Saturday 4 May 2013

FRUST SEBAB TAK DAPAT KEBAYA MERAH YANG AKU IDAMKAN..HUHUHU...

Final exam makin dekat..Begitu jugak dengan Talentime..Sibuk dengan latihan,,kelas dan bengkel.Dah lama tak update blog.Member2 bising bertanya kenapa tak update blog..Mr S pun ada tweet pasal tu..Biarlah blog bersawang dan berhabuk..Cos aku betul2 sibuk sekarang ni..Dah tulis tapi tak sempat nak edit dan post.
Minggu ni aku nak balik,,Nak beli baju untuk Talentime nanti..Cadangnya nak beli baju kebaya merah.Aku dah tengok kat butik hari tu..CANTIK..Harap masih ada lagi..Tema Talentime,,Malam P.Ramlee..Aku kena jadi Pompuan GEDIK..Mak aik..Berlawanan dengan sikap sebenar aku..Keras,,gangster..Fuhh,,susah nak jadi GEDIK ni..Selalu kena tegur dengan Nazim.Aku cuba buat yang terbaik..
Lepas solat Jumaat abah sampai,,Alhamdulillah..Dapat balik rumah,,seronok tak terkata..Sampai rumah cari mama,,RINDU nak peluk dan cium mama..Biasalah tu anak manjakan..Ajak mama keluar..SHOPPING..Mama cakap"Esok boleh?hari ni mama ada kerja nak buat".Okayla..Lepas tu menyembang dengan mama..Tetiba text masuk..Member aku Bella text ajak keluar esok,,teman dia photoshoot.Member baik punya pasal aku mengalah..Lagipun bukan selalu boleh keluar dengan dia walaupun kami satu kampus.Hanya beberapa kali je jumpa dengan dia..Semuanya kerana masing2 sibuk,,Fac lain2 dan jauh,,jarak kolej kami juga agak jauh.Berbeza masa sekolah dulu,,kami rapat dan akrab..Kemana2 bersama,,termasuk ponteng kelas Sejarah dan Addmaths..Lepak kat P.S..Hahaha tak gitu Pengerusi PS SMK Sultan Abdul Aziz(Tahun 2011)..Baru2 ni dia ada bising dengan aku,,tentang kes ponteng dan lepak kat PS ni.Eleh macam dia tu tak pernah buat..Rileks le Bro..
Pagi Sabtu 9.3.2013..Bangun solat subuh lepas tu teman mama gi pasar,,balik pasar singgah kedai Gadut beli roti canai,,singgah sini mesti dan wajib kena TEKAN punya..Buat tak dengar dan tersenyum..Senyum tukan sedekah..Balik rumah,,bereskan kerja rumah dulu sebelum keluar dengan Bella.Rupanya semalam Bella ada jumpa abah aku  kat rumah kenduri dan minta izin nak ajak aku keluar..Bersungguh2 betul Bella ni,,macam abah aku tak kenal kau..Parents aku tak marah punyalah keluar dengan kau
Bella tunjuk gambar yang ada kat kamera dia,,wow.. Jealous aku tengok gambar2 yang Bella snap,,semuanya cantik2..Actually aku minat photography,,dulu bercadang nak ambil course tu,,tapi di sebabkan tak pandai melukis so aku tak jadi ambil,,member2 aku syorkan aku ambil course tu,,takpun mass comm..Taknaklah aku,,biarlah aku ambil course lain.Bella bercadang nak ajak aku pergi Bagan Datoh nak ambil gambar sunset..Tentu cantikkan..Tapi sunset kat BNO cantik gak,, siap ada perahu dan kesibukan  nelayan..Dulu selalu gak kesana..tengok pemandangan di waktu senja dan makan malam kat sana..Takpun kat Dorani Bayu Resort..Sedap tau makanan kat sana..Kalau korang tak pernah cuba,,aku syorkan korang cuba makan kat situ tapi bau lumpur agak kuat dan kurang menyenangkan..Hmm,, bercerita pasal BNO ni,, teringat kat ketua kelas aku..Datuk Paduka Fazreen..Orang Sabak..Bila mau belanja aku weyh?..
Hari ni Ahad..10 Mac..Lepas solat subuh,,tolong mama kemas rumah dan menyemak kat dapur,,duduk kat atas kabinet dapur sambil online,,dan menyembang dengan mama..Tetiba je phone aku berbunyi,,Bella call ajak temankan dia keluar..Nampaknya tak tercapai hajat aku nak tolong mama masak hari ni..Pusing satu pekan Teluk Intan,,teman Bella photoshoot..And then aku dan Bella gi makan.. BF Bella call,,tak percaya Bella keluar dengan aku..Bella suruh cakap dengan aku tak nak..Susah kalau macam tu..Apapun aku doakan korang bahagia..Moga kekal ke akhir hayat..
Petang keluar dengan mama beli baju tapi SEDIHHHHH..Kebaya merah tu saiznya besar dan yang lain tak cantik..AKU TAK PUAS HATI...Yang ada warna lain..Nak kebaya MERAH jugak.Mama ajak gi butik lain..Tetap sama yang ada saiz besar je..Frust giler aku..takde pilihan lain,,aku ambil warna biru,,bajunya cantik tapi kain tak menarik langsung.Harga boleh tahan seratus lebih..Projek akhir MGT punya pasal,,terpaksa beli jugak..Mama dan abah aku kata "di jamin bakal jadi koleksi kat dalam almari,,hanya pakai sekali je"..Tak puashati betul aku..Tak banyak pilihan kat T.Intan ni.Aku nak jugak beli yang warna MERAH...Mama please,,along nak warna merah jugak..

Kebaya Biru Bukan Merah Seperti Yang Aku Inginkan..Tapi Ramai Yang Puji Aku Cute Pakai Kebaya Ni.(Perasan Sebentar)








No comments:

Post a Comment