Friday 17 May 2013

MENU HARI IBU ISTIMEWA BUAT MAMA

      Sepanjang minggu ni aku asyik melayan novel,,ada beberapa buah lagi yang belum di baca,,cuti sem dah nak habis.Bitah member aku bising dengan aku sebab lambat balas whatsapp dia cos aku ralit melayan novel..Bitah tweet dan mention aku,,marah lah tu..Sorry ye Bitah..


Hujung minggu ni hari Ibu so aku plan nak masak,,aku dah cakap dengan mama siap beritau menu sekali supaya mama boleh beli barang2..Adik aku Damia,, awal2 lagi dah bagi hadiah dan kad ucapan kat mama,,excited sungguh..


Pagi Ahad 12 Mei,,selepas subuh,,wish mama,,"SELAMAT HARI IBU"..hari ni abah nak belanja sarapan pagi,,tanya mama nak makan kat mana..Mama cakap,,mana2 je dia tak kisah..Lepas sarapan pergi shopping,,beli tudung,,baju dan cardigan..Jenuh memusing merata nak bagi puaskan hati punya pasal..Akhirnya aku puas hati sesangat cos dapat baju yang memenuhi citarasa aku..Yeahh hitam merah dan tudung warna senada dengan baju..


Habis shopping pergi pasar,,dah pukul 12 lebih,, dah tak de orang kat pasar hanya tinggal sorang dua je yang masih berniaga,,ayam pun dah tinggal seekor kecil..Nak tak nak kena beli jugak,,ikan pulak tinggal ikan cencaru..beli je lah nak buat macamana..Mama cadang nak beli ikan siakap sebab abah suka tapi dah habis,,beli kailan,,ikan masin dan barli..


Dalam perjalanan balik Kak Mira call,,katanya nak datang hantar kad kahwin abang dia,,happy cos boleh jumpa kakak aku ni..Sebenarnya Kak Mira room mate aku kat U..Rindu kat dia..Sampai rumah,,cuba baju yang baru di beli,,puas posing depan cermin baru masuk dapur,,mama dah siap basuh ikan dan ayam..Time aku pulak ambil alih..


Menu hari ni sempena hari ibu..tomyam putih,,ikan cencaru sumbat,,kailan ikan masin,,ulam2 dan sambal serta air barli bandung soda..Azan zohor dah kedengaran nasi baru je mendidih dan yang lain2 belum lagi di masak,,alamatnya lambatlah makan tengahari ni..Nasib baik masih kenyang lagi..so adik2 aku tak berapa nak mengacau sangat,,tapi semua pakat duduk kat dapur..riuh rendah,,abah tumpang sekaki makin gamat jadinya..riuh rendah dengan gelak ketawa..


Tengah sedap masak,,Kak Mira sampai,,dia nak cepat tak masuk rumah pun,,lepas jugak rindu aku kat dia..Terima kasih akak..In Shaa Allah Farah akan pergi..kalau boleh nak jumpa Fiza dengan Kilah..Lepas Kak Mira balik,,sambung tugas aku kat dapur,,nasi dah masak,,sekarang ni nak masak tomyam putih,,korang nak tau,,tomyam putih kalau nak warna dia putih dan cantik guna air beras..maksud aku air basuhan beras yang ketiga,,kemudian ditapis..kalau guna air paip nanti tomyam tu jadi macam sup ayam je,,tak menarik..Bahan2 yang lain ikut suka lah yang pasti untuk menarik,, korang boleh bubuh tomato,,carrot,,capsicum yang berwarna merah,,hijau dan kuning,,jugak saleri kalau sukalah..kalau tak ikut citarasa korang..so ada macam2 warna,,menarik untuk di makan..


Sambil tunggu tomyam masak,,rebus barli dan goreng ikan masin sambil tu basuh kailan..asingkan daun dan batangnya,,panaskan air di dalam kuali,,bubuh setitik dua minyak utk mencelur kailan..Kenapa air tu  aku bubuh minyak??sebab nanti warna kailan tu akan jadi hijau dan menarik,,masukkan air paip ke dalam satu bekas untuk masuk kan kailan yang telah di celur tadi..sambil tu potong bawang dan cabai serta asingkan ikan masin dari tulangnya dan ditumbuk..yesss bahan untuk kailan ikan masin dah tersedia,,oppss lupa,,kiub pati ayam dan sos tiram..semua bahan2 dah ada jom kita masak..tak perlu bubuh garam sebab dah ada ikan masin,,sos tiram dan kiub pati ayam,,hasilnya yummy..sedap..


Sambil tu buat bahan2 untuk ikan sumbat,,di sebabkan ikan kat market dah habis dan hanya tinggal ikan cencaru maka hari ni aku buat ikan cencaru sumbat,,kisar serai,,bawang merah,,bawang putih dan halia,,masuk ke dalam bekas kemudian letakkan cili kisar,,sedikit gula,,garam dan air asam jawa,,sos cili,,sos ikan,,sos tiram dan kiub pati ikan bilis,,gaul sebati..sumbat kat dalam ikan kemudian bakar atau di goreng pun boleh..Aku guna ikan cencaru,,ikan ni kalau kita buang kulit baru di masak,,ikan akan jadi keras so aku tak buang kulit dia nanti dah masak baru di buang..Itu salah satu cara nak mengelakkan ikan cencaru jadi keras..


Buat sambal kemudian,,buat air barli,,bubuh air kat dalam jag kemudian letak pewarna merah dan susu,,campurkan ais krim soda dan barli yang dah di rebus tadi..Okey,,menu aku untuk hari ni siap dengan pemantauan dari mama..Makan time,,abah tak komen apa2 that mean..masakan hari ni sedap..kailan ikan masin aku hampir habis..nampaknya malam ni kena masak lagi..


Bab menu Hari Ibu dah selesai ,,sekarang aku nak cerita bab adik aku Farah Nabila yang buat surat cinta kat mama,,orang sibuk kat dapur dia hilang,,rupa2nya buat surat cinta kat mama..Boleh tahan kreatif jugak adik aku ni..Shhh,,jangan puji sangat nanti dia terangkat..Sebenarnya aku pun tak tahu dia buat benda tu..Mama yang cerita,,aku ingat dia menghilangkan diri,,study rupanya buat benda tu..Lepas tu dia pergi letak kat dalam sarung bantal mama..masa mama nak tidur baru sedar,,ada sesuatu kat dalam sarung bantal dia,,rupa2nya surat cinta dari Nabila..OOO..sedar rupanya banyak buat salah dengan mama,,adik aku yang sorang ni suka menggunakan BI berbanding BM so kad tu dalam BI lah..Katanya dia tak tau nak tulis dalam BM susah,,BI lebih senang..Agak kePOYOan di situ..














KAD HARI IBU DARI ADIK AKU NUR FARAH NABILA UNTUK MAMA AKU





Keesokan harinya,,dia nak pergi sekolah mama buat tak tau je,,tak cakap apa2 tentang kad tu..dia tersengih2 dan tersenyum..mama buat selamba je..mesti dia ingat mama tak jumpa lagi..Lepas dia pergi sekolah mama tunjuk kat aku kad tu..memang kreatif lah..Balik sekolah dia tanya mama tak jumpa apa2 ke??mama buat2 tak tahu je dan pura2 tanya dia..Damia pulak jealous tengok kad Angahnya
cantik,,aku bagi mama sehelai blouse dan mama dapat fon baru dari abah..


Malam,,aku online..Bitah IM.. tanya aku soalan yang sama di tanyakan pada aku di whatsapp,,aku biarkan soalan tu tanpa jawapan..Tak habis lagi ke Bita ooi..Aduyaii,,Bita oh Bita,,masih mengharap jawapan dari aku,,aku minta maaf,,buat masa ni aku tak nak cerita apa2 dan cakap apa2 tentang tu..Satu hari aku akan cerita pada kau..Tentang M,,member baik memerangkap jiran sebelah rumah kau tu..Please suruh dia cari orang lain..HAAA yang hang pi dok BOCOQ rahsia aku kelentong dia tu buat  apa..Sat ni dia ingat aku ni lagu mana,,hishh hang ni Bita..Dia call aku pukul 11 lebih dah malam tu,,boleh tanya aku tak keluar dating dengan BF ke time2 gitu.."Hangat ati aku ,,hang tau dak"..Ingat aku ni kaki merambu ke,,nak kena sembelih dengan parents aku keluar merayap malam2..Sebab tu la aku dok kelentong dia..Memang aku mengaku dengan dia aku ada BF..Yang hang pi cerita sebaliknya kat dia pasai pa,,aku ingat selesai satu hal..hang dok puji aku sangat kat dia kut,,cerita yang baik2 so mamat tu dok mengharap..Bukan salah aku tau dan aku tak demand..Sikit punya baik aku create cerita dengan dia dan dia percaya tau yang kau pergi cerita apa pulak dah kat dia tu..


Dengan member2 sekolah pun benda yang sama diperkatakan,,pening kepala aku,,macam2 hal..macam2 cerita.."FARA KAU CARI LAH PENGGANTI" kata2 yang selalu di perkatakan pada aku.. Terima kasih di atas keperihatinan anda semua,,Aku nak tenangkan fikiran tak nak serabut dan malas nak fikir..Syafik IM aku..boring katanya,,tanya khabar pada mulanya dan..Dia mula dah,,dok mengayat balik..Kan aku dah cakap dia ni memang bukan orang yang cepat putus asa dan tak pernah kenal erti putus asa cuma aku ni jenis tak makan AYAT2 tu semua..Aku malas nak layan..biarkan je dia dengan AYAT2 dia tu..


Hmm,,ni aku nak tanya sikit kat korang,,penting sesangat ke relay kat FB tu??sebab kalau ada yang IM aku tanya ada BF ke..kalau aku kata ada,,mesti dia orang akan cakap..takde RELAY pun..






No comments:

Post a Comment