Thursday 16 May 2013

ALHAMDULILLAH.. RESULT FINAL YANG TAK DI JANGKA..

Debaran menanti result final exam makin terasa,,asyik membilang hari..takut,,cuak dan macam2 perasaan bermain di fikiran..tambahan member2 aku asyik text dan whatsapp tanya bila result keluar,,degupan jantung aku makin laju..Mama kata dia doakan aku dapat best result,,mama juga risau dengan aku..Tergerak hati nak check paper maths tapi tak jadi,, TAKUTTTT...


Bita whatsapp aku,,sembang punya sembang akhirnya bertanyakan satu soalan....Persoalan yang aku biarkan tanpa jawapan,,tak habis lagi Cik Bitah kita ni..Sebaik mana pun jiran kau tu,,aku hanya boleh terima dia hanya sebagai KAWAN..MUKTAMAD dan TITIK..Maafkan aku Bita,,jiran kau tu nak cari special girlfriend bukan kawan so suruh dia cari orang lain,,takkan kat Melaka tu tak de kut??..Jangan tunggu aku..


 Pagi Khamis 9 Mei 2013,,Bangun sahur,,aku buka fon dan online,,Faiz ada beritau result dah keluar..Terus cari lappy,,buka email...debaran makin kuat,,dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim.. Spontan aku menjerit,,adik aku Farah Nabila..terpinga2.."Apa hal kamu terjerit2 pepagi ni??" soalan yang keluar dari mulutnya..Masa tu baru pukul 5 pagi,,masih awal lagi..
Alhamdulillah syukur aku lulus,,yang mengejutkan aku,,Maths aku dapat A,,maunya aku tak menjerit  pagi2 buta bukan senang nak menjawab soalan Addmaths,,jenuh berpeluh aku dalam dewan walaupun ada aircond,,memang tak sangka..Addmaths mata pelajaran yang paling aku benci masa sekolah,,kat U aku dapat skor..Alhamdulillah syukur kepada mu Ya Allah..MGT jugak dapat A cuma Bel aku tak dapat A,,frust sikit,,menghampiri Dean List,,kalau Bel dapat A pasti aku dapat DL..Apa pun syukur Alhamdulillah segala usaha keras aku selama ni berbaloi walaupun tak mencapai target (DL)..In Shaa Allah aku akan usaha lebih gigih lagi untuk sem baru nanti..
Memang aku tak sangka aku boleh skor Maths,,mungkin berkat calculator aku kena curi kut..harap2 orang yang curi calculator aku tu pun dapat result baik macam aku jugak..Tapi agak kecewa dengan Bel,,macamana entah aku tak boleh skor?? paper yang lain2 ok..Tahniah untuk member2 yang berjaya,,terutama Bita dan member baik dia Aneep cos dapat DL..jugak buat member2 kelas aku yang kebanyakkannya menghampiri DL dan ada yang DL..Usaha dengan lebih tekun dan rajin2 study untuk sem baru nanti. Walau di kampus mana pun aku study nanti,,aku akan kenang segala kenangan bersama kalian..kenangan ketika menuntut di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Perak..satu kenangan indah yang takkan aku lupakan selama-lamanya..


Terima kasih tak terhingga buat semua lecturer kelas c yang sentiasa mengajar dan membimbing kami tanpa jemu..walaupun kekadang sikap student ada yang mencabar dan menguji kesabaran..Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari semua lecturer,,kami semua berjaya..Untuk Nazim,,Fazreen,,Faiz dan Aleeya yang bakal jadi budak Masscom,,good luck..Aku tak tahu lagi,,ada yang kata dengan result aku tu boleh dapat accountancy,,mak aik..hopefully tak,,jenuh lah aku nak memerah otak nanti..bukan senang nak belajar akaun..Mama kata kat aku ''Kak Ayu boleh,,dapat Dean List dari sem satu sampai sem akhir",,aku cakap kat mama Kak Ayu sepupu aku tu pandai tak macam aku,,mama kata "nak seribu daya..tak nak seribu dalih tak de bezanya Ayu dengan Along",,Hisshhh ni yang tak nak dengar ni,, parents aku memang nak aku ambil business management,,accountancy,,tak pun estate management..Fuhhh tapi aku minta course yang lain,,hopefully abah tak cakap apalah..Actually aku minat masak,, teringin nak belajar bidang ni,,tapi awal2 abah dah tolak ..


Whatsapp dengan Bita.. tetap bertanyakan persoalan yang sama..huhuhu,,chek tak tau nak habaq lagu mana dah..hang tau Bita,,jawapannya tetap sama takkan berubah dan tak mungkin berubah..Bita,, ni ada satu cerita lagi ni aku nak habaq kat hang,,hang nak tau dak adik angkat hang tu bukan main lagi,,rajin sungguh tegoq aku,,kadang2 aku tak perasan lepaih tu dia kata aku sombong,,amboi tak padan dengan kecik naa,,boleh tahan dok mengatai..Aku ni dok pangkat kakak dia,,hang cakap kat dia study rajin2,, SPM tak lama lagi..


Buat semua member kelas A-D Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Perak..Aku doakan korang semua berjaya mencapai cita2 dan impian..




No comments:

Post a Comment