Monday 6 May 2013

BERDUA LEBIH BAIK DARI SATU..

Rasa tak puashati masih bersisa lagi,,balik kolej awal selepas solat Asar coz ada bengkel Maths malam ni.Hari ni abah hantar aku,,tapi aku yang drive,,Damia dan Hadi ikut sekali.Lepas bengkel habis gi latihan untuk Talentime..Letihnya tak terkata..Dah tu perut lapar..Member2 ajak pergi downtown,,makan..Tengah sedap menikmati char kuetiaw fon berbunyi..Whatsapp dari member aku Syafik..Dia ni kawan aku dari kecil,, boleh tahan nakalnya mamat ni,,PLAYER pulak tu..Tapi dia rajin bertanya khabar,,selalu text,,IM,,whatsapp dan call..Korang nak tau kenapa??Sebabnya memang sikap dia begitu,, ambil beratla konon2nya,,dan ada satu lagi sebab..Dia ni sebenarnya dah lama MENGAYAT aku..Tapi aku tak layan,,kalau tak salah aku dari aku form two..KITA HANYA KAWAN ingat tu Syafik..Btw thanks a lot cos selalu bertanya khabar dan mengambil berat tentang aku..


Nada bicara Syafik malam ni berbeza dari selalu..Bulan lepas emo,, hangin dan merajuk dengan aku,,tetiba nak sentap..Ada masalah pandai text aku,,whatsapp bagai,,cerita dengan aku,,tanya pendapat aku tapi bila dah di beri pendapat dan pandangan SENTAP pulak..Malas aku nak layan..Malam ni muncul tanya aku marah dia lagi ke.."Hishh aku memang suka sangat kawan macam ni",,jawapan yang aku beri kat si Syafik..Dia tau aku masih marahkan dia..Bersungguh2 minta maaf kat aku.
Katanya apa yang aku cakap hari tu semua betul..Huh,, sedar pun kau..aku ingatkan kau nak terus hidup dalam mimpi dan angan2 kau tu..Aku tak kisah tapi jangan cari aku lagi untuk bercerita masalah kau..Barang yang lepas usah di kenang..Jangan biarkan dia mainkan hati dan perasaan kau lagi.Lupakan dia..Aku tak faham betul dengan mamat ni..Playerpun kena game dengan pompuan jugak..Lain kali jangan mainkan orang..Bila kena batang hidung sendiri baru tau betapa sakitnyakan..


Tetiba dia suruh aku buka pintu hati aku untuk terima seorang lelaki dalam hidup aku sebab katanya BERDUA LEBIH BAIK DARI SATU..Satu hari nanti aku akan rasa bosan hidup tanpa seorang lelaki bergelar kekasih.Katanyanya lagi ada SESEORANG yang selalu mengembirakan aku,,selalu buat aku tersenyum,,happy dan ceria..Orang tu jugak memahami aku dan ada dekat dengan aku tapi yang pasti orang tu bukan dia..Berkali2 dia cakap benda yang sama..Katanya aku seorang gadis baik,,maka aku akan dapat orang yang baik bukan macam dia,,jahat..Dia suruh aku buang rasa kecewa dari hati aku..dan bukakan pintu hati aku buat SESEORANG tu..Fuhh mimpi apa mamat ni,,melalut malam2 gini..Mamai kut baru bangun tidur..


Hisshh..Sejak bilalah pulak mamat ni jadi ahli nujum..Sejak study kat Bangi ni,,dah pandai menilik pulak..Lec kau ajar ke?Actually aku bukan kecewa ye cuma aku kena lebih berhati2 kali ni,,separti yang dah berkali2 aku beritau kau,, aku boleh hidup tanpa seorang lelaki bergelar kekasih tapi aku tak boleh hidup tanpa parents aku..Kalau kau nak tau aku tak kecewa pun..Aku dah lupakan semuanya..Tapi aku taknak lalui lagi pengalaman tu makanya aku kena lebih berhati2..Kan aku dah cakap aku akan bukakan hati aku ni seandai aku temui SESEORANG seperti yang kau cakap tu..Tak sabar aku nak tau siapa dia ..Kali ni aku nak cari seorang yang boleh jadi calon suami..Seorang yang faham aku,,yang boleh terima aku seadanya diri aku,,yang jujur,,setia,,ikhlas dan tahu menjaga sebuah perhubungan,,hormat parents aku dan faham aku ni seorang anak manja yang rapat dengan mama dan abah aku,,bukan jealous tengok keakraban aku dengan parents aku..Aku ni jugak ada hobi pelik,,hanya kawan2 yang rapat dengan aku je tau..SUKA KUNYAH AIS dan SUKA BUAT MIMIK MUKA secara spontan,,dan TAK PERNAH SERIUS,,suka gelak tapi akan jadi pendiam bila jumpa orang yang aku tak kenal..Kalau dengan orang yang aku dah kenal rapat memang riuh..Lagi satu,,aku bukan seorang gadis yang boleh keluar sesuka hati dengan mana2 lelaki..


Menyentuh tentang perkara ni..ada yang mempertikaikan..Malah anggap aku DEMAND..Sebenarnya aku takkan keluar tanpa izin parents aku dan dengan orang yang parents aku tak kenal,, dah memang menjadi prinsip aku,,aku takkan keluar sesukahati dengan mana2 lelaki..Memang kat blog ni aku ada tulis aku keluar dengan seorang lelaki dan ada yang mempertikaikan kenapa aku boleh keluar dengan dia sampai malam dan kalau orang lain ajak aku taknak..Sebenarnya aku dah lama kenal dia,,aku percayakan dia dan aku hormat dia,,parents aku jugak kenal dia..Sejujurnya aku tak pernah keluar dengan mana2 lelaki sampai malam,,kecuali dengan dia..Dan nampaknya parents aku percayakan dia..Susah nak dapat izin parents aku untuk keluar dengan lelaki tapi  dengan dia tu aku diizinkan..Satu bonuslah untuk dia tu..So tak perlulah ada yang jealous dan mempertikaikan..Aku tau jaga diri aku dan dia tu ok..Tak perlu di pertikaikan dan tak perlu jealous,,aku kenal sangat dengan dia tu,, sejak sekolah lagi..


Sejak tak ada relay kat FB,,gambar DP aku bertukar,,macam2 hal berlaku..Setiap hari ada je macam2 cerita,,kadang2 buat aku bosan,,lemas dan rimas,,malah aku pernah kena ugut sebab tolak cinta dan rancangan gila dari seorang lelaki yang aku anggap PSYCHO..Fuhh,,memang gila betul..Kadang2 aku geram dengan orang yang tak faham melayu,,macam sorang mamat yang satu kem dgn aku dulu..Tak faham aku dengan dia ni asyik tulis macam2 status kt fb dan whatsapp,,lepas tu beritau status tu untuk aku..Dah berkali2 aku cakap,,KITA HANYA KAWAN tapi masih tak faham2 lagi ke?


Kawan2 aku masa sekolah juga kawan2 kat sini semua macam kau Shafik,, sibuk suruh aku cari SESEORANG..Kawan baik aku Bita sanggup kenalkan aku dengan kawan baik dia merangkap jiran sebelah rumah dia yang belajar kat Melaka,,tetiba member rapat dan satu kelas dengan dia pulak suka kat aku..Akhirnya Bita tersepit..KAH KAH KAH padan muka kau Bita..Lain kali jangan memandai2.Nak jadi MATCHMAKER kononnya..Akhirnya kedua-dua orang yang cuba Bita kenalkan dengan aku anggap aku DEMAND..Hey bro,,aku tak DEMANDlah..Cuma aku tak layan orang yang aku tak kenal..Sorry ye..


 Shafik kata,,susah nak ayat aku ni,,diapun dah fedup rasanya lah,,dari mesej yang dia hantar malam ni,,dia giveup dengan aku..Tapi berapa lama aku pun tak tau..Sebab aku kenal mamat ni,,dia seorang yang tak pernah kenal erti putus asa..Apapun aku tetap dengan keputusan aku"KITA HANYA KAWAN"
Jugak buat member baik En Nazim tukan yang suka bercanang kesana sini,,kononnya aku ni GF dia..USAH BERANGAN!!..Aku langsung tak percayakan mamat tu..Jaga GF kau tu elok2,,takpun kau layan je student yang suka kat kau tu,,kau ingat aku tak tau ke??..Dan jangan ingat aku ni macam pompuan lain yang boleh dan sesuka kau je nak usung kesana kemari..Aku bukan pompuan jenis tu ye..Buat En Nazim yang suruh aku cerita yang baik2 tentang kawannya tu kat mama dan abah aku...Mana ada yang BAIKnya tentang dia tu..Satu semester aku kat sini,,aku banyak memerhati gelagat2 penghuni kampus ni..Termasuk kawan En Nazim tu,,i'm so sorry..tak boleh,,taknak,,dah tak mau..Suruh dia cari orang lain..JANGAN KACAU HUDUP AKU..En Nazim..Mama dan Abah tak mungkin akan terima dia tu..Ingat senang ke Abah dan Mama nak lepaskan anak sulung kesayangan mereka ni rapat dengan lelaki,,susah tau tak..Peringatan untuk kawan En Nazim tu,,aku tau kau akan baca blog ni sebab kaukan suka stalk aku,,FB,,Twitter dan Blog aku,,semua kau stalk..Tolong jangan kacau aku,,aku tak pernah kurang kasih sayang seperti mana yang kau anggap,,kasih sayang dari parents aku sentiasa melimpah ruah tak pernah sedikitpun kurang..FAHAM!!Kalau baca blog aku,,lepas tu DIAM jangan pertikaikan apapun,,dengan siapa aku berkawan,, dengan siapa aku keluar,,jangan ambil tau..Aku tau jaga diri aku..Ingat PRINSIP aku,,Aku takkan keluar dan takkan layan lelaki yang aku tak kenal dan akan keluar dengan orang yang parents aku kenal dan dengan izin parents aku..Jangan pertikaikan kenapa aku keluar dengan MR S..Jawapannya dah aku tulis kat atas tadi..Kau cakap kau jugak nak kenal dan rapat dengan parents akukan?.Jangan haraplah,,toksah dok berangan!!..Ingat tu..


Sebenarnya Shafik tak taupun aku ada blog tapi aku sangat2 pasti satu hari nanti,,dia akan jumpa blog ni,,kalau kau nak tau Syafik,,semua kawan2 yang rapat dengan aku samada sejak dari sekolah sampai kat sini,,semuanya buat aku gembira dan ceria,,aku ni di kira bertuah sebab ada ramai kawan2 yang selalu ada dengan aku dan selalu buat aku happy..Tentang SESEORANG yang kau cakap tu..Hmm tak sabar aku nak kenal dengan dia tu,,yang pasti bukan kaukan..Tapi siapa ye,,Hahaha layan je melalut si Shafik ni...Buat kawan baik aku Syaira,,Anna,,Bella..TQSM sebab selalu ada masa aku sedih dan perlukan teman untuk berbicara dan berkongsi masalah..Juga untuk En Sofian Shaimi,,terimakasih sebab selalu keluar dengan aku,,belanja aku,,cubit aku juga tumbuk aku,,jugak jadi MAK JEMAH yang selalu membebel dengan aku,,hanya kau sorang je yang selalu potpet2 dengan aku tak kira tempat dan tak kira masa,,dah lama tak dengar bebelan MAK JEMAH aku ni ,,sejak dia start sem baru  dah lama tak jumpa,, saat aku sedih dan kecewa kau ada walaupun aku buat banyak salah dengan kau huhuhu..Sejujurnya aku sayang sangat kat korang semua..Buat member2 dorm aku,,member2 kelas dan juga Bita TQSM..Aku bersyukur ada kawan macam korang,,juga buat Ijat Ilham,,Fazreen,,Nazim dan Abdillah,,aku akan ingat nasihat korang juga Yanie,,Aleeya,,Kilah dan Akak serta Bita..Korang selalu beri semangat kat aku..Aku banyak belajar dari kesilapan..Kali ni aku akan lebih berhati2..Doakan aku ye..Sayang korang semua..Aku akan ingat setiap kenangan bersama korang.Final exam tak berapa hari lagi,,good luck..






No comments:

Post a Comment