Friday 3 May 2013

MACAM-MACAM HAL..MACAM-MACAM MASALAH..

Minggu yang sibuk dengan macam2 aktiviti,,hopefully boleh balik minggu ni,,RINDU sangat kat Abah,,Mama dan adik2..Alhamdulillah student portal dah boleh buka,,lega sangat..Kredit habis..minta tolong mama call,, cos terlupa nombor i.c abah dan mama..Tengah sibuk isi borang penerapan..Aku beritau mama,,nak balik esok dan minta tolong ambil aku..Mama cakap,,naik bas,,Abah pun cakap macam tu..Aku tau Abah dan Mama cuma nak mengusik aku je,, tapi..Sedihnya aku dengar,,tetiba air mata mengalir..Nasib baik Faiz tak nampak,,kebetulan dia ada duduk dekat aku..Masing2 sibuk dengan borang penerapan..Kalau tak,, memang percuma je aku kena bahan dengan dia..


Malam tu..sibuk dengan persiapan Talent time,,projek akhir MGT..Ada dua projek lagi yang perlu di siapkan,,Talentime dan projek bahan terbuang dari kotak..Miss suruh buat sesuatu dari kotak..Tapi  yang orang tak pernah buat..FUHH,,nak buat apa ye??Ada apa2 idea tak??...Lecturer aku ni sporting tapi tegas semasa di kelas..Lepas kelas,,dia okey dan pernah belanja McD..Miss jugak pandai metafizik..Sakai hutan tu bukan main suka lagi..bila Miss cakap dia kahwin dua..EEEUUWWW..Siap kaitkan aku pulak..SENGAL punya mamat..Malu aku dengan Miss..Tak hingin aku..Kau jaga awek kau tu elok2..Jangan sampai awek lari sebab perangai gatai kamu tu..Malam,,ada latihan untuk Talentime,,selepas habis,,balik dorm..Tetiba fon berbunyi,,ada text masuk..Hahaha..text dari Mr S,,minta kejutkan dia pukul 5 pagi..Bila tanya kenapa nak bangun awal,,seperti biasa jawapan yang tak pernah serious,,yang di beri..Memang macam tu perangai dia dari dulu sampai sekarang..


Pagi Jumaat,,1 mac 2013..Call Mr S untuk kejutkan dia..Hari ni kelas pagi je,,sampai pukul 11..Tak sabar nak balik..Rindu..Abah ambil aku selepas solat Jumaat,,Kak Mira dan Kak Ika tumpang aku..Aku bercadang nak bawak kereta kat sini,,tapi takut cos budak sem satu tak boleh bawa transport..Takut jugak dan nanti ada yang mengata pulak..Susah...Kalau bawak kereta tak payah Abah bersusah payah ulang alik ambil aku..Alhamdulillah sampai rumah,,seronoknya boleh balik..Rutin biasa..Balik je terus online,,malam tu lepas solat maghrib,,member aku Syera IM,,text lepas tu call,,cerita tentang Syaz..Aku,,kalau cerita Syaz ni susah sikit nak percaya,,makanya aku cool dan relax je,,Syera bukan main gelabah lagi..Aku ada baca status yang Syaz tulis di FB..Sis,,apa pun masalah kau,,cuba bertenang,,banyakkan beristifar,,ingat Allah,,sabar,,tangani emosi kau tu sebaik2nya..Setiap orang punya masalah tersendiri..hadapi dengan tenang,,aku jugak pernah alami perkara yang sama pada penghujung tahun lalu..Perkara tu aku dah lupakan pun,,aku tak mau ingat langsung..Aku anggap segalanya tak pernah terjadi dalam hidup aku..Kalau aku boleh,,kenapa kau tidak??..Tolong jangan buat lagi cerita2 mengarut,,Sis..Kau telah menyusahkan ramai orang,,Kawan2,,family kau.. semuanya bimbangkan kau..Cuba cari seorang kawan yang boleh di percayai dan share masalah kau dengan dia..Apa yang penting kau anggap sidia tu bukan yang terbaik untuk kau..Lupakan dia yang tak pernah menghargai kau,,jika dia seorang yang baik,,dia takkan buat macam tu kat kau.Pada aku,,kejujuran dan kesetiaan amat penting dalam satu perhubungan..Kalau kau ada masalah dengan study,,cuba bersabar,,tanya kawan2 dan cuba berbincang dengan dia orang..Aku pernah baca status kau tentang kawan2 baru kau tak sama macam kawan2 yang dulu..Sis,,setiap orang dilahirkan dengan sikap dan keperibadian yang berbeza..Kau kena terima setiap kekurangan dan kelebihan kawan2 baru kau tu..Dia orang takkan sama dengan kawan2 kau yang dulu..Aku cakap ni berdasar kepada pengalaman yang aku lalui..


Untuk Syaz..Hidup ni REALITI,,tolong jangan buat DRAMA lagi..Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi,,hanya Allah yang maha mengetahui..Dan perlu kau ingat hidup ini jugak ada KARMAnya..Kau tak perlu risau,,setiap apa yang dilakukan pasti akan ada balasan..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..Jangan sia-siakan hidup kau dengan masalah yang membelenggu diri..Belajar lah dari pengalaman kerana pengalaman  adalah guru yang paling berharga dalam hidup kita..Mungkin ada hikmahnya Allah temukan kita dengan cinta yang salah sebelum kita di ketemukan dengan cinta yang sebenar..


Sabtu 3 Mac2013..Hari ni aku keluar dengan kawan baik aku Syairah..Dia beritau aku member satu kolej dia nak ikut sekali..Aku okey je,,tapi ada rasa cuak jugak..Almaklumlah dressing aku ni,,aku pakai blouse yang agak nipis,,jeans dan tudung ..Sedangkan member2 Syairah semuanya bertudung labuh dan ada yang berpurdah..Tapi selepas berjumpa dan berbual dengan dia orang,,Alhamdulillah.Sama je macam perangai Syairah dan boleh ngam dengan aku..Seronok dapat kenal kawan baru..Syairah belikan buku kat aku..20 Bidadari Syurga tulisan Mojahidin Nor..Berkali2 pesan suruh aku baca..Inshaa Allah aku akan baca selepas selasai final exam nanti..Terima kasih sebab beri buku tu kat aku.Malam aku online,,buka twitter ..Ada pengikut baru..Sakai Hutan..Sanggup buat akaun twitter dan follow aku semata-mata nak tau aktiviti aku..Memang SENGAL GILA mamat ni..Kalau  tak,, sebelum ni dia suruh Nazim buka twitter untuk stalk aku..Dah ada awek tu,,buat lah cara ada awek jangan nak mengatal..Esok aku yang bakal di persalahkan oleh awek kau..Aku tak HINGIN lah kat kau SAKAI..Tolong jangan nak menggatal ye..Lepas tu mention aku..Puji gigi aku,,senyuman aku bagainya..JANGAN KACAU AKU BOLEHH!!!..Bagi lah aku hidup dengan tenang dan aman sikit..tanpa gangguan..Aku BOSAN lah..Aku tak nak cari masalah dengan sesiapa..Kau memang SAKAI HUTAN..kau stalk FB aku dan kau buat slaid show,,sampai satu kelas tengok..Kau telah memalukan aku..TAK GUNA PUNYA SAKAI HUTAN..Aku tahu kau akan baca blog ni..Kau akan stalk apa saja tentang aku..Aku minta TOLONG..HENTIKAN SEMUA NI..Sementara aku masih boleh bersabar..Tolong jangan ganggu hidup aku..FAHAM TAK...








No comments:

Post a Comment