Saturday 18 May 2013

DUKA TIDAK KEMANA

Kehidupan di dunia ni punya cabaran,,pengalaman dan laluan penuh getir yang akan menjadi asam garam kepada hampir semua manusia di atas muka bumi ni..Selagi nafas masih panjang,,selagi itu lah pelbagai masalah akan menghimpit kita..Kehidupan di dunia ni tidak akan sentiasa ceria dan gembira tanpa sebarang turun naik dan pasang surutnya..Segala keperitan itu akan membuat kita semakin matang dan bijak dalam mengharungi setiap cabaran..

Masalah yang datang sebenarnya memberi kebaikan besar dalam hidup kerana tanpa masalah mungkin kita jadi patung,,tanpa nilai atau pengalaman berguna..Jangan anggap cabaran yang menimpa sebagai musibah yang tidak tahan untuk di tanggung hingga berfikiran singkat dan mengambil jalan mudah untuk menamatkan penderitaan..

Kesabaran dalam diri menjadi benteng pertahanan yang kuat dan mampu membuat seseorang tu cekal mengharungi segala macam rintangan dan cabaran demi untuk mencapai kebahagiaan dan cabaran.. Kesabaran akan memberi hikmah yang amat besar dan kita perlu percaya setiap yang berlaku membawa kepada kebaikan bukan keburukan..Berfikir secara positif dalam setiap masalah yang menimpa bukan saja membuat kita lebih tenang malah membuatkan kita lebih hampir kepada Penciptanya..

Perasaan negatif mampu memusnahkan kehidupan,,dan akan membuat kita bertindak diluar kawalan seandainya perasaan murung  menguasai diri.."Sabar itu separuh daripada iman"ungkapan yang tepat ..Sabar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dalam diri kita..Sabar dalam merencana kehidupan memberi banyak manfaat dan kebaikan..bergaul dengan kawan2 yang  positif dan bersemangat tinggi juga membantu..

Buat pilihan,,sejauh mana kita nak bersedih kerana satu hari kita perlu keluar dari kesedihan dan berusaha mencapai kebahagiaan seandainya mahukan kehidupan lebih baik dari pelbagai aspek..Kesedihan dan kekecewaan tidak akan hilang seandainya kita sendiri tidak berusaha untuk merubahnya selain bersabar dan berdoa kepada Allah,,Ingat kita seharusnya menjalani hidup dengan gembira dan tidak terus hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan..

Coretan ni buat member2 aku yang tengah bersedih dan frust..terutama buat member baik aku yang tengah dalam dilema..banyakkan bersabar,,aku tau kau kuat dan lebih kuat dari aku..Aku dapat rasakan apa yang kau rasa sebab aku pernah laluinya,,sabarlah dan banyakkan berdoa..Setiap masalah pasti  ada jalan penyelesaiannya..Juga buat seorang siswa USM yang selalu tegur aku kat FB dan baru2 ni cerita masalah dia,,aku tak kenal dia ni..Muka dia macam si SENGET Rayyan..Bakal engineer dan berumur 22 tahun,,tapi bendul..Buat pening kepala aku je..Dah GF awak tu taknak kat awak nak merayu2 lagi buat apa..Sudah2 lah,,akhirnya aku yang jadi mangsa dengar masalah yang tak berkesudahan,,mamat ni rajin sungguh mesej aku,,pagi2 kalau buka fb je mesti ada mesej dia..Kesudahannya mesej2 dia aku tak layan..Bukan sombong tapi tak mau campur masalah orang yang saya tak kenal dan anda lebih berusia dari saya jadi selesaikan masalah anda tu dengan bijak dan banyakkan bersabar..

Sebenarnya aku pun pening dengan macam2 hal yang aku lalui setiap hari,,on line je adalah cerita..Letih nak memikirnya..Tak sabar nak tunggu esok,,coz esok aku akan tau kat kampus mana dan course apa yang di tawarkan,,hopefully bukan accountancy..Korang doakan yang terbaik untuk aku ye..






No comments:

Post a Comment