Wednesday 15 May 2013

JUMPA MEMBER-MEMBER SEKOLAH

Tengah sedap melayan novel,,member aku Eyfa call,,jemput pergi kenduri kat kedai dia esok,,lepas tu member kelas 5PA 2011 call,, ajak lepak esok..Alamak aku dah janji dengan Eyfa..Text Ana tanya dia pergi tak esok,,Ana kata tak tentu lagi,,En Bakri..tunang Ana ajak dia keluar,,Bella pulak tak dengar khabar berita langsung sejak keluar hospital,,habis tu takkan lah aku sorang je nak pergi..Keputusannya aku pergi rumah Eyfa..


Malam ni cadangnya nak keluar,,puas bodek mama..nak beli tudung dan baju..mama kata esok pagi,,malam ni dia malas nak keluar,,Esok Ahad..ada pasar pagi,,boleh beli tudung..Nak shopping untuk  sem depan.. petang  pergi kedai Eyfa,,kalau dah jumpa dia apalagi bising ajak lepak,,katanya aku sombong tak nak keluar dengan dia..Bukan macam tu,,sebenarnya aku malas nak keluar..duduk rumah tolong buat kerja rumah,,layan novel dan online..aktiviti aku sepanjang cuti sem..Eyfa ajak aku keluar esok,,oklah nanti aku fikirkan..Member2 rapat aku yang lagi empat orang tu tak berapa suka sikap dia ni,,aku pulak jenis berkawan dengan semua orang,,dia orang selalu ingatkan aku supaya tak terikut perangai dia..Jangan risau dah lama aku berkawan dengan dia sejak kecil,,Hishh korang ni..


Selepas solat subuh,,online sekejap,,lepas tu keluar sarapan kat bumbung biru,,pekena mee kicap and then ikut mama pergi pasar,,lepas tu baru pergi shopping,,aku beli baju dan tudung tapi tak berapa puas hati dengan baju tu..Puas memusing pekan Teluk Intan,,tapi tak de yang berkenan di hati..so balik masak..


Aku teman mama pergi cabut gigi Damia,,orang ramai so lambat sikit,,aku tak bawa fon,,balik rumah,, Eyfa call berkali2,,takut aku tak nak keluar dengan dia agaknya..Aku keluar naik motor je,,malas nak bawa kereta cos kat pekan penuh dengan orang India,,lemas betul aku dengqn macam2 bau yang kurang menyenangkan..Kita orang pergi KFC,,bukan main seronok Eyfa bercerita tentang bf barunya,,katanya tak main le dating kat Teluk Intan,,dating kat Lumut..Dah tu romantik orangnya..Untung lah,,aku doakan kau bahagia..Rizal macamana?? dah tua dia menunggu kau,,kesian aku tengok dia..Haaa,, lagi satu.. pasai apa dia asyik perhatikan aku semalam,,waktu kenduri kau tu..Nasib baik orang ramai je,,kalau tak dah kena pelangkong dengan aku..


Leka bersembang,,sampai tak sedar hujan turun lebat,,alamak habis basah helmet aku..kena redah hujan untuk balik rumah,,yahooo,,seronok mandi hujan,,teringat pulak peristiwa kat kem,,mandi hujan macam budak2 dengan member2..


Malam sambung layan novel,,fon berbunyi Syairah whatsapp aku ajak pergi ambil sijil SPM esok..Aku ok je,,text Ana dan Bella serta Syaza,,Ana ok je,,Bella dan Syaza tak beri apa2 respon so aku anggap dia orang tak nak pergi..may be dia orang sibuk..Boring mengadap novel,,aku online..banyak yang mesej aku..huhuhu ramai yang kata dia orang rindu aku,,TQSM..terharu aku..Dalam ramai2 ada sorang pompuan mesej aku tanya aku kenal pemilik akaun (...) aduyai kenapa la pulak??aku cakap dengan pompuan tu aku tak berapa kenal dia tapi dia selalu IM aku,,bila di tanya KENAPA tak nak pulak jawab,,macam2 orang ni..


Selepas solat subuh dan sebelum hantar Nabila dan Damia ke sekolah (satu lagi rutin aku setiap hari Isnin hingga Jumaat,,bak kata Ila aku ni supir dia ,,kueng hasem punya ila) aku buka FB,,tengok pemilik akaun tu mesej aku dan tanya tentang pompuan tu,,katanya bakal tunang dia,,aku ucap tahniah lah kat mamat tu,,fuhhh nasib baik pompuan tu tak serang aku macam aku pernah kena dulu,,kalau tak naya aku..Sejujurnya aku memang tak kenalpun mamat ni cos dia kat luar negara still study,,agak warak orangnya tapi aku jarang layan dia walaupun setiap kali aku online pasti dia akan tegur aku..Dia banyak menggunakan ayat yang tak berapa nak faham..


Aku keluar pergi rumah Syairah ambil dia dan pergi sekolah,,jumpa member2 yang lain termasuk Acad,,mak aik ko Acad,,jauh berbeza dari Acad yang dulu..Nak Acad yang dulu boleh??semua yang ada berkata begitu..Ipin,,Arul,,Akim,,Pejai,,Aku,,Ana dan Syairah,,terkejut kita orang..teruk jugak Acad kena dengan dia orang sampai ada yang tulis status kat FB lagi..


Kami lepak kat McD,,masing2 banyak cerita nak di kongsi,,maklumlah dah study jauh2..jarang jumpa,,ada yang bertanya aku dengan siapa sekarang..Hahaha soalan cepumas,,aku senyum je,,malas nak layan persoalan tu..nanti jadi panjang ceritanya..Jalan selamat senyum dan diam..Dia orang kata "tak mungkin ada jawapan dari Farah tapi hanya senyuman"..Setiap persoalan yang di tanya aku tak jawab,, hanya senyum sampai dia orang tukar topik lain..


Seronok bila dapat berkumpul dengan member2 yang dah lama tak berjumpa,,Ipin masih ingat kat adik aku Nabila sempat berkirim salam..Aku hantar Syairah balik,,duduk sekejap menyembang dengan dia..Dia tanya kat aku tentang seorang member rapat kami,,yang macam dah menjauhkan diri..Bab ni aku no komen sebab aku tak tau tapi aku boleh agak kenapa,,dia dengan aku ok je..Elok je ajak aku keluar,, kat kampus pun dia tegur aku ,,ada jugak dia call aku..Tapi aku perasan sebenarnya apa yang berlaku sekarang ni cuma aku diamkan je,,malas aku nak campur..Apa pun aku harap sebelum habis cuti sem ni kita semua boleh keluar bersama macam dulu2..start sem baru nanti mesti semua sibuk..langsung tak de masa nak keluar bersama..


Sis..kalau ada yang tak kena kat mana2 tu,,settlekan lah bincang elok2..Aku masih ingat lagi peristiwa 
9 Zulhijjah tahun lepas,,betapa risaunya kami,,masa tu aku tengah sibuk kat dapur bantu mama buat persiapan untuk sambut Raya AidilAdha,,sis tolong faham kitaorang semua sayang kat ko,,jangan kerana CINTA......ahhh susah aku nak cakap..Sis ,,kasih sayang dan cinta seorang KEKASIH hanya semasa dia masih sayang dan cintakan kita,,hati manusia boleh berubah bila2 masa,,kita masih perlukan member2 rapat yang selalu ambil berat dengan kita dan selalu ada masa kita susah dan senang..Jangan terlalu ikutkan semua arahan dan permintaan si dia sampai jauhkan diri dari member2..Kalau seseorang lelaki tu ikhlas menyayangi dan mencintai kita,,dia akan terima seadanya diri kita termasuk member2 yang rapat dengan kita,,seandainya ada teguran dari member2,,cuba renungkan kembali dimana kesilapan yang telah kita buat atau bf kita lakukan..Tolong lah sis terima teguran tu dari sudut positf,,jangan lihat dari sudut negatif..Buang yang keruh,,ambil yang jernih..Kita orang SAYANG kat kau sis..


Petang ni Damia buat perangai lagi,,tak habis2 nak pergi awal,,adik aku yang sorang ni banyak cekadaknya walaupun baru tahun 1,,maklumlah anak second last..petang dia pergi kelas fardhu ain kat SAR An Naim,,Taman Seri Setia,,kelas start pukul 3 tapi pukul 2 ptg dah nak pergi,,apa lagi bengang aku,,orang nak layan cerita Indon kat tv pun tak senang di buatnya..Asyik membising je,,


Aku keluar rumah dengan muka tocer,,tapi tak berani nak bawa motor laju hari ni sebab petang semalam ada orang mati kat depan rumah aku ni tercampak dari motor dia,,takut aku tengok..so aku taubat la sekejap,,tak nak bawa laju2 tapi tak tau le untuk berapa lama bak kata mama "hari ni je kut taubatnya"..Masuk simpang berdekatan Giat Mara ternampak motor merah,,eh eh..macam kenal je..En.Sofian,,lama dah tak tengok orang tu naik motor merah tu,,hahaha teringat pulak zaman sekolah dulu..kui kui kui..Almaklumlah orang tu dah ada motor merah yang baru..Aku hanya sedekahkan senyuman je lah,,tak sangka boleh terserempak dengan dia pulak hari ni..Kelam kabut Pian cari hon,,dia ingat aku tak nampak..Hehehe..








No comments:

Post a Comment