 8 pagi..takut terlewat..Lepas tu aku cakap kat abah ada sesuatu aku nak cakap..abah kata tak boleh,,abah dah tau dah apa dia,,ni tentu mama yang bagi tau..Sebenarnya hari Sabtu depan aku ada test tapi hari Jumaat aku nak balik rumah so hari Sabtu tu aku bercadang nak bawa kereta ke S.Iskandar,,lepas habis test aku balik T.Intan tapi abah tak bagi suruh aku balik[naik bas lepas habis test hari Sabtu,,bahaya kalau aku drive sorang-sorang katanya..Sampai kolej pukul 10.30 malam..Abah bagi duit poket,,alhamdulillah tqsm abah..













No comments:

Post a Comment